Wednesday, December 30, 2009

CET, novel ke4 dah siap!

Salam,
Alhamdulillah, novel saya yang ke4 sudah siap. CET saya sudah dihantar ke editor. Harap-harap ada rezeki untuk diterbitkan. Apabila CET siap, saya menjadi rindu pada watak-wataknya. Maka saya mula menulis JCC. Itu tajuk novel ke5 saya yang saya fikirkan masa saya sedang membuat dialisis. Mahu lena, tak pejam mata. Maka saya berangan memikirkan tajuk novel yang baru. Mahu yang catchy, yang buat orang melihat dan tertarik.Ya, saya memang selalu fikir tajuk dulu dan barulah menulis dengan senang hati. JCC ini gaya JBC. Maka banyak loyarnya, banyak juga buruknya! Haha. Doakan semoga saya terus mampu menulis kerana pada ketika ini, anugerah inilah yang membuatkan saya mampu terus mengorak langkah.

Wednesday, December 23, 2009

Salam Awal Muharam 1431

1431 sudah datang. 24 hari yang lalu saya fikir saya sihat kecuali ada masanya migrain menyerang dan selsema atau mild asthma saya datang. Dan semenjak 30 nov, saya yang sebelum ini tidak pernah memasuki hospital kini asyik berulang alik ke sana. Saya tak tahu berapa kali saya sudah disuntik, di ambil darah, di masukkan air, dimasukkan darah, menjalani dialisis...
Ya, saya akur dengan ujian DIA. Namun saya mengaku apabila sakit menjalani pembedahan, dijahit, dibius dan bila dibersihkan luka setiap kali mahu dialisis...saya pasti menangis! Airmata saya mungkin boleh menbanjirkan mana-mana kawasan tanah rendah!
Disebalik ujianNYA, saya gunakan masa mc saya ini menaip novel saya yang ke 4. 15% lagi akan habis. Macam banyak kan? Tak apa. Hujung bulan ini insyaAllah akan siap. Tahun baru ini apa yang saya mahu capai? Saya jadi takut mahu meletakkan apa-apa impian pun. Saya mungkin tidak berdaya mencapainya. Segala mimpi yang dulunya terasa jauh kini makinlah sangat-sangat jauh....
Pada kawan-kawan, terima kasih atas sokongan, pesanan dan nasihat. Saya hargainya. Saya takut tidak sempat atau tidak mampu membalas segala kebaikan yang diberikan kepada saya. Kunjungan yang tidak henti-henti hingga ada yang sanggup datang ke rumah saya...sangat membuat saya terharu.
Di dalam hospital hari itu, apabila jururawat menegur kerana ramai benar yang datang dengan bunga, buah-buahan, buku, biskut, air zam-zam, kurma dan yang paling penting semua yang datang membawa doa dan kasih sayang. Yang lebih menakjubkan lagi, teman-teman saya 1 Malaysia...haha, pening mak saya nak kenalpasti yang mana satu melayu, mana satu India dan yang mana pulak Chinese!
Yang seronok, tentulah anak-anak saudara saya apabila ramai novelis yang datang menjengah. Mereka yang teruja dan bersetuju, tajuk buku saya yang ke5 adalah Cinta Dialisis! Haha... Dan yang paling gembira adalah anak saudara saya yang akan melangsungkan wedding pada hari raya cina nanti kerana banyaknya bakul-bakul bunga yang boleh dijadikan bakul hantaran.
Apa yang saya nak kongsi? Di dalam musibah, ada rahmat Allah yang membuatkan saya mampu bernafas atas ihsanNya. Kini saya sedang berdoa, ada anak saudara yang mahu mendermakan buah pinggangnya kepada saya. Saya berdoa agar ada kesesuaian antara kami. Jika tidak...saya bersabar saja menunggu gempa yang menimpa, agar akan tenang juga akhirnya. Hujan pasti berhentikan? Sehingga nyawa dikandung badan...semoga saya tidak menjadi beban pada sesiapa. InsyaAllah.

Saturday, December 5, 2009

Saya sesat dalam Greys Anatomy!

Salam...
Ini bukan scene dlm Greys Anatomy. Tiada McDreamy yang redup matanya mampu membuatkan saya lupa ujian yg menimpa. Tetapi saya adalah Meredith yg keliru apabila doktor memberikan diagnosisnya! Kedua2 belah buah pinggang saya sudah mengecut. saiz normal adalah 12cm ttp saya punya hanya 8 cm!Namun dlm berduka, saya sempat terfikir...klu makan kidney bean banyak2, akan pulihkah kidney saya? Haha. Ya, saya masih mampu ketawa walaupun ada masa2nya banjir datang juga menimpa.

Hakikatnya, Allah lebih mengetahui! UjianNya, aduhai...amat berat dilihat, berat lagi beban yg saya terpaksa terima. Sokongan dari rakan2 saya amat hargai. Doa kalian saya hargai.

Kini saya berada di Batu Pahat... mc sehingga hujung tahun. Saya ada masanya sangat2 positif namun ada ketikanya soalan yg diajukan membuatkan saya patah hati. Terlantar selama 5 hari di wad hospital dan apabila ada yg bertanya, " sakit tak?" Haha.... saya rasa mau ketawa.

Allah memberi saya peluang menaip dengan satu tangan utk menyiapkan novel? Hehe... tangan kiri yg dibelah tak boleh digunakan. UjianNya...saya redha.

Monday, November 23, 2009

Foto Di Bali - A Sweet Escape



Friday, November 13, 2009

Saya Mahu Bercuti Lagi....

Salam,
Saya kurang sihat. Stress + tak cukup tido + fikir yg bukan2= Tetiba blood pressure increase!
Persamaan penyakit yang cukup merisaukan! So saya memilih untuk menenangkan diri. Dari trip ke Bali sampai ke weekend ni saya langsung tidak masuk ke pejabat. Menyelesaikan apa yang perlu, selebihnya telan ubat! Balik dari Bali...pakej penyakir pun datang. Demam, selsema, batuk... Bali panas dan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi dalam jem yang teruk, aduhai sakit saya jadinya. Dan mungkin juga kerana selama 5 bulan yang lalu saya bekerja macam orang gila...siang dan malam tak ada beza. Alhamdulillah, kami berjaya.
Sekarang? Masa untuk tenangkan diri. Isnin 16 November ini sampai rabu...saya menyambung cuti saya. Kali ini ke Melaka. Menu hari pertama, asam pedas. hari kedua asam pedas dan dijamin hari ketiga : MASAM PEDAS jadinya. Haha...Saya mahu melapangkan fikiran. Yang tidak bersambung adalah manuskrip saya yang terhenti di mukasurat 230. Baru separuh disiapkan. Hampir 2 bulan saya tinggalkan...kerana sibuk dengan game.
Namun, saya juga tidak rela jika manuskrip saya itu disiapkan dengan tergesa2, jadi semoga sabar menunggu. Moga karya ke empat ini manis hasilnya....

Thursday, November 5, 2009

My Team

Monday, November 2, 2009

I m back.....

Salam,
Saya tau...sawang blog saya ni dah mengalahkan sawang labah2 Halloween yang diletakkan di depan Tony Romas Pavillion. Hehe...saya merasakan diri saya berbaring di atas awan. Empuk...nyaman dan buat seketika segala kecelaruan hidup nampak sekecil hama jauh dari alam realiti saya.
Dalam pertandingan Pizza Hut Regional CHAMPS Challenge peringkat Asia Pacific pada 28 Oktober yang lalu...huhu....team saya mendapat 7 award dari 9 award yang dipertandingkan. Yeah! Malaysia boleh. Pertandingan antara M'sia, Singapura, HK, Japan, Indonesia, Taiwan, Philippines dan Brunei ini kami juaranya! Kemanisan sebuah kemenangan yang tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
2 tahun lepas saya mengetuai team ke HK dan berjaya membawa pulang 4 award. Tahun ini dengan 7 award! Alhamdulillah, penat lelah saya selama 5 bulan memberikan latihan yang sesempurna mungkin untuk team kini terasa berbaloi.
Dan impian saya adalah mahu menutup tahun 2009 ini dengan kegembiraan kerana tahun ini jika mengikut laporan pihak kaji cuaca, musim hujan dalam hidup saya lebih lebat berbanding dengan musim panas yang menceriakan!
Namun perasaan sunyi tu akan datang juga mendiami. Hiayaaaah.... akan saya tangkis dengan ganas (by the way...jangan tengok cerita ninja. Hampeh punya cerita!) kerana saya ada manuskrip yang perlu diselesaikan. Huhu.... CET saya masih baru setengah. Aduhai... menakutkan. Tak mengapa...balik dari trip ke Bali, saya akan pulun menyiapkannya. Tapi lepas tu ada cadangan nak merayau kerana nak sambut birthday!
I m going to be 36 in few days. It's okay. Bukan 63! I m enjoying my life and be thankfull with everything that Allah blessed me with. Semoga 2010 menjadi lebih spectacular! Benchmark dalam hidup saya bukan bulan January atau Muharram tetapi bila birthday saya menjelang...
Empty? Kosong? Hanya ruang yang perlu diisi dengan segala kesyukuran.

Monday, October 12, 2009

Bila jawapannya tetap LUKA

Mahu bercakap atau diam saja? Kalau diluahkan, kenalah tanggung akibatnya sebab kadang2 soalan yg kita ajukan, jawapannya bukanlah seperti mana yang kita harapkan. Maka selalunya saya memilih untuk berdiam. Saya menjadi gunung berapi yang memendam rasa dan bila saya meletup tentulah akibatnya akan lebih burukkan?
Namun pengalaman juga mengajar saya, ada masanya sesetengah perkara diamkan saja. Ianya tidak akan hilang cuma terlindung dan saya pun terus menipu diri sendiri? Ya Allah, sukarnya membuat pilihan!
Masalahnya, walau bagaimana cantik pun skrip yang saya aturkan namun bila tiba masanya ia perlu diluahkan...ianya akan menjadi sesuatu yang berbeza. There's no comfort in the truth, pain is all you find. itu antara lirik Careless Whisper. Ya, kebenaran memang menyakitkan.
Sebenarnya membuat keputusan tidaklah sukar tetapi untuk terus kukuh mempertahankan keputusan kita adalah perkara yang paling payah mahu dilakukan. Dengan mudah, bibir boleh menyatakan...saya redha namun yang saya lakukan adalah saya redah. Allah...pinjamkan saya kekuatan.

Saturday, October 10, 2009

Zaris vs Amirul versi kecewa?

Salam,
Saya larut dalam kesibukan tugas. Kalau orang masih sibuk dengan rumah terbuka, saya pula merasakan...masih syawal lagi ke? Sebab raya tu rasanya sudah jauh benar saya tinggalkan.
Mhmm....yang jauh saya tinggalkan juga adalah novel yang ke4. Aduhai...saya akan kembali menaip apabila bulan november menjelang. Haha...janji pada diri sendiri yang rasanya pasti akan dilanggar. Awal November kalau ada rezeki, saya nak ke Bali..jadi tentu berganjak lagi tarikh novel ke4 siap.


"Janganlah nangis."
"Habis tu kau nak suruh aku ketawa?" Zaris bertanya dengan kasar.
"Cuba kau tenangkan diri. Beristighfar sikit." Mira menasihatkan sepupunya yang sudah naik angin tu.
"Aku tau ni semua salah aku. Dia tak berdosa kan kalau menyiksa aku sebab aku yang dengan rela menyerahkan hati aku pada dia. Pada orang yang tak pernah menyayangi aku." Zaris menyesali nasib dirinya.
"Janganlah macam tu..." Mira menghulurkan kotak tisu kepada Zaris yang kini sudah berlinangan airmatanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memujuk Zaris yang patah hati kerana terserempak dengan Amirul yang sedang mesra berpegangan tangan dengan gadis seksi di Mid Valley.
"I was never in his heart. Never ever... Never for forever!" Zaris meluahkan kekesalan hatinya.
"Kita tak tau masa depan kita." Mira cuba menenangkan Zaris.
Kata-kata Mira dipandang sepi sahaja oleh Zaris yang masih berhati walang. Antara dia dengan Amirul tidak mungkin bersatu. Dia tahu. Dia sedar. Dia faham siapalah dirinya. Masa depan? Memang ada namun pastinya bukan bersama. Istilah itu bukan untuk mereka berdua.

Wednesday, September 30, 2009

Zaris vs Amirul versi raya?

Salam Syawal,
Sekejap saja musim raya pun dah berlalu pergi. Dah bersawang blog saya. Tak ada apa yang nak diceritakan. Lagi pun saya demam selsema hari ni. Rasa mengong jadinya bila makan ubat. Rasa mamai and high! Hehe...

"Dia jadi datang ke?" Mira bertanya kepada Zaris.
Zaris mula menggaru kepalanya. Dia yakin dia tidak bermimpi apabila Amirul menyatakan dia akan datang beraya ke rumahnya hari ini. Malah dia dengan senang hati berjanji akan memasakkan rendang paru dan hati lembu seperti yang diminta oleh Amirul.
"Kata kau pukul 2. Ni dah dekat pukul 4." Mira meneruskan omelannya.
"Kau ni buat aku tambah panik. Karang kau yang aku pukul!" Zaris sudah mula naik angin. Bersusah payah dia memasak dari awal pagi selepas subuh. Namun bayangan Amirul masih tidak kelihatan.
"Telefonlah dia!" Mira mendesak.
"Nanti nampak macam aku ni desperate bebenor!" Zaris mempertahankan diri. Dia sekali lagi menjengah ke muka pintu. Amirul! Hatinya menjerit sekuat hati.
"Aku dah dailkan ni. Tanyalah dia kat mana!" Mira mengunjukkan telefon. Beriya-iya Mira menganggukkan kepalanya.
Zaris meletakkan telefon di telinga. Kedengaran lagu Gadisku, nyanyian Search berkumandang sebagai ringtone telefon Amirul. Mhmmm...lagu untuk diakah? Hati Zaris merasa berdebar.
"hellooooo! Siapa ni?" suara seorang gadis manja bertanya.
Telefon itu segera dijarakkan dari telinga.
"Amirul ada?" Zaris memberanikan diri bertanya.
"Kejap ehh... Amirul! Call for you!" Terdengar suara gadis itu menjerit memanggil Amirul. Zaris merapatkan telefon ke telinga. Dia mendengar suara Amirul bertanya, "Siapa?"
"Kat skrin tulis Budak SS! Perempuan!"
Dan talian telefon itu segera Zaris matikan. Budak SS! Itu panggilan yang Amirul beri untuk dirinya? Dia pasti SS bukannya akronim untuk Sangat Seksi! Dia tahu SS bukannya Sangat Solehah! Ya ALLAH, Amirul menganggap dia syok sendiri! Zaris terduduk dengan kaki yang menggeletar. Terasa mukanya panas membahang dengan perasaan malu. Ya, sah. Tahun ini adalah tahun raya yang haru!

Sunday, September 13, 2009

Menjelang Syawal...di akhir2 Ramadhan!

Salam,

Sedar-sedar dah Ramadhan yang ke23. Sedar-sedar lagu raya sudah asyik berkumandang dan menyakitkan jiwa. Trafik semakin teruk dan pusat membeli belah sesak dengan manusia!
Tahun ini saya tidak membeli walau sehelai baju raya pun. Entah kenapa, tiada rasa. Tiada keinginan... mungkin kerana kehidupan saya bukannya ada perubahan yang memerlukan saya untuk membuat perubahan!
Biasanya awal Ramadhan saya sudah sediakan duit raya. Sudah dimasukkan ke dalam sampulnya dan sudah siap-siap diletakkan nama. Namun...kali ini saya selamba tidak membuat apa-apa. Mengapa? saya merasakan sambutan perayaan hanya selalu membuat saya merasa sayu. Ada sedikit rasa terpinggir! Haha! mungkin perasaan saya saja.
Yang saya buat persediaan adalah kuih raya untuk mak. Itu saya tempah awal2. Yang saya awal2 sudah belikan juga adalah kelengkapan rumah yang emak mahu tukarkan. Rumah saya sendiri tidak perlu kerana bila balik semula ke KL pun, yang ada hanya dinding bisu!. Jadi, apakah misi saya pada hari raya ini? Perancangan saya adalah menulis dan menulis dan menulis. Manuskrip saya baru separuh siap. Dan dengan game saya yang semakin dekat tarikhnya, saya kekurangan masa untuk menyusun ayat walau idea sudah lama tercerna di dalam kepala.
Awal Ramadhan juga menyaksikan saya berjanji pada diri sendiri, " I dont want to be alone!" Hakikatnya, awal Ramadhan juga memberi berita yang membuatkan saya merasakan...hidup ini lalui saja sebaiknya. Allah lebih mengetahui dan moga saya akan dirahmatiNya, moga saya tabah menyusur hidup dan moga hati ini lebih tenang dengan kekuatan semangat bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Amin...
October nanti, majlis ketiga dalam tahun ni untuk perkahwinan anak saudara. 3 in a row.... huhu, rasa macam row row ur boat aje! Haha... Namun, saya akui...ujian DIA, saya terima.
Yang penting pada waktu ini adalah tentunya manuskrip yang mesti dihabiskan! Yang amat penting juga adalah pertandingan RCC akhir October ini biarlah berakhir dengan seribu kemanisan. Saya berdoa, 2009 ditutup dengan senyuman kerana terlalu banyak sudah airmata yang menghiasi tahun ini. Semoga Allah memperkenankan doa saya. Amin.

Thursday, September 3, 2009

Laila dan baby Hanna

Salam,
Saya menangis apabila melihat gambar baby Hanna, anak kawan baik saya Haslina atau lebih dikenali dengan nama Laila Kamilia dan sesekali saya memanggilnya Pah Bedah kerana dengan orang lain dia memang senyap dan penuh dengan sopan santun namun keramahannya akan sangat terserlah jika dengan saya, Kak Eka dan Dhiya. Haha... Saya merindui pula bebelannya yang selalu memesan saya untuk redha dengan ujian hidup yang didatangkan oleh Allah swt.
saya masih ingat lagi mengenali Laila beberapa tahun yang lalu. Saya terlupa mengira tetapi sentiasa tahu, dia tidak pernah lelah menasihati saya. Makan minum di rumah Laila, puas juga dilakukan di samping makan-makan di luar. Owh kami gemar berjanji dan bergebang! Haha...kini dengan 3 handbag saya tak pasti tapi dulu 2 anak bujang kecik dia tu puas mengikut kami berjumpa dan bercerita.
Tahniah Laila...untuk Hanna yang pastinya memeriahkan suasana. Semoga sentiasa bahagia bersama keluarga. Semoga selalu diberkati. Amin

Monday, August 31, 2009

Merdeka...ertinya pada seorang saya!

Salam,
Saya mahu bercerita tentang rahmat kemerdekaan. Saya tidak dilahirkan di zaman jajahan Jepun atau British. Itu sudah pasti tetapi saya mahu berkongsi tentang apakah makna merdeka bagi diri saya. Di kalangan adik beradik, kerana saya anak paling bongsu(anak ke8) maka saya tergolong di dalam kalangan zaman sedikit senang. Saya dilahirkan di dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Abah hanya menarik beca dan emak pula mengambil upah mencuci kain. Zaman saya manalah ada televisyen lcd, telefon bimbit, ps2 atau ipod mahupun mp3. MP-1 pun tak ada. Kami kenal televisyen itu pun hanya berwarna hitam putih ketika saya sudah meningkat usia 10 atau 11 tahun.
Abang yang sulung seusia dengan kemerdekaan, 52 tahun. Adik beradik seramai 8 orang, ini bermakna usia kami berbeza selang setahun atau pun 2 tahun. Maka kerap kalinya jika seorang mengambil SRP maka seorang lagi akan mengambil SPM dan ada juga yang mengambil STPM. Peliknya, dengan pendapatan yang kecil kami tidak pernah berlapar walaupun hidangan makanan kami hanyalah yang asas sahaja. Menikmati hidangan ayam tentu sekali jarang dikecapi kecuali pada hari perayaan. Namun emak dan abah tidak pernah gagal menyediakan yuran persekolahan kami. Pakaian sekolah kami emak jahit sendiri dan jika ianya masih elok maka ianya akan diturunkan kepada adik beradik yang seterusnya. Memberontak? Kami tidak kenal makna itu semua. Baju gaun pun emak jahit untuk kami. Mungkin fesyennya tidak secantik Barbie Doll tetapi kami bangga memakainya. Hasil jahitan emak kemas dan cantik.
Waktu ke sekolah, emak memberikan bekal makanan. Biasanya jemput-jemput ataupun kuih ketayap dan jika ada lebihan nasi, maka emak akan membuat nasi goreng. Kami diberi seorang 20 sen aje dan kami bergantung kepada bantuan kerajaan dengan Rancangan Makanan Tambahan yang disediakan untuk makanan di waktu rehat. Syukur! Jika tidak pasti kami kelaparan. Saya akan selalu ingat, habis saja sekolah rendah, abah sudah setia menunggu di pintu pagar sekolah kerana abah mahu menghantar kami ke sekolah agama pula. Tiada masa untuk makan tengahari. Maka abah akan membelikan kami roti canai yang dimakan dengan gula pasir. Cukup mengenyangkan. Adakalanya abah akan membeli biskut bunga untuk kami. Biskut kecil yang ada ising berwarna warni diatasnya. Sekadar mengalas perut untuk kami meneruskan usaha mencari ilmu. Susah payah abah, dia tetap mahu kami anak-anaknya berusaha untuk belajar dan mengubah nasib.
Jadi, saya selalu merasa bangga apabila kami adik beradik selalu naik ke atas pentas untuk menerima hadiah setiap kali selepas peperiksaan penggal. Ya, hadiahnya tidak sebesar mana. Hanya kotak pensel, pensel warna Luna mahupun pensel yang berwarna-warni tetapi keseronokan memberitahu emak dan abah tentang kejayaan kami yang membuatkan kami berusaha mengubah nasib.
Merdeka. Apakah maknanya bagi saya? Apabila saya mampu membalas jasa emak dan abah yang membesarkan saya dengan jerih payah dan keringat yang menitis ke bumi. Merdeka juga apabila abah dan emak tidak lagi perlu bekerja kerana kini kami anak-anaknya berupaya memberi kesenangan kepada mereka pula. Merdeka juga apabila melihat lambaian emak dan abah ketika mereka pergi menunaikan umrah dan cita-cita untuk mereka melihat Kaabah telah tercapai. Merdeka juga maknanya tanpa abah, kasih sayang kami pada emak semakin utuh dan ikatan antara kami adik beradik semakin erat.
Selamat Hari Merdeka. Kesenangan yang kita ada hari ini bukan jaminan untuk kebahagiaan hari esok. Sentiasa berwaspada, sentiasa ingat akan asal usul kita. Jangan hanyut dalam arus kemewahan, belajarlah menghargai segala yang ada di sekeliling kita.

Thursday, August 27, 2009

Rindu Pada Dia......

Salam,

Di ramadhan yang ke7 ini hati saya terasa sangat sayu. Kali ini merdeka disambut seiring dengan Ramadhan... maka ingatannya saya segera mengingati masa lalu. Saya rindukan dia. Rindu sangat2. Dahulu, abah waktu bulan merdeka, akan berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh semangat mengibarkan bendera di depan rumah kami. Abah seumur hidupnya tidak pernah ketinggalan mendengar berita nasional. Abah kenal dan hafal nama-nama menteri. Haha, cuba tanya saya nama menteri, confirm saya fail.
Kini, rumah kami tiada bendera...rasanya mahu meletakkannya pun pasti emak akan kesedihan.
Ramadhan juga sewaktu sahur, ketika jam berbunyi dan emak sudah ke dapur maka tidak beberapa saat, suara abah pasti bergema. "Linda, bangun! Tak tolong mak?" Suara garau abah akan saya ingat sampai bila-bila! Kini, saya yang akan mengejut emak, memanaskan lauk, memasak air, buat air teh, menyendukkan semuanya dan menemankan emak bersahur. Yalah, sebulan berpuasa saya hanya berpeluang bersahur beberapa kali saja dengan emak.
Sempat saya berbual dengan emak semasa awal Ramadhan hari tu. Mak kata, rupa-rupanya selera long dengan angah sama juga dengan abah. Kalau raya, mesti ada ayam masak kari. Abah memang suka lauk kari. Dan semalam saya pun memasak kari daging campur dengan sayur kobis. Lauk kegemaran abah!Manis dan rangup kobis...mhmmm memang sedap!
Lagi satu lauk kegemaran abah yang saya juga sangat-sangat suka adalah sambal goreng tempe. Diletakkan dengan daun bawang dan sedikit santan. Memang sedap. Abah semasa hayatnya memang tidak pandai makan banyak jenis lauk. Nasi dan sejenis lauk sudah cukup. Tidak seperti kami... hehehe...kalau lauk penuh di meja, alamatnya penuh juga di dalam pinggan.
Lagi dua makanan kegemaran abah adalah air soya dan murtabak. Ya, yang ini juga saya ikut sama minat. Kegemaran abah yang saya tidak minat adalah ikan keli! Hehe...yang itu saya surrendered!
Saya akan menjadi pemandu berhemah jika abah duduk di sebelah saya. Mana tidaknya, jika meter saya melebihi seratus, abah akan berkata, "Laju ehh?"
Dan jika saya memotong di garisan berkembar, sure kena membebel. Dan lagi satu kepandaian abah adalah dalam kira mengira. Hehe...jangan tipu abah tentang ilmu hisabnya.
Mhmm...rindu pada dia. Dan kerinduan itu saya atasi dengan bacaan surah Yasin dan nama abah tidak pernah lepas dari doa saya setiap kali selepas solat. Jerih payah abah membesarkan kami dengan rezeki sebagai seorang penarik beca...tidak akan ada tandingannya. Semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat. Ya ALLAH, KAU lapangkanlah kubur abahku, KAU rahmatilah dirinya dengan kasih sayangMU. Moga dia tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan datang lagi

Salam Ramadhan,
Hari ini hari ke5 kita berpuasa menjalankan ibadahNya. Hari pertama aje sempat berpuasa dengan mak di kampung. Hari kedua saya berbuka dengan team saya. Kecoh rumah bila 10 org berbuka sama. Then hari seterusnya....bukalah sorang2.
Saya kurang gemar berbuka di luar sebab lecehkan, nak terkejar-kejar solat dan di tempat2 awam biasanya akan sesak. Tak selesa. Dan makan di luar ni biasanya juga kena booking tempat awal2...Tak kuasa jadinya.

Selama dua hari ini juga saya beli nasi bungkus saja. Tak sempat nak balik n masak. Ofis walaupun habis seawal 4.30 tetapi dengan jemnya! Aduhai...

Thursday, August 13, 2009

sawang...


Ya...ada yg menegur blog saya sudah bersawang. Saya kehilangan bicara. Sukar mengatur ayat. Terkedu. Penat. Tak cukup ruang mahu bernafas...
Bila hati bercelaru biasanya akan jadi begitu! Rasa resah semacam. Dalam kepala ni, beribu2 perkara berlegar2 dan menyerabutkan kepala. Jadi berselirat! haha...anda yang membacanya juga mungkin jadi peningkan!
Ini gambar team saya bagi Regional CHAMPS Challenge Asia Pacific 2009. Sekarang dah tinggal 10 orang. Seleksi awal 14 orang dan 4 sudah dihantar pulang. Nanti saya letakkan gambar2 kami di program TeamBuilding di Nilai Spring Golf Resort yang menyebabkan lengan saya lebam2 dengan aktiviti lasaknya.... Ya, ganas sungguh!

Friday, July 31, 2009

Zaris vs Amirul 3

Salam...
Ya, lama blog saya berhabuk! Pertama kerana saya jarang masuk office. Asyik kerja outstation dan gi restaurant aje. Kedua lak... sistem wifi di office ni bermasalah. Di rumah saya menggunakan celcom broadband...yang lalok so, mhmm...geram bila line asyik up n down! Letih. Mungkin juga kerana saya tiada apa yang nak diceritakan. Novel pun asyiklah tak berusik! Apa nak jadi ya? Saya masuk kerja pagi2 buta (org yg gi noreh pun masih enak dibuai mimpi) dan balik pula adakalanya cukup2 masa untuk mandi dan berehat!

"Amirul dah keluar. Katanya ke bandar dengan Zila." Emak Amirul menjawab sambil tangannya mencapai lauk yang dihulurkan oleh Zaris.
"Zaris! Nak bagi makcik ke tak nak ni?"
Ketika mangkuk tupperware itu digegar oleh emak Amirul barulah Zaris kembali ke alam nyata. Dengan senyuman yang versi masam-masam gaya terminum asam jawa, Zaris menyerahkan juga mangkuk itu ke tangan bakal mak mertuanya yang macam tak mungkin akan jadi itu. Ikut hati, mahu dia berlari laju balik ke rumah dan menjerit menyatakan ketidakikhlasan hatinya jika lauk itu bukan dimakan oleh Amirul, pujaan hatinya.
"Takpelah makcik. Saya nak balik!" Zaris menjawab dengan hati yang sebal. Terbayang wajah putih bersih milik Zila, anak Mak Kiah, janda tua yang masih bergetah di hujung kampung mereka itu. Dah kalau emaknya pun bergetah, anaknya yang masih muda itu tentulah banyak 'cheese'nya! Zaris menggelengkan kepala.
"Kenapa kamu nampak sedih Zaris?" Pakcik Dollah, ayahnya Amirul tiba-tiba muncul di muka pintu.
Serta merta airmata seakan bergenang di mata Zaris. Aduhai, kenapalah Pakcik Dollah pula yang bertanya! Lelaki itu memang baik dan amat sayangkan dirinya. Pakcik Dollah selalu bertanya khabar tentang dirinya. ALangkah indah jika Amirul juga menyayanginya seperti Pak Dollah juga.
"Mata ni pedih pulak, pakcik. Tak apalah, biar saya gerak dulu. Marah pulak mak kalau saya lama kat sini." Zaris memberikan alasan.

Berjalan pulang ke rumah, Zaris semakin kacau fikirannya. Dia menyepak batu yang berada di tepi jalan itu namun akhirnya dia yang menjerit kesakitan. Dia mengaduh dan mengusap ibu jari kakinya yang terasa pedih. Suara gelak tawa membuatkan dia menoleh. Hatinya terbakar melihat Zila yang memandangnya dengan sinis.
"Kesian batu tu Zaris!" tegur Amirul sambil tersenyum.
Mahu saja Zaris menjerit yang dirinya lebih patut dikasihani. Melihat Zila yang bukan main lagi lebar sengihnya membuatkan Zaris merasa dadanya berombak tsunami.

Tuesday, July 21, 2009

i don't know...

Salam,

How do you save urself from urself?
An opportunity can also be a threat...
A chance can turn to be a disaster that ruined your life!
I don't know how to describe it...
The feeling of insatiable madness

Sunday, July 12, 2009

Cinta Zaris vs Amirul 2

“Zaris! Zaris!”
Suara nyaring emak membuatkan dia mengusap tangannya yang terasa perit terhentak bucu meja. Bermimpi rupanya dia! Aduh! Amirul Ferhad, kenapa dalam alam mimpi pun payah benar mahu dimiliki. Zais duduk termenung di atas lantai. Sepatutnya, mungkin bukan sepatutnya tetapi semestinya Amirul Ferhad adalah cinta hatinya yang agung ketika di alam mimpi! Zaris membuat andaian tersendiri. Mana boleh dalam mimpi pun tak dapat! Zaris memarahi dirinya sendiri.
“Zaris Sofea!” Emak memanggil nama penuhnya pula.
“Ya mak!” Dia menyahut sambil berkejaran keluar dari bilik. Dia takut, jeritan emak yang seterusnya akan singgah di telinga rumah jirannya. Malu nanti. Jatuh pula saham yang sememangnya rendah!
“Kamu buat apa kat dalam bilik tu?” tanya emak dengan mata yang bulat.
“Mengait mak!” laju saja jawapan Zaris.
“Sejak bila kamu pandai mengait?” emak bertanya lagi.
Soalan emak hanya dijawab dengan sengihan oleh Zaris yang tersilap skrip anak wayangnya.
“Ni lauk asam pedas ni. Pergi hantar rumah Mak Jah. Amirul kata teringin nak makan.” Emak mengunjukkan mangkuk berisi lauk yang sudah dimasukkan dalam beg plastik.
“Asam pedas? Amirul?” Zaris memandang wajah emak dengan senyuman yang manis.
“Ha, yalah! Habis dah air liur mak bercakap, kamu tak dengar lagi?”
“Jap mak, nak sikat rambut!” Zaris sudah berlari menuju ke bilik. Berdiri di depan cermin lalu lari ke bilik air dan membasuh mukanya. Tuala yang disidai ditarik dan wajahnya dilap dengan penuh berhati-hati. Sedikit bedak disapukan ke mukanya. Lip gloss berwarna merah jambu hadiah dari kak ngah dioleskan sedikit. Bukan hadiah sebenarnya kerana dia meminjam dan kemudiannya menganggap lip gloss itu sudah disedekahkan kepadanya.
Zaris merenung wajahnya di cermin. Comel! Sepit rambut berwarna merah jambu juga disepitkan di rambut. Memang comel dan menawan!
“Zaris Sofea!”
Aduh! Emak sudah mula menjerit lagi nama penuhnya. Dia segera menukar seluar pendek yang dipakainya dengan seluar jeans yang baru dibeli minggu lepas. Biar nampak up-to-date dan ranggi.
“Ok mak! Dah siap. Zaris gi dulu!” laju dia menuruni anak tangga.
“Zaris Sofea! Lauknya ni?”
Zaris tersengih-sengih menaiki semula anak tangga. Emak pula hanya menggelengkan kepala. Anak bongsunya ini memang kuat berangan.

Thursday, July 9, 2009






Mendaki Gunung Kinabalu mengajar saya beberapa perkara. Mengajar saya tentang hidup, kehidupan dan hidup-hidupan yang ada di dalam dunia ini.

1.6km.
Dari kaki gunung ke Laban Rata Cuma 6km. Orang kata 1km, sama dengan 1 jam! Aik! Awat lembab sangat! Ya Allah! Rupa-rupanya perjalanan 6km itu penuh dengan tangga dan batu bata. Ianya bukan lebuhraya. Dan jalan yang ada adalah bergerak ke hadapan. Each step that you take, even if it’s a small step…believe me, it will bring you closer to your destination.
Macam jadi terapi untuk melupakan masa lalu yang entah kenapa… I hold on very tight. During my journey to Laban Rata, I’d learn that… to go forward… I need to move on!

2. Sejuk.
Masa sebelum ke sana, kami berkira-kira…. Sejuk? Setakat mana? Tak kot! Ops! Memang sejuk rupanya! Sabah tidak akan dipanggil Negeri Di Bawah Bayu kalau tidak kerana kabus dan juga awan yang memesrai kami sepanjang perjalanan mendaki. Di puncak, suhu mencecah -3 celcius! 3 helai seluar, 3 helai baju…tidak membantu saat hujan membasahi bumi.
Saya berjalan di dalam kabus. Saya berjalan di dalam hujan. Dengan dada yang terasa sesak…saya merasakan mahu menghentak kaki dan menjerit, “ I want to go home!”
Haha… hakikatnya, ramai teman-teman yang bertanya sesama sendiri, “ What am I doing here?” Hehe… kami bukanlah tidak lasak tetapi persamaan cuti = keselesaan lebih rapat di minda.

3. Mesra.
Oleh kerana semua orang merasakan penderitaannya maka tanpa mengira bangsa, agama, warganegara atau usia…kemesraan itu wujud. Yang mahu turun akan memberikan kata semangat supaya mereka yang baru mahu naik tidak merasa keseksaannya! Yang mahu naik akan menyapa mesra sambil menjeling2 melihat mereka yang turun dengan kaki yang sakit dan wajah yang sedikit berkerut!
Semangat bantu membantu juga sangat tinggi. Bila kita sudah tergelincir dengan sukarelanya kita akan memberitahu yang lainnya, “It’s slippery!”

4. Makanan
Dari Laban Rata kami dibekalkan dengan lunch box yang berisi 2 biji telur, 2 keping sandwich, seketul ayam goreng, sebiji epal, sebotol air mineral dan sekotak air soya.
Dan percayalah…walaupun ketika anda berpeluang menikmati hidangan itu, ayam yang panas sudah jadi sejuk keras, mhmmm…yummy! Lazat sungguh! Haha.
Dan sambil berjalan, fikiran yang nakal mula menyebut, “I’m thinking of tea tarik! I want pizza!” Haha. Kalau kat bawah tu tak teringin!

5. Porter
Saya kagum dengan mereka. Membawa barang berat seolah menjinjing kapas. Berat namun untuk hidup mereka mencari rezeki dengan menjadi mountain taxi! Sekilogram = RM8.50. Beg saya seorang yang dibawa ke atas sudah mencecah 5kg. Bayangkan kami datang seramai 54 orang! Kami di Bantu dengan 9 porter.
Jika pengsan bagaimana? Hehe..jangan risau, porter boleh mengangkat anda. 1km= RM200. Tapi percayalah melihat mereka berlari sambil mendukung… ya Allah…tak sanggup saya!

Tuesday, June 30, 2009

TLC review that makes me smile and wanna cry...

Salam,

Saya kini menjadi penguin! Haha... maklumlah baru turun dari Gunung Kinabalu! Sesiapa yang pernah mendakinya pasti memahami apa yang saya katakan. Entry tentang Gunung Kinabalu akan saya paparkan nanti. Buat masa ini, saya mahu berkongsi review tentang TLC dari CMATE, yang saya jumpa ketika google tentang TLC. A Freak's Review Blogspot....yang buat saya rasa terharu. Because she really gets the message that I want to share with all the readers. Thank you CMATE!

Tarikh Luput Cinta is one of the books that have a beautiful title, so beautiful that you wonder if the contents would be as interesting as the title suggests. Many times, story title does an effective job of setting our level of expectations before we begin flipping the pages. And many times, I have been disappointed. Thankfully Tarikh Luput Cinta is as exciting and splendid as its short synopsis suggested. And I have only one word to describe the story: Suspenseful!

And this suspenseful tale begins with three individuals - Airel, Imanina and Rezzal - receiving a challenge letter from an anonymous millionaire. The objective is for them to compete among each other to inherit a total of RM22.5 million upon the passing away of its owner. Starting out as strangers to participants to friends, the three of them uncovers mystery after mystery as the deadline draws near. Along their journey, they discover that someone out there is against them inheriting the grand prize and tragedies begin to mushroom in their lives.

While most tragedy tales would leave you crying with sympathy for the characters, Lynn Dayana takes on a different approach in this story. She cleverly delivers a series of tragedies into the story that leaves you looking forward to what's in the next chapter. With each turn of page, you find yourself clinging onto the edge of your chair as a burning sensation gushes through your emotional keeping you guessing the missing pieces of the complete picture.

Besides the splendid storyline, another thumbs-up for the characters in the story. Well crafted personalities that engages well with readers, the writer certainly has brought characterisation to the next level. You'll enjoy the bond shared by all three main characters as they build friendships around their competiting selves. Expect them to make you smile, laugh, cry and be entertained because they will draw you into their world and suddenly you are a part of their circle. And everyone around you will be staring at you because you are laughing aloud on your own with the book in hand.

Tarikh Luput Cinta is a well-written book indeed! I have no regrets for picking it up and am looking forward to Lynn Dayana's next book. Keep writing, sister!

Tuesday, June 23, 2009

Pengumuman Blog Perlu Disepikan...









Salam,



Ini entry saya yang terakhir sebelum saya ke Gunung Kinabalu. Mulai 25 June sampai 30 June, saya dan 55 orang warga Pizza Hut akan bermesyuarat di Karambunai dan kemudiannya mendaki Gunung Kinabalu. Mhmm... saya tidak tahu adakah saya terdaya sampai ke kemuncaknya. Ianya tidaklah sukar namun tentulah ianya bukan sesuatu yang semudah abc. Dan kalau kita berfikir dengan waras pun... nak buat abc pun bukan senang jugakan? Haha.



Pada yang sudi berkunjung semasa saya tiada, doakan semoga saya selamat turun dan naik Gunung Kinabalu. Ke sana, bermakna...manuskrip akan direhatkan, malah team yang saya jaga terpaksa diselenggara teman yang lainnya. Maknanya juga, pulang nanti...kerja pasti banyak yang menunggu!



Berita baiknya: pengalaman ke sana bolehlah saya kongsikan bersama di dalam novel yang seterusnya. Ini juga masa untuk saya menilai diri... jika mahu menangis, mahu berapa lama lagi jangkamasa saya merelakan diri terus dalam nestapa. Mhmm... ia juga akan mengajar saya erti kepayahan dalam mencapai sesuatu yang saya inginkan. Yang saya mahu pastinya bergerak jauh ke hadapan dan melupakan kenangan yang hanya menyesakkan dada.
Lynn Dayana. Dayana maksudnya yang gagah perkasa! Moga ada rahmat di sebalik nama pena yang saya pilih. Yang selebihnya? Moga Allah merestui diri saya yang banyak kekurangannya ini.



Monday, June 22, 2009

Wedding....

Sabtu lepas sekali lagi saya mendaki tangga2 di Batu Caves. Kali ni berjaya naik 2 kali. Haha...tak larat nak naik lebih2 sebab tak tahan dengan aroma jenama kelawar! Balik dari sana, hujan pun turun. Selepas membersihkan diri, saya mengemas barangan. Balik ke BP. Anak sedara akan berkahwin esok. Anak abang yang ke3.
Pasang Ipod, mendengar lagu Pergi, nyanyian Aizat entah berapa kali...berselang seli dengan bacaan Asmaul Husna...saya menekan pedal minyak dengan laju. Teorinya: Lebih cepat saya sampai, lebih cepat masa berjalan maka lebih cepat juga saya akan keluar dari BP. Haha... logik ke teori saya? Saya tak tahu!
Sampai BP, saya terus ke rumah abang, menolong apa yang perlu. Letih...petang tu kami balik ke rumah mak... nak mandi n solat dan bergerak ke acara yg seterusnya iaitu MAKAN DURIAN! haha... pokok di rumah Long dah mula gugur buahnya. Mhmm...memang resepi yg elok. Hari yang panas+durian kuning yang enak+rambutan anak sekolah yg manis... huhu! Hari ni tekak terasa perit dan dah mula bersin beberapa kali.
Acara nikahnya pada pagi Ahad. Lama tak tengok acara nikah style Johor. Dengan akujanji dari kedua belah pihak...bergetarnya suara kadhi...mhmm, ucapan SAH...It's a step to another journey!
Briyani kambing, briyani ayam, briyani daging lembu, acar tahun, pajeri nenas.... mhmm...dan pencuci mulutnya pisang berangan. Tidak sah juga majlis jika tidak ada kerepek2!
Saya keluar dari BP menjelang pukul 2. Saya tidak menunggu acara persandingan dan makan damai. Doa saya perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat.
Soalan, usikan, gurau senda mahu pun kata-kata sindiran, saya terima dengan senyuman sahaja. Bulan October nanti ada another wedding. Bulan February juga akan ada wedding...
Breath....

Thursday, June 18, 2009

Cinta Zaris vs Amirul 1

"Saya sayang awak. Itu keputusan saya yang muktamad. Awak nak terima atau tidak, itu hak awak, Yang saya tau, saya sayang awak!" Bersungguh-sungguh Zaris memberitahu. Tutur katanya jelas dan penuh keyakinan. Tiada apa yang perlu disembunyikan lagi. Perasaan yang sudah lama bersarang dan menyesakkan dadanya ini perlu diluahkan. Dia bimbang jika dibiarkan lama pasti akan membuatkan dia gila.
"Aduh!" Zaris menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia menumbuk bantal yang tidak berdosa itu beberapa kali. Berhujah di depan cermin memang dia pakar. Mengatur skrip di kepala memang dia jaguh. Namun bila berhadapan dengan Amirul, seluruh sendinya akan jadi tidak bermaya. Tidak berfungsi lidahnya yang bukan main laju ketika berlatih di rumah. Benci jadinya memikirkan kelemahan dirinya itu.
"Kenapa tengok saya macam nak makan ni? Lapar ehh?" Amirul dengan selamba mentertawakannya sebelum berlalu pergi meninggalkan dia sendirian di depan kedai runcit Pak Mat pagi tadi. Malunya! Hanya Tuhan yang tahu! Menambah rasa malu apabila dia melangkah laju keluar dari kedai hingga dikejar Pak Mat kerana di tangannya ada dua kilo gula yang masih belum dibayar. Malunya! Zaris merasakan pada waktu itu, dirinya seperti halimunan yang kehilangan kuasa. Seperti ahli magik yang kehilangan tongkat sakti. Kenapalah dia obses dengan Amirul, jiran selang dua buah rumahnya itu hingga terlupa dengan gula yang dipeluk erat namun belum dibayar?
Dan bebelan emak kerana dia pulang dengan tangan kosong kerana gagal menjalankan misi untuk membeli asam jawa membuatkan dirinya mahu lari laju-laju ke tanah Jawa! Malu mahu ke kedai Pak Mat lagi. Lebih malu lagi jika terpaksa lalu di depan rumah Amirul kerana itu saja laluan yang ada untuk ke kedai Pak Mat. Dan cadangan emak yang meminta dia meminjam saja sedikit asam jawa dari rumah Mak Jah memang cadangan yang mahu membuat dia meraung sekuat hati. Manakan tidak! Sudah tentulah 21 tahun yang lalu, perempuan itulah yang telah memutuskan seratus uratnya untuk melahirkan Amirul!
Kenapalah emak mahu memasak asam pedas hari ini? Kenapa tidak esok atau lusa tatkala rasa malunya sudah hilang! Dan gejolak rasa hatinya itu membuatkan dengan sia-sianya dia dijeling emak. Oleh kerana tidak mahu digelar anak derhaka, dia berjalan sepantas kilat ke kedai Pak Halim pula. Masalahnya pula, kedai Pak Halim jauh sedikit berbanding jika mahu ke kedai Pak Mat. Malu punya pasal, dia sanggup!
Zaris berbaring merenung kipas di siling yang laju berpusing. Amirul! Lelaki yang dipujanya itu akan pergi jauh tidak lama lagi. Bagaimana dia mahu berjauhan dengan Amirul? Zaris melepaskan keluhan. Dia tahu lelaki itu masih belum berpunya tetapi itu bukan jaminan, cintanya akan diterima. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam! Masalahnya, organ yang bernama hati ini bukannya sabut! Aduh, Zaris melepaskan keluhan lagi.

Thursday, June 11, 2009

Karya Kawan Saya ~ Eka Fahara : Jawapan Yg Pasti



Jawapan Yang Pasti.... Mhmm, tentu sukar mahu memastikan jawapan yang diberikan itu adalah jawapan yang pasti! Yang saya tahu: Menanti sebuah jawapan itu saja sudah menjadi satu penyeksaan. Dan akan lebih seksa jika jawapan yang diberikan setelah penantian yang panjang...tidak memihak pada kita. Pasti sakit jadinya.
Namun saya percaya...kalau jodoh tak ke mana. Kalau dah suka, segala yang sukar menjadi lebih mudah. Sebaliknya, kalau dah tak suka...ops... masalah sekecil hama seakan atom nuklear kesannya.

Dapatkanlah karya kawan saya : Eka Fahara yang ke 4. Jawapan Yang Pasti. Life is an open box with thousands of choices. Choose and we will see where the road will lead us to....

Monday, June 8, 2009

Some trains of thoughts (1)

Hari ini apabila saya datang ke office dengan mata yang bengkak, beberapa jawapan sudah bermain di dalam fikiran saya. Antaranya adalah:

a. Leaking. There was a water leaking problem...
b. Sleepless nite... keep on awake.
c. Some rainy days are heavier than the other?

Haha...siapa yang saya cuba bohongi? Hati siapa yang saya cuba jaga? Mhmmm.....

Saturday, June 6, 2009

Sabtu yang hapPening...

Tarikh : Sabtu 5hb June,09
Masa : 7am - 11.50am
Tempat:
1. Saya menjejakkan kaki ke Batu Caves tepat 7.35pagi. Kali terakhir saya ke sini sewaktu saya berumur 12 tahun....masa lawatan sekolah rendah! Ramai juga pengunjung berada di sini dan biasanya kerana 2 aktiviti utama iaitu sama ada kerana tuntutan agama ataupun latihan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Dikatakan mahu ke Laban Rata, anda perlu mendaki tangga selama satu setengah jam. Huhu! Lama tu! Maka tempat yang paling sesuai untuk berlatih adalah Batu Caves. Sesungguhnya...saya dapati latihan berjalan yang saya lakukan sememangnya terasa lebih mudah dilakukan berbanding dengan menaiki tangga. Dicampur dengan sedikit gayat bila menuruni anak tangga yang curam...mhmm...pening lalat jadinya.
2. Selepas menaiki tangga 1.5 kali...hehe....kami minum air kelapa. Alahai kenit sungguh kelapanya. Teringat kelapa di KK yang besar dan manis.
3. Saya ke Central Market. Lama sungguh saya tak menjejakkan kaki ke sini berjumpa dengan uncle! Uncle yang menjadi pembekal untuk novel2 Inggeris saya. Jumpa 2 buah buku. Sempat singgah di toilet yang klasik sungguh seni binanya dan sempat merayau melihat barangan cenderamata yang cantik2. Sempat juga melihat kaunter Pos Malaysia yang menjual setem cantik. Boleh buat setem gambar sendiri! Hehe...macam best kan? Dalam zaman email dan sms, bila agaknya kali terakhir anda beli setem? Hehe.
4. Singgah sekejap Popular Book Store dekat belakang Petaling Street. Niat mahu mencari trilogi Nora Roberts ~ hampa kerana baru ada 2 aje yang dalam kompilasi. So, saya tak mahu membelinya lagi.
5.Destinasi seterusnya, saya ke Petaling Street. Hajat mahu membeli bunga. Sebelum masuk ke kedai, sempat saya membuat lawak, " You see...semua orang yang kuar dari kedai bunga mesti tersenyum!" Haha, memang ya pun. Bunga2 ni buat anda merasakan, indahnya dunia ni. Sukanya hati saya melihat bunga2 yang berwarna warni. Walaupun ianya tidak kekal lama tetapi bunga2 ni memberi harapan. Saya keluar dengan orkid berwarna kuning untuk menghiasi meja makan saya dan tentunya bersama senyuman.
6. Avilla Apartment ~ tepat 11.50 pagi. Lapar. Pagi ni cuma minum air kelapa dan sebiji epal saja. So, saya meneruskan aktiviti memasak. Tomyam ayam, sambal tahu dan tempe. Cukuplah. Tak ada selera.
7. Tepat kul 1.30 ~ zzzzzzzzz.... musim ABC. Sedar2 jam dah dekat kul 4pm. Pagi yang padat.

Minggu depan pada hari Isnin, team saya seramai 18 orang akan melaporkan diri. Musim hidup saya jadi tidak tentu hala akan bermula. Maksudnya, kuar kerja kul 3.30 pagi.... Mhmm....Manuskrip tidak berganjak dari mukasurat 80. Uwaaaa........

Tuesday, June 2, 2009

Marathon Greys Anatomy Season 5

Hidup saya memang kalut akhir2 ni. Bermula dengan outstation yang memerlukan saya terbang ke sana sini. I hate flying! I hate the time that I need to spend before the flight departure. Lenguh....
Hujung minggu lepas saya ke majlis pertunangan anak saudara perempuan saya. Anak kedua long saya. Kemudiannya hari ahad tu jugak, saya memandu ke Melaka kerana menghantar emak ke rumah kakak. Letih badan yang penat kerana travelling....
Pagi Isnin, saya merempit ke KL semula. Then malam tu... hehe, dari kul 11 hingga ke pukul 4 pagi, saya menonton Greys Anatomy, season 5! Esoknya, dari kul 11 pagi hingga ke pukul 11 malam. Berhenti sekejap bila tiba waktu solat, makan lunch dan toilet break aje. Gila? Haha... Sepanjang episod demi episod yang saya lihat, saya akan buat 3 perkara: ketawa, menangis dan berfikir! I felt their sadness, I shared their joy and I wonder if I'm in their shoes...will I do it differently?

Friday, May 29, 2009

Cuma Dia...


Cuma Dia..... Ada masanya kita merasakan cuma Dia saja yang mampu memahami hati kita. Cuma Dia yang tanpa ragu menyayangi kita.
Dapatkan karya terbaru dari Norzailina Nordin. Adunan penuh rempah yang panas dan membuatkan anda membaca dengan penuh selera?

Wednesday, May 27, 2009

Tanjung Aru, KK



Hari ini, saya sempat singgah di Tanjung Aru...suasana tenang dan damai. Banyak betul jagung rebus yang manis dijual hampir di setiap kedai. Ya, hari ini saya memilih untuk tidak minum air kelapa! Haha...
Hanya menghirup udara nyaman dan sempat berangan...seronoknya kalau dapat berjalan sepanjang pantai.

Monday, May 25, 2009

Salam Dr Negeri Di Bawah Bayu

Salam...
Saya menaip entry kali ini dari Kota Kinabalu. Ada kelas yang perlu saya selenggarakan selama 2 hari di sini. Akan balik ke Semenanjung pada hari Khamis nanti. Semalam habis buat diskusi untuk kelas hari ni, saya ke Pasar Filipina, hehe...apa lagi...saya minum air kelapa yg pertama. Saya minum untuk kak anis, aleya dan ziana! Hehe...
Saya sebenarnya suka sangat ke sini...bukan apa, suka melihat sayur-sayuran yang segar. Kalau lah saya boleh bawak balik ke semenanjung, hehe...tapi takut sampai sana dah layu dah. Ke sini juga, saya akan beli ikan bilis, udang kering dan ikan kering. Hehe...balik rumah, beg baju tu bau seafood!
Minggu lepas saya di Kuching, ada kelas juga di sana. Semalam pagi juga semasa naik teksi, pemandu tu kata, "Pernah ambik awak sebelum ni. Nak ke Sabah lagi?" Saya senyum saja. Hehe, saya tak perasan wajah pakcik ni sebenarnya. Sedekah senyuman ajelah.
Kakak saya sempat mengusik, " Entah2 baju balik dari Kuching tak sempat cuci lagi, kau dah gi KK!" Saya balas, " Dah cucilah, sebab tau nak outstation lagi." Dia balas, "Mesti tak lipat lagi!" Hahaha, ya kali ini, saya terpaksa bersetuju! Kadang2, beg troli tu bertukar beg aje. Bukan selalu, kadang2 aje.
Kata abang ipar saya, best jadi saya. Kata anak sedara saya, jadi mak usu best...boleh buat sesuka hati. Aduhai...kalau travelling bukan kerana kerja memang best tapi kalau sebab kerja..ahaks.... tapi satu yang pasti, kerana bekerja di Pizza Hut lah yang menyebabkan saya puas merayau ke sana sini. Yang tak seronoknya, pergi mana-mana pun...adalah orang yang tegur!
Dua minggu lepas, saya keluar dengan kawan. Dia tak tau saya ni bekerja di Pizza Hut so kesian lak kat dia. Bercakap sepatah dengan saya, adalah orang datang menegur!
Dia kata, selalu datang ke sini ke? U r so popular! Hahaha, popular apa...mereka ni ada yg datang kelas saya atau tahu saya ni orang HQ.
Hehe...saya terbayang air kelapa lagi. Petang ni mesti sebiji lagi dan saya nak cari buah-buahan pulak. Enjoy whatever you have kan? Sebelum duka datang menjengah! Sebelum kerisauan bersarang di kepala. Pada Allah, saya berdoa....semoga terus mendapat rahmatNYA. Ketenangan ini moga berpanjangan!

Sunday, May 24, 2009

Lace of Maturity

I am living my life as best as I could. As good as I know of. In other words, my life from other peoples point of view, might be so bored but for me...hey...it's my life! Nobody wants to live my life...as much as I dont want to live other peoples life.
I told my best friend, 50 cents for people who has everything means nothing but for people who has nothing, of course it's a blessing! And when you lost it...though it was such a small amount, u will still feel the loss.
Life is full of opportunities and choices that you don't really see it until you lost it. Fear of being hurt sometimes make us lost our focus and we let things take their own course. Which at the end of the day...left us with nothing!
Livestrong...that is the only way to live. Obstacles is a lace that makes our life more beautiful!

Monday, May 18, 2009

Breath....

Saya merasakan diri begitu kecil hari ni. Macam semut aje. Entah-entah macam hama! Kenapa manusia susah benar mahu jujur? Suka benar melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya pada pihak yang lain.
Entahlah, saya tak ada jawapan cuma yang boleh saya katakan...lelaki adalah individu yang sangat tidak begitu tinggi tempatnya di dalam dunia saya akhir-akhir ini. Saya mengikut perasaan? Mhmm...tidak juga. Cuma rasa penat bila asyik ditipu. Cuma rasa lelah bila selalu digula-gulakan dengan harapan palsu.
Breath...be thankfull. Be kind to yourself. I am reminding to myself over and over again... Biar jadi cd yg rosak. Mungkin menyakitkan telinga orang lain tetapi satu anugerah pada orang yang lainnya.
Kalau hati ini komputer, ia perlu direboot dengan segera kerana virus yang menghantuinya hampir merosakkan segala fungsi yang ada!
Kalau hati ini sutera, kelembutannya jelaslah tidak mampu mengubah suasana.

Saturday, May 16, 2009

Makna yang terselindung.

Perkataan mungkin sebenarnya adalah perkataan yang membawa seribu keraguan.
"Mungkin dia tak sengaja menyakitkan hati engkau! Mungkin dia tersalah cakap aje!"

Perkataan kalau sebenarnya adalah andaian yang kita buat kerana mahu menyedapkan hati kita sendiri.
"Kalau dulu aku lebih berterus terang, mesti benda ni tak jadi macam ni."

Perkataan maaf selalunya dijadikan ruang untuk terus melakukan kesilapan.
"Maafkan saya. Saya tahu saya yang salah. Berilah saya peluang yang kedua."

Perkataan jaga diri baik-baik sebenarnya adalah ingatan untuk kita belajar hidup bersendirian.
"Jaga diri baik-baik. Jangan buat benda yang bukan-bukan."

Wednesday, May 13, 2009

Tips?

Saya menjengah blog seorang penulis, dan dia memberikan tips menulis yg antara lainnya berbunyi begini, YOU ARE NOT A HUNDRED BILL. Maksudnya, anda tidak akan boleh memuaskan hati semua pihak dengan hasil karya anda. Kalau anda sekeping duit, lainlah. Pasti anda akan disukai semua orang. Haha... Betul juga.
Tips yang kedua pula adalah, YOU MUST HAVE A GOOD LISTENING SKILL. Apa yang berlaku di sekeliling kita adalah medium terbaik untuk kita menyerap segala dialog yang real dan menarik. Haha, mencuri dengar memang tak elok tapi kadang-kadang bila duduk di meja yang berdekatan, perbualan orang di sekeliling kita mungkin boleh mendatangkan idea.
Tips yang ketiga adalah, TIMELINE. Anda mesti ada target bilakah karya mahu disiapkan? Jodi Picoult mengambil masa 9 bulan untuk setiap novelnya. Sama seperti proses mahu melahirkan bayi! Target adalah matlamat yang menjadikan kita berdisiplin. Hehe...maknanya, saya kena berhenti menulis entry ini dan menyambung novel ke4 yang baru mencecah 70 ms. Huhu... jauhhhhh....

Friday, May 8, 2009

Harga Sebuah Persahabatan

Berapa harga sebuah persahabatan? Seringgit dua kupang? Iaitu sama dengan secawan air kopi dan dua orang lelaki boleh berbual berjam-jam lamanya di warung yang sunyi walaupun itulah kali pertama mereka bertemu! Atau mungkin harganya akan lebih tinggi jika ianya dinikmati di kerusi hotel yang empuk dan berhawa dingin malah namanya pun dipanggil latte?
Ada kalanya, kita mengenali seseorang tidak sampai sesaat namun hati kita merasa selesa untuk bercerita apa saja dengan dirinya. Seolah-olah kita sudah bertemu sebelum waktu itu berlaku. De-javu?
Ada masanya pulak, kita sudah kenal bertahun lamanya namun apabila timbul sesuatu situasi barulah kita tahu yang kita langsung tidak mengenalinya. Dia seperti alien yang baru datang menjejakkan kaki ke bumi kita!
Sahabat. Satu perkataan yang indah jika kita lengkapkan ia dengan rasa kasih, rasa hormat malahan adanya keinginan untuk melindungi. Dan bila bersahabat, kita perlu tahu yang ianya datang dalam 'full packaged' - buruk baiknya kita mesti terima. Sebagai sahabatnya, yang baik kita ikuti dan yang tidak baiknya, tugas kita untuk mempengaruhinya membawa kepada sikap yang lebih baik. Itu hak seorang sahabat terhadap sahabatnya.
Dalam Islam kita juga diingatkan, berkawanlah dengan orang-orang yang boleh membawa kita ke arah kebaikan. Kalau dah sah, bersahabat dengannya akan membawa lebih banyak keburukan maka tidak salah untuk kita menjauhkan diri.
Adat bersahabat, ada masanya lidah pun akan tergigit maka janganlah mudah melenting. Memaafkan akan menambah kedewasaan dalam erti kata sahabat itu sendiri. Kalau boleh, saya mahu tua bersama-sama sahabat yang menerima saya seadanya, yang menyokong saya saat saya rebah, yang mengingatkan saya apabila saya membuat kesilapan dan yang tidak takut menegur saya di atas nama kebenaran.
Buat mereka yang mengenali saya dan menganggap saya sahabat mereka...doa saya, janganlah berhenti menjadi sahabat. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan seribu rasa yang tidak menentu atau percanggahan yang tidak adil sifatnya. Selamat berhujung minggu pada semua yang sudi menganggap diri ini sahabat. Yang merasakan tidak...saya doakan yang baik-baik saja!

Wednesday, May 6, 2009

Hari Ibu

10 May akan menjelang lagi. Hari Ibu. Hari di mana kita meraikan ibu yang kita sayang. Wanita yang bertungkus lumus membesarkan kita. Wanita yang saya panggil emak ini selalu buat saya tersentuh dengan pesanan yang tidak pernah jemu diberikan kepada saya.
Mungkin kerana saya anak paling bongsu...dan yang masih tidak lepas lagi maka emak selalu risau tentang saya. Dan kerana itu juga...saya selalu berahsia. Saya memilih untuk tidak bercerita perkara yang bukan-bukan dengan dia. Takut emak risau tentang saya yang duduk paling jauh dari dia.
Emak saya bukannya muda lagi dan saya tahu entah berapa lama agaknya saya boleh menumpang kasih dengannya. Sempena Hari Ibu ini juga saya terfikir, semua manusia yang lahir ke dunia ini mempunyai ibu. Namun, tidak semua dari kita ini akan menjadi seorang ibu! Mhmmm...

Sunday, May 3, 2009

Cerpen 2 : Anugerah Untuk Hawa (Mingguan Wanita, November 2006)

Aku ketawa sendiri. Suaraku memenuhi ruang bilikku yang sempit dan adakalanya sedikit menyesakkan. Jika ada insan lain yang mendengar, pasti mereka akan mengatakan aku sudah menjadi gila. Aku hilang kewarasan akal fikiran. Semuanya kerana seorang lelaki. Hebat benarkah dia hingga mampu membuat fikiran aku begitu bercelaru? Aku mengeluh apabila wajahnya datang bertandang di dalam mindaku walau tanpa diundang.
Dia memang lelaki yang tidak tahu malu! Mungkin aku pula, perempuan yang tidak tahu menghargai kasih dan cinta orang yang menyayangi aku dengan sepenuh hati. Ah, itu kata-katanya. Apa yang ada di dalam hatinya tidak mungkin dapat aku baca. Sepenuh hati! Penuh hingga tiada lagi ruang untuk orang lain. Itulah antara kata-katanya yang sempat singgah ke telingaku sebelum talian telefon itu aku matikan.
Bantal dalam pelukan aku campakkan ke dinding. Dinding itu tetap teguh berdiri. Bantal juga masih lagi kejap rekabentuknya. Sah, satu lagi tindakan aku yang bukan saja tidak rasional malahan amat tidak menguntungkan sesiapa. Puaskah hati ini? Mataku merenung ke arah bantal yang terguling. Bantal yang tidak berdosa itu!
Akhirnya, bantal di lantai itu aku kutip semula. Ku tepuk-tepuk lalu diletakkan semula ke atas katil. Kakiku melangkah ke arah tingkap. Jam sudah melewati dua belas malam namun langit masih kelihatan cerah. Awan masih lagi samar-samar kelihatan. Suasana begitu sunyi sekali. Sudah tidurkah seluruh makhluk ALLAH di dunia ini? Aku tersenyum sendiri. Malam ini banyak benar persoalan yang timbul dalam kotak fikiran ini. Datang menerjah tanpa sabar-sabar mahu mencari jawapan.
Mataku terus buntang memandang ke arah langit. Tenang dan mengasyikkan. Kalaulah aku dapat terbang bebas berlegar di langit! Di radio, kedengaran suara M.Nasir menyanyi dengan penuh semangat. Sang pencinta yang pasti penuh dengan rasa cinta bersatu dalam jiwa tentunya. Untunglah nasib si Marlia Musa! Memikirkan tentang cinta, sekali lagi fikirannya dijengah oleh lelaki itu. Senyumannya yang selalu menghiasi bibir. Lelaki yang tidak pernah kenal erti marah agaknya. Segala tindak tanduk aku selalu dianggap sebagai jenaka saja pada dirinya.
“ Dalam hidup, kalau selalu sangat berfikir terlalu banyak, diri kita juga yang susah! Apa pun yang hendak dibuat, akan ada terlalu banyak batas, sampaikan menjadi halangan untuk kita berjaya.” Nasihat lelaki itu terngiang-ngiang di telingaku.
“ Kalau tidak berfikir, kita akan jadi katak di bawah tempurung. Silap-silap apa yang di buat akan memakan diri sendiri. Siapa yang susah?” Balasku tidak mahu kalah. Matanya kurenung tajam buat seketika. Tidak lama, mungkin sesaat cuma.
“ Hidup kena selalu bertindak cepat. Mesti selalu berfikir tetapi janganlah sampai terlalu lama berfikir hinggakan kita jauh terkial-kial ketinggalan. Dalam dunia moden sekarang, katak pun sudah tidak mahu duduk di bawah tempurung. Katak pun mahu bermimpi menjadi putera raja. Tak begitu, Cik Hawa sayang!” Pangkasnya pula sambil ketawa melihat wajahku yang kelat bila dipanggil sayang.
Berlawan cakap dengan lelaki ini selalu membuat aku kematian kata-kata. Satu fenomena yang jarang-jarang berlaku. Aku wakil pemidato yang hebat sewaktu di sekolah. Bukan satu atau dua piala yang berbaris di dalam almari rumah emak. Kegemaran aku menyertai acara berbalas pantun juga menyebabkan lidahku ini sememangnya petah berbicara dan amat mahir mematikan kata-kata lawan. Sayang! Apabila berhadapan dengannya fikiran ku selalu jadi buntu. Mudah benar lidahku terkunci. Hilang bertempiaran segala kata-kata yang sudah aku susun. Malah perbendaharaan kataku juga menjadi begitu kecil. Sekecil kamus yang berharga RM 9.90 sahaja! Aduh! Malu aku jadinya.
Mataku memandang pula kepada potret keluarga yang baru diambil sebulan yang lalu. Saat itu kami lapan beradik sama-sama memenuhkan rumah emak dan abah kerana majlis kenduri arwah. Bukan setakat penuh sebenarnya, tetapi amat sesak! Maklumlah semua abang dan kakakku sudah berkeluarga. Tinggal aku saja yang masih lagi hidup bersendirian. Persoalan bilakah aku mahu menamatkan zaman dara ku ini sudah acap kali benar aku dengar. Sudah letih bibir ini mahu mencari alasan, sudah rapuh jiwaku cuba menipu yang aku senang hidup sendiri.
Untungnya emak dan abah amat berdiplomasi sekali terhadapku. Aku tahu emak dan abah risau memikirkan aku yang masih belum berpunya namun mereka tidak pernah memaksa. Jodoh! Bukankah itu ketentuan ALLAH. Aku tidak mahu menjadi perigi yang mencari timba. Aku takut! Takut saat membaca rentetan kisah hidup ibu-ibu tunggal yang memenuhi ruang-ruang media. Aku takut, lelaki yang datang dalam hidupku, hanya singgah untuk sementara waktu. Mengutip madu lalu meninggalkan hempedu.
“ Perkahwinan adakalanya tidak ubah seperti satu perjudian. Ada yang mendapat untung, ada juga yang beroleh rugi.” Wida sahabatku memberitahu. Dia beruntung. Apa tidaknya, suami Wida adalah kekasihnya yang setia memadu cinta dengannya sebelum dia menjejakkan kaki ke universiti lagi. Walau berjauhan, hubungan mereka tidak pernah renggang malah makin bertaut rapat. Anaknya yang sulung sudah berusia 7 tahun. Sudah bersekolah. Aku? Lama benar sudah hidup bersendirian. Menyesal? Tidak juga. Aku sudah terbiasa. Aku sudah terlalu lama memerdekakan diri dari terlalu bergantung kepada seorang insan bernama lelaki. Hinggalah saat ini. Saat lelaki itu menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku.
“ Sampai bila mahu hidup sendiri? Diri kita ini, sekuat mana pun kita, masih lagi memerlukan seseorang dalam hidup kita. Untuk sama-sama berkongsi rasa, berkongsi kasih. Mana ada yang bila usia sudah senja nanti mahu jadi sebatang kara!” Tegur Suriya, rakan sepejabatku.
Aku hanya diam membatu. Air mata yang mahu menitis, cepat-cepat aku seka. Aku tidak pernah melabelkan diri aku sebagai wanita yang kuat. Aku tidak pernah menganggap lelaki tidak penting dalam kehidupan aku. Aku bukan lesbian! Aku wanita biasa yang mahu disayangi. Mahu dilindungi. Mahu sama-sama berkongsi payung kehidupan dengan seorang insan bernama lelaki. Aku impikan anak-anak comel, yang bisa ku rangkul dalam pelukan yang penuh kasih sayang. Aku idamkan kucupan kasih seorang lelaki yang akan singgah di dahiku saat lampu tidur mahu dimatikan. Kata-kata Suriya itu aku diamkan saja. Dia memang rapat dengan aku namun masih tidak mampu mengerti apa yang bergolak dalam hati aku.
“ Jangan jadi terlalu pemilih! Cermin diri kau dan berhenti menunggu putera datang dari kayangan. Jangan terlalu hanyut dalam dunia novel yang kau baca itu. Cerita itu semua rekaan semata-mata. Tidak wujud di alam nyata.” Sindir sepupuku pula ketika aku hadir ke majlis persandingannya tidak lama dulu.
Jika tidak memikirkan rasa hormat pada saudara mara yang ramai berkumpul di situ, mahu saja ku tampar mukanya. Biar senget bibirnya yang begitu lancang menyelar aku. Ringan saja tanganku mahu bergerak namun usapan lembut emak ke bahuku membuatkan aku tenang dalam jiwa yang semakin meribut. Sepupuku ini memang tidak sedar diuntung. Dia yang juga seusia aku sepatutnya lebih mengerti sukarnya hidup bila ditohmah sebegitu. Ah, resmi manusia! Sewaktu senang, cepat benar lupa apa yang berlaku ketika susah. Umpama kaduk yang sudah naik junjung!
Dia lupa agaknya bahawa perkahwinannya hari itu masih belum berusia sehari. Perkahwinan cuma gerbang ke arah hidup yang lebih luas skopnya. Bahtera baru mahu bertolak, sauh pun entah di mana letaknya, dia sudah pandai mahu mengatur hidup orang lain. Namun, wajahku tetap kumaniskan. Biarlah. Ini hari dia. Bukankah dia akan menjadi Raja Sehari, hari ini! Biarlah dia menunjukkan kuasanya yang tidak setinggi mana itu.
Suara Once yang begitu merdu menyanyikan lagu Dealova membuatkan aku kembali semula ke arah katil. Jauh fikiranku melayang ke pelbagai dimensi masa. Kalaulah ada seorang lelaki yang seromantik dalam lirik lagu itu? Mungkin ada, tetapi sudah dimiliki. Hatinya berperang lagi. Fikirannya menerawang kepada saat mereka meluangkan masa di taman rekreasi di satu hari minggu pada bulan yang lalu.
“ Awak harus berhenti menyempitkan ruang fikiran dengan perkara-perkara negatif yang akan hanya menjatuhkan diri awak. Waktu awak jatuh, hanya diri awak saja yang boleh membangunkan diri awak semula. Bukan orang lain. Bukan emak awak. Bukan abah awak. Bukan juga saya yang sentiasa menyokong tindakan awak. Tapi tindakan yang betullah. Tindakan yang salah, saya tak sanggup.” Lelaki itu menasihatkan namun sempat juga bergurau. Pada dia telah ke ceritakan kelukaan apabila pernah dikecewakan oleh lelaki yang membuang cintaku setelah sama-sama membina impian mahu berpimpinan mesra ke gerbang perkahwinan.
“ Apabila memulakan sesuatu, bukankah kita selalu diingatkan bahawa kita mestilah membayangkan penutup yang bagaimanakah yang kita mahu. Supaya kelak kita akan menjadi lebih kuat, lebih bersemangat dalam usaha mencapai apa yang diimpikan.” Aku membalas bila kulihat senyumannya masih lagi terukir di bibir. Dia yang tidak sangat aku kenal ini begitu menyenangkan walaupun adakalanya ada sikapnya yang menyakitkan hati. Bersamanya, aku mudah bercerita. Mudah juga bertegang urat membicarakan isu kehidupan.
Dia mengangguk-anggukkan kepala. Telefonnya dipusing-pusingkan di atas meja. Matanya menatap wajahku lama. Aku melarikan pandangan ke arah lain. Sempat kulihat senyuman sekali lagi menghiasi bibirnya. Dia memang suka bersedekah!
“ Jangan disalahsangka antara imaginasi dengan realiti. Apatah pula antara mimpi dan cita-cita. Saya bahagia jika awak mencapai segala yang awak impikan walaupun mungkin pada penutup yang awak bayangkan itu, bukan saya yang ada di sisi menemani. Ada masanya, cinta itu bukan sesuatu hak untuk kita memiliki. Kenapa terjadi begitu? Hanya ALLAH yang tahu misteri di sebalik rencanaNYA.”
Tuturnya perlahan sebelum bangun dari kerusi kayu dan menepuk-nepuk seluarnya. Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada aku lalu memulakan semula lariannya mengelilingi taman itu. Aku yang lebih senang berjalan kaki tidak menemaninya berlari kali ini. Air mineral ku minum perlahan sambil fikiranku tidak lepas dari memikirkan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Aku jadi takut memikirkan kemungkinan akan kehilangan dia. Terbitkah benih kasih untuk lelaki itu? Berdosakah aku bila mula menanggung beban pesona itu?
Aku bangun dari katil lalu menuju ke bilik air. Wuduk kuambil untuk menenangkan diri. Solat Isyak sudah lama ku lakukan namun aku berhajat untuk bersolat sunat dua rakaat pula. Biar fikiran yang kusut menjadi lebih tenang. Lelaki itu sering menasihatkanku supaya berdoa kepada ALLAH. Berdoa moga diringankan dugaan hidup, dirahmati dan sentiasa berada di bawah lindunganNYA.
Katanya lagi, berbicara dengan rakan belum tentu nasihat yang diberikan boleh digunapakai kerana fitrah manusia selalu lalai dan sering membuat silap. Berbeza sungguh apabila berbicara dengan Tuhan, hati akan lebih tenang dan jiwa kita juga lebih kuat menempuh kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. Saat aku membaca ungkapan bismillahirahman nirahim untuk memulakan solat, hatiku terasa kerdil di bawah kuasa Yang Maha Esa.
Malam itu selepas solat, tidurku jadi lebih tenang. Hati ku tidak lagi berdegup kencang. Saat kurebahkan badan ke katil, wajahnya yang tersenyum sama-sama menemani tidurku. Hilang sudah seluruh rasa amarahku yang membuak-buak padanya tadi.
****
“ Wah, cerah cuaca hari ini. Terang benderang. Bersinar-sinar.” Usik Suriya melihatkan aku yang asyik tersenyum saja hari ini. Aku juga mahu selalu memberikan sedekah.
“ Aku mimpi bulan jatuh ke riba.” Jawabku selamba. Usikannya tidak aku peduli. Fail dimejanya aku ambil sambil mengenyitkan mata kepadanya lantas pulang semula ke mejaku.
Hari ini aku sudah berjanji kepada diri. Waktu mahu keluar dari rumah pagi tadi, aku membuat keputusan untuk mengubah pandangan hidup. Aku mahu bahagia. Aku sudah bosan hidup berduka lara. Aku tidak mahu peduli dengan kata-kata negatif orang yang tidak membawa untung kepadaku. Mereka boleh berkata apa saja dan tanpa sedar mereka akan menambah jumlah pahalaku!
Semua tugas ku lakukan dengan bersungguh-sungguh. Makan tengahari ku hari ini cumalah sekeping roti dan secawan kopi merah. Pagi tadi aku sudah menikmati roti sandwich telur sebanyak dua keping. Aku malas mahu berkejar-kejar dan berebut-rebut di waktu tengahari begini. Cuaca yang panas juga tidak menarik minat aku untuk membakar kulit aku yang lahiriahnya sudah tidak begitu cerah.
Ajakan teman-teman aku tolak dengan senyuman yang mesra. Sempat Suriya mengusik mengatakan aku bakal menjadi pekerja contoh jika kekal rajin sampai ke hujung tahun. Sekali lagi usikannya tidak ku hiraukan. Dalam hidup ini, kalau boleh pelbagai peranan mahu kita lakukan. Mahu jadi anak contoh, isteri contoh atau pun belia contoh! Aku tersenyum sendiri.
Aku teringatkan dia secara tiba-tiba. Lalu jariku pantas mendapatkan nombor telefon kedai bunga yang terletak di bawah pejabat ku ini. Aku membuat pesanan penghantaran untuk dihadiahkan kepada dia yang telah banyak membantu aku untuk mengenali diri aku sendiri. Terkejut gadis kedai bunga itu bila aku menyatakan jenis bunga yang aku pilih. Bukan bunga sebenarnya sebab paku pakis memang dijadikan Tuhan tanpa bunga. Aku meminta gadis itu untuk menghantar sepasu pokok paku pakis untuk dia yang baru kukenali hati budinya itu.
Ku titipkan kata-kata, “ awak umpama paku pakis. Nampak biasa namun unik dan tersendiri. Terima kasih.” Aku pasti dia akan memahami apa mesej yang ingin aku sampaikan.
Setelah meletakkan telefon aku termenung seketika memikirkan kewajaran tindakanku menghantar pokok itu kepadanya. Lelaki yang biasanya menghadiahkan bunga. Bukan perempuan. Namun aku menenangkan hati dengan anggapan, yang ku hantar bukan bunga tetapi pokok. Pokok paku pakis tidak pernah diklasifikasikan setaraf dengan bunga mawar yang selalu disamakan dengan makna cinta. Merah bermakna membara, kuning cemburu, putih suci dan paku pakis ku yang berwarna hijau itu pastinya adalah warna alam semulajadi yang lebih membawa makna persahabatan! Aku cuba menipu diri sendirikah? Aku tersenyum lagi.
Riuh rendah teman-teman yang sibuk berkipas setelah makan tengahari di dalam cuaca panas itu tidak ku hiraukan. Pasti mereka ke gerai Pak Ali yang menjual berbagai jemis makanan kampung yang amat menyelerakan dan bisa membuat ukur lilit pinggang tambah seinci dua setelah berkunjung ke situ. Itulah yang cuba aku elakkan. Bukan takut bertambah berat badan tetapi aku takut aku akan tertidur dalam waktu kerja. Waktu makan, semuanya nampak menyelerakan tetapi saat jam dua datang, perutku akan mengah. Waktu jam tiga pula, mataku akan bertambah layu dan kuyu.
Aku beredar ke bilik kecil yang dijadikan surau. Zohor ku tunaikan dengan segera. Tidak mahu membuang masa dan juga kerana waktu rehatku sudah semakin habis. Saat tanganku meraup wajah, Suriya tersenyum memandangku. Aku membalas senyumnya. Dia duduk saja di sebelah aku tanpa berkata apa. Segala tindak tandukku melipat telekung dan sejadah diperhatikan dengan tekun. Aku memandang kepadanya dan mengangkatkan keningku tanda bertanya apakah yang dia mahukan dari aku sebenarnya hingga sanggup menyusul aku ke surau kecil itu.
“ Kau nampak lain hari ini. Lebih tenang tapi kenapa seolah-olah engkau cuba menjarakkan diri daripada aku. Makan pun sudah tak sudi dengan aku.” Tanya Suriya dengan nada suara yang perlahan.
Aku tersenyum melihat tingkahnya. Aku hanya menggelengkan kepala beberapa kali. Melihatkan wajahnya yang masih suram, bahunya aku pegang.
“ Aku ni Hawa. Hawa, kawan engkau yang semalam, kelmarin dan sejak tiga tahun yang lepas sebenarnya. Aku juga masih lagi Hawa yang sama untuk esok, tulat, langkat dan seterusnya juga. Jika aku berubah, mungkin kerana masa memaksa aku untuk berubah. Aku tidak boleh terus di takuk lama sedangkan masa tidak mungkin boleh menunggu aku.” Jelasku dengan tenang.
“ Kau makin buat aku bingung.” Suriya melepaskan keluhan.
“ Tidak ada apa-apa yang perlu kau bingungkan. Aku masih kawan kau yang dulu. Esok lusa masih ada lagi untuk kita pergi makan sama-sama kan? Jum, masa rehat dah lama tamat. Nanti marah pula bos kita bila surau digunakan bukan untuk beribadat. Kau dah solat?”
Suriya mengelengkan kepala lalu terus bangun untuk mengambil wuduk. Aku sempat memegang tangannya dan menggenggam seketika dengan erat. Beg kecilku berisi telekung ku letakkan semula di atas rak dan berlalu keluar ke arah mejaku semula. Hati seorang sahabat yang tersinggung walau dalam tanpa sedarku tidak boleh dipandang ringan. Bukankah sahabat antara insan yang wajib kita muliakan?
Di atas meja, ada nota kecil untukku. Ada panggilan dari lelaki itu. Lelaki tuan punya paku pakis yang baru kuhantarkan sebelum Zohor tadi. Pasti dia mahu mengucapkan terima kasih. Nota kecil itu aku pegang dan ku renung berulangkali. Terasa malu untuk menelefonnya sedangkan panggilannya malam tadi tidak ku layan. Aku umpama perempuan yang tidak ada arah tujuan. Berhadapan dengan dia aku selalu hilang arah. Dia umpama magnet yang membuatkan kompas ku jadi berputar tidak keruan.
Ku fikirkan kembali punca kemarahanku padanya. Dia tidak bersalah ketika menyatakan keinginan hatinya untuk memperisterikan aku. Namun kata-katanya itu cukup membuatkan aku terasa hati. Aku jadi keliru sama ada kata-katanya itu hanya mainan atau dia benar-benar serius.
“ Jadikanlah saya sebagai satu bahan eksperimen. Anggap saya sebagai satu objek yang boleh awak perkotak–katikkan dalam usaha awak memburu cinta sempurna yang awak idamkan.” Suaranya jelas kedengaran di dalam telefon.
“ Awak cuba mempermainkan saya?” Aku mendengus marah.
Suara ketawanya di hujung talian membakar hatiku yang mula mendidih marah. Dia berkata-kata seolah diri aku ini begitu menjengkelkan sekali. Salahkah aku mengimpikan cinta yang sempurna? Aku sedar aku tidak secantik Balqis yang berhak terhadap kasih Nabi Yusuf alaihi salam. Namun aku ada hak untuk bermimpi.
“ Saya tidak pernah berniat mahu mempermainkan awak. Jika awak sudi, saya rela menjadi suami yang sempurna cintanya untuk awak. Namun, awak harus ingat. Kesempurnaan itu hak mutlak ALLAH, bukan kita. Bukan hak kita, hambanya yang tidak layak ini.”
Dan saat itulah, talian telefon telah ku putuskan. Geram! Jika sapaannya tidak ku sambut tiga bulan yang lalu pasti hidupku tidak tunggang terbalik seperti sekarang. Fikiranku mula berputar kepada peristiwa yang berlaku tiga bulan yang lalu. Tiga bulan yang lalu, dia menegurku sewaktu aku sedang asyik membaca sinopsis novel di kedai buku MPH.
“ Bagus novel ni. Dijamin tidak rugi membeli.” Lelaki itu tersenyum memandangku.
Aku menoleh ke belakang melihat dengan siapa sebenarnya dia berbicara. Ruang belakangku kosong. Tiada siapa di bahagian itu kecuali aku dan dia. Lelaki itu ketawa melihat tindak tandukku. Aku turut sama ketawa.
“ Terima kasih.” Jawabku lalu bergerak ke rak yang seterusnya. Tidak mahu menyambung bicara walau senyuman lelaki itu amat manis sekali. Dia ku lihat terus menilik buku yang lain. Pasti peminat buku yang fanatik. Di tangannya sudah ada dua buku yang dikendongnya. Aku mengatur langkah ke arah bahagian buku-buku motivasi. Ada buku yang Suriya minta belikan.
“ Cara-cara Memikat Hati Suami. Menarik tajuk buku.” Tiba-tiba lelaki itu sudah berdiri di sampingku. Hampir-hampir terlepas buku yang ku pegang di tangan. Hatiku menyumpah memarahi lelaki yang selamba sahaja riak wajahnya itu.
“ Kawan saya kirim.” Entah kenapa aku memberikan penjelasan kepada lelaki yang tidak aku kenali itu.
“ Untuk awak pun sesuai juga.” Balas lelaki itu sambil menganggukkan kepalanya.
Aku menjelingnya lalu beredar menjarakkan diri. Namun langkahnya yang diatur tetap menuju ke arah aku. Apakah kerana kata-kata di kemeja T yang dipakainya menjadikan dia begitu bebas sekali berbicara sewenang-wenangnya dengan aku. ‘ World Without Strangers’ Itulah slogan di kemejanya. Mungkin itu jugalah slogan dalam hidupnya. Dunia tanpa orang asing! Aku tersenyum sendiri. Pelik pula terjemahan yang aku lakukan.
Kami bertemu lagi sewaktu di kaunter pembayaran. Dia yang berdiri di depanku, dengan penuh budi pekerti bak seorang lelaki Melayu terakhir telah beriya-iya mempersilakan aku untuk beranjak ke depan barisannya.
“ Ibu selalu nasihatkan, selalu utamakan perempuan. Yang kuat mesti membantu yang lemah,kan?” Dia memberikan penjelasan bila aku cuba menolak.
Aku yang tidak mahu mencuri tumpuan pengunjung yang lain, terus saja meletakkan buku-buku yang kubeli ke atas kaunter. Waktu aku sibuk menandatangani slip kad kredit, lelaki itu sempat membaca namaku yang tertera di atas kad.
“ Cik Hawa Firdaus. Sedap nama.” Dia bersuara hampir saja di telingaku.
Tingkahnya tidak kupedulikan. Waktu beg plastik berisi buku-buku diserahkan juruwang itu, aku segera beredar. Sempat telingaku menangkap jeritan lelaki itu.
“ Jumpa lagi, Cik Hawa.” Kuat juga suaranya memanggil namaku. Malu aku dibuatnya. Langkah kakiku semakin kuatur laju. Hasratku untuk meninjau ke butik yang berdekatan aku matikan. Tidak sanggup lagi mahu berhadapan dengan lelaki itu. Aku segera membayar caj parkir lalu bergerak ke arah tingkat lima. Hujung minggu begini, seluruh ruang parkir penuh dengan kereta. Manusia berpusu-pusu memenuhi Alamanda. Berbelanja seperti tiada hari esok!
Aku meletakkan barangan di tempat duduk penumpang lalu mengunci keretaku terlebih dahulu sebelum aku memakai tali pinggang. Aku menoleh ke kiriku setelah merasakan diri aku seolah diperhatikan. Ah, lelaki itu sedang tersenyum memandangku. Dia melambai-lambaikan tangannya. Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala kepadanya. Aku pura-pura menyusun barangan dengan harapan dia akan beredar terlebih dahulu dari aku. Namun setelah, beberapa minit berlalu, keretanya tetap di situ. Aku pun dengan risaunya, terus menggerakkan keretaku keluar dari ruang parkir dengan berhati-hati. Dari cermin kereta dapat kulihat keretanya di belakang keretaku.
Sangkaku dia lelaki pengacau, namun pertemuan kedua yang tidak kuatur terjadi juga sewaktu aku membuat aktiviti riadah di taman rekreasi itu. Kami bertemu lagi walau tidak berjanji. Kami sama-sama menghadirkan diri di taman rekreasi itu untuk menyahut seruan kerajaan yang mahukan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat. Dari pertemuan kedua itu, barulah kami memperkenalkan diri. Kini, sudah tiga bulan usia perkenalan kami. Entah berapa juta perkataan yang sudah terucap antara kami berdua yang suka berbalah. Dia utara, aku pula di selatan. Jika dia sukakan putih, aku berkeras mahukan hitam. Aku tidak suka mengaku kalah. Sebaliknya dia pula tidak jemu cuba mengubah apa juga pandanganku mengenai kehidupan ini. Lelaki, lelaki! Datangmu tidak kujemput, hadirmu tidak kutunggu. Namun, kewujudan engkau banyak mengubah aku.
Ingatanku yang jauh melayang dikejutkan oleh deringan telefon. Melihat namanya yang tertera, aku jadi serba salah. Namun membiarkan telefon itu terus menjerit juga sudah tentunya bukan satu tindakan yang sesuai.
“ Apa mimpi awak hari ini? Sudah habis rasa marah?” Tanyanya selepas salamnya aku sambut. Ada nada jenaka dalam tutur katanya yang bersahaja.
“ Saya tidak bermimpi apa-apa. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya berhenti bermimpi dan menerima kenyataan yang saya adakalanya terlalu mengikut perasaan. Memarahi orang lain sedangkan saya yang marah pada dunia bukanlah satu tindakan yang bijak, malahan jauh dari matang.” Ujarku perlahan. Mahu ku pohon kemaafan kerana sikap kurang ajarku malam tadi tetapi kata-kata itu hanya menghiasi minda bukan bibirku yang begitu sukar melafazkannya.
“ Saya yang bersikap keterlaluan. Saya yang sengaja menjolok sarang tebuan. Maafkan saya.” Perlahan suaranya namun jelas menusuk ke hati ini. Mudah benar dia meminta maaf dan memaafkan. Sedangkan aku, selalu keras hati dan sukar mahu beralah. Dia terlalu baik kepada aku. Kebaikannya itulah yang menakutkan aku. Aku bimbang aku akan kehilangan. Aku risau, jika kata-kata manisnya hanya menanam tebu di bibir.
“ Kenapa diam? Cantik paku pakis yang awak bagi saya ni. Kawan sepejabat sibuk cemburukan saya. Maklumlah, paku pakis ni unik dan tersendiri.” Dia berbicara lagi dalam nada riang.
“ Kita jumpa lepas waktu kerja ni boleh? Dalam pukul enam, sebab saya kena ganti masa kerja yang saya ambil bila berbicara cerita paku pakis dengan awak ni.” Sambungnya lagi dalam tawa yang masih belum usai.
Aku bersetuju dengan permintaannya. Bukankah aku sudah berjanji untuk membahagiakan diri pada pagi hari tadi? Lihat saja ke manakah arus hidup ini akan membawaku. Aku sudah penat menongkah arus hidup sendirian.

*****
Dia merenung mataku. Aku menundukkan wajah, tidak mampu menahan getaran yang menyesakkan dada. Kami hanya duduk diam tanpa bersuara. Dia kelihatannya lebih tertarik melihat kerenah manusia yang sedang sibuk lalu lalang mahu pulang ke rumah.
“ Tengok budak perempuan berpayung merah tu. Comelnya. Tapi kasihan, kecil-kecil sudah dieksploitasi. Kasut pun bertumit tinggi. Bibir merah diletak gincu.” Kata-katanya memecahkan keheningan suasana.
“ Salah siapa agaknya ya? Salah si ibu yang mengajar anak sekecil itu untuk kelihatan cantik atau silap si ayah yang secara fitrah sebagai lelaki sukakan sesuatu yang indah?” Tanyaku pula. Wajahnya ku lihat memandang aku dengan sepenuh perhatian.
“ Kenapa renung saya begitu?” Tanyaku lagi apabila dia terus memandangku tanpa memberikan jawapan kepada soalan yang aku lontarkan. Aku jadi semakin kekok bila terus diperhatikan sebegitu.
“ Hari ini awak nampak lain.” Jawabnya sambil menghirup minumannya yang masih bersisa di gelas.
“ Apa lainnya? Saya rasa biasa saja. Tiada yang lebih, tiada juga yang kurang.” Balasku sambil berfikir mencari kelainan yang diperkatakannya. Mungkin kerana hari ini aku berkebaya dan bukannya memakai blaus serta seluar seperti biasa.
“ Kelembutan awak lebih terserlah. Tidak seperti sebelum ini, awak bagaikan satria yang sedang berjuang di medan perang. Selalu marah pada dunia.” Jelasnya perlahan namun cukup menyentuh hatiku yang akhir-akhir ini begitu rapuh sekali.
“ Saya suka Hawa yang baru ini. Lebih menarik. Masih tegas tetapi penuh kelembutan yang mengasyikkan.” Dia menyambung kata-katanya lagi sambil menghadiahkan aku senyuman.
Aku menjadi semakin kaku mendengarkan tutur katanya itu. Pujiannya membuatkan aku dihambat rasa malu. Aku tidak tahu bagaimana mahu membalas. Tiada ayat yang sesuai dapat aku fikirkan untuk menghiasi bibirku yang sudah membeku.
“ Saya serius dengan lamaran saya. Baik saya ataupun awak ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Dengan restuNya, moga-moga kekurangan saya akan dapat ditutupi dengan kelebihan awak. Kelebihan saya pula mungkin boleh melengkapi kekurangan diri awak. Jadilah permaisuri hidup saya dan saya akan berusaha untuk menjadi raja yang setia dan menyayangi awak.”
Airmata yang aku tahan, menitis juga melimpahi tubir mata. Seumur hidup aku, tidak pernah aku menangis di depan seorang lelaki. Hanya lelaki ini yang boleh membuat aku marah namun dalam sekelip mata juga boleh membuat aku tenang dengan kata-kata nasihat yang sering menyentuh hati dan dapat diterima mindaku yang degil ini. Terima kasih wahai lelaki kerana sudi mengasihi aku. Terima kasih, Adam. Ya ALLAH ya Tuhanku, berkatilah hubungan antara kami ini. Dimatanya kulihat ada kesungguhan, di hatinya ku pertaruhkan harapan.

Monday, April 27, 2009

Tarikh Luput Cinta : Versi Cerpen

Pelik tetapi benar. Itulah situasi yang terpaksa aku hadapi kini. Dahulu, hubungan kami amat rapat. Bagai isi dengan kuku. Bagai aur dengan tebing. Antara kami, hubungan yang terjalin bukan setakat teman serumah tetapi juga teman sebilik. Kerap kali, saat malam mahu menginjak ke pagi, walaupun lampu sudah lama dimatikan, ruang kamar kami tetap tidak sunyi. Ada saja kisah yang mahu diceritakan. Tidak lengkap rasanya hidup jika dalam sehari, aku tidak mendengar hilai tawa dan gurau sendanya. Kami sama-sama berkongsi impian dalam menyusun langkah merempuh hidup yang penuh pancaroba.
Namun itu dahulu. Kini, walau berpapasan di depan muka pintu pun kami tidak bertegur sapa. Bukan aku yang tidak sudi tetapi Mariam yang tidak mahu. Salah aku seorangkah kerana mengeruhkan perhubungan yang dulu tulus dan jernih? Berdosa benarkah aku padanya hinggakan persahabatan yang terbina sekian lama kini putus berantakan?
Ironinya, walaupun kami tidak sebilik atau tinggal serumah lagi, kini kami tinggal berjiran pula. Bukankah 40 buah rumah yang berada di sekeliling kita akan dianggap sebagai jiran? Teringat aku pengajaran ustazah semasa aku di sekolah rendah dulu. Masalahnya, dia bukan tinggal 40 buah rumah dari rumah ku. Atau pun 20 buah rumah jarak jauhnya. Pangsapurinya berdepan dengan unit pangsapuri yang aku duduki. Rumahnya betul-betul di depan rumahku! Kacau, bukan?
Dahulu, sewaktu hubungan masih lagi terjalin erat, kami bersetuju untuk sama-sama memilih unit pangsapuri yang berdekatan. Kami impikan, kami akan sama-sama mengharungi usia tua bersama! Paling tidak pun, semasa kami masih muda ini, kami sama-sama dapat mengumpul harta. Sama-sama membantu jika salah seorang dari kami dilanda musibah. Ah, tinggi benar harapan yang kami semai. Rupa-rupanya, yang ada hanya kenangan yang indah dan bertukar menjadi mimpi ngeri.
Fikirku bila bersahabat, biarlah sampai ke mati. Tinggal berdepan pasti lebih menyenangkan. Namun, hati manusia siapalah yang tahu! Hati manusia memang tercipta untuk sukar sekali diteka apa isinya. Riak di muka tidak mencerminkan kata hati sanubari.
“ Belajarlah melupakan dia. Letakkan dia dalam lipatan sejarah. Biarkan dia berhabuk dan berdebu di situ.” Nasihat Aiman bila ku ceritakan masalah aku dengan Mariam. Dia lelaki. Pasti hatinya lebih kuat dan tidak mahu memikirkan soal remeh begini. Melihat wajahku yang masam kelat, dia menyambung bicaranya lagi.
“ Masa untuk kau dan dia bersahabat sudah tamat atau luput agaknya.” Tangannya menutup bibir menahan ketawa melihatkan mataku yang menjegil memandangnya.
“ Kau fikir, hubungan kami ini macam produk makanan? Ada tarikh luputnya?” Marahku sambil menghempas fail ke meja. Hilang sudah selera makanku mendengarkan nasihat Aiman yang langsung tidak boleh digunapakai.
“ Tentunya setiap yang hidup akan mati. Yang terjalin boleh putus, yang kahwin pun boleh cerai. Itu semua bukan tarikh luput ke?” Aiman mempertahankan pendapatnya sambil ketawa tidak henti. Rakan sepejabatku ini memang sudah tidak siuman agaknya. Perkara hidup dan mati pun boleh dijadikan gurauan.
“ Cepatlah kemas fail. Nanti habis lauk pauk. Lapar perut tak berisi dari semalam.” Sergah Aiman apabila melihat aku masih lagi memegang fail dan duduk termenung. Aiman memang seorang lelaki yang amat menepati waktu. Kalau ku katakan pukul dua, pukul satu lima puluh sembilan, pasti dia sudah terjongol di depanku. Satu sifatnya yang amat aku senangi kerana aku juga sepertinya, amat tidak suka dalam bab tunggu menunggu. Setiap saat yang dibazirkan boleh membuatkan darah aku mendidih.
“ Kau pergilah. Aku hilang selera.” Aku duduk semula. Sengaja tidak kupandang wajah Aiman yang sudah tentunya tidak puas hati dengan kerenahku. Tiba-tiba laju saja Aiman melangkah dan sekelip mata tangannya sudah mencapai tas tanganku yang diletakkan di atas rak fail. Langkah di atur ke arah pintu dan lampu bilik dimatikan. Aku kini dalam kegelapan.
“ Aku tak kira, kau kena temankan aku makan. Aku kira sampai tiga, kalau kau tak bangun….” Ugut Aiman yang sudah berdiri di tepi pintu. Di bahunya, tas tanganku diletakkan. Hodoh sungguh rupa lelaki apabila memakai tas tangan! Aku mahu mengatur ayat lagi untuk memarahinya namun niat itu kumatikan saja. Aiman kalau sudah buat keputusan bukan boleh diubah-ubah. Keras kepala!
“ Aku tahu apa dalam hati kau! Kalau pasal keras kepala, kepala kau lebih keras dari aku. Kau lagi teruk. Degil!” Bebel Aiman sewaktu di dalam lif. Cakapnya tidak aku pedulikan. Biarkan dia membebel. Sebentar lagi dia pasti diam sesudah amarahnya reda.
Sudah 4 tahun kami bekerja di bawah satu bumbung. Segala ragam dan kerenahnya sudah cukup aku fahami. Entah kenapa, aku amat rapat dengannya. Ada yang mengatakan kami bercinta tetapi hakikatnya cinta Aiman hanya untuk kekasihnya seorang. Lelaki ini cukup setia pada Suzita yang kini masih lagi belajar di Jepun. Dari program master kini mahu beralih mencapai Phd pula. Mahu menggapai peringkat tertinggi dalam pengajian. Suzita anak orang kaya maka tentunya wang ringgit tidak menjadi masalah untuknya terus mencapai impian. Naiklah yen setinggi mana, impian Suzita pasti dipenuhi. Maklumlah anak tunggal.
Aku pula memilih untuk membiarkan saja apa yang dikatakan orang. Fitnah mereka akan menambahkan pahalaku! Mungkin juga ku biarkan saja tohmahan itu kerana aku selesa bersama Aiman. Adanya Aiman bermakna tiada lelaki yang berani mendekati aku. Tiada pelanggan yang akan mengendeng hendak mengajak aku keluar berpesta yang kononnya sebagai salah satu ritual yang biasa dalam dunia korporat.
Aku sebolehnya tidak mahu didekati lelaki. Aku tidak sesuai untuk digandingkan bersama mereka. Aku mahu terus sendiri. Semuanya kerana Amir. Amir yang kini sudah menjadi teman lelaki Mariam. Teman lelakinya itu amat aku benci. Seringkali dalam amarahku yang memuncak dan disusuli dengan akal yang tidak waras, aku kerap mendoakan kematiannya. Ya, biar Amir mati. Amir mesti mati. Namun saat sesalku datang, aku meminta ampun dari Tuhan Yang Esa kerana aku hanya manusia biasa yang selalu lalai dan lupa. Aku berdosa mendoakan musibah untuk makhlukNya. Ampuni aku, Ya Allah! Ampuni aku. Pintaku bertalu-talu.
Bagaimana pula aku boleh rapat dengan Aiman ya? Takdir Allah yang menentukan. Walaupun kerap bermusuhan pada awal perkenalan tetapi kesungguhan lelaki itu mahu berkawan membuatkan aku dapat menerima dirinya. Sementelah pula cerita kasih setianya pada Suzita membuatkan aku tidak terasa terancam dengan kelelakiannya. Berdasarkan gambar Suzita yang diletakkan di atas mejanya, aku dapat meneka mengapa Aiman begitu setia. Kecantikan Suzita sungguh menawan. Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan Suzita. Dia bagaikan bidadari sedangkan aku hanya gadis biasa.
***
“ Orang cemburu memang begitu Aida. Tidak boleh nampak orang senang. Aku bukan lesbian. Aku perempuan normal yang mahu lelaki sebagai kekasih.” Kuat benar suara Mariam pagi itu ketika berbual dengan sepupunya sewaktu pintu rumah kubuka pagi tadi. Sengaja mahu aku mendengar kata-kata sindirannya. Aku hanya tersenyum dalam diam. Wajah Aida aku pandang sekilas. Kasihan Aida yang kelihatannya serba salah. Mukanya ditundukkan ke lantai pura-pura memakai sandal. Aida, sepupu Mariam yang berumur awal 20an itu tidak berani menegurku di hadapan Mariam. Dia tahu tahap kebencian Mariam kepadaku sudah sampai peringkat tiada jalan berpaling lagi.
Aku yang mendengar membiarkan saja mulut celupar Mariam berbicara sesuka hatinya. Pintu gril aku kunci kemas. Aku menyanyi kecil. Tidak mahu mendengar omelan Mariam lagi. Pada Aida aku hadiahkan senyuman yang manis. Semanis madu! Biar harinya yang bermula dengan rasa serba salah itu dapat dilalui dengan lebih ceria.
“ Kawan apa kalau tidak suka melihat kawannya bahagia.” Suara Mariam masih lagi meninggi. Kasihan Aida. Pasti hampir pekak telingannya mendengarkan celoteh Mariam yang tidak menentu itu. Sebelum ini, melihat wajahku pun sudah tidak sudi. Mariam berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak terserempak denganku. Maklumlah rumah kami bertentangan. Bunyi pintu gril di buka pasti boleh didengar. Namun kini, situasi sudah berubah. Dia sebolehnya mahu terserempak denganku supaya dia dapat memuaskan hatinya melalui sindiran yang pedas dan laser itu. Sayang, aku pula menjadi semakin tidak peduli.
Sekalung tahniah patut aku berikan kepada Amir. Kehadirannya dalam hidup Mariam telah berjaya membuatkan hubungan kami hancur berderai. Amir menyemai kebencian di hati Mariam. Lelaki yang sepatutnya diciptakan Allah supaya menjadi pelindung kepada perempuan itu adalah lelaki yang tidak punya belas kasihan. Dia petualang yang tidak pernah menghormati perempuan. Amir selalu meletakkan perempuan sebagai alas kakinya sahaja. Tidak pernah dekat di hati untuk disayangi. Malang bagi Mariam, tanpa disedarinya permata yang dikendongnya itu adalah biawak hidup yang patut direjam dengan batu.
“ Kenapa akak tidak sukakan abang Amir? Kalau akak belajar menerima dia, mungkin hubungan akak dengan kak Mariam masih lagi baik. Akak tak sayang ke hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin? Sayang,kak!” Tanya Aida kepadaku. Waktu itu kebetulan Mariam bertugas ke luar daerah. Waktu beginilah saja wujudnya ruang untuk kami berbicara walau hanya di depan pintu sahaja. Aida meluahkan rasa sesalnya manakala aku sekadar cuba membunuh kesunyian hujung minggu yang amat membosankan.
“ Mati hidup semula pun akak tak akan dapat menerima Amir. Maafkan akak. Tidak pernah berniat hendak putus hubungan dengan Mariam. Tapi… Biarlah saja Aida. Mungkin lebih baik begini. Dia dengan dunia dia, akak pula dengan dunia akak.” Jelasku tanpa meluahkan rahsia yang pendam sekian lama. Biar aku saja yang tahu siapa Amir sebenarnya.
Aku sudah puas berkias dengan Mariam dahulu. Puas memujuknya menyelidik latar belakang Amir supaya kelak dia tidak akan kecewa apabila mengetahui kejahatan Amir. Namun bagi Mariam, aku ini perempuan yang cemburu. Aku dengkikan dia yang berjaya memikat hati seorang lelaki yang tampan dan bergaya seperti Amir. Di benaknya mungkin tidak terfikir, yang putih itu mungkin kusam sebenarnya dan yang hitam pula lebih luhur walau dalam misteri. Ingatan aku terimbau pada detik perkenalan Mariam dan Amir.
“ Dia lelaki yang sempurna di mataku, Lili. Setiap senyuman dia aduh, boleh buat aku gila! Dia baik, Lili. Yang terbaik untuk aku. Nanti aku jumpakan kau dengan dia, ya?” Malam itu Mariam bercerita lagi tentang lelaki yang baru dikenalinya itu. Semenjak minggu lepas, nama Amir saja yang menghiasi bibirnya. Setiap malam juga saat lampu sudah dimatikan, dalam gelap gelita itu nama Amir jugalah yang disebut-sebut. Aku hanya tersenyum mendengarkan ceritanya. Aku jadi teruja mendengarkan kebaikan Amir. Masih adakah lagi lelaki yang sebegitu? Begitu memahami nurani seorang wanita, romantik dan bertanggungjawab.
Saat kami ditemukan, teruja ku bertukar menjadi mimpi yang ngeri. Waktu mata Amir berlaga dengan mataku, rasa benci meluap-luap menyesakkan dada. Namun menghormati Mariam yang amat gembira pada petang itu, aku dan Amir sama-sama mengunci mulut. Namun diamku tidak lama. Sebaik sahaja pulang ke rumah, aku merayu Mariam agar melihat Amir dengan lebih teliti. Sayang, Mariam sudah dibutakan cinta. Kasih Amir sudah meresap ke seluruh pembuluh darah di badannya. Sayang Amir bagaikan air yang melimpahi hati Mariam hinggakan tiada ruang untuk aku mempengaruhinya.
“ Jangan sebut nama Amir lagi, Lili. Kalau kau sahabat aku, hormati pilihan aku. Aku sayangkan Amir. Aku tidak boleh berpisah dengan dia.” Kata Mariam setelah lama kami berperang dingin.
“ Tapi Mariam, aku…”
“ Cukup, Lili! Aku tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Cukup!”
Mariam memotong kata-kataku. Tidak sempat aku untuk berkata lagi, Mariam sudah mencapai kunci keretanya dan keluar dari rumah. Aku yang bangun berdiri, duduk semula. Majalah yang kupegang, ku letakkan semula ke lantai. Airmata menitis di pipi. Aku benci Amir. Aku benci Amir. Aku benci…. Aku menjerit sekuat hati. Mug di atas meja ku lemparkan ke dinding. Pecah berderai kaca bertaburan di atas lantai.
***
“ Berangan lagi? Kalau berangan macam ni, sampai esok pun kerja atas meja tu tak siap-siap.” Sergah Aiman yang sudah siap memegang begnya. Tali leher pun sudah dibuka. Lengan kemejanya sibuk dilipatkan ke atas.
“ Mana ada berangan? Aku termenung mengenangkan perut yang lapar. Usus aku terasa di gigit-gigit.” Keluhku sambil ketawa. Tanganku lincah mengemas fail-fail di atas meja.
“ Bakteria saja yang ada cita-cita hendak menggigit usus kau tu. Jum, kita makan dulu. Aku dah tempah. Halim kata sepuluh minit lagi siap.” Aiman memberitahu.
Aku memandang Aiman sambil tersenyum besar. Terliur sudah rasanya membayangkan keenakan masakan di restoran Halim, sahabat sekampung Aiman yang terletak di bangunan bersebelahan pejabat kami. Tengahari tadi dek kerana sibuk menguruskan mesyuarat yang terbabas melampaui waktu makan , aku hanya minum Milo untuk mengalas perut yang kosong.
“ Kau pesan makanan yang aku suka ke tidak?” Tanyaku sambil mengambil beg Aiman setelah melihat dia terkial-kial mahu mengunci pintu pejabat. Tinggal kami berdua sahaja pada malam ini. Teman yang lain sudah lama pulang ke rumah. Untunglah syarikat yang mempunyai pekerja yang masih bujang seperti kami. Pulang lewat tiada siapa yang mahu marah.
“ Tidak.” Jawab Aiman selamba sewaktu mula menuruni tangga.
“ Apa yang tidak?” Tanyaku pula kehairanan. Fikranku sudah jauh melayang ke isu dunia yang lainnya.
“ Makanan yang aku pilih. Semuanya yang kau benci.” Aiman tergelak melihat wajahku yang keliru.
“ Aku pilih tanduk lembu goreng kunyit, muncung itik masak cili padi dan siput dot dot dot goreng berlada.” Aiman menyambung bicaranya lagi disulami dengan ketawanya yang terkekeh-kekeh.
“ Kelakar sangat ke?” Selamba aku bertanya sewaktu sampai ke anak tangga terakhir. Penat juga menapak apabila pejabat kami terletak di tingkat tiga. Namun ada juga kebaikannya. Maklumlah senaman percuma untuk orang – orang malas seperti aku.
“ Entah! Tapi bunyi macam sedap juga ya nama makanan yang aku sebut tadi.” Aiman menyeringai lagi menampakkan sebaris gigi yang putih bersih.
Kata-kata Aiman aku sambut dengan gelengan kepala. Lelaki ini ada-ada saja idea untuk mengenakan aku. Tidak penatkah dia walaupun sudah seharian bekerja? Hanya pakaiannya saja yang sudah sedikit renyuk namun riak mukanya masih lagi riang dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Kalau aku yang menjadi Suzita, pastinya aku tidak mahu berjauhan dengan orang yang tersayang. Aku takut, bila jauh di mata akan jauh juga di hati akhirnya. Bukan kesetiaan Suzita yang aku curigai tetapi sifat fitrah lelaki yang dikuasai nafsunya yang satu itu aku takuti.
***
Aku mengatur langkah perlahan menuju ke muka pintu. Kalau boleh, mahu saja aku heret beg yang ku pegang. Aku sudah terlalu penat. Malam sudah semakin larut. Berbual sambil menikmati hidangan makan malam tadi membuatkan kami tidak sedar masa yang cepat berlalu pergi. Aku dan Aiman berpisah menuju ke destinasi masing-masing ketika jam sudah mahu mencecah 11 malam.
Ketika tanganku sedang sibuk mencari-cari kunci rumah di dalam beg, telingaku menangkap suara ketawa lelaki dan perempuan di belakangku. Aku tidak menoleh namun terus memegang kunci dan membuka pintu gril.
“ Jangan bising-bising, sayang! Ada orang dengki nanti!” Suara Mariam kedengaran lalu disambut oleh deraian ketawa seorang lelaki.
Aku tidak mahu menoleh. Aku diamkan saja kata-katanya itu.
“ Cepatlah buka pintu sayang! I dah tak sabar ni.” Balas Amir sambil ketawa.
Aku memasuki rumah dan pintu kukunci semula. Aku berdiri di belakang pintu tanpa bergerak. Hilai tawa mereka berdua masih lagi kedengaran. Ya Allah! Ya Allah! Beberapa kali aku menyebut namaNya dan beristighfar. Aku berdiri di balik pintu hampir sepuluh minit lamanya. Cuba mendengar suara Amir lagi. Cuba mendengar jika ada derapan kaki yang menunjukkan Amir telah pergi dari rumah Mariam. Namun yang ku dengar hanyalah kesunyian malam. Hanya degupan jantungku yang masih lagi berdegup kencang.
Dan malam itu aku lalui dengan amat payah sekali. Aku rasa berdosa jika benar telahan ku bahawa Mariam dan Amir sedang bergelumang dosa tidak beberapa meter saja jaraknya dari kamarku ini. Tidurku yang seketika juga diganggu mimpi masa lalu yang sudah lama aku cuba bunuh dan kebumikan.
Esok paginya, saat aku mahu mengundurkan kereta, dari cermin dapat ku lihat Amir sedang berjalan menuju ke keretanya. Tangannya sibuk membutangkan bajunya yang terbuka. Kalaulah tindakanku mengundurkan kereta hingga melanggarnya dan membuat dia mati tidak dikategorikan sebagai satu jenayah, pasti aku sudah melakukannya. Astaghfirullah, aku beristighfar lagi! Kereta kupandu laju meninggalkan ruang parkir itu.
***
Petang itu ketika Aiman sedang sibuk membantu aku memunggah barang-barang yang kami beli untuk salah satu kursus motivasi yang dirancangkan hujung minggu nanti, aku terkejut apabila mendapat panggilan dari Aida. Dia memintaku untuk ke hospital. Mariam keguguran katanya. Sudah semalaman Mariam di hospital. Aku keberatan untuk mengunjunginya namun pujukan Aiman membuatkan aku mengheret juga kakiku untuk melawat Mariam.
Di atas katil, Mariam berbaring dengan wajah yang pucat. Sewaktu aku melangkah masuk, wajahnya dipalingkan. Mungkin malu atau mungkin juga tidak sudi menerima kunjungan aku. Aku hanya berdiri mendiamkan diri dan membiarkan Aiman dan Aida berbual. Aida menceritakan yang Mariam terjatuh ketika berlari menuruni tangga lalu pengsan apabila melihatkan darah yang mengalir dikakinya. Dia berlari mengejar Amir sebenarnya. Mereka berdua bergaduh. Mariam tidak tahu bahawa dia sudah mengandung. Tambah Aida lagi, melihat Mariam yang berlumuran dengan darah, Amir berdesup melarikan diri. Hingga kini dia tidak berjaya menghubungi Amir. Dari semalam, talian telefonnya dimatikan. Alamat tempat kerja dan rumah yang diberikan, rupanya palsu.
“ Kau tentu suka tengok aku begini?” Tanya Mariam setelah Aida habis bercerita. Sinis soalannya dilemparkan kepada aku.
“ Aku tahu, kau sakit hati dengan apa yang berlaku. Bersyukurlah dengan takdir Allah. Jika tidak, sampai bila-bila pun Amir tetap mulia di hati engkau.” Aku menjawab dengan perlahan. Matanya ku renung tajam.
“ Kak Lili, kenapa akak benci sangat Amir? Ceritalah kak. Sudah terlalu lama kakak berdua berperang kerana dia.” Aida meminta aku untuk membuka rahsia yang ku simpan sekian lama.
Aku hanya menggelengkan kepala. Pada Aiman aku memintanya untuk menghantar ku pulang. Aku sudah menjalankan tanggungjawabku sebagai jiran. Seorang jiran dimestikan melawat jirannya yang sedang sakit. Kata-kata ustazah itu masih aku ingat.
“ Aku percaya Amir sayangkan aku. Amir kata kau benci dia sebab dia tolak cinta engkau. Dia kata kau sudah ditebuk tupai dan kau meminta dia untuk dijadikan pak sanggup. Apabila dia tidak sudi, kau membenci dia.” Jerit Mariam kepadaku. Langkah yang baru mahu ku atur, terhenti di muka pintu. Mariam kini berdiri di tepi katil dan memandangku dengan penuh perasaan benci.
“ Amir yang kau sanjung itu adalah perogol! Dia memperkosa aku. Ya, aku pernah mengandung hasil dari benih yang dialirkannya ke dalam tubuhku tanpa rela. Sembilan bulan, Mariam! Sembilan bulan aku menanggung malu. Sakitnya ketika melahirkan bayi yang tidak berdosa itu tidak sama sakitnya hati aku bila bayi yang kulahirkan itu mati sewaktu dilahirkan.”
Aku membuka juga rahsia yang lama aku simpan. Ketika itu aku baru berusia 17 tahun. Masih mentah dalam menilai hati budi seorang lelaki. Dia anak kawan baik mama. Aku tidak pernah menyukainya tetapi aku menurutkan kata mama yang amat berhajat mahu merapatkan hubungan antara keluarga kami. Mama membenarkan aku dibawa ke parti harijadi dan aku tidak pernah tahu apa yang berlaku di penghujung malam itu. Yang ku tahu, esok harinya aku terjaga tanpa seurat benang menutupi tubuhku. Airmata darah mama tidak berupaya mengembalikan keremajaanku yang direntap dengan kejam oleh nafsu buas seorang lelaki.
“Kenapa kau merahsiakannya daripada aku? Jika kau benar-benar kawan aku, kau sepatutnya memberitahu aku segala yang kau tahu mengenai Amir.” Lantang Mariam bersuara.
“ Aibku ini bukan mudah untuk kujajakan kepada sesiapa walaupun kepada engkau.” Jelasku perlahan. Hatiku yang mengasihaninya sebentar tadi sudah hilang di bawa marah yang menderu datang.
“ Tapi kalau aku tahu semua yang berlaku pada kau, aku akan jauhkan diri dari Amir. Ini semua salah kau, Lili.” Mariam menuduhku pula. Aida disebelahnya kelu tidak bersuara. Dia terduduk di sofa melihatkan kami yang masih bertelagah walau dalam situasi yang begini. Aiman pula hanya berdiri tegak mematung disebelahku. Memberi kekuatan walau hanya berdiam. Mungkin dia juga terkejut mendengarkan kisah lara hidupku. Jika takdirNya, aku kehilangan segala-galanya setelah menanggung beban rahsia ini begitu lama, aku sesungguhnya rela. Biarlah. Biarkan aku terus sendiri menanggung derita ini.
“ Kau dengan aku sama-sama mangsa, Mariam! Aku mangsa nafsu buas lelaki itu dan kau pula mangsa nafsu kau sendiri! Jangan kau lupa, bukan sekali, bukan sepuluh kali tetapi beratus-ratus kali aku cuba untuk menyedarkan engkau siapa Amir sebenarnya.” Aku tidak mahu lagi terus-terusan dipersalahkan. Mariam harus diberi kesedaran.
“ Dia memperkosa aku! Engkau pula bagaimana? Dia memperkosa engkau atau dirimu itu kau serahkan dengan penuh rela?” Tanyaku sambil memandang tepat ke arah wajah Mariam. Pang! Berdesing telingaku saat tamparan Mariam singgah ke pipiku. Mujur ada Aiman yang sempat memegang tanganku. Jika tidak pasti aku sudah jatuh tersasar ke lantai. Aiman kini berdiri antara aku dan Mariam.
“ Apa gunanya kita bergaduh sedangkan orang yang digaduhkan entah ke mana larinya?” Aiman memberikan nasihat. Aku mendiamkan diri.
Pipiku yang perit ku usap perlahan. Mariam pula mengongoi menyambung tangisnya kembali di bahu Aida. Aku tahu kata-kataku sebentar tadi tidak sepatutnya aku lafazkan. Mariam sedang terluka dan tindakanku itu tidak ubah seperti menyapu garam ke atas lukanya. Aku berundur ke belakang. Tas tangan yang ku letakkan di atas meja sebentar tadi, aku ambil. Aku tidak mampu berada lebih lama di sini. Mariam sudah dewasa. Dia perlu belajar merawat kelukaan hatinya sendiri. Biarkan dia bertanggungjawab di atas pilihannya sendiri. Tiada siapa yang memaksanya untuk setuju dengan pujuk rayu lelaki celaka itu.
Aiman mengekoriku tanpa berbicara sepatah kata. Aku melangkah ke lif. Aku mahu jauh dari tempat ini buat seketika. Kami sama-sama melangkah ke kereta. Aiman membukakan pintu untuk aku. Aku memasuki kereta dan terus berdiam diri. Aiman ku biarkan memandu. Bawalah aku ke mana saja asalkan jauh dari sini. Sebaik saja kereta diparkir, Aiman melepaskan keluhan. Aku menoleh ke arahnya.
“ Aku tidak mungkin sekuat engkau, Lili. Menempuh semua ini tanpa sesiapa. Kenapa kau merahsiakannya dari aku?” Tanya Aiman. Suaranya yang prihatin menyentuh hatiku yang sangat sensitif pada waktu ini.
“ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku tidak mahu ada orang yang susah hanya kerana kasihan kepada aku. Aku benci pada orang yang memandang aku dengan pandangan belas kasihan. Aku tidak perlu simpati orang.” Aku berkata dengan tegas.
“ Aku hanya mahu meminjamkan bahu untuk engkau tumpang menangis jika perlu. Aku hanya mahu sama-sama berkongsi suka dan duka dengan engkau yang aku anggap penting dalam hidup aku. Bukan kerana belas kasihan.”
Peristiwa pahit itu telah lama berlalu. Lama sebelum aku mengenalinya maka wajarlah untuk aku melupakannya saja. Aku berusaha untuk tidak membiarkan ingatan buruk itu menyelinap masuk ke dalam mindaku. Aku tidak mahu memandang ke belakang lagi, aku hanya mahu bergerak ke hadapan saja.
“ Lupakan saja apa yang kau dengar tadi. Anggap ianya tidak pernah berlaku. Aku berterima kasih kerana kau banyak membantu aku selama ini. Maafkan aku jika banyak menyusahkan engkau.” Tuturku perlahan.
“ Engkau bercakap seolah-olah kita sudah tiada ruang masa lagi untuk bersuamuka lagi.” Tegur Aiman yang jelas kurang senang dengan kata-kataku tadi. Aku memandang wajahnya seketika. Bersama Aiman, amat mudah sebenarnya. Walaupun aku berkias, dia sudah memahami apa yang hendak aku perkatakan.
“ Mungkin lebih baik begitu. Aku tidak sesuai untuk dijadikan kawan rapat. Aku pendendam orangnya. Lihat saja Mariam. Saat dia terluka, aku tidak bersifat air yang boleh menenangkan. Sebaliknya, aku memilih untuk menjadi api yang memarakkan. Aku tidak sempurna.” Airmata yang mengalir di pipi ku biarkan berjuraian.
“ Kau Lili, adalah wanita sempurna di mata aku! Tiada cacat celanya.” Aiman bersuara memberikan kekuatan kepadaku.
“ Kau tidak tahu apa yang engkau cakapkan.” Balasku sambil ketawa. Airmata di pipi ku lap dengan tangan. Aiman turut ketawa melihat aku. Tisu dicapai dan diberikan kepadaku.
“ Mungkin ini bukan masa yang sesuai.” Aiman berbicara lagi. Matanya tajam merenung wajahku. Aku memandangnya dan menunggu apa yang ingin dikatakannya. Bibirnya ku lihat beberapa kali mahu bersuara namun terhenti. Aku menunggu dengan sabar.
“ Aku ada rahsia yang hendak aku ceritakan pada kau. Kau janji kau jangan marah.” Melihatkan kesungguhannya, aku tidak sampai hati untuk berkata tidak. Aku yakinkan Aiman yang aku akan menahan marahku. Dia sudah banyak membantu ku hari ini. Mana mungkin aku menolak apa juga permintaannya asalkan bersesuaian dan rasional di fikiranku.
“ Aku dah lama putus dengan Suzita. Dah dua tahun.” Akhirnya dia bercerita.
“ Putus? Dua tahun? Kenapa?” Soalku bertalu-talu. Lupa seketika masalahku. Hilang segala kisah Mariam dan Amir yang aku benci itu.
Aiman ketawa melihat tingkah lakuku. Dia mengeruk kepalanya namun tidak berkata apa-apa. Mungkin masih dalam kebuntuan untuk menyambung cerita.
“ Dia mahu menetap di sana. Suzita mahu menjadi Suzika di Jepun. Mahu aku berpindah ke sana juga. Aku tolak permintaannya yang gila itu. Aku ada emak ayah di sini. Mana mungkin aku menjadi Nobita di Jepun!” Jawabnya disusuli dengan ketawa. Kisah cintanya tidak ubah seperti kartun Doraemon.
“ Kenapa tunggu dua tahun baru mahu bercerita?” Soalku setelah ketawanya tamat. Soalan aku dibiarkan tidak berjawab untuk beberapa minit. Sunyi memenuhi ruang kereta.
“ Aku takut aku akan kehilangan seseorang jika dia tahu aku sebenarnya tidak ada kekasih. Aku tahu dia tidak begitu menyenangi kaum lelaki. Adanya Suzita, walaupun satu watak khayalan aku membuatkan dia tidak takut untuk ke mana-mana dengan aku.” Jawabnya memecahkan kesunyian.
Akukah seseorang yang dimaksudkan itu? Siapa lagi yang boleh begitu spesifik sikapnya yang menjurus kepada diri aku? Aku memejamkan mata dan melepaskan keluhan. Aku mendengar saja sambungan kata-katanya lagi yang seolah tiada titik noktah. Dia menceritakan yang dia amat tertarik dengan seseorang itu namun takut untuk meluahkan hasrat hati. Dia sudah lama juga meneka yang masa silamku penuh dengan keperitan menyebabkan kepercayaanku kepada lelaki amat nipis sekali. Melihatkan aku yang terus berdiam, Aiman menyambung bicara lagi.
“ Jangan anggap aku mengasihani engkau. Aku mahu kau lupakan saja masa silam kau itu. Bina masa depan bersama aku. Kau tetap perempuan yang aku hormati.”
“ Aku perlukan masa, Aiman. Aku takut untuk membuat apa-apa juga keputusan dalam situasi seperti ini.” Pintaku agar dia memahami diriku yang kegelisahan ini.
“ Aku tahu dan aku faham. Satu saja pintaku. Aku lelaki setia tetapi aku juga lelaki normal. Aku sanggup berikan kau masa tetapi janganlah terlalu lama. Aku takut rasa sabarku sampai tarikh luputnya.” Balas Aiman sambil tersenyum.
Aku juga tersenyum mendengar kata-katanya. Aku merenung langit yang membiru. Awan putih yang berarak di bawa angin bagaikan menggambarkan peralihan zaman dukaku. Ya Allah, Ya Tuhanku, terima kasih di atas rahmatMu. Izinkan aku bahagia jika benar dia Kau ciptakan untukku. Doaku lagi, moga cinta Aiman tiada tarikh luputnya. Biar kekal hingga ke hujung nyawa.