Semalam hari Ahad yang mencabar. Demam, 37.3 celcius. Blurred. Rasa bengong saja... namun kerana sudah berjanji maka saya pun tabahkan hati, kuatkan semangat dan hehehe...sebab dah janji dengan Sue nak ke rumah dia. Sue janji nak buat roti jala dan kari ayam. Walaupun tekak rasa payau, kerana Sue sudah bersusah payah... saya naik tangga dengan semput.
Lepas tu kami ke rumah Ila. kunci kereta saya serahkan pada Sue. Dia terasa nak merempit selepas tengok sport rim saya yang cantik. Haha... Tapi dari kenal masa mula2 Sue drive, cara dia drive memang masih sama. Jenis pemandu yang berhemah. Kalau boleh bagi orang potong...Sue akan elak ke tepi. Dia tak pernah dapat saman kot seumur hidup.
Lama tak ke rumah Ila di Ijok, Kuala Selangor. Sampai sana dijamu dengan kuih muih dan makanan tengahari. Nasiblah saya hari ini. Demam jadi lidah tu tak merasa tapi yang penting ke sana sebab nak jumpa Ila yang akan ke Mekah untuk menunaikan umrah hari ini. Alhamdulillah. Rezeki Ila makin murah. Hehe, kereta baru...rumah baru dan saya dengan Sue merasakan, akan ada orang baru kot tak lama lagi. Yieha..
Bila fikir-fikir, terasa mahu ketawa. Kami kenal masa di USM dulu. Lepas grad, duduk serumah. Masa susah. Masa sama-sama ke sana sini naik bas, lrt.. Musim makan pun bercatu. Hehe... masa tu, kami baru sampai KL. Asyik semedang sesat..
Masa duduk di Ampang, tenaga muda gila...tingkat lima. Nampak bas dari jauh, boleh lari kejar dan sampai bawah. Haha...sekarang, taubat tak kuasa. Kini, kami semua sibuk dengan kerjaya masing2. Tapi bila ada peluang jumpa, seronok juga berkongsi cerita. dah kenal lama kan... Walaupun ada musim turun naiknya, ada musim gaduh2 teman tapi tak mesra, kedewasaan juga mengajar kita untuk memberi dan menerima. Semoga persahabatan ini kekal sepanjang hayat. Semoga Ila dapat menunaikan umrah dengan baik dan Selamat Hari Lahir untuk Cik Sue yang menyambutnya hari ini. Moga kita semua dimurahkan rezeki dan berada di dalam rahmatNYA. Amin