Thursday, January 24, 2008

Kerana Saya Seorang Perempuan, maka...

Huhu,
Kerana saya seorang perempuan maka
Sebulan sekali perasaan saya akan berkecamuk. Hati saya akan berdetak kencang dan tanpa penunu bunsen... darah saya cepat benar menggelegak walau ketika itu hujan turun lebat menggila.

Kerana saya anak bongsu perempuan maka
Kata-kata saya kadang2 sayup aja kedengaran. Abang akan tanya juga, ' ok Linda, ada apa2 nak tambah?" Hehe... dah tujuh orang sebelum saya yang dah bercakap... maka kata-kata saya tak ada maknanya!

Kerana saya anak bongsu perempuan yg belum berkahwin maka
Haha... kewangan emak saya yang jaga. Huhu... akaun emak saya yang pegang! Jangan haraplah yang lain nak pinjam kat emak tanpa kuasa saya.

Kerana saya anak bongsu perempuan yg belum berkahwin dan abah pula sudah tiada maka
Sesenang hati saya, saya beriya-iya mengatakan pada Abg Long, " Kau kena bertanggungjawab pada aku. Kaulah wali aku. Dosa aku, kau yg tanggung!" Dan cepat saja mata kakak ipar saya menjeling dan mulutnya laju melenting! Haha! Tak peduli.... Long sayang saya!

Kerana saya anak bongsu perempuan yg belum berkahwin dan abah pula sudah tiada manakala masa depan pula masih tidak pasti maka
Saya ada masanya menyusahkan kawan2 dengan kisah hati saya yang tidak tenteram, warna hati saya yang kelabu dan jiwa saya yang beku. Haha... dalam karya saya melampiaskan perasaan, dan saya bersyukur ALLAH memberikan saya kreativiti untuk berkongsi rasa dengan pembaca novel yang sudi menerima kehadiran saya dalam dunia penulisan.

10 comments:

sueaiilee said...

karena wanita ingin dimengerti...

Lynn Dayana said...

huhu.... mcm iklan pulak bunyi. ops... lirik lagu! hehe

RinnTis said...

tagline beauty product byk mcm tu dah sue. hehe..
Pernah tak rasa nak nangis tapi tak reti mcm mana nak bagi nangis? *sighs*

sueaiilee said...

huh! rinn ko lagi kritikal...hehehe aku tgh buat review HCT..

RinnTis said...

tak der la selalu aku rasa macam tu.. macam setahun sekali ker setahun dua kali ker.. rasa mcm ada something tersendal kat dalam yang perlu dikeluarkan dgn menangis tapi tak bleh nak nangis.. rimas tau kalau mcm tu.

err dah siap lom review tu? hehe ada pantun 2 kerat dan terkerat kerat kan? hehe, teringat kat ko masa part tu.

Lynn Dayana said...

Alahai kawan2... rupanya ramai yang tersendal jiwanya...huhu. Pantun kerat2 tu memang tuju kat ko dua org lah!

sueaiilee said...

dah siap review aku...gilah baca hahahha...ayat2 sengal kesalahan bahasa aku harap2 korg paham

RinnTis said...

eh ramai ke tersendal? mana?

Lynn Dayana said...

ceh tak ngaku pulak. Tp lawakla korang berdua ni! Mcm2 perangai.

LK said...

....anda masih memerlukan seorang perempuan untuk menghiburkan hati sekalipun di sekeliling anda ada 3 jejaka hensem yang menanti....hahaah