Thursday, June 24, 2010

MOU dengan HA & DZ

Salam,

Pagi Jumaat yang indah! Hehe...Hari ini saya menandatangani 2 MOU bersama 2 orang kawan. Huh! Mereka ingat MOU itu setakat ym di yahoo saja! Oh owh....salah tu. Entry ini untuk mengingatkan mereka janji yang dimeterai antara kami. Janji BESAR PUNYA. Haha.

MOU 1 : DHIYA ZAFIRA
Pertarungan untuk menyiapkan novel. Bermula 20 July, berakhir 20 October.

MOU 2 : Hezzy AZRA
Cabaran untuk dia siapkan novel dalam jangkamasa 1 July , berakhir 1 December.

Huhu....seronoknya ada kawan yang nak lawan. Kak Eka, Laila dan Lily Yong, kalau berminat sama, marilah! Ini pertaruhan antara ikan bilis saja. Hehe...ikan paus, ikan pirahna kami tak leh nak lawan speed turbonya.

Wednesday, June 23, 2010

JCC : teaser 4

Salam,

Pagi tadi semasa memandu, seperti biasa saya akan buka HOT FM sebab lawak antara Fafau, FBI & AG lebih saya senangi dan sering buat saya ketawa. Tajuk perbincangan mereka hari ini adalah 'KEBETULAN' dan mereka membincangkan tentang berita di Kosmo...suami dan isteri yang meninggal dunia selang 15 minit. Mhmm...terasa sayu mendengar. Jodoh antara mereka memang sehidup semati ya. Tulusnya ikatan...

Ini teaser ke 4: Adakah yang terakhir? Hehe...tengoklah ya. JCC ni ada 50 page to go! Huhu....InsyaALLAH, hujung bulan siap. Then I can celebrate. Amin!

TERKEJUT Maya apabila tiba-tiba Haiqal menyergahnya dari belakang. Lelaki ini sengaja mahu memendekkan jangka hayatnya? Maya membebel. Geram melihat Haiqal yang membuat wajah tidak kisah dengan apa yang dikatakannya.
“You ni pagi-pagi dah ke sini kenapa? Hairanlah I. Tak kerja ke?” Maya bertanya sambil melihat penampilan Haiqal yang nampak kasual. Dengan seluar jeans berwarna gelap dan berbaju-T berwarna putih. Kemas tetapi tidak mungkin orang ke pejabat dengan pakaian sebegitu.
“I kerja waktu malamlah.” Haiqal menjawab dengan senyuman. Gadis ini semakin mahu tahu tentang dirinya. Perkembangan yang bagus!
“You kerja pengawal keselamatan ke?” Selamba Maya bertanya.
“Kalau I kerja jadi pengawal keselamatan...you tak nak kawan dengan I?” tanya Haiqal mahu tahu. Mahu menguji kebaikan hati Maya setakat di luaran saja atau memang juga di dalam hati dan nuraninya.
Wajah Haiqal yang suka berahsia itu Maya pandang beberapa saat. Adakah pengawal keselamatan yang setampan Haiqal? Yang mampu memakai pakaian begitu bergaya seperti Haiqal? Astaghfirulllah alazim! Maya beristighfar! Tidak adil baginya menilai sebegitu. Menjadi seorang pengawal keselamatan untuk mencari rezeki yang halal adalah tidak salah. Yang salah dan berdosa adalah dirinya kerana berfikir yang bukan-bukan terhadap Haiqal!
“Kawan...kenapa pulak tak nak kawan?” ujar Maya.
“Ikhlas?”
“Ya, ikhlas.” Maya menjawab. Hatinya berdetik, sejauhmanakah keikhlasan hatinya? 5 kilometer atau setakat 5 sentimeter. Aduhai hati, janganlah begini!
“I bawak sesuatu untuk you!” Haiqal memberitahu. Dia meletakkan sebuah bekas makanan ke atas meja. Warna merah.
“Apa dia? You masak ke?” Maya bertanya. Dia membuka penutup bekas itu. Ada jemput-jemput di dalamnya.
“Mak i masak. I kidnapped!” Haiqal ketawa-ketawa. Kelakar mengingatkan wajah emaknya yang pelik apabila dia memberitahu mahu membawa bekal hari ini. Dua kali emak bertanya betulkah niatnya itu!
“Eee...jahatnya!” Maya menutup semula bekas makanan itu. Harum sungguh bau bawang dan ikan bilis serta daun sup. Masih berasap lagi pula. Agak-agaknya, diangkat saja dari kuali, Haiqal sudah menunggu dengan bekas. Dia menelan air liur.
“Makanlah. Nak belikan you sarapan yang mahal-mahal, I tak mampu.” Haiqal membukakan semula bekas itu sambil melihat riak wajah Maya. Suka melihat wajah Maya yang kini seakan merasa bersalah. Haha! Hatinya berlagu riang. Mahir sungguh dia tentang bab-bab membuatkan Maya jatuh kasihan kepadanya.
“Jangan cakap macam tu boleh tak?” Maya merasa tidak selesa.
“Yalah, I bukan ada apa-apa.” Haiqal masih lagi mahu menguji. Nadanya seperti lelaki yang menghempaskan diri kerana hatinya terluka.
“Haiqal! Jangan ulang lagi ayat macam tu! I tak suka!” Maya membaca bismillah dan mengambil jemput-jemput yang dibawa oleh Haiqal. Sedap pula. Pandai emak Haiqal membuatnya. Maya menyuruh Haiqal makan sama. Haiqal menggeleng.
“Tak takut ke?” tanya Haiqal setelah melihat Maya sudah mula mengunyah.
“Takut apa?” Maya mencapai tisu untuk mengelap jarinya yang sedikit berminyak.
“I jampi apa-apa ke!” Haiqal sudah ketawa melihat perubahan wajah Maya yang kini berkerut. Nampak jelas tidak suka dengan apa yang dikatakannya.
“I ada pelindunglah! Tak lut dek jampi you!” Maya memberitahu. Pelindung? Seingat dia, sebelum makan tadi dia hanya membaca bismilahirahman hir rahim. Mampukah doa itu melindungi dirinya? Atau sebenarnya dia tidak mahu dilindungi? Dia melihat wajah Haiqal yang nakal. Eee...rasa mahu dicubit-cubit saja lelaki itu. Suka-suka mahu menjampi dirinya.
“You jampi supaya I jadi lebih cantik ya?” usik Maya.
“Tak payah jampi pun you cantik di mata I.” Haiqal memberitahu. Mahu saja dia menambah, di mata orang lain biarlah Maya nampak tidak cantik, dia rela. Asal cantik pada mata dia, sudah mencukupi. Nanti kalau Maya cantik sangat di mata orang, dia takut dia pula yang menggigit jari. Kalau jari tangan, okaylah juga. Jari kaki?
“Ngada-ngada!” balas Maya. Lelaki ini pandai sungguh menggula-gulakannya. Strategi mahu mencuri hati yang klasik! Menabur tebu selori biar hati wanita menjadi kembang semangkuk.
“I nak balik dululah. Nak tidur. Dari petang semalam I tak tidur lagi.” Haiqal menguap kengantukan. Sekali lagi wajahnya dibuat ala-ala tidak tidur tujuh hari tujuh malam.
“Habis tu buat apa datang sini?” Maya terasa kasihan. Yalah, menjadi pengawal keselamatan pastilah tidak dapat tidur di waktu malam. Dan pagi-pagi begini sudah datang ke kedainya. Kasihan! Memang betul agaknya Haiqal menjadi pengawal keselamatan.
“Rindu!”
Sepatah ayat yang dilafazkan Haiqal membuatkan Maya terasa dadanya bergegar. Lebih riuh dari konsert Jom Heboh yang dianjurkan tv3. Lebih kuat dari gendang pemain tarian Naga sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Pemergian lelaki itu bersama ‘flying kiss’ membuatkan Maya mula bertanya, begitu cepatkah jampi Haiqal sudah berkesan? Sekali lagi Maya beristighfar. Tidak baik mempercayai sesuatu yang karut. Berdosa!

Thursday, June 17, 2010

JCC : Teaser 3

“Hie dear!” tiba-tiba suara yang lama tidak didengari itu muncul rapat di telinga.
Maya menoleh. Sah! Yang dilihatnya tadi memang lelaki senget yang telah menipunya hari itu. Dia tidak membalas teguran lelaki itu. Dia membuat tidak dengar sahaja. Lagi pun, nama dia bukan ‘dear’!
“Aduh, janganlah merajuk. I mintak maaf okay.” Lelaki itu bersungguh-sungguh meminta maaf. Bersungguh-sungguh juga mengambil dulang berisi cendol dan laici-kang dari tangan Maya.
“You nak bawak ke mana air I tu?” Maya memandang lelaki itu dengan geram.
Lelaki itu hanya ketawa dan memandang wajah Maya.
“Bawak balik rumah I boleh?” Dia bertanya dengan niat mengusik.
“You ni jangan menyusahkan I boleh tak?”
“La...I yang tolong bawakkan dulang ni. Mana ada susahkan you. Jum, mana meja you?” Lelaki itu masih tidak mahu mengalah.
Tidak mahu bergaduh, Maya berjalan dengan hati yang sebal ke arah kak long yang sedang menunggu. Manis senyuman yang kak long berikan kepada lelaki yang asing dan tidak bernama itu.
“Apa khabar? Kawan Maya?” Lelaki itu dengan ramah bertanya.
“Alhamdulillah. Kak long, Maya.” Zana menjawab. Wajah Maya yang masam dipandangnya seketika.
“Berlakon drama ke tadi?” Zana bertanya kepada mereka berdua.
Lelaki itu ketawa lalu mengadu yang Maya tidak mahu menunjukkan manakah mejanya. Selamba saja dia duduk di sebelah kak long.
“Siapa ajak you duduk ni?” tanya Maya. Tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.
“Tengok tu! Tak baik Maya, layan I macam tu.” Lelaki itu menarikkan kerusi dan menepuk-nepuk kerusi itu menyuruh Maya duduk.
“Duduklah. Kata nak sangat makan cendol. Jangan bertengkar depan rezeki.” Zana menegur Maya. Dia menjadi tertarik mahu kenal dengan lelaki yang membuatkan Maya merasa tidak selesa itu. Ada sesuatukah yang tidak diketahuinya sedang berlaku.
Mahu tidak mahu, Maya duduk juga dengan hati yang geram. Sudahlah menipu orang, sekarang memandai-mandai pula mahu berbaik-baik dengan kakaknya! Dasar lelaki yang tidak boleh dipercayai!
“Tak nak minum sama?” tanya Zana kepada lelaki itu. Dia merenung sekilas wajah lelaki itu. Nampak boyish. Mungkin usianya di pertengahan umur 20-an sahaja. Entah-entah lebih muda dari Maya. Senyumannya nakal dan anak matanya asyik mahu menatap wajah Maya. Ada tarikan kimia nampaknya.
“Tak apalah kak. Saya datang dengan emak.” Lelaki itu memandang Maya yang duduk dengan senyap dan langsung tidak mempedulikannya.
“La...mana emaknya? Ajaklah minum sekali.” Zana mengajak.
Mahu tersedak Maya mendengar ajakan kak long. Gila! Sesuka hati kak long mahu mengajak emak lelaki itu duduk semeja dengannya! Ingat, lelaki ini kekasih hatinya?
“Tak boleh kak. Mak tengah lapar tu.” Lelaki itu selamba menjawab.
“Ajaklah makan. Boleh kenal-kenal!” Zana terus menggalakkan.
Maya pula semakin kecut perut. Manalah tahu jika lelaki itu termakan kata-kata kak longnya itu. Manalah mahu diletakkan mukanya. Pasti malu. Aduhai kak long! Janganlah buat permintaan yang bukan-bukan. Insaf-insaflah, wahai kakakku!
“Mak bukan lapar nasi kak! Mak lapar menantu! Nanti dia nampak Maya, terus dia nak masuk meminang! Ha..ha.” Lelaki itu ketawa dengan gurauannya sendiri.
Merah padam muka Maya yang mendengar. Bertambah sakit hati melihat kak long yang beriya-iya ketawa dengan lawak bodoh yang dihidangkan lelaki senget itu. Sampai hati kak long kerana terpengaruh dengan lelaki sesenget itu.
“Jangan nak mengarut boleh tak?” Maya menegur dengan serius.
“Mintak sikit.” Lelaki itu memandang Maya dengan senyuman. Permintaan Maya langsung tidak dipedulikan.
“Mintak apa?” Maya menjadi semakin panik.
“Nak rasa cendol sikit.” Lelaki itu bagaikan anak kecil meminta.
Terkejut Maya mendengar permintaan lelaki itu. Pergilah beli sendiri! Maya mahu menjawab. Namun belum sempat dia melakukan apa-apa, lelaki itu mengambil sudu dari tangannya dan dengan enaknya menikmati beberapa sudu cendol kepunyaannya. Eee...geramnya hati Maya memerhatikan tindakan lelaki itu. Berasap rasa seluruh urat saraf di badan. Senyuman kak long yang tidak lekang di bibir membuatkan dia terasa mahu mencubit-cubit lelaki yang tidak tahu malu itu.
“Kak, saya kena pergi dulu. Nanti mak cari. Jaga baby baik-baik.” Lelaki itu berpesan kepada Zana.
“Okay.” Zana membalas. Baik budi budak lelaki itu nampaknya. Hati Zana menjadi lapang.
“Tolong jaga baby saya jugak ya.” Lelaki itu selamba menyentuh pipi Maya sebelum memberikan salam dan berlalu meninggalkan mereka berdua.
Zana ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah Maya yang jelas terkejut dengan tindakan lelaki itu menyentuh pipinya. Tidak sekolah betul! Tangan mahu dipotong agaknya! Hati Maya menjerit geram. Dia melihat cendol yang masih berbaki di dalam mangkuk. Suka-suka makan cendol orang! Maya semakin marah.
“Kak long! Geramnya saya.”
“Minumlah cendol tu. Sejukkan sikit hati.” Zana menyuruh.
“Dia makan cendol Maya!”
Zana menyambung tawanya. Nampaknya lelaki itu betul-betul mengganggu hati dan nurani Maya. Sedang menggelegak nampaknya molekul air di dalam badan adiknya itu.
“Minum ajelah. Ambik berkat. Muafakat hidup nanti!” Zana mengusik Maya.

Sunday, June 13, 2010

JCC : Teaser 1 & 2

Salam,

Saya tahu...jika diri saya dinilai...kerdilnya saya ini ALLAH saja yang tahu. Pahala tidak sebanyak mana, dosa entah-entah melebihi pahala. Saya merasakan kewujudan saya ada masanya seakan tidak diperlukan. Astaghfirullahalazim... Pasti ada sebab mengapa ALLAH mewujudkan saya, meniupkan roh dan memberi peluang untuk saya terus menghirup udara dunia dan belajar mensyukuri nikmat yang dikurniakanNYA.

Entahlah... Ada masanya, segala-gala terasa sarat benar. Malam tadi sambil menaip, saya mengelap airmata. Huhu...lama tak buat macam tu. Saya tak sabar nak menghabiskan novel yang ke5 ini. Biar cepat boleh mulakan yang baru. Another 100 pages...

Fragmen 1 JCC:
Matanya merenung ke skrin komputer. Dia mahu menulis menyambung semula manuskrip yang sudah terhenti selama tiga hari semenjak dia pulang ke kampung. Namun, kepalanya buntu. Tiada idea yang boleh dilakarkan. Jiwanya terasa kosong. Balik-balik, dia asyik mengingati Haqiem.
“Jodoh kau panjang dengan dia kot?” Sara cuba memujuknya di talian sebentar tadi.
“Berapa kilometer?”
“Bengonglah engkau! Aku doakan kau jatuh cinta balik dengan dia! Huh!” Sara memarahinya dan memutuskan talian.


Fragmen 2 JCC:
“Maya, semalam mak jumpa jantung hati kamu yang dulu tu.” Puan Sumerah membuka cerita.
Mata Zana dan Maya yang sudah mahu tertutup kini celik semula.
“Siapa mak?” Zana yang sibuk mahu tahu.
“Siapa lagi? Anak Mak Yam, jiran selang dua buah rumah dari sini.” Puan Sumerah ketawa. Kelakar mengingatkan bagaimana taksubnya Maya meminati lelaki itu. Sanggup tidak makan dan minum jika balik ke kampung dan tidak berjaya melihat anak lelaki sulong Mak Yam itu.
“Mak ni! Itu cerita lamalah. Zaman tok kaduk. Zaman Sir Stamford Raffles!” Maya cuba mengelak.
“Tapi mak tengok dia sekarang ni makin segak. Dulu kurus menonjang sekarang badan dah berisi sikit.” Puan Sumerah menjeling kepada Zana sambil tersenyum-senyum.
“Dah kahwin dia mak?” tanya Zana.
“Belum lagi. Semalam masa mak tanya dia kata agaknya jodoh dia nak bermentuakan emak kot! Pandai melawak Reza tu!” Puan Sumerah ketawa dengan hati yang senang.
“Amboi...mak yang gatal ya!” Maya mencelah. Malu apabila diusik begitu. Reza memang menjadi lelaki idamannya semenjak zaman sekolah dahulu. Lelaki itu tua 4 tahun darinya dan entah kenapa, dia suka gila dengan Reza yang menjadi pengawas sekolah dan merupakan pelajar cemerlang di sekolah. Lelaki itu juga atlet dan dahulu setiap kali lelaki itu berlari maka dialah yang menjadi tukang sorak hingga hilang suara.
“Manalah tahu masin mulut dia. Masa mak jumpa dia tu lepas hujan turun. Elok dia beredar, mak tengok ada pelangi kat langit.” Puan Sumerah berseloroh.
“Orang dah besarlah mak. Reza tu mesti berbaris teman wanita. Orang handsome macam tu menipu kalau tak ada orang nak.” Maya merendah diri. Dia masih ingat apabila Reza menolak cintanya. Reza menyatakan dia masih muda dan tidak bersedia. Sebenarnya Reza tidak mahu bertemankan dia budak hingusan yang tidak comel dan bulat sepertinya.
“Mak kata kamu sekarang ni dah cantik. Dah tak tembam macam dulu.” Puan Sumerah menyambung tawanya.
“Mak ni!” Maya semakin malu. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Reza. Ketika dia mengambil SPM, Reza sudah ke luar negara menyambung pelajarannya. Sudah bertahun lelaki itu tidak ditemuinya. Menyedari kekurangan diri, dia menjauhkan diri. Kadang-kadang ada terdengar juga nama lelaki itu disebut olah teman-teman sekolah yang terserempak namun dia memilih untuk melupakan saja kenangan lalu.
“Mak jemput dia datang esok.” Puan Sumerah memberitahu.
“Huhu! Esok adalah orang yang pakai baju kurung sepanjang hari!” Zana mengusik.



Hingga jumpa lagi.... ini 'teaser' aje... hehe...

Wednesday, June 9, 2010

Zaris vs Amirul versi dukacita!

Salam,

"Jangan rasa bersalah...kerana merasakan yang diri awak berhak mendapat seseorang yang seribu kali lebih baik dari saya." Zaris menundukkan wajah.
"Saya tak pernah ada anggapan yang macam tu." Amirul menjawab dengan perlahan. Ya, dia sebenarnya memang merasa serba salah. Namun berdosakah dia mendengar kata hati. Dia merasakan Zaris tidak mungkin akan serasi dengan diri dia. Zaris adalah Zaris dan dia tetaplah Amirul yang merasakan gadis itu dengan dirinya bagaikan langit dan bumi jauh bezanya.
"Bukan salah awak... Salah saya yang tidak cukup baik." Zaris masih lagi mahu menyakitkan hatinya sendiri. Ya, itulah hobinya. Dia merasakan segala-galanya nampak kelabu dan hitam semata-mata. Amirul menolak dirinya tanpa pernah mahu memberi peluang. Tahukag Amirul, nikmat dicintai seorang aku? Hati Zaris meronta mahu menjerit sekuat hati. Kau rugi, Amirul! Akulah yang terbaik untuk dirimu! Zaris mahu bersuara tetapi dia masih lagi waras. Benarkah jika kita dikecewakan itu petanda bahawa ianya adalah lumrah kedewasaan? Jika begitu, dia tidak mahu dewasa! Dia tidak mahu terluka. Dia mahukan Amirul! Amirul saja... Zaris melepaskan keluhan.
"Jodoh awak dengan orang lain. Lelaki yang lebih baik dari saya." Amirul cuba menenangkan Zaris.
"Awak buat lawak ke ni?" Zaris bertanya dengan kasar.
"Ya, percayalah." Amirul berkata dengan penuh keyakinan.
Zaris terpaku terdiam. Ah lelaki! Amirul hanya bermanis mulut kerana mahu mengubati hatinya. Tidak perlu Amirul. Tidak berguna. Hatinya ini sudah hancur menjadi hablur-hablur kecil dan berterbangan di udara tanpa arah dan tujuan. Hatinya sudah remuk seperti dirempuh treler yang ada 88 tayar jumlahnya! Doktor pakar akan mengklasifikasikan hatinya sebagai gagal diselamatkan. Time of death : 14.20hours. Zaris mengerling sekilas ke arah Amirul. Untuk kali terakhir. Esok, nombor telefon lelaki ini akan dipadamkan. Gambar lelaki ini akan dimusnahkan. Segala kenangan mesti dilupakan. Mampukah dia? Zaris tidak mampu menahan airmata.

Tuesday, June 8, 2010

Merentasi denai kenangan...

Salam,

Satu masa dulu, saya pernah merasakan tanpa dia...hidup serba tak kena! Maklumlah, my phone bill use to be more than 50 pages... thousands of sms! Untung Celcom. Kaya raya! Belum bil bila rindu nak dengar suara.

Satu masa dulu juga, for every little problems that occured or things that happened in my life, I have someone to share with. I can pour my worries, share my doubts and enjoy the laughters.

Satu masa dulu juga...I felt that it was my mistakes when the relations drifted apart. May be I shouldn't do this.... May be I should do that....

Satu masa dulu juga...I have realised that he is not the person I thought I know. There is nothing that I can do to change the situation. It's over. Whatever chemical reaction that create the chemistry has blown away....

Monday, June 7, 2010

Kereta owh kereta...

Salam,

Semalam saya sangat trauma. Setelah 5 hari satria saya demam, saya jadi trauma.. Bila memandu, hati berdetak-detak. Janganlah mati. Selamatkanlah perjalanan hamba-Mu ini. Macam-macam doa timbul! Alhamdulillah...satria sihat.

Semalam juga saya menjengah-jengah internet dan melihat harga kereta...aduhai saya terasa tidak teruja kerana memikirkan hubungan hutang dengan bank sekurang-kurangnya 7 tahun! Huhu...malasnya nak berhutang!

Swift RM79k. Toyota Yaris RM109k. Honda City RM86k. Hahaha....Saya jadi mhmm...nak beli apa? Pertama, saya tak suka kereta sedan! Kedua, saya rasa lebih dari RM60k tu penat saya nak bayar tiap-tiap bulan.

Jadi, pilihan saya kini pula adalah Gen2 yang baru atau paling tidak....ambil saja Satria Neo pulak. haha.... Apa fungsi kereta ya? Untuk saya ke tempat kerja, dialisis dan balik kampung. Jadi bukan tak nak beli Viva. Tak larat nak travel jauh dengan kereta kecil.

Ramai suruh ambik Swift kerana tahu saya sukakannya tapi jika saya sihat, it's okay. Sekarang ini kepentingan saya berbeza.

Wednesday, June 2, 2010

Satria WJX 4655

Salam,

Semalam beriya-iya saya tepat 5.30 petang bersungguh-sungguh mahu pulang! Uwaaa.....tepat jam 6.15petang, berdekatan lampu trafik di Sri Petaling, kereta saya mati! Jeng...jeng....jeng, bermulalah pengembaraan upin dan ipin? Huh! Geramnya saya. Telefon Proton Car Breakdown Services...mereka berjanji techinician akan telefon dalam masa sepuluh minit.
Hampeh sungguh. Lepas setengah jam, takde sesiapa pun yang telefon. Dah la jem! Uwaaa....Malunya bila kereta rosak. N it's hot okay! Very very hot! Saya call balik 1 800 tu...jawapannya, tak ada orang telefon lagi? Kejap ya!

Sejam saya menunggu macam orang bodoh kat dalam kereta tu! The technician called me at 7.10pm. Asking me a stupid question. Kereta akak ni enjin apa? IMX or IHP? Owh, please....if I know about the engine, I don't need to call and ask for help kan? Then he said, kalau saya datang pun tak confirm boleh buat, baik akak tarik tow truck aje!

I am so pissed off! Kalau dari tadi kul 6.15pm cakap kan senang! Ni dah sejam menunggu, and that is the only solution that you can give me? Owh please! Dan malam pun menjelma.

Tow truck pun datang... dia cadangkan ke workshop kawan dia. Saya terfikir nak pergi, tak nak pergi. Last2, i climb into the lorry! Mak aiii.....dia punya driving skills, saya asyik beristighfar jadinya!

Tepat jam 9 kereta siap. Altonator yg rosak katanya. Huh, terbang RM350. Sebenarnya, kalau kena tipu pun I don't really know kan? Sabar ajelah. In my mind, I kept on thinking....I want to go home. I am tired.

Menuju ke Puchong Kinrara, di traffic light, kereta mati lagi! Uwaaaa......n bateri phone pun dah low. Uwaaa.....memang saya nak nangis. Yang lagi best, kali ni hazard light pun tak hidup. Uwaaa.....nampaknya hubungan saya dengan Satria ni macam akan berakhir saja.

Mekanik datang balik, kereta di tarik balik, saya sampai ke rumah pada 11 malam! Penatnya...Geramnya.

Hari ini saya ke office tumpang kawan. My beloved SATRIA... mhmm....selepas hubungan intim selama 8 tahun nampaknya semakin banyak dugaan. I love my car....biarlah orang kata, keta ko dah buruk! Huhu....that car have so many memories. Selalu banjir di dalamnya! Haha... Sepanjang bersama, WJX 4655 hanya 2 kali pancit, sekali cermin rosak dan masa mula beli dulu, leaking di oil filter. Yang lainnya....smooth journey. Pernah sekali, Satria saya ni dicuri tapi dengan setianya selepas 2 bulan, polis telefon dah jumpa balik.

Dengan Satria ni saya pernah dilanggar orang, melanggar kereta orang dan sekali langgar tembok! Hahaha.... I love my car. Huhu....adakah masa untuk kami berpisah?