Tuesday, October 23, 2007

Perpisahan...

Kawan2 dan pengunjung blog,
Rumah saya ini akan sepi seketika antara 25 Oct hingga 4 November,07 kerana saya akan ke Hong Kong untuk Pizza Hut Regional CHAMPS Challenge.
11 hari penuh cabaran rasanya, harap2 saya dan team pulang dengan kejayaan!
Doakanlah ya, supaya kami menang! Tidak sabar sebenarnya mahu ke sana... walaupun dalam takut! Kalau boleh, November cepatlah datang... supaya semuanya berlalu dengan rahmatNYA.
Sue: hehe... thanx ya utk sweater merah yg cantik. Moga dpt menghangatkan aku di HK.
Rose: amboi ... tadi dah 81pg, emm... aku nak kejar lepas balik HK la nampaknya.
Lily Yong & Lily Haslina: Jgn tidur weh wp yg 'membakar' ni jauh...
Laila: Selamat menyambut periksa! Kita berperang dlm arena yg tidak sama namun mahukan kemenangan.
Dhiya: Semoga kursus di KL ni kau sempat bertemu rakan penulis yg lain dan mencerna minda.
Kak Eka: huhu... doakan saya ya! Moga kita dpt berjumpa dan bergebang di singgahsana mahligai akak pula.
Rinn: nanti aku ambik banyak2 gambar awan di HK ya! haha...
Buat semua peminat novel: InsyaALLAH, hujung tahun ini akan bertambah meriah hidup saya. Marilah kita sama meraikannya!

Monday, October 15, 2007

Sunyi tanpa dia...

Salam lebaran...
Hari ini hari raya yang keempat. Perasaan yang ada... SUNYI! Suasana memang riuh, sayang... meriahnya tidak sampai ke dalam hati. Kenapa ya? Mungkin, bila kita semakin meningkat usianya, maka kemeriahan itu semakin lama semakin kurang serinya.
Tahun ini juga, tahun pertama kami sekeluarga menyambut Syawal tanpa abah. Terasa benar kehilangan abah. Sekejap-sekejap ada saja mulut yang tidak dapat menutup menyatakan begitu begini tentang abah. Kerap kalinya kami cuba sebaik mungkin untuk tidak menyebut tentang abah di hadapan emak.
Pagi Syawal juga, semasa sesi bermaafan... airmata menjadi begitu murah sekali. Satu liter dua kupang saja harganya! 7 anak emak berkumpul. Cucu seramai 17 orang, cicit seorang, menantu 6 orang.... riuh dengan gelak ketawa dan gurau senda tapi .... sedihnya ALLAH saja yg tahu.
Kami berkonvoi ke kubur selepas itu. Sama-sama membaca Yaasin untuk abah. Moga abah berada dalam lindunganNYA. Moga abah sejahtera di samping ALLAH. Hanya Tuhan yang tahu, kasihnya kami pada abah yang membesarkan kami dgn jerih payah. Kini, pada emak saja kami menumpang kasih.
Pada mereka yang masih menerima rahmat kasih dari kedua ibubapa... hargailah mereka. Junjunglah kasih mereka. Jangan sesekali diketepikan hak mereka untuk dicintai dan dihormati. Hak cinta mesti terus dipelihara... biar sampai seribu tahun lagi. Tidak mungkin berganjak... tidak mungkin bertukar kerana kasih sayang itu, tiada tarikh luputnya... InsyaALLAH.

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

Salam,
Ada masanya, bila kita menunggu... maka apa yg ditunggu itu terasa lambat benar sampainya! Sebaliknya, sesuatu yg kita tidak jangka, datang pula dengan tiba2. Ramadhan tahun ini, saya lalui bagaikan roller coaster! Sekelip mata berlalu... tidak perlu saya gerakkan jarum jam... sedar2 saja sudah tinggal 2 hari saja ibadah puasa perlu dilalui.
Buat semua kawan2,
Salam Aidilfitri, minta maaf banyak2 pada mereka yg terasa atau terkecil hati kerana tingkah saya yang adakalanya sukar dijangkakan! Saya cuma manusia kecil dalam lautan manusia yg ghairah mencari kesempurnaan hidup!
Buat semua peminat dunia novel,
Harapan Ramadhan sy bakal terlaksana. Moga November @ Disember yg datang adalah anugerah yang bakal membuatkan anda teruja untuk mengulit citra sy yg kedua. InsyaALLAH!
Selamat Hari Raya...
p/s:' burung apa? Burung Murai! Burung apa? burung murai!' HARGAILAH mereka yg menyayangi kita. Ibubapa adalah harta yang tiada nilainya!