Sunday, March 29, 2009

SMS, YM & Emel

Sms…. Teknologi yang boleh buat kita manusia biasa menjadi luar biasa tanpa dipinta! Waktu jiwa saya kelam dan dia memberikan sms yang memberikan inspirasi, mata yang layu pun menjadi segar dengan keriangan yang dibawanya. Perjalanan yang jauh menjadi tidak terasa kepenatannya.

Lynn: Sy nak ke penang ni. Hujan lebat, tapi kena kuar jugak. Doakan selamat ya.
X: Jaga diri baik2 k, baca doa bnyk2 dgn zikir nabi Yunus.
Lynn: Lagi?
X: Muah2…huhu!

Sms juga jadi penghubung apabila saya tidak mampu berkata-kata tetapi mahu meluahkan rasa. Dengan bersms, saya menjadi lebih confident dan tidak malu mahu bercerita.

Lynn: I hate myself for feeling like this.
Y: Please remember, that u r not a Superwomen… Don’t beat urself.

Selain sms, ym juga menjadi medan kita berhubung sesama manusia. Yang penting ada kemudahan internet dan yang jauh menjadi sangat rapat di hati.

Lynn: Klu awak ada dekat dgn saya, sah kena cubit!
Z: Saya lari…
Lynn: Haha…lari menjauh ke…atau lari mendekat?
Z : Emmm...awak suka yang mana ?

Ah, saya yang terdiam akhirnya. Pandai-pandai lagi nak flirting! Sendiri pulak yang kehilangan perbendaharaan kata!

Pernah sekali, saya berperang. Kerana perang dingin, panggilan dia saya tidak pedulikan. Sms dia saya baca dan padam... Setiap kali telefon berbunyi...saya rasa nak menangis! Sekali dua berbunyi, saya boleh tahan lagi tetapi kalau sampai 8 kali berbunyi2.... Aduh... tapi saya yang keras hati terus juga berdiam.
Esok pagi bila masuk office, buka emel..... uwa banjir jadinya setelah membaca emelnya. Bila dia bersungguh sebegitu....saya jadi hilang arah haluan!

Wednesday, March 25, 2009

Kenangan Terindah di Sabah

Pesta Buku Sabah sudah berakhir. Yg masih tidak berakhir adalah demam saya. Doktor bagi mc 2 hari.... Ini rasanya sakit paling lama yang saya alami. Ada beberapa kisah yang saya nak saya ceritakan selama 5 hari berkampung di Promenade dan Centerpoint KK. Antaranya adalah:

1. Kami dapat gelaran unik masa di sana. Ada sorang tu kami gelar Ratu Pasar Filipina. Mana taknya, pagi2 dia ajak kami ke sana, waktu malam ke sana jugak. Hehe, salah sy ke yang jadi tukang bargain tidak rasmi bagi dia yang matanya berkelip2 bila melihat brooch & gelang yang berkilau2. Tapikan... saya dapati masa tengok ikan kering, udang kering dan ikan bilis... matanya bersinar2 jugak. Macam lampu di dada ultraman! Haha

2. Ada sorang ni pulak... saya panggil Ratu Sinsuran. Kami baru di gerai yg pertama...dia dah bergerak ke 3, 4 gerai yg lain. Laju aje langkahnya. Penuh semangat. Saya suka soalan aleya... kena pergi pasar tu lagi ke? Hahaha...

3. Yang sorang ni lagi best. Dia dari KL dh awal2 kata, tak akan beli apa2! Ikan bilis, ikan kering nak buat apa! Huh! Sudahnya bila sya berjaya menawar harga dia pulak yang akan kata, " saya nak jugak!" Dan waktu nak balik, naik rebeh bahu dia menjinjing beg yg tentunya berisi ikan kering, sotong kering, kuih cincin! Hehe...

4. Air kelapa: minuman rasmi kami kat sana. 4 hari, 6 biji air kelapa saya minum. Mengorek degan ( isi kelapa) sampai bengkok sudu! Haha... seronok betul minum air kelapa kat Sabah. Airnya manis...nyaman!

5. Fresh seafood! Hari pertama...sy bawa kwn2 ke pasar. Besar mata mereka melihat murahnya seafood di sini. Sekilo sotong yang besar gila n fresh gila yang tentunya sedap giler, hanyalah rm7. Kami syok tengok seafood sampai suruh Ramlee Awang Murshid tanya emak dia, ada extra rice cooker tak? Haha! Bila jawapannya tak ada, kami masih tak berputus asa. Hehe... hasilnya, saya membeli rice cooker khas utk masak tomyam! Gilakan? Haha. Petang tu, sementara duduk tunggu peminat meminta autograf, Aleya diarahkan Cikgu Anis... buat list ingredients nak masak tomyam! Haha.... Sekilo udang, sekilo sotong, sawi jepun, daun limau purut, bawang, cendawan, serai, cili padi.... Kak Anis tanya, nak ketuk serai mcm mana? Saya kata, himpitkan aje kat celah pintu bilik. Aleya bagi cadangan, ketuk dgn kerusi! haha.... kerana tomyam, sepanjang petang kami tersengih2 menunggu jam 7 sampai! Malam tu kamu berpesta...Yum! Yum! Sedap hasil tangan kami...

6. Proses tawar menawar. Aleya siap boleh rakam ekspresi muka saya. Senang aje. Saya akan tanya, berapa ringgit? Bila penjual tu kata, rm20. Sy hanya geleng kepala. Penjual serta merta akan turunkan, rm18. Sy geleng lagi... Hehe... sampailah ke harga yang saya inginkan! Hehe, kat sabah beranilah sya main twr menawar macam tu. Kat Petaling Street, mati sy tak akan berani!

7. Makan tengahri di rumah RAM jugak antara kenangan yang tak dapat dilupakan.
Pergh....penuh meja dgn hidangan yang sungguh sedap. Udang, ketam, sotong, ikan tuna bakar, kerabu pegaga, pecal.... uwa, kami makan dengan penuh bersemangat! hehe...wlu demam n kurang deria rasa...makan jugak! terima kasih ya RAM! Jangan malu2 untuk ajak kami lagi. Hehe

Rasanya banyak yg berlaku sepanjang 5 hari di sana. Walau kurang sihat....saya seronok. Bercerita ntah apa2 dgn Aleya, melayan Kak Anis yang AUM.... hehe sambil mendengar nasihat dan lawak RAM....saya hargai kenangan itu. Terima kasih pada Ziana dan Encik Nordin... yanga sudi menjemput saya untuk mempromosi TLC. Pssst....sedapkan maggie hitam Ziana! Haha!
Tidak lupa juga salam kasih untuk yang sudi mendapatkan buku disneyland saya!

Tuesday, March 17, 2009

Sakit....& Pesta Buku Sabah

Demam...mild asthma, batuk, selsema: it comes in a package! Once or twice a year, saya akan sakit and knockdown habis! Dari Jumaat lepas saya sakit. Waktu atas cruise, bukan main selamba saya makan watermelon, honeydew dan sunkist! Lepas tu panas pulak cuaca kat Phuket... sedapnya saya minum air kelapa, air batu dan air batu dan air batu. Hari ni? Padan muka saya! Sakit pun menyerang! Bila duk sesorang dalam kelam malam, tengok dinding... tengok kipas yang berpusing perlahan...uwa..... saya rasa nak lari balik kampung! Waktu sakit, tahap kewarasan saya akan jadi negatif! Beku! Tekak pahit... dan waktu macam ni roti nampak mengghairahkan. Hehe! Kalau tidak, jangan harap saya nak makan roti.
Kak Eka bertanya, sape hantar ke klinik? Uwa..... gi sendirilah! Kat KL ni saya memang takde sesiapa! Kawan2 adalah.... Syahdu dan sayu pulak. Hehe....
Esok saya akan ke Kota Kinabalu, Sabah... PESTA BUKU dengan Tarikh Luput Cinta yang kini sudah masuk ke rak-rak kedai buku.... Semoga angin negeri di bawah bayu akan membawa ketenangan....

Thursday, March 5, 2009

Ambil saja.....

Ambil saja. Peluang yang ada... ambil saja.... Definisi bahagia adalah sangat subjektif. Bahagia bagi yang homeless adalah malam yang tanpa hujan di bawah kolong. Bahagia bagi yang gila membaca adalah timbunan buku, petang yang nyaman bersama secawan kopi dan sepiring biskut Marie? Haha... Bahagia bagi anak sekolah yang menelaah pelajaran adalah apabila keputusan peperiksaan yang cemerlang dan membolehkan dia menagih janji untuk ipod atan handphone yang baru.
Subjektifkan? Pagi tadi saya mengingatkan diri...kita tak akan dapat segala yang kita mahukan! Kawan baik saya pula menjawab... kita bukan nak semua pun! Hehe betul juga!
Ambil saja. Peluang yang ada...ambil saja!
Malam esok saya akan menaiki Star cruise ke Singapore -Phuket - Penang - Singapore. Again... ambil saja peluang yang ada kerana:
1. Wheresoever you go, go with all your heart
2. Dare to think the unthinkable thoughts
3. Seize the day
4. Good things happen when you go for it