Tuesday, December 28, 2010

Sedikit tentang dialisis dan saya...

Salam,

Saya mahu pergi jauh. Tidak mahu berfikir tentang perkara2 yang hanya menambah sarat jiwa dan menjadi beban perasaan yang menekan. Saya mahu hanyut dalam deruan ombak. Biarkan angin pantai berhembus dengan kuat. Ya, saya mahu bercuti. Cuti2 elak depresi. Tidaklah sampai ke oversea. Hehe, kesihatan tidak mengizinkan. Hanya yang dekat2 saja. Yang penting 1 Januari sampai 3 Januari....saya mahu happy2!

Tirai 2010 berlabuh dengan satu lagi dugaan yang hebat. Biarlah.....saya redha. Kalau hujan turun, ianya pasti reda. Tapi kadang2 ada masanya, hujan sudah berhenti dan banjir pula yang tiba.

Ada masanya kita merasakan, apa lagi yang mahu berlaku? Kerana akal yang dangkal merasakan, dugaan Allah ini sudah terlalu berat mahu diladeni. Namun, janji Allah menyatakan, DIA memberikan dugaan dan ujian yang hambaNYA mampu menanggung. Huhu...maksudnya, saya masih lagi mampu ni! Nama Dayana maksudnya gagah perkasa. Mungkin saya meminjam kekuatan dari situ? hehe...

Maka orang akan sentiasa melihat wajah saya yang tersenyum walaupun dalam diam ada hari2nya beberapa mililiter airmata jatuh berderai! Kadang2 boleh muat botol besar, kadang2 botol kecil saja! Tapi sah, jual memang tak laku!

Menjadi pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis, saya mahu berkongsi beberapa perkara. Perkara yang saya tidak pernak tahu sebelum ini. Sebagai perkongsian ilmu dan supaya lebih memahami!

1. Air : sehari kami hanya dibenarkan minum 750ml air. Air ini termasuklah kuah dalam minuman dan jus di dalam buah-buahan yang kita makan. Maksudnya? Sikit memang sikit. Jika terlebih? Maksudnya memang akan bengkak dan dada kelemasan hingga menyebabkan kecungapan....pengsan! Jadi, bila saya kata haus...maksudnya memang haus! Haha...kerana itu, saya jadi malas berjalan ke hulu ke hilir...sebab bila dah berjalan, memang haus. dan saya akan minum.... dan yang menanggung sengsara adalah saya!

2. Darah : darah hemoglobin saya rendah. Menyebabkan saya selalu pening lalat. Bila berada di dalam keriuhan orang ramai, saya akan pening. Panas-panas, saya pening. Hehe. Bukan mengada ya. Tapi pening! Orang normal berada di antara 11 - 13. Saya tahapnya cuma 9.7 sahaja. Memang selalu pening.

3. Makanan : sayur2 hijau memang tidak digalakkan. Kandungan phosfat yang tinggi. Nak makan jugak maknanya kena rendam selama sejam dulu. Maksudnya jugak, makan di luar adalah tidak sesuai. Sayur yang asyik saya makan naik jemu adalah kobis, taugeh, terung....uwa, jemu! Kadang2 saya yang jahat ni cari jugak nangka muda, pucuk pegaga, jantung pisang....tapi jarang!

4. Buah-buahan : ya, sepanjang tahun ini, saya makan banyak buah-buahan. Tetapi harus diingatkan jenis yang boleh dimakan alahai sikit saja. Yang saya boleh makan adalah epal merah(hijau dilarang kecuali buang kulitnya),guava, pear, lai. Yang dilarang adalah pisang, belimbing. Yang saya curi2 makan dalah mango! Haha....Rumah saya jangan dicari junk food, yang saya makan bila terasa loya tekak atau lapar adalah buah dan buah dan buah.

5. Rawatan Dialisis : 4 jam tempoh rawatannya. setengah jam menunggu sebelum bermula, setengah jam lagi semasa 'dressing' maka jadi 5, 6 jam juga. Seminggu 3 kali. Buat masa ini, saya masih lagi 2 kali. Selepas rawatan, sedikit senoneng. Hehe. Saya akan duduk sekejap dan kemudiannya baru memandu. Ya, saya memandu sendiri. Ini tidak digalakkan kerana tahap senoneng tu boleh tahan jugak. Blurred aje. Tapi saya hidup sendiri di KL ni jadi konsep hidup saya adalah redah saja.

Setiap kali dialisis, saya akan dicucuk dengan 2 jarum yang saiznya...mak aii.....besar! Bila nurse mencucuk, terasa macam anda menjahit guni. Bunyi tus, tus kan? Haha...boleh rasa. boleh dengar lagi. Kalau nurse tu terror, sekali cucuk terus masuk dan alhamdulillah. Kalau cucuk dan tak jumpa urat darah, maka jarum akan digerakkan. Ya ALLAH! Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Menangis? Haha...kalau sakit sangat, memang saya menangis. Kalau boleh tahan, saya tahan. Kalau tak tahan pun, bukan boleh kari balikkan? hehe....walaupun ada masa2nya saya terasa malas tahap gaban mahu ke hospital. Tapi saya ingatkan diri, ini bukan macam pergi window shopping. Suka boleh pergi. Tak suka, duduk rumah! Ini sesuatu yang wajib. Yang rutin!

Orang selalu tanya, sampai bila mahu dialisis. Saya jawab, sampai mati. Dan orang akan marah mendengar jawapan saya. hehe...hakikatnya itulah realiti. Ini bukan sakit demam. Ini sakit yang kronik. Moralnya? Jagalah kesihatan anda. Sakit...ya memang ianya dugaan ALLAH. Ujian untuk hambaNYA. Sakit juga mengajar saya beberapa perkara. Tentang kawan, tentang saudara, tentang dunia.

Semoga ALLAH merahmati hidup yang sedia ada. Jika ada rezeki transplant.....saya bersyukur. Jika tidak...saya hanya mengharapkan belas kasihanNYA.

Wednesday, December 22, 2010

Melalui hari2 terakhir Disember...

Salam,

2, 3 hari yang haru biru. Hehe....mak datang. Abang Long datang dgn isteri, 2 menantu dan 3 anaknya. Janji datang hari lain tapi tukar tarikh lain. Jadi saya dapat cuti sehari saja. Yang bestnya, anak saudara saya tukarkan lampu yg terbakar, betulkan sinki yang bocor dan gantikan pokok2 saya yang mati! Hehe...yeah, pasni boleh gi nursery dan beli pokok baru. Dulu masa masuk hospital dan balik kampung lama, pokok2 saya mati kekeringan!

Semalam pagi, lepas subuh saya dah masuk dapur. Masak nasi goreng aje. Saya buat prep, suruh anak sedara saya masak. Senang sebab anak sedara ni semuanya dah besar. Hehe...mereka boleh buat semua kerja. Pastu saya terus masak kari daging dan sambal goreng tempe. Siap masak, kamu warga muda keluar ke jalan TAR. Dah! Jenuh saya melayan mereka bergaduh nak beli kain warna apa. Kat kedai bukan main pilih warna lain. Sampai rumah, mereka berebut warna lain! Macam mana tu? Saya selamba kata mereka tak kuat iman! Hahaha! Untuk pengetahuan semua, anak sedara saya ni bukan umur 3, 4 tahun tapi 30an dan 20an. Hehe...

Sempat juga ke Alaf. Mereka nak beli novel pulak. Jenuhlah editor saya menjawab soalan mereka, buku mana yang menarik! Memandangkan sudah di Alaf, sempat juga berbincang dengan Awien dan Lya tentang cover JCC. Minta-minta segala proses dipermudahkan untuk novel ke lima ni. Amin!

Pesta Buku Kanak-kanak berlangsung di PWTC. Cemburu dengan Rose Harissa, Lily Haslina dan Marwati Wahab(Aleya Aneesa) yang ada buku kanak-kanak! Huh... hehehe....cemburu seorang novelis. (cemburu positif) Walaupun RH pasti terasa mahu menyekeh saya kerana dia selalu menyuruh saya menulis gaya remaja tetapi saya pulak macam tak konfiden boleh buat. Tapi kita tengoklah nanti ya. Mana tahu, 2011 dengan masa yang ada terluang, saya akan mencuba menulis genre remaja pula. hehe...cita-cita ni!

Ya, hari ini Disember sudah mencapai angka 23. Tidak jauh saja lagi Januari datang. Moga ada kemanisan yang datang...

Thursday, December 16, 2010

Saya lalok mengharung Disember ini...

Salam,

Ya...Disember yang datang, cepat-cepat pergi! Hehe...kalau saya ada kuasa sakti, pasti dunia berpusing lebih cepat di paksinya lebih dari biasa. Bayangkan, kerana terlalu laju....ada pulak orang yang tercampak dari bumi kerana dosa kuasa sakti saya itu. hehe...terbayang wajah-wajah manusia yang saya harapkan tercampak keluar dari bumi. Astaghfirullah al azim.....
Begitu sekali niat jahat saya?

Seperti juga ketika saya tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Saya teringin mahu menekan butang dan berdusyum kereta saya terbang di awan biru dan saya pun sampai ke destinasi saya! Huhu....angan-angan! Realitinya, sejak akhir-akhir ini saya memandu tanpa perasaan. Kaki tekan pedal minyak dan saya memandu sampai ke arah tujuan dengan sejuta perkara sarat di kepala. Mujur laluan destinasi tidak berubah maka saya memandu secara automatik saja. Hidupkan enjin, pakai tali pinggang, bubuh R, turunkan brek tangan, baca doa dan jalan. Kerana caca marba dalam kepala, saya mengharapkan doa menaiki kenderaan itu melindungi saya dari segala bahaya. Amin. Semoga saya terus dilindungi.

Semalam saya makan Maggie. (Kerana sehari sebelum itu Aleya Aneesa kata dia makan maggie, saya pun jadi teringin) Maggie Tomyam + sawi jepun + tauhu + bawang + cili + telur sebiji. Siap masak, saya termenung tengok maggie dalam mangkuk. Makan dua tiga garpu....saya termenung. Kenapa tak sedap ya? Kawan saya kata, "Ur mouth yang taste or heart yang taste the maggie?" Haha.... Saya balas sms dia dengan jujur, "Hehe, x tau. Tapi nowadays..bila makan maggie, perasaan pertama is berdosa. Haha, x boleh makan kan! Tapi makan! Then after few forks, d lust subside." Ya, memang begitu. Tekak saya sekarang sukar mahu menerima makanan segera. Terbayang muka doktor. Terasa berdosa! Subhanallah....semoga Allah jangan menghukum saya kerana tidak mendengar kata doktor supaya jangan makan maggie!

Selepas habis termenung, kawan lama saya telefon. Dia jiran saya di kampung. Lama kami tak jumpa. Bila dia dah berkeluarga, saya pula jauh di KL ni....(hehe, jauhlah sangat) maka lama kami tak berhubung. Dia baru tahu saya sakit. Dia marah kenapa tidak diberitahu. Saya menjawab dengan ketawa sambil diselang seli dengan airmata. Dulu kami rapat masa sama-sama sekolah walaupun bukan di sekolah yang sama. Masa menjarakkan tapi hubungan yang tersimpul tetap ada tidak terlerai. Alhamdulillah, saya masih diingati.

Kesimpulannya, saya memang lalok melalui Disember ini. Hobi saya adalah menyeksa diri sendiri. Melihat orang lain bergembira, saya rasa tertekan! Haha....petanda depresi ni! Namun saya masih waras. Sangat-sangat waras. Maka jadual untuk Disember ini akan dipenuhi dengan pelbagai perkara. Esok ada yearly gathering....tak tahu saya selarat mana. Ahad kena shopping barang-barang dapur sebab mak n family nak datang rumah Isnin ni. Huhu......semoga Disember cepar berlalu! (Saya tahu Laila Kamilia marah dengan doa saya ni...hehe, kerana dia masih mahu cuti sekolah lagi!)

Wednesday, December 1, 2010

Disember

Salam,

Disember datang lagi. Sedih baca blog Hezzy... I share your worries! InsyaAllah, idea nanti akan datang mencurah-curah...macam musim hujan yang lebat sekarang ni? Hehe. Entahlah, saya sendiri lama tidak menulis. Sudah hampir 2 minggu. Hero terasa tidak cukup comel. Heroin terasa tidak cukup manis. Konflik terasa tidak cukup cornflake (maksudnya tidak cukup rangup)

Hahaha....dan sebenarnya jika saya jujur dengan diri sendiri, jawapannya bukan begitu tetapi saya MALAS. Saya lebih asyik melayan hati. Sessi bertanya dengan diri sendiri...kenapa begitu ya? Kenapa begini ya? Entah kenapa, saya ni mahu memikirkan tentang orang yang saya rasa langsung tidak memikirkan tentang diri saya. Memang sengaja mencari penyakit bukan? Huhu.... Tidak mengapa. Saya tidak mengganggu sesiapa. Selut di hati, lumpurnya hanya saya yang tahu.

Saya mahu tahun ini berakhir dengan cepat. Saya mengharapkan 2011 yang lebih positif. InsyaAllah. Yang pastinya, awal Januari ini saya merancang mahu berlibur. Menghiburkan hati. I want to be far far away from all my worries. Biar jauh!

Sunday, November 21, 2010

21 November datang lagi.


Salam,

Terima kasih pada semua yang mengucapkan selamat hari lahir pada saya. Ya, Ahad semalam saya menyambut hari lahir yang ke **. Hahaha....Apa yang saya rasa?
Mhmm....saya bersyukur. Setahun yang lalu, selepas sambutan Aidil Adha saya masuk wad. Selamba saja saya ke hospital dan daftar masuk. Tak tau pun sakit apa cuma doktor di klinik panel kata, " u need to be warded n go through some detailed check up."
Dengan tabah saya pergi sendiri bawak beg. Tak bagitau mak pun sebab x mau dia risau. Bila dah admitted, bila dah run through segala pemeriksaan...saya terdiam. Saya menangis. Barulah masa tu saya bagitau famili n kawan terdekat. Semua terkejut. Dan sebenarnya...sayalah yang paling terkejut dengan diagnosis yang diterima. I am sick...
Kini, sudah setahun saya melalui semua itu. Setahun yang mengajar saya banyak perkara. All the pain, pills, medicine....needles...huhu...Entah berapa gelen airmata yang tumpah! Sedu dan hiba membanjiri hati namun akhirnya saya sedar....ini ujian dari Allah.
So...I had survived a year of sickness. Don't know how many more years that I have...but I'd survived another year. Syukur alhamdulillah.

Di sini saya mahu mengambil kesempatan...mengucapkan rasa terima kasih pada semua yang menyokong saya, yang tidak jemu memberikan nasihat dan kata2 semangat. Saya juga mahu memohon maaf, jika sepanjang saya sakit ini saya menjadi orang yang berbeza. Something happen to me and I am not ashamed to admit that I am struggling to be in acceptance level.

Maka, ada masanya saya tidak mampu untuk menjadi Lynn Dayana yang dulu. Ada ketikanya saya mesti mementingkan kesihatan diri saya dari perkara yang lainnya. I am living my life as best as I could. As best as I know how.

So, bila ada jemputan yg terpaksa saya tolak...maafkan saya. Ada keraian yang tidak dapat saya kunjungi, maafkan saya. Ada yang tidak boleh menerima saya seadanya....maafkan saya.

Bagi yang masih setia mahu berkawan dengan saya dan mendoakan kesejahteraan saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Saya hanya makhlukNya yang penuh khilaf dan berusaha menjadi yang lebih baik.

Wednesday, November 3, 2010

CET : bab 26 (Psiko)

Psiko. Ya, saya suka saat menulis scene psiko di dalam Cinta Edisi Terhad. Terasa tenang menyelami watak lelaki yang sakit jiwanya. Terasa seolah-olah saya meletakkan diri jika saya menjadi sepertinya, apakah yang akan saya lakukan. Ya, saya pun turut jadi psiko. Hehe. Sebab itu ada yang bertanya, "Siapa pulak yang kau bunuh dalam novel kali ini?"

Ini bab 26 dalam CET. Saat antara realiti dan fantasi seolah bersatu dan memaparkan minda yang terdera. Antara tahu dan tidak tahu...kita menjadi mangsa untuk terus membaca helaian yang seterusnya.

Bab 26 : CET

Suara. Dia kerap mendengar suara-suara itu. Ada ketikanya suara itu seakan merintih. Ada masanya pula suara itu seakan gembira dan ada waktunya suara itu menangis kesedihan. Dia merasakan kepalanya sangat sakit. Tangannya memicit kepalanya dengan kuat. Pergi jauh wahai suara!
“Aku ingat dia sayang aku sampai ke anak cucu tapi rupanya tidak.” Suara wanita itu berbicara.
“Apa yang dia dah buat?” Suara yang kedua lebih lembut pula kedengaran.
“Dia ada hubungan dengan perempuan lain.” Suara wanita yang pertama itu merintih.
Lelaki itu mengangkat kepalanya dan menghentakkan kepalanya berulang kali ke bantal. Dia tidak mahu mendengar suara-suara itu. Katil yang dibaringinya itu mula bergoncang dengan kuat juga.
“Tolong!”
“Tak guna menjerit. Kita kena simpan tenaga.” Suara seorang wanita yang lebih tegas pula berbicara.
“Aku tak nak mati lagi. Aku masih mahu hidup. Aku nak tebus semua dosa aku.” Suara wanita yang lembut itu menangis kesedihan.
“Kita semua ada dosa tersendiri. Tak ada orang yang nak mati lagi!” Suara wanita yang tegas itu memarahi.
“Sudahlah. Jangan gaduh. Kita berdoa. InsyaALLAH kita akan selamat.” Suara wanita yang pertama kali bersuara itu memberikan nasihat.

“Diam! Diam semua! Diaammmm!” Lelaki itu menjerit sekuat hatinya. Dulang makanan yang berada di atas meja dilemparnya ke dinding. Dia tidak mahu mendengar suara-suara itu.
Derapan langkah laju menerpa ke arah pesakit itu. Beberapa orang jururawat datang dan memegang kaki dan tangan pesakit.
“Mana Doktor Chong? Cepat panggil dia.” Aminah memberikan arahan. Lelaki ini baru lima belas minit tadi dijengahnya dan kelihatan tenang saja sedang tidur.
“Sakit. Kepala aku sakit. Kenapa bising sangat? Suruh mereka diam!” Lelaki itu merintih. Doktor Chong yang baru datang bergegas segera memberikan suntikan untuk menenangkan pesakit. Tidak sampai beberapa saat, tubuh pesakit yang mengganas sebentar tadi sudah menjadi longkai tidak bermaya.
Jururawat semuanya berpandangan dan menarik nafas lega.
“Pesakit ada terima pelawat ke?” Aminah bertanya.
“Mana dia pernah terima pelawat.” Kavitha menjawab dengan berbisik.
“Mungkin dia dah ingat semula apa yang berlaku.” Aminah membuat tekaan.
“Mungkin dia sebenarnya sakit jiwa!” Kavitha membuat kesimpulan.
Aminah menjeling tajam kepada Kavitha yang benar-benar tidak sayang mulut. Aminah memandang wajah pesakit itu yang kini tenang lena. Apa agaknya yang sedang difikirkan lelaki itu? Suara siapakah yang dikatakan membuat bising? Aminah teringin berkongsi kesengsaraan lelaki itu yang sehingga kini masih tidak diketahui identitinya itu.

Dalam tidurnya lelaki itu bermimpi. Dia sesat di balik awan. Dia berada jauh di atas awan dan melihat bumi yang menghijau. Dari kejauhan, bumi nampak tenang dan mendamaikan. Dia melabuhkan punggungnya di atas awan. Terasa empuk sekali awan yang didudukinya itu. Gegaran kecil itu akhirnya menyebabkan titisan air hujan gugur lalu membasahi bumi. Dia menggoyangkan kakinya sambil menyanyi.

Tunggu sekejap, wahai kasih
Hujan masih belum reda
Tunggu sekejap..


Mendengar suara lelaki itu menyanyi dengan nada yang berbisik menyebabkan Aminah dan Kavitha saling berpandangan. Dulang makanan yang dikutip Kavitha hampir-hampir jatuh semula. Lelaki itu menyanyi lagu P.Ramlee? Kavitha merasakan bulu romanya meremang berdiri. Aminah pula memandang lelaki itu dengan penuh harapan. Lelaki itu mahu dia terus menunggukah? Aminah merasakan seakan ada semangat yang meresap ke dalam sanubarinya. Semangat pejuang yang tidak akan mungkin kalah.

Sunday, October 31, 2010

Hujung Minggu Oktober...

Salam,

Letih seketika. Semalam, bila keluarga kakak saya balik ke Melaka, saya pengsan. Saya tidur dari kul 1 sampai kul 3. Hehe....Hari Sabtu, pukul 8 pagi saya sudah ke Tesco. Beli barang-barang dapur. Menu saya untuk dihidangkan pada kakak sekeluarga ialah nangka masak lemak cili api campur ayam, Kerabu mangga bunga kantan, ikan kering dan untuk budak2.....hehe....saya beli ayam KFC. Budak2 ni kata, sedap...tapi pedas! Kerabu tu pergh! Best!

Minum petang, saya buat jemput-jemput ikan bilis campur kentang. Budak2 ni lepas tu apa lagi, terjun ke kolam renang. Itu yang buat mereka suka ke rumah saya.

Lepas makan malam, abang ipar nak tengok bola. Budak2 ni tanya, "Rumah mak usu ada berapa tv?" Haha, banyaklah. Saya duduk seorang takkanlah nak ada 2, 3 tv. Kesannya, abang ipar sorang tengok bola. Kami baca buku!

Pagi esok, sarapan menunya : Nasi goreng dan roti telur. Siap sarapan, mereka terjun kolam lagi. Naik aje lapar! Aduhai. Budak2 ni tanya, mak usu ada gula2 tak? Haha, rumah saya mana ada junk food! Kakak saya kata, mak usu ada gula pasir aje. Nak? Hehe...

Makan tengahari kami : Mee Bandung. Letak udang, sotong, ayam, telur, sawi Jepun, taugeh.... Sedap! Pergh...kenyang. Alhamdulillah.

Kakak balik kul 12 lebih. Saya kunci pintu, kemas2 rumah sikit.....zzzzz......tidur dengan lena. Nyaman! Haha

Thursday, October 28, 2010

Cendol Sogo



Ya, nampak sangat sedapkan. Memang sedap sebab kacang merahnya banyak dan santannya memang fresh dan lemak. Huhu.....Mengidam cendol Sogo!

Wednesday, October 27, 2010

Mee Rebus Pesta, Batu Pahat



Di petang yang dingin...hujan2 pulak tu ni...dan lama sangat tak balik Batu Pahat. Maka teringinnya....Mee Rebus kat Pesta. Sedapnya menjilat jari. Dengan lada jeruk, potongan kentang rebus, taugeh yang rangup gebu.....mhmmm....nak balik!

Monday, October 25, 2010

Cerpen 6 : Sekeras Kerikil Selembut Sutera

Salam,

Diam tak diam, Oktober hampir berlalu meninggalkan kita. Kejap aje kan? Dan November pun datang...huhu. Menambah jumlah umur. Tertambahkah tahap kewarasan dan kepandaian? Terpeliharakah iman dan kesabaran?

Segala ujian yang datang, saya anggap sebagai sebahagian dari proses mematangkan diri. Melengkapkan hidup supaya lebih tabah dan di penghujung hari membuatkan kita lebih kenal diri kita kita sendiri dan juga mereka yang berada di samping kita.

Semakin dewasa, semakin bertambah usia....saya rasa, saya lebih selesa memilih untuk berdiam sahaja. Silent is golden...

Sementara menunggu novel yang ke5 (yang entah bila terbitnya...hehehe...), silalah baca cerpen yang lama saya tulis, di penghujung 2008 yang lalu.

Sekeras Kerikil Selembut Sutera

Rumahku Syurgaku. Hanif tersenyum sinis melihat iklan yang disiarkan di televisyen itu. Ya, jika bahagia mungkin itu adalah kenyataan yang benar tetapi jika sebaliknya yang berlaku? Jika rumah ini bukan lagi syurga namun tidak ubah seperti neraka? Hanif kemudiannya beristighfar. Mudah benar dia terpengaruh dengan godaan syaitan yang direjam. Ingatannya kembali kepada peristiwa yang berlaku semalam.
“ Kalau tak suka saya, tak suka keluarga saya, abang lepaskan saja saya. Lepaskan.” Dengan lancangnya bibir Fiza meluahkan isi hati.
“ Abang bukannya sayang saya pun.” Fiza menambahkan lagi bara dalam sekam.
Terbakar hati Hanif mengingatkan kata-kata Fiza itu. Akibatnya, dia memandu dengan laju di Lebuhraya Utara Selatan lalu kini berhenti di daerah Batu Pahat yang tidak pernah dijejakinya itu. Dia mengambil keputusan bermalam di situ. Panggilan telefon dari isterinya yang bercita-cita mahu memegang status janda itu langsung tidak dihiraukan. Dia mahu merawat luka hatinya sendiri. Lelah hati memikirkan sikap isteri yang suka benar meminta cerai.
Baru tujuh tahun berumahtangga namun permintaan Fiza itu sudah acapkali didengar. Mahu saja permintaan itu ditunaikan tetapi dia masih lagi waras. Seorang isteri itu adalah dari tulang rusuknya yang bengkok. Meluruskannya tentulah tidak boleh kasar. Hanif terus memujuk hati.
Rimas! Hatinya jadi berkecamuk kerana kerap memikirkan di manakah salah dan silapnya dalam hubungan mereka. Bukan sedikit kasih sayang yang dicurahkan kepada si isteri tetapi bagi isterinya itu, segala-galanya tidak bernilai. Apa lagi yang mahu diberikan? Wang ringgit tidak pernah susut di dalam akaun bank yang memang dibuka untuk si isteri semenjak mereka diijabkabulkan.
Ciuman penuh kasih sering dihadiahkan kepada Fiza lewat malam mereka mahu beradu dan seawal pagi mula bertamu. Jambangan mawar dan kotak cokelat bukan sekali dijadikan hadiah namun pada Fiza, semua itu tetap tidak dapat memuaskan hatinya.
“ Saya mahu keluar dari rumah ni. Saya benci!” Fiza mengungkapkan kemahuannya semasa mereka bertengkar semalam.
“ Fiza…cuba bawak bertenang. Awak tak sayang anak-anak?” Hanif mengingatkan dengan suara yang perlahan. Dia tidak mahu anak mereka yang berumur enam tahun dan tiga tahun itu akan tersedar dari lena.
“ Mereka bukan anak saya!” Fiza semakin berhati batu.
“ Astaghfirullahalazim! Awak sedar apa yang awak cakap ni?” Hanif cuba mengawal kemarahan.
“ Mereka tu dari benih awak…. Benih yang tak berguna.” Perlahan Fiza menjawab dengan tanpa rasa kesal.
Terpempan Hanif seketika mendengar tohmahan dari Fiza yang dilafazkan sewenangnya. Ke mana hilang akal yang ALLAH anugerahkan untuk manusia agar dapat dibeza antara binatang dengan makhluk Tuhan yang lebih mulia? Tidak ingatkah Fiza bahawa dialah yang mengandungkan kedua-dua anak mereka selama 9 bulan sepuluh hari? Hanif terus hanyut dalam menungannya sendiri. Malam yang kian berlalu menyebabkan Hanif merasakan hari yang dilaluinya kini sangat-sangat panjang.
***
Telefon itu dilihat lagi. Masih juga tiada pesanan ringkas yang muncul di skrinnya. Ayu melepaskan keluhan lalu telefon pemberian tunangnya itu dicampakkan ke dinding. Berderai. Dia merebahkan diri ke atas katil. Telefon itu langsung tidak dipedulikan. Biar hancur menjadi debu pun dia tidak peduli. Sakit hati memikirkan sikap Fadly. Sukar benarkah mahu menghantar sms walau sekadar bertanyakan khabar? Sudah dua hari lelaki itu mendiamkan diri tanpa apa-apa berita. Strateginya adalah agar Fadly kenal makna sunyi tanpa didampinginya. Namun harapan tinggal harapan. Bagi Fadly, tanpa gangguan panggilan telefon dari dirinya mungkin bagaikan satu anugerah yang membawa ketenangan. Hingga kini, Ayu sendiri kurang mengerti untuk apa hubungan mereka ini diteruskan lagi jika yang ada hanyalah perasaan benci?
Dengan malas, Ayu bangkit dari baringan dan merenung wajahnya di cermin. Dia bosan. Dia sunyi. Dia dambakan kasih sayang dari seorang insan bernama lelaki. Dia tidak meminta untuk diulit 24 jam tetapi dia meminta haknya sebagai seorang tunang. Seminggu sekali keluar pun susah benarkah? Ayu semakin meradang.
“ I sibuklah. You tak kan tak faham. Mak I pun faham tau bila I jarang balik rumah.” Fadly memberikan alasan.
“ You tak adil.” Ayu masih mahu berperang.
“ You yang tak memahami. Tak pandai langsung nak ambik hati I. ” Bangkang Fadly lalu bergegas meninggalkan tunangnya, Ayu terkulat-kulat di tepi pagar rumahnya tiga hari yang lalu.

Udara yang tenang itu membuatkan Ayu lebih bersemangat untuk menempuh dugaan hidup yang mendatang. Dia sudah sampai di sini. Di daerah Batu Pahat yang baru kali kedua dikunjungi. Pertama dahulu semasa Fadly mahu memperkenalkannya dengan keluarga. Kali kedua pula semasa hari raya puasa yang lalu. Kini, kali ketiga dia mahu bersemuka dengan keluarga Fadly.
“ Assalamuallaikum.” Ayu memberikan salam. Ada curiga di hati tetapi niatnya mesti diteruskan.
“ Waalaikumusalam. Eh, Ayu!”
Ayu menjawab dengan senyuman. Emak Fadly yang bertubuh rendang itu mencapai tangan yang dihulurkan dan kemudiannya memeluk tubuh kecil tunang anaknya itu.
“ Marilah masuk.” Saerah menjemput Ayu.
Langkah diatur memasuki rumah yang sunyi saja kelihatannya.
“ Fadly keluar ke makcik?” Ayu bertanya. Dia diberitahu Fadly yang hujung minggu ini adalah masa untuk keluarganya. Fadly selalu tidak mahu diganggu jika dia pulang ke kampung dan kerana tidak mahu dituduh tidak memahami maka Ayu akan tidak menghubungi tunangnya itu walaupun dia merasa sangat rindu.
“ Fadly? Dia tak balik pun. Dia kata dia nak balik ke sini?” Saerah bertanya dengan dahi yang berkerut. Wajah muram Ayu membuatkan hati tuanya mula berdebar kerana merasakan ada yang tidak kena.
“ Mhmmm….” Ayu kehilangan kata-kata.
“ Kenapa Ayu nak putuskan tunang?” Saerah bertanya dengan nada yang perlahan.
Soalan emak Fadly membuatkan Ayu terkedu. Dunianya seakan terhenti. Hatinya seakan dibanjiri dengan airmata yang menyebabkan dadanya sesak tidak bernafas. Ayu membuka mulut mahu menjawab namun tiada ayat yang mampu dilafazkan.
“ Ayu…sabar nak. Cuba cerita dengan makcik apa yang berlaku.” Saerah cuba menenangkan gadis yang wajahnya nampak penuh dengan kekalutan.
“ Fadly kata Ayu nak putuskan tunang?” Ayu bertanya dengan suara yang bergetar.
“ Mungkin makcik salah dengar.” Saerah cuba berdalih.
“ Kalau dah tak suka saya, kenapa tak berterus terang? Saya ada keluarga.” Ayu menjawab dengan airmata yang berlinangan. Lelaki yang disayangi dan dihormati rupa-rupanya dengan mudah memijak maruah dia.
“ Ayu, jangan fikir yang bukan-bukan. Mungkin Fadly …” Saerah sendiri kehilangan kata-kata.
Perlahan Ayu menjauhkan diri dari emak Fadly. Dia sudah tidak diperlukan lagi di sini. Dia mengesat pipinya yang dibasahi airmata. Jawapan kepada sejuta persoalan yang ada di dalam kepalanya ini hanya Fadly yang mampu menjawab. Bukan makcik Saerah.
“ Saya balik dulu, makcik.” Ayu meminta diri.
“ Ayu nak ke mana? Biar makcik telefon Fadly dulu. Biar makcik yang tanya dia.” Saerah cuba menghalang. Dia risau memikirkan keadaan Ayu yang jelas nampak tidak keruan.
“ Halalkan makan minum saya. Fadly tak perlukan saya lagi. Maafkan saya kalau menyusahkan makcik sekeluarga.” Ayu terus melangkah keluar dari rumah. Pandangan sayu emak Fadly hanya menyebabkan hatinya semakin terluka. Mengapa begitu kejam Fadly memperlakukannya sebegini?
Pedal minyak ditekan dengan laju. Airmata merembes keluar membasahi pipi tanpa mampu ditahan lagi. Ya, dia tunang yang tidak memahami! Dia tunang yang tidak pandai mengambil hati. Ayu terus menyalahkan dirinya sendiri. Memang dia yang bodoh. Terlalu bodoh menyayangi lelaki itu hingga terlupa untuk berwaspada. Dia selalu memberikan ruang untuk Fadly, agar lelaki itu tidak merasa dirinya ini terlalu mendesak. Manalah tahu, ruang itu digunakan Fadly untuk memijak maruah dirinya.
Bagaimana mahu memberitahu emak yang tunang kesayangannya itu adalah duri dalam sekam yang membakar diri. Apa alasan yang mahu diberikan kepada abah yang sudah beriya-iya menempah dua ekor lembu untuk majlis mereka yang sepatutnya dilangsungkan dalam masa dua bulan lagi? Lelaki, kenapa begitu kejam terhadap dirinya? Ayu terus menangis dan ketika tangannya mengelap airmata, dia tidak nampak kereta yang baru keluar dari simpang. Sekelip mata, keretanya terasa menghentam sesuatu. Allah…. Ayu sempat menyebut lalu pandangan matanya gelap.

***
Matanya berkerdip memandang ke arah siling putih. Dia melihat sekeliling. Kaki dan tangannya cuba digerakkan namun dia terdengar ada suara yang melarangnya dari bergerak.
“ Jangan gerak banyak sangat.” Lembut suara gadis bertudung warna ungu muda yang menegurnya itu.
“ Kat mana ni?” Hanif bertanya.
“ You kat Hospital Batu Pahat. Dah dua hari you tak sedarkan diri. Maafkan saya.” Ayu menyusun ayat dengan sebaik mungkin. Dia khuatir lelaki itu akan memarahinya.
“ Accident! Kereta merah…laju.” Hanif cuba mengingati apa yang telah berlaku.
“ Ya. Saya yang bawak kereta tu. Maafkan saya.” Sekali lagi Ayu memohon maaf. Matanya mula digenangi airmata. Dia tidak dapat menahan diri daripada merasa bersalah. Dosa dia kerana mengikut kata hati hingga menyebabkan lelaki itu tercedera teruk sedangkan dia pula hanya cedera ringan saja.
“ Isteri saya….” Hanif bertanya.
“ Saya dah hubungi. Biar saya panggil doktor dulu.” Ayu terus bangun dari kerusi dan laju saja keluar dari bilik itu. Dia menutup pintu dan dibalik dinding itu dia menangis perlahan. Menangisi nasib dirinya yang dibuang seperti sampah oleh tunang yang sudah berhenti menyayangi. Menangisi juga nasib lelaki yang dilanggarnya itu kerana mempunyai isteri yang tidak berhati perut. Dia terasa sangat-sangat kerdil. Di telinganya masih lagi terngiang-ngiang kata-kata nista yang dilafazkan oleh isteri Hanif tempohari.
“ Kenapa tak langgar sampai mati? Senang sikit hidup aku!” Fiza bertanya dengan kasar kepadanya.
“ Maafkan saya. Ya, saya bersalah tapi kenapa akak cakap macam tu?” Ayu berdesing telinga mendengar permintaan mengarut dari perempuan cantik yang nampak begitu angkuh sekali.
“ Siapa akak engkau? Jangan menyusahkan hidup aku boleh? Dahlah aku hidup macam dalam neraka.” Fiza menjerkah Ayu lagi.
“ Mama…” anak perempuannya yang sulung memanggil.
“ Siapa mama engkau? Tak boleh hidup senang betul! Kan senang kalau korang ni ada dalam kereta tu sekali!” Fiza menolak tangan anak kecil itu yang cuba memegang tangannya.
“ Kak…sampai hati akak cakap macam tu. Mereka ni kecik lagi kak! Apa dosa mereka pada akak?” Ayu sudah tidak dapat menahan rasa marah.
“ Kau jangan nak mengajar aku. Kalau kau nak, kau amiklah diaorang ni. Nah, amik! Amik!” Fiza menarik tangan Mira dan Ridwan lalu menolak mereka kepada Ayu. Apabila anaknya mahu berlari mendapatkannya, Ridwan ditolak hingga anak kecil itu jatuh ke atas lantai. Mira hanya berdiri terpaku di sisi Ayu dengan linangan airmata.
Ridwan cuba bangun dan mahu berlari mendapatkan mamanya lagi namun langkahnya terhenti apabila namanya dijerit Mira.
“ Adik. Jangan! Mama tak sayang kita.” Mira memandang mamanya dengan pandangan yang berkaca. Dia masih kecil tetapi dia tahu makna tidak disayangi.
Ayu yang mendengar semakin luluh hatinya. Dia mendapatkan Ridwan dan anak kecil itu dicempungnya dan dipeluk erat di dalam dokongannya. Tubuh Ridwan yang menggigil-gigil kerana menangis penuh sedu sedan menyebabkan Ayu sendiri sudah mula menangis. Dia mahu memberikan kekuatan tetapi dia sendiri gagal mengemudi hidupnya. Sampai di depan Mira, anak kecil itu mencapai tangannya dan genggaman erat yang diberikan membuatkan Ayu kagum dengan kesungguhan anak sekecil itu.
“ Pergi. Jangan korang cari aku lagi. Mama korang dah mati,” jerit Fiza lalu berlalu dengan laju. Langsung tidak memandang ke belakang. Masa hadapannya bukan lagi dengan suami atau anak-anak. Mereka semua hanya mengheretnya ke neraka.

Ayu tersedar dari lamunannya itu apabila telefonnya bergegar menandakan ada panggilan yang diterima.
“ Kak…Mira nak jumpa abah.” Penuh syahdu suara anak kecil itu.
“ Mira bagi akak cakap dengan nenek.” Ayu mengelap airmata. Dia tidak mahu anak kecil itu mengesan kesedihannya. Kedengaran suara Mira memanggil makcik Saerah.
“ Makcik…Ayu ni.”
Selepas memberitahu maklumat terkini tentang Hanif, Ayu duduk termenung di kerusi di bahagian luar unit rawatan rapi itu. Dia tidak mahu masuk ke dalam lagi. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu Hanif yang isterinya sudah tidak mahu mengambil tahu. Sudah berhenti menyayangi. Malah tidak mempedulikan anak-anaknya langsung. Kerana panik dan tidak tahu ke mana mahu mengadu, dia membawa anak-anak itu ke rumah makcik Saerah. Mujur makcik Saerah bermurah hati mahu menolongnya menjaga Mira dan Ridwan sementara dia menguruskan hal yang lain. Mujur juga dia hanya cedera ringan namun keretanya kemek teruk di bahagian hadapan.
Ketika kepalanya diangkat, matanya bersabung dengan Fadly yang baru memasuki ruang menunggu di hospital itu. Ditangan kanannya ada menjinjing mangkuk tingkat manakala tangan kirinya memegang tangan Ridwan. Di belakang Fadly kelihatan makcik Saerah bersama Mira. Ayu melepaskan keluhan. Pasti makcik Saerah menghubungi Fadly.
“ Hai…” Fadly datang menghampiri Ayu dan menghulurkan mangkuk tingkat berisi masakan emaknya namun Ayu hanya membatukan diri.
“ Ayu, pergilah makan. Kamu tu dah berapa hari makan pun tak selera. Nanti sakit pulak.” Saerah memujuk.
“ Ridwan dah makan. Cedap!” Ridwan yang masih pelat mendekati Ayu. Hati Ayu tersentuh lalu pipi anak kecil itu diciumnya mesra.
“ Mira dah makan?” tanya Ayu. Dia tahu, Mira memendam perasaan di atas segala yang berlaku. Kasihan memikirkan anak sekecil itu sudah mula memahami pahit maung kehidupan. Gelengan kepala Mira menyebabkan Ayu melepaskan keluhan.
“ Mira tak makan, akak pun tak nak makan.” Ayu membuat keputusan.
“ Susahlah macam tu!” Mira mencebik.
“ Jum, teman akak makan.” Ayu memujuk lalu menarik tangan Mira. Fadly langsung tidak dipedulikan.
“ Mira nak jumpa abah!” Sekali lagi permintaan yang sama diluahkan.
“ Pukul 2 nanti, abah Mira masuk wad biasa. Masa tu, Mira boleh tengok abah. Sekarang dalam ICU, tak boleh sayang!” Ayu berteleku di depan Mira. Dia mengelus pipi Mira.
“ Abah belum… mati lagikan?” Mira memberitahu juga apa yang ditakutkannya.
“ Abah Mira ada. Tadi akak baru berbual dengan dia. Abah pesan kat akak, suruh Mira makan. Suruh Mira jaga adik. Bolehkan?” Ayu memujuk lagi. Airmata yang mahu menitis ditahan sebaik mungkin. Dia tidak mahu menjadi wanita yang lemah di hadapan anak-anak kecil yang memerlukan perhatiannya itu.
“ Ayu…we need to talk!” Fadly bersuara.
“ Not now…” Ayu dengan tegas menjawab. Semenjak beberapa hari yang lalu, hidupnya tunggang terbalik. Dia merasakan masalah yang dihadapinya amat berat tetapi dia insaf apabila memikirkan ada lagi insan lain yang menderita. Anak-anak kecil ini kehilangan kasih mama dan kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, anak-anak ini merindui abah mereka pula.
“ I masih sayangkan you.” Fadly memberitahu.
“ I pun masih sayangkan you tapi I tak pasti sama ada I mahu terus menyayangi.” Ayu berkata lalu berlalu meninggalkan Fadly bersama Mira.
“ Maafkan saya, makcik.” Ayu menundukkan sedikit kepala tanda hormat kepada emak Fadly. Buat masa ini dia tidak pasti mengapa Fadly bersikap begitu. Yang dia tahu, dia tidak rela maruahnya dipijak dengan sebegitu mudah. Buat masa ini biarlah dia memikirkan tentang Mira dan Ridwan. Datuk dan nenek mereka akan sampai selewatnya pada esok tengahari. Mereka yang sedang menunaikan umrah terperanjat dengan berita yang diberitahu namun Ayu sudah berjanji akan menjaga kedua-dua cucu mereka buat sementara waktu ini. Ini saja yang boleh dilakukan untuk menebus dosanya kepada anak-anak kecil itu. Setelah apa yang berlaku, hatinya yang sekeras kerikil menjadi selembut sutera.

Tuesday, October 12, 2010

Tragedi Oktober

Salam,

Saya di dalam mood tidak mahu bercakap dengan sesiapa, tentang apa-apa saja dan tidak mahu peduli apa juga yang berlaku di dalam dunia. Saya bayangkan saya jauh dari bumi dan hanya mahu melihat dunia dari sudut pandangan yang sangat-sangat jauh.....

Alam lain? Mhmmm.... Rasa berdosa bila kedengarannya seperti mengeluh. Tapi it's a tiring October. And my heart are so heavy. Sepi...biar semuanya dilenyapkan sunyi.

Monday, September 27, 2010

Novel ke 6 : Projek Gajah Hijau Saya....huhu

Mayat itu diheret tanpa belas kasihan. Lagipun perempuan itu sudah mati maka tentunya dia pasti tidak akan merasa sakit lagi. Dia berhenti mengheret apabila terasa penat. Hembusan nafasnya terasa deras dan keras. Malam masih lagi muda dan seluruh kawasan padang menuju ke tasik itu disimbahi cahaya. Tiada satu pun makhluk yang kelihatan kecuali dia dan mayat yang menyusahkan dirinya itu.
Keretanya diparkirkan agak jauh kerana dia tidak mahu pihak polis menjejaki kesan tayar keretanya. Perjalanannya masih jauh lagi. Dendamnya masih belum selesai. Dan dia tidak mahu ditangkap sebelum misinya berjaya ditamatkan. Mayat itu disepak sekali lagi. Sekadar melepaskan geram. Mayat Nora tidak bergerak. Perempuan itu sudah mati diracuni. Padan dengan muka dia.
Dia pasti ramai yang akan menangisi kematian Nora. Seminggu lagi perempuan itu akan melangsungkan perkahwinan. Petang tadi juga bukan main seronok Nora apabila baju nikahnya siap dijahit labuci yang berkilauan. Ah, akan berkilauan juga airmata yang menitis saat kematian Nora diketahui ramai. Tragedi bakal pengantin!
Dia ketawa dan mayat itu digulingkan ke dalam tasik. Semoga kau tenang di sana Nora. Bersama ikan-ikan dan rumpai-rumpai laut. Giliran kau untuk belajar makna terseksa. Giliran engkau kenal makna derita. Setelah memastikan mayat Nora yang sudah diikat kakinya dengan batu tenggelam, dia memadamkan jejak tapak kasutnya.
Pulang ke rumah nanti, pakaiannya akan dibakar dan kereta yang dipandunya itu akan ditinggalkan saja. Kereta curi. Bukan dia yang akan merasa kerugian. Malah kematian Nora membuatkan dia merasa bahawa dia adalah manusia yang sangat-sangat beruntung. Satu sudah ditamatkan riwayatnya. Tinggal beberapa orang saja lagi yang masih menghela sisa saki baki nafas yang ada.
Di benak fikirannya dia terpandang wajah mereka semua. Yang tersenyum mesra kerana dahulu dunia berada di bawah tapak kaki mereka. Dia mengidamkan saat-saat di mana mereka mula menyedari, ajal mendatangi mereka tanpa sempat mereka melafazkan maaf pada TUHAN. Kematian mereka adalah umpama musim panas yang nyaman. Tatkala bunga-bunga kembang ceria tidak mengizinkan seraut wajah duka.

Sunday, September 19, 2010

Selepas Raya...

Raya sudah berlalu. Raya sudah menutupkan tirainya. Bagi saya....kerana bagi saya, hari raya hanya yang pertama dan kedua saja. Selebihnya....tiada.

Semalam saya kembali menulis. Haha...novel ke 6 saya ini lama saya terbengkalaikan. Projek gajah putih? Kalau gajah hijau boleh tak? haha....

Masa berlalu begitu pantas. Seolah-olah dengan sekali nafas saja....2010 ini akan berakhir. Dan umur pun meningkat lagi. Kematian juga semakin pasti.

Segala yang berlaku ada susun aturnya bukan? Rencana ALLAH, siapalah yang tahu. Ketidaktentuan itu adalah sebahagian dari ujianNYA.

Dan lagu gantung nyanyian Melly Goeslow semakin kuat di telinga. Tak slow2....

Thursday, September 2, 2010

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin



Salam,

Sementara masih ada ruang dan kesempatan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan dan pengunjung blog. Maaf jika ada kekurangan atau ada lakaran kata-kata dalam blog, novel atau cerpen yang mencalar hati.

Alhamdulillah, saya sempat bertemu Syawal lagi tahun ini....insyaAllah. Lama blog akan sepi kecuali saya kebosanan dan syok nak buat cerpen lagi! Cerpen mood raya barangkali? Entahlah...

Raya was never my moments...

Thursday, August 26, 2010

Cerpen 5 : Benci

"Aku give up!"
"Kenapa?"
"Aku betul-betul give up dengan lelaki." Rose melepaskan keluhan.
"Tak semua lelaki tu jahat." Pesan Myra.
"Habis tu kenapa yang aku jumpa semuanya macam tu? Mungkin silapnya pada aku kan? Mungkin kalau aku ni produk Sirim, aku akan masuk dalam bahagian barangan yang rosak. Tak lulus untuk dipasarkan." Rose menabur garam di luka hatinya sendiri.
"Jangan merepek boleh tak?"
"Realiti! Aku rasa macam aku tak pernah cukup baik untuk sesiapa." Rose terus termenung jauh. Mana ya silapnya? Hatinya selalu berantakan. Jiwanya sering murung. Sudah tiadakah rahmat Allah untuk dirinya?
"Kau belum jumpa soulmate. Satu hari nanti mesti ada." Myra dengan yakin memberitahu.
"Dekat mana? Dekat Korea? Hari apa? Hari Isnin? Atau hari Jumaat?" Sinis sekali cara Rose bertanya.
"Mungkin sebab kau tak redha menerima takdir...sebab tu engkau tak tenang." Myra memberikan pendapat.
"Redha? Kalau aku tak waras, dah lama aku pilih jalan singkat dan buat benda bodoh. Kerana masih waras, masih ingatkan Allah...aku cuba harung semua ni."
Myra memandang wajah Rose sekilas. Entah apa nasib sahabatnya ini, selalu cinta kecundang dan putus di tengah jalan.

****

"Jum..." Myra mengajak.
"Tak mau."
"Mari ahh...temankan aku."
"Aku dah give up."
"Temankan aku. Kau kan kawan baik aku." Myra terus memujuk sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Huh! Macam mata kucing!" Rose ketawa. Myra kalau memujuk memang tidak kenal perkataan tidak mahu.
"Kalau nanti bila aku tengok muka dia aje, aku termuntah macam mana?" Rose mengusik Myra yang ghairah mengajak dia ikut sama berdating. Teman lelakinya akan membawa kawan juga. Double date kononnya. Entah-entah double trouble.
"Aku dah tengok gambar dia. Handsome. yummy!"
"Kau suka sangat, kau amiklah dia jadi spare tyre!" Rose memberi cadangan.
"Huish! My beloved Fendi tu nak letak kat mana?" marah Myra.
"Letak kat bonet!" Rose sudah ketawa terkekeh-kekeh. Dia tau Myra sudah tangkap cinta dengan Fendi. Tak ada apa yang akan mengubah cinta Myra. Dah tahap tak boleh diselamatkan.

***

Rose memerhatikan Myra. Matanya sengaja dibeliakkan. Kakinya serta merta menyepak kaki Myra dari bawah meja.
"Adoi!" Myra menjerit.
"Kenapa sayang?" Fendi menegur kekasih hatinya itu.
"I terlanggar meja!" Myra berbohong. Terasa mahu juga dia menyepak kembali kaki Rose tetapi hari ini dia memakai skirt. Karang tak pasal-pasal buat wayang percuma.
"Rose, ni kawan I. Imran. Imran, ni Rose...kawan Myra." Fendi memeperkenalkan mereka berdua.
Rose tersenyum. Nipis. Tak sampai 1 milimeter pun. Kemudiannya dia membuang pandang. Sengaja mengalih pandangan kepada tempat lain.
"You nak makan apa?" tanya Fendi.
Mahu saja Rose menjawab makan hati. Namun dia memilih untuk membatukan diri dan berdoa masa cepatlah berlalu.
"You orderlah. Apa you makan, I makan." Myra menjawab dengan manja.
Rose terasa mahu pengsan. Aduhai! Berapa lama dia boleh bertahan dalam drama ini? Nanti bila makanan sudah sampai pasti ada acara suap menyuap. Mak aii! Waktu begini terasa menyesal tak belajar ilmu magik. Biar boleh hilangkan diri. Rose terasa dirinya diperhatikan namun dia buat tidak peduli. Apa dia kisah? Bukan dia yang mahu double date! Rose tiba-tiba berdiri.
"Nak ke mana?" tanya Myra yang tadinya bukan main ralit membaca menu.
"Ladies." Rose menjawab laju dan terus mencapai begnya dan berlalu. Tidak menunggu jawapan dari Myra. Tidak perlu. Dia perlu beredar dari situ. Selepas dia menyusup laju menuruni tangga, dia terus menghantar sms memberitahu Myra yang dia sudah balik. Untuk mengelakkan sumpah seranah Myra, dia terus menutup telefon. Selamat!

***

Sudah tiga hari dia mendiamkan diri. Myra merajuk. Dia pula malas mahu memujuk. Lantaklah. Myra tidak faham agaknya yang dia sudah putus harap. Sudah menutup pintu hatinya rapat-rapat dan sudah dikunci pun. Pakai mangga besar punya! Dan dia yakin tiada sesiapa yang mampu membukanya.
"Hai!"
Rose terkesima. Apa mamat ni buat dekat pintu pagar rumahnya ni? Nak kata hantar surat, lelaki ni bukan kerja posmenkan?
"Assalamualaikum!" Imran memberi salam. Dia menggantungkan plastik di atas pagar.
"Hari tu you tak sempat makan! So hari ni I hantarkan. Takut kempunan." Imran memberitahu dan kemudiannya berlalu dengan sekuntum senyuman yang manis.
Rose masih terkedu. DIa berdiri macam batu. Seminit menjadi dua minit. Dua minit menjadi lima minit. Kalau Imran hantar bom, pasti dah meletup! Dia mencapai plastik itu dan melihat isinya. Mhmmm....kek! Mhmmmm.....Indulgence. Secret Recipe! Rose sudah menelan air liur. Entah-entah resepi rahsianya adalah bacaan mantera! Rose masuk ke dalam rumah.
"Akak beli kek?" tanya Aida.
"Makanlah." Rose mengunjukkan plastik itu kepada adiknya itu.
Laju saja Aida mencapai sudu dan membuka kotaknya.
"Akak nak tak?" tanya Aida yang sudah mengangkat tangan mahu membaca doa makan.
"Akak kenyang." Rose menipu sambil melihat Aida menikmati kek itu dengan nikmatnya. Dua, tiga kali dia menelan air liur. Raut wajah Aida memang penuh dosa. Siap pejam-pejam mata lagi kerana kesedapan kek itu. Hampeh betul.

***

"Kak, tu ada orang hantar bunga." Aida menunjukkan sejambak bunga daisy berwarna jingga.
"Untuk sape?"
"Untuk akaklah."
"Sape hantar."
"Abang handsome!"
"Heee...jangan suka-suka ambik barang dari orang boleh tak? Kalau dia penculik macam mana?" Rose memarahi Aida.
"Mak adalah tadi." Aida menjawab dengan senyuman.
"Kenapa sengih-sengih tu?"
"DIa bagi akak bunga.... dia bagi Aida cokelat!" Aida menunjukkan cokelat Cadbury yang sudah separuh dimakan.
"Heee.....tak malu betul!" Rose menyambung bebelannya.
"Rezeki kak. Tadi abang tu bagitahu mak...." Aida bercakap separuh lalu berdiam.
"DIa cakap apa?" Hati Rose berdebar.
"Dia kata, dia nak kawan dengan akak tapi akak tak mau." Aida membocorkan rahsia.
Rose terasa dunianya berpinar seketika. Malunya! Imran ni dah gila agaknya. Ingat ni cerita hindustan? Nak pikat anak, pikat emak dulu! Rose mula terasa kepalanya pening. Bagaimana mahu menyelesaikan masalah? Nampaknya Imran tidak faham perkataan tidak!

***

"Jangan buat macam ni."
"Jangan datang rumah saya."
"Jangan belikan saya apa-apa." Rose berbicara tanpa henti.
"Lagi?" Imran bertanya sambil mencapai gelas dan menghirup minumannya dengan perlahan.
"Please..." Rose merayu.
"Salah ke nak berkawan?"
"Salah ke kalau bagi saya peluang?"
"Salah ke jika saya memilih untuk tidak bermusuh?"
Giliran Imran pula bertanya.
"Please...." Imran menutup bicaranya.
Rose melihat lelaki itu dengan geram. Tak suka! Tak suka! Tak suka!
"Kawan biar ramai. Musuh pulak jangan dicari." Imran berbicara dengan perlahan.
"Kawanlah dengan orang lain." Rose tetap menolak.
"Mana boleh macam tu. Saya dah istiharah 3 kali. Asyik-asyik nampak awak jugak." Imran memberitahu.
Rose memandang Imran dengan mata yang terbeliak. Mamat ni main-main apa!
"Saya serius." Imran memberitahu.
"Saya tak mahu." Rose membalas.
"Kawan...bukan ajak kahwin. Itu dua tahun lagi." Imran dengan bertekad memberitahu.
"Owh...kahwin dua tahun lagi?" Rose bertanya.
"Aah, dua tahun lagi."
"Awak ni sihat ke tak?"
"Lepas tu saya nak dua orang anak. Satu perempuan, satu lelaki." Imran tersenyum memandang wajah Rose yang panik. Comel!
Rose terdiam.
"Mak awak kata elok kalau kita pergi kursus kahwin dulu." Imran semakin lancar bercerita.
"Mak saya kata elok tempah studio kawan dia untuk amik gambar pengantin kita nanti." Imran terus memberi informasi.
Rose pula terus diam. DIa yang gila atau Imran. Kenapa tiba-tiba dia rasa Imran macam nampak handsome gila? Mamat ni ada lesung pipit?
"I nak gi solat. Jum!" Imran memberitahu.
Rose terasa hatinya menjadi nyaman.

Tuesday, August 24, 2010

Cerpen 4 : Move On

"Aku delete nombor dia."
"Nombor yang walaupun ko dah delete, ko masih hafal tu?" tanya Anis kepada Lin yang bermuram durja.
"Aku delete gambar dia."
"Gambar yang ko rakam dalam kepala ko dan tak akan lupa sampai mati tu?
Lin mengeluh. Susahnya nak puaskan hati Anis sedangkan hatinya sudah sangat berjelaga.
"Aku buang hadiah yang dia bagi."
Anis merenung wajah Lin yang kesedihan. Dia faham kedukaan Lin. Namun dia juga tahu yang dia tidak mampu menolong.
"Lupakan dia Lin." Anis memberikan cadangan.
"Aku tak mampu..." Lin mengelap pipi yang tiba-tiba basah.
"Kau kena kuatkan semangat. Kau kena terima realiti yang antara ko dengan dia dah tak ada apa-apa."
"Aku tak boleh lupa kebaikan dia." Lin semakin sayu.
"Ko lupa kejahatan dia pada ko? Ko lupa yang dia curang?" Anis sudah tidak mampu cakap beralas lagi.
"Aku tau."
"Kalau tau...buatlah sesuatu. Jangan bibir aje cakap delete tapi 24 jam ko ingatkan dia."
"Aku rindu..."
Anis beristighfar di dalam hati.Lin memang sudah larut. Peringkat yang tak boleh diselamatkan. Kalau dalam gaung, memang sah dah sampai ke dasar. Kalau dalam lautan, memang tersangkut di terumbu karang.

***

Anis melihat dari kejauhan. Rasa geram dan benci bersatu. Bergumpal dan menjadi sarang yang menetaskan dendam. Lin makan hati dan lelaki ini begitu seronok bercinta dengan teman wanita barunya.
"Takde kerja ke?" Jeff menegur Anis.
"Jangan sms Lin lagi." Anis meminta dengan baik.
"Lin tak marah, ko apa sibuk?"
"Kalau ko masih hubungi dia, macam mana dia nak lupakan ko?" Anis sudah mula menyumpah di dalam hati. Dia terasa mahu menerajang lelaki itu kerana sesuka hati menyakitkan hati kawan baiknya.
"Kami berkawan, salah ke?" ungkap Jeff. Ya, dia sudah berpisah dengan Lin tapi salah ke jika sesekali dia menelefon? Sekadar mahu bertanya khabar.
"Ko dah ada perempuan tu, kenapa nak ganggu dia lagi?" tanya Anis dengan marah.
"Jangan masuk campur urusan aku." Jeff memberitahu lalu pergi meninggalkan Anis. Dari awal perhubungan memang mereka tidak sebulu.
Anis memandang Jeff dan dia merasakan jika pada waktu itu dia adalah kereta kebal mahu dilanyaknya Jeff sampai hancur supaya tidak lagi mengganggu kawannya itu. Lelaki tidak guna!

****
"Kenapa senyum?" tanya Anis pada Lin yang cerah saja wajahnya.
"Salah ke senyum?"
"Tak salah...tapi kenapa? Ko kena sampuk ke?" tanya Anis lagi.
"Mengarut."
"Habis tu kenapa?"
"Mhmm..."
"Cakaplah kenapa?"
Lin ketawa lagi.
"La..ketawa pulak! Ko ni kenapa?"
Naik angin jadinya Anis.
"Semalam Jeff called."
Anis melepaskan keluhan. Jeff lagi! Dia merasa bosan mendengar nama itu. Rasa macam nak sumbat kapas dua, tiga depa dalam telinga.
"Apa mamat tu nak?"
"Dia dah breakoff dengan perempuan tu." Lin tersenyum manis.
Anis merasakan dadanya bergegar dengan kuat. Tangannya terasa menggigil. Macam nak pergi cekik aje mamat tak sekolah yang hobinya menyusahkan hidup orang tu.
"Dia nak apa?"
"Aku!"
Dada Anis semakin sesak.
"Dia nak ko balik?"
"Ya."
"Ko terima dia?"
Anis merasakan dia tidak perlu menunggu jawapan Lin. Kawannya itu sudah tersenyum sampai ke telinga. Pasti hubungan mereka terjalin semula.
Namun gelengan kepala yang diberikan Lin membuatkan air tin yang dipegang di tangan terhempas ke lantai.
"Huish...basahlah!"
"Ko tak balik dengan dia?"
"Tak."
Lin menarik nafas lega.
"Kenapa?"
"Sebab aku dah move on. Sebab aku tak mahu jadi pilihan yang ke2. Sebab dia tak sayang aku seperti mana aku sayangkan dia." Lin memberitahu dan menundukkan wajah. Realiti itu terasa amat pahit sekali. DIa saja yang menghargai lelaki itu sedangkan lelaki itu langsung tidak pandai menilai hati budinya.
"Jadi ko dah lupakan dia?" tanya Anis.
"Tak jugak. Aku masih ingat dia tak suka makan tomyam. Aku masih ingat dia tak boleh minum tebu. Aku masih hafal suara dia ketawa." Lin ketawa lagi.
"Habis tu?" Anis pula yang jadi bengong.
"Aku dah move on...." Lin meneguhkan pendirian.

Monday, August 23, 2010

Cerpen 3 : Hilang

Salam,

"Kalau orang mendiamkan diri, apa maksudnya?" tanya Fida.
"Dia tak mau cakap dengan ko." Aina menyahut acuh tak acuh. Terus menggigit donut dengan berselera.
"Mungkin dia takde kredit." Fida masih mahu berfikiran positif.
"Dia tak mau cakap dengan ko!" Jawapan yang sama Aina berikan.
"Dia sibuk kot. Takde masa." Fida terus mengelamun.
Aina melepaskan keluhan. Kenapalah Fida ni degil sangat? Masih mahu berharap sedangkan jelas, terang-terang lelaki yang dipuja kawannnya itu berusaha sungguh mahu melarikan diri.
"Kau lupakan aje dia." Aina memberikan cadangan.
"Kau gila!" Fida menjegilkan mata.
Aina beristighfar! Tak pasal-pasal, dia pulak dituduh gila! Fida ni sudah tahap meroyan agaknya.
"Cuba bagitau aku. Apa kelebihan dia tu? Aku nampak biasa aje." Aina mahu tahu.
"Kalau ko nampak dia luar biasa maknanya ko pun dah jatuh cinta dengan dia. Masalahnya sekarang, aku yang suka kat dia." Fida mengeluarkan nas dan dalilnya.
"Masalahnya...dia tak suka kat ko." Aina memberitahu. Tangannya yang bercokelat di lap ke napkin.
"Kalau dia tak suka aku, kenapa dia layan aku dengan baik?" tanya Fida mahu tahu.
"DIa kesian kat ko."
Fida memandang wajah Aina. Kenapa Aina begitu kejam dengan dirinya? Sebagai kawan tidak bolehkah Aina bercakap dengan beralas?
"Aku balik dulu..." Fida bangun dan mencapai basikalnya. Lebih lama di sini dia akan hilang sifat optimis. Hilang segala rasa.
***

"Kita keluar jum?" Firaz mengajak Aina.
"Tak mau!"
"Kita tengok wayang?"
"Tak nak!"
"Kita gi makan-makan?"
"Tak selera!"
Aina kemudiannya duduk dengan wajah yang masam.
Firaz melihat Aina. Cantik tapi masam mencuka.
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa."
"Marah saya sebab Fida ya?" tanya Firaz.
"Dah tau kenapa tanya?"
"Habis tu nak buat macam mana? Tak kan saya nak paksa hati ni terima dia sedangkan saya tak suka dia." Firaz memberitahu.
"Bagilah peluang kat dia." Aina memberikan cadangan. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu menangani masalah ini. Dua-dua kawan baiknya. Fida dia sayang. Firaz pun dia sayang. Kesannya dia tersepit di tengah-tengah.
"Tak nak." Giliran Firaz pula menjawab begitu.
"Cubalah." Aina masih mahu memujuk.
"Tak mau!"
"Kesian kat dia."
"Tak sangguplah..." Firaz menjawab sambil terus menyelak majalah. Dia mendengar Aina mendengus marah. Biarlah. Aina marah bukannya lama. Dibelikan aiskrim, eloklah nanti.
"Susahlah macam ni!" Aina membentak marah.
"Tak ada yang susahnya. Hati ni bukan boleh dipaksa." Firaz memberikan alasannya. Bukan Fida tidak cantik tetapi hatinya yang tidak mahu menerima. Dahulu dia rajin juga keluar bertiga bersama Aina dan Fida namun kini dia menolak. Biar dia mengelak dari dia menjerat batang lehernya sendiri.

****

"Aku nak sampaikan pesan." Fida memberitahu. Kakinya berjuntai di atas tembok yang mereka duduk sama.
"Kat sape?" Aina menjawab walaupun dia sudah dapat mengagak.
"Kat Firaz..."
"Nak buat apa. Lupakanlah dia." Aina menjawab dengan kasihan namun dia tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya.
"Pesan kat dia...hidup baik-baik." Fida memberitahu dengan senyuman.
"Ko ni kenapa?" Aina bertanya.
"Tak ada apa...cuma aku rasa macam aku tak ada masa yang cukup untuk buat dia suka kat aku." Fida masih lagi tersenyum.
Aina merenung wajah Fida. Semenjak dari tadi, wajah Fida nampak tenang sahaja.
"Jangan merepeklah."
"Ingat tau....pesan aku ni sampaikan."
"Kalau aku tak sampaikan?" Aina mahu bergurau.
Senyuman masih terukir di bibir Fida.
"Aku nak balik dulu." Fida turun dari tembok yang mereka duduki dan menuju ke basikalnya. Dia menoleh dan memandang Aina.
"Ko pun nanti...hidup baik-baik." FIda melambaikan tangan.

***

Firaz termenung. Aina pula menyapu pipinya yang basah. Tubuhnya terasa longlai.
"Maafkan saya Aina." Firaz memberitahu.
"Bukan pada saya. Saya pun berdosa pada dia." Aina membalas.
"Saya rasa bersalah." Firaz melepaskan keluhan.
Berita kematian Fida yang dilanggar sebuah lori yang rosak breknya menyebabkan mereka berdua berada di dalam kesedihan. Rasa kehilangan. Tiada lagi Fida yang tersenyum manis. Tiada lagi Fida yang sentiasa positif tingkahnya.
"Hidup baik-baik!" Aina memberitahu.
Firaz memandang Aina namun entah mengapa wajah Fida yang membayang di mata.

Sunday, August 15, 2010

Monolog 1

Salam...

Saya rasa tak sedap. Serba serbi tak sedap. Badan tak selesa. Hati tidak selesa. Mhmm kenapa ya? Hati dan minda selari menjawab tahu tapi saya tak berdaya. Kenapa degil sangat ni? Duduk diam-diam saja. Jangan ikut hati. Ikut akal. Ikut logik...tapi hati yang degil tetaplah berkelana. Panggil balik hati tu. Jangan biar merayau. Balik ke sini. Balik ke wilayah yang tenang. Entahlah. Hati macam tak mahu di situ. Hati macam suka suasana yang kelam kabut.

Waras. Cuba fikir dengan waras. Ya. Boleh. Memang boleh fikir dengan waras. Sebab belum gilakan. Masih waras. Tapi...

"Always ask yourself to be better!" ya...dah suruh dah. Tapi tak beter pun!
"Wheresoever you go, go with all your heart." ya....dah jugak. Sepenuh hati ni. Tapi tak ada rezeki, nak buat macam mana.
"If u think u can, u can!" Haiya....masalahnya orang lain yg fikir saya tak boleh. Tak mampu. Tak layak... how? Tak kan nak paksa orang kan?

Duduk termenung balik. Tengok siling. Tengok dinding. Astaghfirullah...astaghfirullah....astaghfirullah.....astaghfirullah.....

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan yang pertama

Salam...

Ramadhan yang pertama disambut dengan airmata...Hujan dalam hati kuat menderu desah...hingga tak mampu mahu mendengar pujukan minda yang meminta logik mengatasi emosi.

Ramadhan yang pertama disambut dengan redha. Ketentuan yang ALLAH tunjukkan menjelaskan sesuatu yang tahu tetapi degil mahu menerima.

Ramadhan yang pertama disambut dengan harapan...agar jangan terlalu lama berada di wilayah sengsara.

Kaki yang melangkah namun tersekat di dalam ruang yang sama.

Sunday, August 1, 2010

Cerpen 2 : Teman Atau Mesra?

“Jaga diri baik-baik ya.”
Kalau aku tak nak? Mahu saja dia menjerit sekuat hati. Biar Ridwan pekak. Biar Ridwan tahu yang aku sudah tak mampu nak dengar apa-apa nasihat dari dia!
“Dengar tak ni?”
“Dengar. Belum pekak lagi.” Wana menjawab. Sebal.
“Penat aku cakap sorang-sorang.”
“Penat cakap, jangan bercakap.”
“Ko dah lama tak kena sekeh dengan aku ya?”Ridwan sudah mengangkat tangan.
“Jangan!” Wana mengelak. Lelaki ini fikir mereka kanak-kanak lagi agaknya. Nanti dilihat abah, pasti juling mata abah menjeling.
“Nanti kalau aku call, jangan tak jawab phone. Jangan nak kata tak ada kredit.” Ridwan masih mahu membebel.
“Macam mak neneklah ko ni.” Wana sudah naik bosan. Ridwan macam tak reti-reti nak berhenti bercakap. Air liur ada 7 tong agaknya. Tak kering-kering.
“Ko jangan suka-suka reject call aku.” Bersungguh-sungguh Ridwan menyuruh Wana berjanji. Dia bukan tak kenal dengan Wana. Bila degil dia datang menyampuk, seribu mantera pun tak akan lut.
“Ntah-ntah, sampai sana, ko yang lupakan aku. Ko jumpa kawan baru, ko tak peduli aku.” Wana memandang jauh. Tak mau dia memandang wajah Ridwan. Nanti Ridwan tuduh dia cengeng. Buat malu aje.
“Mana boleh lupakan ko. Ko kan kawan baik aku.”
Janji Ridwan itu membuatkan Wana merasa senang hati. Yeah! Ridwan tak akan lupakan dia. Sampai bila-bila! Pemergian Ridwan ke politeknik Port Dickson itu dia relakan. Cewah! Padahal, kalau dia hentak kaki sampai berlubang selipar Jepun tu pun tak tentu lagi Ridwan akan tak jadi pergi. Gila! Tak pergi sambung belajar mau kena sekeh dengan Pak Mahat yang garang tu.

***
Wana terasa mahu menangis. Kalau ada yang bertanya, siapakah yang paling dibencinya pada waktu ini maka jawapannya adalah Ridwan. Sudah sebulan Ridwan di Port Dickson namun segala-galanya sepi. Yang lupakan dia, Ridwan! Yang tak mahu sms dia, Ridwan. Yang tak mau hantar surat, Ridwan. Yang paling penting, Ridwan lupa harijadi dia. Sampainya hati. Sampai sungguh!
“Dia busy kot?” Tipah menenangkan Wana.
“Dia masih nak adjust belajar tempat baru kot?” Alasan Mira pula.
“Korang ni kawan aku ke kawan dia?”
Soalan Wana membuat Mira dan Tipah diam. Takut mahu menjawab. Nanti disepak Wana, mahu demam seminggu.
“Banyak buah rambutan mak kau ya, Wana?” Mira menukar tajuk.
“Ni rambutan budak sekolah ya?” Tipah pula menambah.
Wana terasa mahu ketawa. Sengalnya kawan-kawan dia ni. Orang tengah ngamuk mereka cerita tentang buah rambutan. Tak peka langsung!
“Ko nak tau kenapa dia lupakan aku?” Wana bertanya.
“Kenapa?” Tipah dan Mira serentak bertanya.
“Sebab aku ni mudah untuk dilupakan.” Wana memberitahu lalu bangun dan membuka selipar yang dipakai. Dia pun memanjat pokok rambutan. Skil yang dia pelajari dari Ridwan.
“Wei turunlah. Buruk rupa anak dara panjat pokok rambutan.” Mira menegur Wana walaupun dia teringin juga mahu memanjat. Best woh! Dapat makan rambutan atas pokok rambutan. Manisnya lebih sedap kot. Namun Mira tak berani. Nanti baru satu dahan dia memanjat, pokok dah tumbang. Ukur baju di badan sendiri. Dia tahu dia berat!
“Haa, tu lagi satu sebab. Sebab aku buruk. Uwaaa...” Wana terus makan rambutan dan membuang kulit ke bawah.
“Wana...kau kawan aku kan?” Mira bertanya dengan mata yang terkebil-kebil.
“Ya.”
“Kalau ya, jangan baling kulit. Balinglah yang ada isi!” Mira tersengih-sengih.
Tipah sudah menepuk dahi. Dua-dua kawannya sengal.

***
“Tak nak pergi?” Emak bertanya lagi.
“Tak nak.” Wana terus menyelak buku rujukannya itu. Dia tidak sudi. Dia tidak mahu. Biar dia tingal seorang di rumah. Dia rela. Bukannya ada hantu pun kat kampung ni.
“Tak menyesal ke?” Ayah pulak menegur.
“Tak.” Wana tetap dengan keputusannya.
“Nanti kalau Ridwan cari, mak nak jawab apa?” Aminah tersengih memandang anak daranya yang merajuk dengan anak kawan baiknya itu.
“Jawab, nombor yang anda dail sudah tamat perkhidmatannya.”
Apabila emak dan ayah sudah pergi, Wana duduk menyambung menungnya. Ridwan balik kampung. Cuti semester. Sudah dua hari pun Ridwan balik ke sini. Namun menjengah dirinya pun tidak. Sudah tiga bulan mereka tidak berhubung. Ridwan sepi. Dia sunyi.
“Kata rindu. Kenapa ko tak pergi kenduri rumah dia?” Tipah bertanya.
“Aku telefon ko sebab tak mau fikir pasal dia. Ko boleh tak jangan sebut tentang hal dia?” Marah Wana.
“Ko ni sebenarnya gaduh dengan Ridwan pasal apa?” Tipah masih terus mendesak.
“Mana ada gaduh?”
“Dah tu...janganlah macam tu. Tak baik gaduh-gaduh.”
“Huh!” Wana mematikan talian.

****

Dia duduk diam di bangku itu. Memilih untuk tidak bersuara. Dia datang ke padang permainan itu pun kerana tertipu dengan Tipah. Kali ini bukan Tipah yang tertipu tetapi dia.
“Aku tau ko marah.”
Dah tau masih nak menyibuk! Wana marah di dalam hati.
“Tapi semua orang pun buat silap kan?” Ridwan menyambung.
Peduli apa dengan orang lain!
“Kalau ko rasa nak tampar aku, ko tamparlah.” Ridwan menadahkan mukanya dengan hati yang seram. Kalau Wana betul-betul hentak pipi dia macam mana? Mau lebam balik ke asrama.
“Aku malas nak layan ko lagi.” Wana akhirnya bersuara.
“Huiyo...lama aku tak dengar suara ko.”
“Dah pekak, mana nak dengar!”
Ridwan tersengih. Kena marah pun tak apa. Yang penting Wana mahu bercakap dengannya. Itu sudah cukup.
“Aku belanja ko makan aiskrim nak?”
“Aku tak lapar nak makan duit ko!” Wana masih marah.
“Aku ajak makan aiskrim la. Bukan makan duit.”
“Ko jangan sakitkan hati aku boleh tak?” Wana mendengus marah. Geramnya melihat lelaki itu. Asyik nak menang saja. Padahal sudah banyak membuat dosa.
“Hati aku pun sakit jugak bila dengar ko rapat dengan Ahmad.” Ridwan menjawab.
“Hah?” Wana terlopong.
“Ya. Sakit hatilah. Ahmad kata ko suka cerita Despicable Me. Ahmad kata ko sanggup panjat pokok rambutan untuk dia. Ahmad kata dia belikan ko selendang biru. Asyik-asyik Ahmad. Jemu aku.” Ridwan memberitahu.
Wana terdiam. Ini drama ke apa?
“Ada Ahmad, ko lupakan aku.”
“Mana ada.”
“Ko ingat Ahmad aje.”
Wana melihat wajah Ridwan. Aik! Salah dia ke? Bukan salah Ridwan? Lelaki ini demam kot. Kena virus di Port Dickson? H1N1 boleh buat orang biul macam ni ke? Kan Ahmad tu kawan baik Ridwan? Apa kes nak cemburu lak ni?
“Aku balik dulu.” Ridwan melangkah meninggalkan dia. Wana hanya melihat. Hati mahu menjerit memanggil namun dia tidak ada keberanian. Lagi pun nak cakap apa? Nak cakap, Ridwan....aku dengan Ahmad tak ada apa-apa! Wana diam. Heeee.....sengal betul!

***

Aminah menggenyeh matanya beberapa kali. Anak daranyakah itu? Yang sedang memegang sudip dan mengacau kuali? Ajaib ni.
“Wana masak apa?”
“Mihun goreng.”
“Ni sambal kupang ni Wana masak jugak?”
“Aah.”
“Ni telur dadar ni sekali?”
“Yalah mak.”
“Masak beriya-iya untuk siapa?”
Wana tersengih-sengih. Malu. Dia terus mengacau mihun di dalam kuali. Taugeh dimasukkan akhir sekali. Ridwan suka kalau taugeh tu rangup-rangup.
“Owh, masakkan untuk Ridwan ya?”
“Mana ada.”
“Habis tu?”
“Yalah...untuk dia. Kan dia nak balik asrama.” Wana memandang emak sambil tersenyum-senyum.
“Dah baik dah?”
“Memang baik pun.”
Aminah menggelengkan kepala. Wana! Wana! Memang tidak boleh diteka. Habislah isi peti ais rumah kalau ada mood dia nak berbaik dengan Ridwan semula. Wana cepat-cepat memasukkan semua juadah yang disediakannya itu ke dalam bekas makanan. Tergocoh-gocoh dia menaiki basikal menuju ke rumah Ridwan. Dia harap Ridwan faham yang dia memasak untuk Ridwan. Bukan untuk Ahmad. Dia dengan Ahmad tak ada apa-apa. Semuanya hanya salah faham saja.

****
“La...Wana lambat sampai. Ridwan baru keluar lima minit tadi.” Makcik Gayah memberitahu.
Wana terasa macam mahu menangis. Dia melihat beg plastik yang berisi makanan kononnya mahu dijadikan bekal untuk Ridwan. Ah, hampa. Sedihnya! Wana terasa mahu meraung. Uwaaa.... Ridwan! Aku tak suka Ahmadlah. Aku baik dengan Ahmad sebab nak tau berita tentang engkau!
“Wana masuklah dulu.”
“Tak apalah makcik.”
Wana mahu mengatur langkah pulang. Dia mahu menaiki basikal apabila terdengar bunyi hon. Kereta Pak Mahat memasuki halaman rumah.
“Wana?” Ridwan turun dari kereta.
“Ada apa abahnya?” Makcik Gayah bertanya.
“Ridwan tertinggal telefon.” Pak Mahat memberitahu lalu masuk ke dalam rumah. Dia mahu ke bilik air.
“Ko cari aku ke?” Ridwan memandang Wana yang matanya seakan bergenang.
“Kenapa nak balik tak tunggu aku datang?” Wana memarahi Ridwan.
Ridwan memandang wajah Wana lagi. Kali ini dengan lebih teliti.
“Kita ada janji ke nak jumpa sebelum aku balik?”
“Kalau tak janji, tak boleh nak tunggu ke?”
Dua-dua bersabung mata.
“Ni aku masakkan untuk ko.” Wana menghulurkan bekas plastik.
“Bagi kat Ahmad?” tanya Ridwan dengan hati yang berjelaga. Kalau Wana cakap ya, raya ni dia tidak mahu balik ke sini lagi. Biar karam di Port Dickson.
“Buat apa bagi kat dia. Ni untuk awaklah.” Wana menundukkan wajah.
“Untuk saya?” Ridwan merasakan hatinya bergetar bahagia. Perasan dengan panggilan yang tiba-tiba berubah.
“Ya untuk awak. Jangan berani-berani nak lupakan saya. Saya dengan Ahmad tak ada apa-apa. Tak pernah dan tak akan ada apa-apa.” Wana memberitahu dan kemudiannya menarik nafas tenang. Lega. Sekarang terserah. Kalau Ridwan mengambil bekas plastik yang dihulurkan, alhamdulillah. Jika tidak, uwaaa.....Penat tau memasak!
“Awak...”
“Ya.”
“Terima kasih eh!”
“Okay.”
“Awak...” Ridwan memanggil lagi.
“Ya...” Hati Wana terasa berbunga. Ada bunga daisy. Ada bunga kertas. Ada bunga mawar.
“Saya sayang awak tau.”
Wana terasa mahu lari balik ke rumah dan memanjat pokok rambutan.

Sunday, July 25, 2010

Cerpen 1 : Kawan @ Lawan

Salam,

Menunggu novel mahu diterbitkan, memang lambat lagi. Nak letak teaser pulak...nanti orang jemu. Jadi, saya nak paparkan cerpen sempoi! Abaikan bahasanya yang sedikit pasar. Cerpen sempoi maka saya menulis tidak mengggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi) Harap2 dapat membuat anda tersenyum!

Cerpen 1 : Kawan @ Lawan?

“Dia tengok aku.”
“Kau tengoklah dia balik!”
“Takutlah sengal. Karang dia apa-apakan aku, macam mana? Karang ko hilang kawan baik ko ni, baru ko tau!” Eda merasa tak puas hati. Lina tak sayangkan dia rupanya.
“Ko ni suka terlebih imaginasi laa..”
Lina selamba terus tak peduli dengan kata-kata Eda. Aiskrim di tangan terus dinikmati dengan asyik.
“Aku pernah baca, kadang-kadang bila orang stalking kita ni sebenarnya bahaya tau.” Eda terus mempertahankan diri.
“Bahaya apanya. Bukan dia cubit ko pun. Dia cuma menghargai makhluk Allah aje.” Lina tetap dengan pendapatnya.
“Ko tak rasa dia suka gila dekat aku ke?” Eda masih mahu tahu.
“Tengah makan aiskrim ni, mana ada rasa lain. Rasa coklat la!” Lina ketawa terkekeh-kekeh. Seronok dapat mempermainkan Eda yang psiko! Iya-iya aje tuduh mamat mana entah syok pada dia. Tuduh mamat tu stalking dia. Entah-entah mamat tu juling!
“Aku balik dululah. Nanti kalau apa-apa jadi kat aku, ko taburlah aiskrim atas pusara!” Eda sudah berjalan laju mengangkat beg sandangnya dan menonong mahu pulang ke rumah. Tak guna punya Lina. Kawan jenis apa tu! Kawan jenis makan aiskrim!

*****
“Ko dah sejuk ke?” Lina menelefon Eda. Risau jugak bila sehari semalam Eda berdiam diri. Kalau Eda berdiam sebab dia sakit tekak, Lina tidaklah risau sangat. Ini berdiam sebab merajuk. Sebab mood kawan baiknya itu merudum bila dia lebih syok melayan aiskrim dari melayan perasan!
“Sejak bila ko peduli suhu aku?” Eda menempelak Lina. Huh! Tau jugak takut ya bila aku merajuk. Hati Eda terasa seperti berkompang.
“Eh mestilah aku peduli. Ko marah lagi ke?”
“Tak. Dah tak marah.”
“Hehe..jum jumpa kat kedai burger Ramly. Kita racing. Siapa sampai lambat dia belanja.” Lina memberikan cadangan. Dia terbayangkan burger special yang diletakkan sos black pepper. Huhu! Sedap!
“Entah-entah ko dah sampai sana, boleh ko ajak aku racing?” Eda tidak mahu termakan hasutan Lina yang suka mengelat. Konon nak racing padahal dia dah lama sampai. Buat semput nyawa dia aje. Sudahlah tidak adil. Rumah Lina atas bukit. Senang aje bila nak racing menuruni bukit. Dia yang separuh nyawa sebab rumah dia dekat bawah bukit! Abang Ramly pun pandai bebenor sebab buat gerai kat simpang antara turun naik bukit!.
“Aku tak tipulah. Ni baru nak pakai kasut.” Eda masih mahu memujuk.
“Aku yang merajuk, so engkaulah yang kena belanja.” Lina tetap dengan istiqamahnya.
“Yalah! Yalah! Kalau sebulan ko merajuk 14 kali, kaya abang Ramly!” Marah Eda.
“Kalau dia kaya, ko jugak yang untung. Boleh dia pinang ko cepat sikit.” Lina sudah terkekeh-kekeh ketawa. Seronok. Untung juga merajuk. Sehari tidak bercakap dengan Eda, dah dapat upah burger yang sedap.
“Cepatlah perempuan! Aku lapar gila ni.”
***
Lina menggoyangkan kepalanya sambil berjalan. Segala yang ada di kelilingnya tidak dipedulikan. Dia seronok mendengar ipodnya. Lagu Bunkface itu membuatkan dia syok. Namun langkahnya terhenti apabila dia terasa tubuhnya dilanggar.
“Adui!”
“Sorry!”
Mata Lina terbeliak. Alamak! Lelaki ni.
“Awak okay?”
Lina tetap diam.
“Lain kali jalan tengok depan.”
Lina masih diam. Terpaku. Sedap suara lelaki ni rupa-rupanya.
“Nanti jatuh...luka, kan susah.”
Wah, ceramah kesihatan pulak! Lina masih lagi memandang lelaki itu yang bermata coklat. Cantiknya. Rasa nak mamah-mamah aje biji mata mamat ni.
“Saya gerak dulu.”
Lina hanya menganggukkan kepala. Terus diam terpaku. Kalau orang nasihat macam-macam sebabnya adalah dia sukakan kita,kan? Sebab dia sayangkan? Lina tiba-tiba menjerit sakit apabila terasa bahunya diketuk dengan buku. Eda berdiri di sebelah tersengih-sengih.
“Sakitlah mangkuk!” Lina mengusap bahunya.
“Dah aku tengok ko keras aje diri kat sini. Aku ingat ko lumpuh ke apa.” Eda ketawa dengan kuat.
“Ko memang suka kalau aku mati.” Lina cemberut mukanya. Baru nak feeling! Baru terasa kakinya melangkah ke langit yang ke sembilan! Kejam betul Eda!
“Huish. Janganlah citer pasal mati. Nanti tak ada orang nak kawan dengan aku.”
“Drama queen!” Lina menjelirkan lidah kepada Eda. Dia kemudiannya melihat kembali ke arah lelaki itu beredar. Ah, si mata coklat!
“Ko ni mabuk ke apa?” Eda melihat apa yang direnung Lina. Tak ada pulak nampak sesiapa. Sah! Lina mabuk.
“Tadi dia tegur aku.”
“Sape?”
“Mamat yang stalking aku tu.”
“Bukan ko tak suka dia ke?”
“Tu dulu.”
“Maksudnya sekarang ni suka gila?” Eda macam tak percaya. Ceh, Lina tak kuat iman betul.
“Mata dia cantik.”
“Hati dia cantik jugak ke?” Eda terus mengusik.
“Pasti secantik matanya.”
“Huh! Mabuk!”

****
Lina sedang duduk di atas bangku sambil membaca buku. Menunggu Eda yang ada latihan bola jaring. Bosan dia dengan aktiviti sukan Eda yang tak pernah habis. Lepas main bola jaring, main hoki. Bosan main hoki, Eda masuk olahraga pulak. Minah sukan. Dia pulak lebih suka berpidato. Lebih suka masuk kelab kaunseling. Tak kuasa nak berpeluh-peluh main sukan. Busuk!
“Ehem...” Suara dehaman itu mengejutkan lamunan Lina.
Mamat mata coklat sedang tersenyum memandang.
Lidah Lina serta merta hilang.
“Saya nak mintak tolong.”
“To...tolong apa?” Tergagap Lina dibuatnya.
“Janji dulu, awak tolong saya.”
“Okay.”
Dada Lina berdebar. Macam mana kalau mamat itu meminta tolong yang bukan-bukan. Jenuhlah dia kena tepati janji.
“Saya suka dekat kawan awak. Eda. Boleh tolong cakapkan kat dia, yang saya nak kenal dengan dia.” Mamat bermata coklat itu memberitahu.
Jantung Lina seakan terhenti. Macam mana boleh jadi macam tu? Bukan mamat ni stalking aku? Owh tidak! Lina mahu menjerit.
“Saya ikhlas nak kawan dengan dia. Saya tengok, dia rapat dengan awak.” Mamat itu masih terus berbicara.
Apa mamat ni tak reti nak diam? Lina terasa mahu muntah. Perut terasa macam ada ular melingkar. Ya Allah, dia benar-benar perasan. Malunya! Malunya!
“Awak nak tolong tak?”
Lina melihat wajah mamat bermata coklat itu. Dia mencapai beg sandangnya dan beredar dari situ. Dia takut, jika mamat itu bercakap sepatah lagi, dia akan naik angin dan ada gigi yang cantik tersusun itu bersepai di atas padang rumput itu. Stalking aku tapi minat Eda! Lina terus laju mengatur langkah. Nak balik. Nak balik. Nak lari jauh-jauh dari sini. Nak sembunyi bawah selimut. Tak mahu dah sekolah kat sini. Mak, tolong!
****

“Makcik, Lina demam lagi ke?” Eda bertanya. Sudah 2 hari Lina tak ke sekolah. Lama gila demam. Teringin jugak dia tau virus apa yang menyerang Lina.
“Aah. Tak kebah-kebah.”
“Saya nak datang tengok boleh makcik?”
“Mhmmm...dia kata tak mau jangkit kat kamu. Baik kamu jangan datang ke sinilah Eda.”
Panggilan telefon itu dimatikan. Eda buntu. Amboi, Lina kali ni benar-benar demam. Atau Lina sudah tidak mahu berjumpa dengan dirinya? Kalau ya pun demam, tak kanlah tak boleh balas sms? Takkanlah tak boleh cakap di telefon? Virus demam mana boleh dihantar guna gelombang komunikasi!
Ni mesti kes mamat stalking ni! Mesti mamat ni kacau Lina sampai dia takut nak gi sekolah. Mangkuk betul Lina ni. Bagilah tau! Senang dia bawak kayu hoki dan hentak kepala mamat tu. Umur tak seberapa, muka tak sehandsome mana sudah pandai menyusahkan kawan orang!
Mesti cari mamat ni! Kena ajar cukup-cukup! Eda semakin bersemangat.
***

“Apa ko kata? Ulang balik?” Eda sudah naik angin. Telinganya yang pekak atau mamat ni yang biul?
“Saya kata, saya suka awak. Saya mintak tolong Lina sampaikan niat saya nak kawan dengan awak.”
“Aku? Ko suka aku?”
“Ya, saya suka awak. Lina tak cakap apa-apa?”
“Ko ni biul ke apa?” Eda masih tidak puas hati.
“Tak. Saya waras.”
Eda menggelengkan kepala. Soalan yang dia ajukan tak perlukan jawapan. Mamat ni memang nak kena. Patutlah Lina demam. Lina terkejut agaknya mendengar pengakuan mamat tu yang tak masuk akal.
“Jangan nak mengarutlah.” Eda bergegas mahu cepat pulang ke rumah.
“Saya betul-betul suka awak ni.” Mamat bermata coklat itu memandang Eda dengan senyuman yang manis.
Aik! Mamat ni ada lesung pipit! Eda melihat namun kemudiannya menggelengkan kepala dan beredar. Kalau mamat itu ada lesung batu pun, apa dia kesah? Yang penting adalah Lina. Dia tidak rela putus sahabat hanya kerana seorang lelaki. Tidak sanggup dia. Nanti kalau dah tak kawan dengan Lina siapalah yang sudi racing dengan dia ke gerai burger abang Ramly? Nanti siapa pulak nak jadi gadis sorak bila dia bertanding pada hari sukan?

***
“Ko gila!” Lina mencapai tisu dan mengelap bibirnya yang comot dengan sos black pepper.
“Ko lagi gila.”
“Dia suka betul kat kau.”
“So? Apa aku kesah?”
“Ko tak rasa rugi ke?” tanya Lina.
“Ko ni nak kena hentak ke apa?” Eda sudah naik angin.
“Mata dia cantikkan?”
“Ya.”
“Kawanlah dengan dia.” Lina memberikan keizinan.
“Tak naklah. Nanti ko tak ada kawan.”Eda menjawab sambil terus mengunyah burger abang Ramly yang pedas tetapi lemak bermayonis.
“Ni maksudnya kalau satu hari nanti, ada org suka aku...aku pun kena tolak ke?” tanya Lina berterus terang.
“Ko jangan jadi sengal boleh tak? Aku tak mau mamat ni sebab dia sengal. Stalking orang lain, suka orang lain. Menyusahkan orang.” Eda tersengih memandang Lina. Lina tersengih memandang Eda.


Nanti bila saya rajin, saya paparkan cerpen ke2 ya! Enjoy!

Thursday, July 22, 2010

Hati Itu...

Hati itu organ yang bercita2 mahu jadi piano tanpa menyedari kekuncinya sumbang.

Hati itu umpama span yang menyerap segala luka tanpa menyedari sampai satu masa, dia tidak mampu menyerap lagi..

Hati itu bagaikan angin yang mendesah menampar gunung namun gunung tidak tersentuh, tidak goyah dan tidak terpukau

Hati itu seperti awan yang gelap dibawa angin hingga sesat entah ke mana2 tanpa arah tujuan

Hati itu bagaikan basikal tua yang hilang skrunya lalu jatuh berantakan tidak mampu lagi diselenggarakan

Hati itu bagaikan anak kecil yang membentak apabila asikrim cair di tangan sebelum sempat dinikmati

Tuesday, July 20, 2010

CBDS sudah bermula!

Salam,

Semalam saya mula menulis, insyaAllah nombor ke 6. CBDS. Macam panjang tajuknya kan. Hehe...saya teringin menulis sesuatu yang mudah. Gadis bertemu lelaki yang disukainya dan hubungan mereka bergerak mengikut masa. Masalahnya saya ni elok-elok menulis mesti saya akan teringin memasukkan elemen misteri atau thriller. Sebab tak syok jika tak ada scene yang suspense! Hehe...

Novel ini ditulis bermula dalam keadaan yang suram. Semalam kan hujan sepanjang hari... Hati yang sedikit merawan...menjadi intipati permulaan cerita. Syoknya...kerana MOU saya bersama Hezzy dan Dhiya sudah bermula. Bolehlah kami saling berlumba ke arah kebaikan!

Isnin yang lepas adalah antara Isnin yang panjang saya rasakan di dalam hidup saya. Kerana perlu melihat pemandangan yang membuatkan hati terasa macam ditusuk belati. Sakit... Kan vampire perlu ditusuk dengan kayu tepat di jantung... macam tulah rasanya! hehe(macam pernah jadi vampire)

Lalui hidup sebaik mungkin. Yang boleh dibuat, buat. Yang tidak terjangkau...janganlah digelisahkan. Kalau ada rezeki, tak ke mana. ALLAH lebih Maha Mengetahui.

Wednesday, July 14, 2010

JCC : Teaser 5

Maya segera bangun dan menukar pakaian. Dia mahu ke Jusco IOI. Mahu melapangkan fikiran. Dia mesti keluar dari rumah ini. Dia terasa dinding rumahnya itu seakan menghimpit seluruh ruang dadanya hingga dia tidak mampu bernafas.
Dia sampai ke Jusco IOI ketika jam sudah mencecah pukul 8.30 malam. Mujur ada ruang parkir yang masih kosong. Dia sebenarnya tiada arah tujuan. Sekadar mahu mengambil angin dan membuat dirinya sendiri percaya bahawa dunia ini masih lagi bergerak di paksinya. Dunia ini masih lagi luas dan tidak terhad kepada dua jirannya itu.
Maya pergi ke tempat buah-buahan. Mencapai bakul dan mula mengambil beberapa jenis buah-buahan. Tidak banyak. 2 biji epal, 2 biji pear dan 2 biji lai. Kalau dibeli banyak pun akan hanya rosak sebelum sempat dimakan. Dia pergi ke rak sayur-sayuran pula.
“Beli la lobak merah ni. Bagus untuk mata. Supaya you tau yang I ni bukan berumur 18 tahun.” Satu suara datang menyapa. Mesra dan nakal saja nada suaranya.
Maya berpaling dan dihadapannya seorang lelaki sedang tersenyum memandangnya. Lelaki yang muncul di kedainya dua hari lepas.
“You pulak belilah sayur pucuk manis ni. So only sweet words came out from your mouth!” Maya berkata dengan sinis juga.
“Owh...sweet words ya? Sweetheart diterima tak?” Lelaki itu masih mahu mengusik maka dia mengikut saja langkah Maya.
“You ni tak ada kerja ke? Nak beli sayur ke nak jalan-jalan?”
“Saja ternampak you. I nak tengok apa yang you nak beli. Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya.” Lelaki itu tidak mahu mengalah. Tetap mengekori Maya. Tetap mahu menguji teori falsafahnya.
“Owh macam tu! Kalau I beli pisau setengah dozen? Tukul besi dua. Parang enam dan gergaji tiga. Apa maksudnya?” Maya berpusing dan mereka berdua bertentang mata. Maya menahan dirinya dari tersenyum. Kelakar melihat lelaki itu yang sedang berkerut dahinya mencari idea mahu menjawab soalannya.
“Somebody hurt you very bad, I guess.”
Kata-kata itu membuatkan Maya tersentak. Ada betulnya tekaan lelaki itu. Dia menahan nafas dan kemudiannya berpaling dan melangkah dengan laju ke arah bahagian ikan dan ayam pula. Dia mengambil hati ayam dan memasukkannya ke dalam bakul.
“Itu maksudnya you tengah makan hati atau akan makan hati!” Lelaki itu meneruskan komen.
Maya diam tidak mahu memberi maklumbalas. Lelaki ini sesuka hati membuat tekaan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Dia mengambil bebola ikan pula.
“Hidup kita macam rodakan? Kejap di atas kejap di bawah.”
Telinga Maya terasa mahu putus mendengar lelaki itu terus berbicara. Dia mencapai tauhu dan kemudiannya melihat wajah lelaki itu. Menunggu ulasan selanjutnya dari lelaki yang tidak dikenalinya itu.
“Ya, you ‘tauhu’ yang you perlukan protein?” Lelaki itu ketawa sendiri dengan analisanya yang semakin mengarut. Maya juga turut ketawa. Pelik. Lelaki itu tidak diketahui pun namanya dan mereka boleh berbual mesra.
“Siapa nama you?” tanya Maya sambil mencapai minuman yoghurt jenama Bliss perisa strawberi yang disukainya itu.
“Maya Hanum nak kenal dengan I? Huhu! Nama you klasik sikit ya.” Lelaki itu menyebut namanya tetapi tidak mahu memperkenalkan dirinya.
“Mana you tau nama I?”
Lelaki itu tersenyum dan melangkah dua tapak ke belakang. Matanya melihat jauh ke rak yang berada dibelakang mereka. Ke arah Fifi yang trolinya sudah penuh dengan barangan. Masa untuk dia beredar. Dia menundukkan sedikit kepalanya kepada Maya.
“I kena beredar dulu.” Lelaki itu meminta izin.
“Jumpa lagi!”
Tidak sempat Maya membalas dan lelaki yang tidak dikenali itu sudah menghilang di celah-celah pelanggan Jusco yang ramai. Lelaki ini halimunan agaknya? Namun kehadiran lelaki itu berjaya membawa sedikit kegembiraan dalam hatinya yang terluka dengan realiti jiran-jirannya. Dia melihat isi di dalam bakulnya. Betulkah isi bakul melambangkan personaliti seseorang? Dia melihat isi bakul orang yang beratur di hadapannya. Penuh dengan coklat. Perempuan ini sukakan barangan manis? Entah-entah mahu membuat barangan hantaran? Dia melihat pula bakul orang yang berada di belakangnya. Penuh dengan Softlan, Dynamo, tisu tandas, sabun dan losyen. Pembelinya pasti seorang yang sangat menjaga kebersihan. Maya ketawa sendiri. Dia sudah menjadi tidak siuman seperti lelaki halimunan itu juga. Mudahnya dia terpengaruh dengan teori dan falsafah yang tidak mungkin akan dibukukan atau ditentukan kesahihannya.

Monday, July 12, 2010

Hujung Minggu Yang Produktif

Salam,

Sabtu, Ahad dan Isnin. 3 hari saya pulang ke kampung. Kali terakhir balik BP bulan April masa mak buat kenduri untuk arwah abah. Biasanya saya balik kampung sekali setiap bulan tapi semenjak kurang sihat, lagi pun hari tu satria saya merajuk jadi lama saya tak balik. Kasihan emak!

Hari Sabtu petang saya ke pasar malam di pesta. Hajat hati nak cari rojak asma...mhmm tapi sayang hajat tak kesampaian. Cari punya cari, gerai tak buka hari tu! Keciwa, kuciwa + kecewa! Hehe... Ubat hati, saya beli nasi ambeng. Oklah...

Hari Ahad, pepagi saya dengan emak dan anak saudara ke Carrefour. Depan rumah aje tapi hari Ahad ni bahaya. Ramai manusia jadi saya ajak anak saudara dengan suami dia. Hehe...mereka tukang tolak troli dan angkat barang. Dah nak puasakan bulan depan, jadi saya belikan terus emak bekalan barang makanan dan keperluan yang lainnya. Upah anak saudara ni senang aje...KFC. hehe...anak sedara pun bukan kecik. Umur beza beberapa tahun aje dengan saya. Dia ketuk saya. Saya dera dia. Ya, perjanjian sistem barter yang menguntungkan!

Hari Isnin pagi lak, saya bawa mak sarapan di luar juga. Kali ni pergi makan mee rebus. Sedapnya! Best betul balik Bt Pahat ni... Lepas tu pergi hantar baju raya kat tukang jahit. Pergi pasar...(pening kepala, mak beli durian n letak dalam kereta) Lepas tu teman emak ke kedai emas, aduhai....saya lama tak memandu ke bandar, berpusing-pusing kerana asyik2 jalan sehala aje! Hehe...Fail orang BP ni!

Balik rumah, masak... tengok jam dah kul 12 lebih. Malasnya nak balik KL. Nak memandu 3 jam sekarang ni memang saya malas. Kat BP tak ada airport. Kalau ada, senang. Hehe!

Alhamdulillah. Pukul 6 saya sampai ke rumah dengan tangan yang penuh. Barang2 banyak yang saya bawa dari kampung. Yang saya bawa pulang juga adalah IDEA. Huhu...saya dah dapat jalan cerita untuk novel ke 6 saya. Tajuknya pun dah ada. Ada 2,3 tajuk yang ada dalam kepala ni....tak pasti lagi mana satu yang saya nak lakarkan. Tapi saya seronok.... Selamat datang Hana, Selamat Datang Hadif. Mereka nama watak novel ke 6 saya.

Thursday, July 8, 2010

Tsunami hati

Salam,

I need something new to do! I need new inspiration.... I need to write a new novel! I need a new male character and a dong2 female character! I need a new title for my number 6th mss...

Dan tak semua yang kita perlukan, kita akan dapat.

So....sambung balik termenung. Tengok dinding. Tengok fon...Tengok tingkap. I want to kill someone. I want to create a perfect murder. I want to throw someone out of the window....Mhmm...

Dan sekali lagi, tak semua yang kita inginkan...kita akan dapat!

Sunday, July 4, 2010

Cameron Highland Trip






Salam,

Semalam saya meletakkan titik noktah untuk JCC. Alhamdulillah. JCC berjaya ditamatkan dengan senyuman yang melebar. Ya, saat orang gila menonton bola, saya berhempas pulas menyiapkan JCC. Bila dengar suara orang menjerit, saya menukar saluran dan dapatlah tengok German (pasukan kegemaran Laila Kamilia) menjaringkan gol!

Hujung minggu juga saya tidak sihat selepas gatal...pergi bercuti ke Cameron Highland pada Rabu & Khamis yang lepas. Dhiya kata, CH x best. Hehe...apa yang saya suka tentang CH? Saya suka bunga-bunganya. Saya suka the quietness of the nights in CH. Saya suka pergi petik strawberi (kami petik dua kilo strawberri!).... Saya suka dapat pergi ladang dan petik sayur-sayuran...(kobis, baby kailan, snowpeas, mini french bean & chinese leek) Suka dapat tengok ladang herbs. Masa nilah baru tengok pokok jintan, lavendar, jasmine... Dan tentu sekali saya juga suka malamnya yang dingin dan steamboat panas yang mengghairahkan. Huhu...

Saya juga suka pemandangan ladang teh yang macam tak ada ending...

Dan seperti biasa trip yang sebegini, saya yang akan bertanggungjawab menempah hotel. Hotel de La Fern. Hotel baru dibuka setahun yang lalu. RM288 semalam, dengan semua kemudahan dan bilik yang luas. Yang best ada bath tub, so boleh beli roses petals dan mandi bunga? hahaha.

Thursday, July 1, 2010

Novel BOOM dari Alaf21 ~ July



Salam,

Ini 2 novel kawan rapat saya.
Dhiya Zafira ~ Jauh Kau Pergi
Hezzy Azra ~ Cinta Tak Beralih.

Saya dengan nakalnya mengusik Dhiya, kalau baca lembut2 memanglah... Jauh, Kau Pergi! Tapi kalau baca dengan gaya ganas maka tajuknya akan jadi Kau...Pergi Jauh2! Hehe.

Dengan Hezzy pula saya katakan, Cinta Hezzy jenis yang statik! Cinta confirmed tak beralih-alih! hehe..

Tahniah buat kedua2nya! Stok buku tahun ni sudah dipenuhi. Kita kena bersedia untuk tahun 2011 kan?

Thursday, June 24, 2010

MOU dengan HA & DZ

Salam,

Pagi Jumaat yang indah! Hehe...Hari ini saya menandatangani 2 MOU bersama 2 orang kawan. Huh! Mereka ingat MOU itu setakat ym di yahoo saja! Oh owh....salah tu. Entry ini untuk mengingatkan mereka janji yang dimeterai antara kami. Janji BESAR PUNYA. Haha.

MOU 1 : DHIYA ZAFIRA
Pertarungan untuk menyiapkan novel. Bermula 20 July, berakhir 20 October.

MOU 2 : Hezzy AZRA
Cabaran untuk dia siapkan novel dalam jangkamasa 1 July , berakhir 1 December.

Huhu....seronoknya ada kawan yang nak lawan. Kak Eka, Laila dan Lily Yong, kalau berminat sama, marilah! Ini pertaruhan antara ikan bilis saja. Hehe...ikan paus, ikan pirahna kami tak leh nak lawan speed turbonya.

Wednesday, June 23, 2010

JCC : teaser 4

Salam,

Pagi tadi semasa memandu, seperti biasa saya akan buka HOT FM sebab lawak antara Fafau, FBI & AG lebih saya senangi dan sering buat saya ketawa. Tajuk perbincangan mereka hari ini adalah 'KEBETULAN' dan mereka membincangkan tentang berita di Kosmo...suami dan isteri yang meninggal dunia selang 15 minit. Mhmm...terasa sayu mendengar. Jodoh antara mereka memang sehidup semati ya. Tulusnya ikatan...

Ini teaser ke 4: Adakah yang terakhir? Hehe...tengoklah ya. JCC ni ada 50 page to go! Huhu....InsyaALLAH, hujung bulan siap. Then I can celebrate. Amin!

TERKEJUT Maya apabila tiba-tiba Haiqal menyergahnya dari belakang. Lelaki ini sengaja mahu memendekkan jangka hayatnya? Maya membebel. Geram melihat Haiqal yang membuat wajah tidak kisah dengan apa yang dikatakannya.
“You ni pagi-pagi dah ke sini kenapa? Hairanlah I. Tak kerja ke?” Maya bertanya sambil melihat penampilan Haiqal yang nampak kasual. Dengan seluar jeans berwarna gelap dan berbaju-T berwarna putih. Kemas tetapi tidak mungkin orang ke pejabat dengan pakaian sebegitu.
“I kerja waktu malamlah.” Haiqal menjawab dengan senyuman. Gadis ini semakin mahu tahu tentang dirinya. Perkembangan yang bagus!
“You kerja pengawal keselamatan ke?” Selamba Maya bertanya.
“Kalau I kerja jadi pengawal keselamatan...you tak nak kawan dengan I?” tanya Haiqal mahu tahu. Mahu menguji kebaikan hati Maya setakat di luaran saja atau memang juga di dalam hati dan nuraninya.
Wajah Haiqal yang suka berahsia itu Maya pandang beberapa saat. Adakah pengawal keselamatan yang setampan Haiqal? Yang mampu memakai pakaian begitu bergaya seperti Haiqal? Astaghfirulllah alazim! Maya beristighfar! Tidak adil baginya menilai sebegitu. Menjadi seorang pengawal keselamatan untuk mencari rezeki yang halal adalah tidak salah. Yang salah dan berdosa adalah dirinya kerana berfikir yang bukan-bukan terhadap Haiqal!
“Kawan...kenapa pulak tak nak kawan?” ujar Maya.
“Ikhlas?”
“Ya, ikhlas.” Maya menjawab. Hatinya berdetik, sejauhmanakah keikhlasan hatinya? 5 kilometer atau setakat 5 sentimeter. Aduhai hati, janganlah begini!
“I bawak sesuatu untuk you!” Haiqal memberitahu. Dia meletakkan sebuah bekas makanan ke atas meja. Warna merah.
“Apa dia? You masak ke?” Maya bertanya. Dia membuka penutup bekas itu. Ada jemput-jemput di dalamnya.
“Mak i masak. I kidnapped!” Haiqal ketawa-ketawa. Kelakar mengingatkan wajah emaknya yang pelik apabila dia memberitahu mahu membawa bekal hari ini. Dua kali emak bertanya betulkah niatnya itu!
“Eee...jahatnya!” Maya menutup semula bekas makanan itu. Harum sungguh bau bawang dan ikan bilis serta daun sup. Masih berasap lagi pula. Agak-agaknya, diangkat saja dari kuali, Haiqal sudah menunggu dengan bekas. Dia menelan air liur.
“Makanlah. Nak belikan you sarapan yang mahal-mahal, I tak mampu.” Haiqal membukakan semula bekas itu sambil melihat riak wajah Maya. Suka melihat wajah Maya yang kini seakan merasa bersalah. Haha! Hatinya berlagu riang. Mahir sungguh dia tentang bab-bab membuatkan Maya jatuh kasihan kepadanya.
“Jangan cakap macam tu boleh tak?” Maya merasa tidak selesa.
“Yalah, I bukan ada apa-apa.” Haiqal masih lagi mahu menguji. Nadanya seperti lelaki yang menghempaskan diri kerana hatinya terluka.
“Haiqal! Jangan ulang lagi ayat macam tu! I tak suka!” Maya membaca bismillah dan mengambil jemput-jemput yang dibawa oleh Haiqal. Sedap pula. Pandai emak Haiqal membuatnya. Maya menyuruh Haiqal makan sama. Haiqal menggeleng.
“Tak takut ke?” tanya Haiqal setelah melihat Maya sudah mula mengunyah.
“Takut apa?” Maya mencapai tisu untuk mengelap jarinya yang sedikit berminyak.
“I jampi apa-apa ke!” Haiqal sudah ketawa melihat perubahan wajah Maya yang kini berkerut. Nampak jelas tidak suka dengan apa yang dikatakannya.
“I ada pelindunglah! Tak lut dek jampi you!” Maya memberitahu. Pelindung? Seingat dia, sebelum makan tadi dia hanya membaca bismilahirahman hir rahim. Mampukah doa itu melindungi dirinya? Atau sebenarnya dia tidak mahu dilindungi? Dia melihat wajah Haiqal yang nakal. Eee...rasa mahu dicubit-cubit saja lelaki itu. Suka-suka mahu menjampi dirinya.
“You jampi supaya I jadi lebih cantik ya?” usik Maya.
“Tak payah jampi pun you cantik di mata I.” Haiqal memberitahu. Mahu saja dia menambah, di mata orang lain biarlah Maya nampak tidak cantik, dia rela. Asal cantik pada mata dia, sudah mencukupi. Nanti kalau Maya cantik sangat di mata orang, dia takut dia pula yang menggigit jari. Kalau jari tangan, okaylah juga. Jari kaki?
“Ngada-ngada!” balas Maya. Lelaki ini pandai sungguh menggula-gulakannya. Strategi mahu mencuri hati yang klasik! Menabur tebu selori biar hati wanita menjadi kembang semangkuk.
“I nak balik dululah. Nak tidur. Dari petang semalam I tak tidur lagi.” Haiqal menguap kengantukan. Sekali lagi wajahnya dibuat ala-ala tidak tidur tujuh hari tujuh malam.
“Habis tu buat apa datang sini?” Maya terasa kasihan. Yalah, menjadi pengawal keselamatan pastilah tidak dapat tidur di waktu malam. Dan pagi-pagi begini sudah datang ke kedainya. Kasihan! Memang betul agaknya Haiqal menjadi pengawal keselamatan.
“Rindu!”
Sepatah ayat yang dilafazkan Haiqal membuatkan Maya terasa dadanya bergegar. Lebih riuh dari konsert Jom Heboh yang dianjurkan tv3. Lebih kuat dari gendang pemain tarian Naga sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Pemergian lelaki itu bersama ‘flying kiss’ membuatkan Maya mula bertanya, begitu cepatkah jampi Haiqal sudah berkesan? Sekali lagi Maya beristighfar. Tidak baik mempercayai sesuatu yang karut. Berdosa!