Sunday, January 13, 2013

My 'childrens'


Thursday, January 10, 2013

Cinta Untuk Disewa


Karya ke 13 saya : Cinta Untuk Disewa. Akan berada di pasaran sepenuhnya pada bulan Februari. Bolehlah berjumpa di Karnival Karangkraf yg akan berlangsung pada 1 - 3 Februari nanti.


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013





Ya, selamat datang 2013. Biar penuh dengan bunga2 yang memeriahkan hati. Biar mekar sepanjang tahun. Biar warna2 cerianya menghidupkan suasana. Doa saya, agar segala halangan dan ujian dari-Nya akan dilalui dengan redha. Akan terus menulis dan menghasilkan karya2 selagi terdaya.

Karya pertama untuk 2013 akan keluar Februari nanti. CINTA Untuk DISEWA. Moga kehadiran CUD akan memuaskan hati semua...insyaAllah.

Thursday, November 22, 2012

Birthday yg ke 14, 235 hari..



Ya, 21 nov yg lalu sambut hari lahir yg ke 14,235 hari. Hahaha... sambut dengan tenang2 saja... x ada kek, x ada makan2... x ada yg ajak keluar... (bunyi mcm sedih?) haha...Biasalah, birthday bukan weekend dan semua org pun sibuk dengan kehidupan masing2.

Alhamdulillah, banyak sangat wishes dan doa yang diterima. Terima kasih. Syukur... kerana mampu bernafas lagi dengan rahmat yang Allah berikan.

Weekend nanti baru dapat meraikan dengan teman rapat. Tak sabar rasanya.... I luv just to be away from my routine life.

Apa harapan untuk birthday kali ini? Semoga saya lebih tabah, lebih bersyukur...jangan pandang belakang! Move on...please move on.

Kerjaya : InsyaALLAH ok. Disember akan mula bekerja selepas cuti yg panjang.

Penulisan : Buku ke 13 akan menyusul Februari nanti. Semoga ada lagi yg ke 14, 15, dan 16 tahun 2013 nanti. Insya Allah.

Kesihatan : Semoga ALLAH memberikan kemudahan dan janganlah dipersulitkan.

Hati : Haha...semoga terus dengan fungsinya untuk mengepam darah. Amin.

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Tahun baru : Awal Muharram pun datang


Tahun baru...semangat baru? Azam baru?

Bagi saya : semoga tahun baru ini akan membawa kepada ruang yang lebih baik untuk diri, karier, kesihatan, keluarga. Semoga terus mendapat lindunganNya. Semoga terus dirahmati Allah. Semoga diberi kekuatan menempuh segala ujianNya. Subhanallah... banyaknya dosa, kurangnya pahala... Berubahlah.

Sunday, November 11, 2012

Celoteh sampai letih

Ahad,

Kereta sudah siap diambil dari workshop. Alhamdulillah. Menggigil kaki bila nak bawak keta kuar dr workshop...maklumlah sejak operations in May, x bawa keta kecuali masa puasa n raya ke 5 dah eksiden. Ops... Panik seketika jadinya.

Mak saya sedih hari ini. Ada operasi gotong royong di kawasan tanah kerajaan yg bersebelahan dengan rumah kami ini. Selama 25 tahun duduk sini, macam2 hasil tanaman yg kami dah rasa di situ. Teringat zaman remaja, tolong mak kutip kacang panjang, petik daun selom, petik cili, pucuk ubi... sekarang lapang dah. Yg paling sayang, tentunya pokok nangka yang buahnya manis dan lazat. No more nice Mr Jackfruit ya... No more nangka muda lemak cili api ya. ops, my favourite tu!

Pokok kelapa mak pun dah jadi arwah. So, petang tadi mak raut daun kelapa nak buat sapu lidi. saya kata, dah penat tu tak payahlah mak. Beli aje penyapu. Tapi mak kata, dah bertahun tak raut penyapu...rasa seronok pulak. Saya senyum dan temankan saja. Betul juga. Dulu masa kecik2 merasalah meraut daun kelapa buat sapu lidi.

Siap penyapu, mak saya yang dah 74 tahun usianya pun mengapak kelapa muda. Hihi... mak saya ni memang terror. Sedapnya air kelapa muda walaupun minum tanpa ais. Nyaman. saya kata...dah dekat setengah tahun tak minum air kelapa. Yalah, sejak bedah hari tu kan. Sedapnya isi kelapa (org Johor panggil DEGAN)yang masih muda dan manis.

Esok, agendanya : ke kubur arwah abah, bawa mak pergi sarapan. Hantar mak balik, sy sambung ke carrefour... Ada sehari lagi di kampung. Memenuhi permintaan mak nak ke mana1. Disember dah semakin hampir. Kena mula kerja semula..

Wednesday, November 7, 2012

Kelalaian Hati

Buang sajalah segala rasa. Buat apa nak ingat lagi kisah2 lama. Buat sakit hati saja. Well, itu kata2 bila waras. Bila tak waras? Ingat jugak...hahaha.

Kenapa? Well, salahkan lagu2 cinta yg berkumandang tak kena masa.

Atau...salahkan all those places yg kita pernah pergi makan dengan dia yg tanpa rela membuatkan kita ingat juga pada dia yg dah lama lupakan kita.

Mungkin juga salahkan pada gambar2 yg dah delete tapi tetaplah ada dalam kotak minda skrin 54 inci lagi. Hampeh sungguh. Haha...

Dan segala kata2 yg tetap terakam di dalam ingatan walau puas cuba dilupa.

Walau apa pun berlaku... IT'S THERE. Benda dah berlaku. Lalalaala...LIVESTRONG! Kan?