Thursday, February 26, 2009

Tarikh Luput CINTA




Salam,

Akhirnya tiba juga karya saya yang ketiga ~ TARIKH LUPUT CINTA!
Semoga dapat menjawab segala persoalan mereka yang rindukan hasil garapan saya selepas JBC dan HCT.
Sila dapatkan dan kalau sudi, berilah komen dan tunjukajar.

Airel, Imanina dan Rezzal mesti bersaing demi harta bernilai RM 22.5 juta. Saat harta menjadi taruhan, nyawa manusia mula kehilangan nilainya. Pertarungan pun bermula untuk menjadi pemenang namun apabila hati mula berantakan kerana cinta, emosi dan logik pun mula bersengketa mencari ruang untuk berkuasa. Mana satu arah mahu mereka tuju?

Bagi Imanina, pendirian dia dan Airel jauh berbeza. Airel di utara, dia di selatan. DI KL sentral, Rezzal mendoakan mereka bertemu. Namun hatinya tidak mahu. Tidak sanggup menerima Airel si kacang hantu! Airel mesti ditumpaskan.
Manakala warna pelamin imanina dan Airel, Rezzal yang mengangankan. Ada masanya, Rezzal berdoa biarlah Imanina pekak manakala Airel pula bisu, agar dunianya jadi lebih tenang walaupun hanya untuk sesaat! Mereka berdua memang menyusahkan!
Kata Rezzal, skala cinta Airel pada Imanina, bagaikan 7 gunung, 7 lautan dan 7 langit. Sedangkan bagi Airel, sebagai kekasih gelap dia tidak mahu, kekasih separuh masa dia tidak rela! Sayang pada Imanina yang hanya seinci, tidak mungkin menjadi seela!
Maka perang pun bermula tanpa menyedari, ada insan keempat yang mahukan bahagiannya. Lalu bingkisan demi bingkisan dari dia yang mengaku sebagai Pencinta mengundang keraguan dan sejuta persoalan? Antara nilai persahabatan, peluang percintaan dan harta dunia yang berjuta, mana satukah yang mahu dijadikan pilihan?


Sinopsis:
Airel, seorang eksekutif muda dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta. Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina.
Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... Dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberkan? Tarikh Luput Cinta... Debarnya menyesakkan dada!

Tuesday, February 17, 2009

Mirroring or Cermin

Mirroring. Itu istilah yang diberikan pakar jiwa saya iaitu Cikgu Haslina atau lebih dikenali dengan nama Laila Kamilia yang nun jauh di Jerman tetapi selalu dekat di hati sebab gerak hatinya selalu bersama saya.

Apa maksud mirroring? Cermin? Mhmm....saya bercerita, apabila saya mahu rindukan seseorang dan rasa mahu bercerita dengan dia maka, tidak berapa lama kemudian...dia pasti menelefon saya. Apabila saya dalam kerisauan, tanpa perlu bercerita....dia akan bertanya, " Kenapa ni?" Kata Laila, itulah mirroring....whatever u do or feel, can also be felt by the person that are close to u.

Istilah dia pula : GPS. Bila saya kecil hati kerana dia terlalu sibuk hinggan tidak pedulikan saya dan saya katakan..." Nanti...saya mati pun awak tak tahu!" dan jawapan dia adalah. " Tak mungkin tak tau...GPS kuat tau!" Saya pun terdiam.

Mahu percaya? Haha... entahlah. Yang saya tahu...cermin saya dah pecah tidak berapa lama dulu. Serpihannya saja yang masih memantulkan cahaya!

Monday, February 16, 2009

Antara Dua

Cuaca cerah. Langit penuh dengan awan. Angin bertiup lembut....dan tiba-tiba puting beliung pun datang.....
Lari!
Atau berdiam dan melihat keindahan kuasa Allah?
Perut terasa lapar. Usus semakin mengecut. Peluh memercik di dahi.....
Menangis!
Atau berzikir memohon rahmatNya?

Wednesday, February 11, 2009

I wish...

Saya tak ada apa2 yg nak diceritakan. Hidup saya ni kalau garisan... ianya adalah garisan yang menurun...bersesuaian dengan hati yang merudum. Hidup saya ini kalau lautan, sah-sah ombaknya masih belum tenang. Dan kalau hidup saya ini gempa bumi.... skala richternya pasti tinggi.
Namun saya bersyukur...melewati hari-hari yang sepi. Bernafas dan beristighfar, biar hati ini belajar makna tenang. Saat hati tidak keruan, saya sedar...saya buat orang lain turut bersedih. Maaf...tidak berniat untuk membuat begitu. Saya hanya cuba menongkah arus kehidupan yang jelas sekali pada waktu ini...seolah2 tidak berpihak kepada saya atau realiti bukanlah seperti yang saya impikan. Jauh terlalu jauh.....
Saya hanya menunggu TLC tiba dengan harapan ianya akan membuatkan saya ada sesuatu yang baru di dalam hidup saya. I need something new. Luckilly, I have friends that somehow understand me eventough I didn't uttered a word. I m screaming and crying out loud but believe me that nobody will hear it because I'm doing it silently. I m not a superwoman...just a plain women that gasping for air to breath. I m a lost cause....a sinking ship that goes deeper to the sea. I wish that the pain will be evaporated and all pains are slipping through out of my mind with a blink of an eye. I wish my heart are not flooded with tears....

Thursday, February 5, 2009

TLC ~ Akan Datang....

TLC~ Dlm TLC nanti anda akan disajikan dengan 3 watak dong dong yang cakapnya tidak pernah lurus...pasti ada maksud tersembunyi. Pasti menyakitkan hati dan adakalanya membuatkan anda sebagai pembaca ketawa sendirian dengan perangai mereka yang tidak menentu.

Bila Airel kata warnanya adalah putih dan Rezzal bersetuju, ah...Imanina pasti bermatian akan mengatakan itu adalah warna hitam. Jika Imanina memilih ke Selatan, Airel mengambil peta menuju ke Utara dan Rezzal yang di Tengah mula kehilangan arah! Kompas jenama terkemuka pun menjadi tidak berguna.

Mereka selalu tidak sependapat. Mereka tidak meminta berada dalam ruang masa yang sama dan mengejar mimpi yang serupa tetapi keadaan memaksa dan menyebabkan mereka bermati-matian mahu memperjuangkan kemenangan.

Kata Airel: “ Aku bukan Dr House yang perlukan Vicodin setiap enam jam! Tapi sakitnya kepala aku ni lebih kepada hati aku yang hilang makna tenteram.”

Kata Rezzal ketika Imanina membebel tentang giliran temuduga mereka: “ Dia ikut turutan abjad. Kalau you nak tahu, huruf I lepas huruf A. So, jangan risau, lepas ni giliran you sebab, huruf R datang lepas huruf I!”

Kata Imanina bila ditegur kerana tidak mahu berkongsi masalah: “ Siapa kata tak ada yang mendengar? Hati aku kalau menjerit, tentulah usus, pankreas dan tulang selangka aku yang mendengar. Organ yang berdekatan mesti pekak jadinyakan?”

Mhmm...riuh jadinya apabila mereka berbicara. Saat tirai TLC berlabuh....saya yang kerinduan!