Monday, October 15, 2007

Sunyi tanpa dia...

Salam lebaran...
Hari ini hari raya yang keempat. Perasaan yang ada... SUNYI! Suasana memang riuh, sayang... meriahnya tidak sampai ke dalam hati. Kenapa ya? Mungkin, bila kita semakin meningkat usianya, maka kemeriahan itu semakin lama semakin kurang serinya.
Tahun ini juga, tahun pertama kami sekeluarga menyambut Syawal tanpa abah. Terasa benar kehilangan abah. Sekejap-sekejap ada saja mulut yang tidak dapat menutup menyatakan begitu begini tentang abah. Kerap kalinya kami cuba sebaik mungkin untuk tidak menyebut tentang abah di hadapan emak.
Pagi Syawal juga, semasa sesi bermaafan... airmata menjadi begitu murah sekali. Satu liter dua kupang saja harganya! 7 anak emak berkumpul. Cucu seramai 17 orang, cicit seorang, menantu 6 orang.... riuh dengan gelak ketawa dan gurau senda tapi .... sedihnya ALLAH saja yg tahu.
Kami berkonvoi ke kubur selepas itu. Sama-sama membaca Yaasin untuk abah. Moga abah berada dalam lindunganNYA. Moga abah sejahtera di samping ALLAH. Hanya Tuhan yang tahu, kasihnya kami pada abah yang membesarkan kami dgn jerih payah. Kini, pada emak saja kami menumpang kasih.
Pada mereka yang masih menerima rahmat kasih dari kedua ibubapa... hargailah mereka. Junjunglah kasih mereka. Jangan sesekali diketepikan hak mereka untuk dicintai dan dihormati. Hak cinta mesti terus dipelihara... biar sampai seribu tahun lagi. Tidak mungkin berganjak... tidak mungkin bertukar kerana kasih sayang itu, tiada tarikh luputnya... InsyaALLAH.

4 comments:

RinnTis said...

i know the feeling... al-Fatihah.

Lynn Dayana said...

ek eh... org off planet datang singgah!Seronok raya Rinn?

RinnTis said...

budak2 tak ramai. tapi seronok gak raya ngan famili :)

Mersik said...

Salamz Lynn ,

sabar jek la banyak2..

Setiap kali menjelang raya kita selalu memujuk hati untuk mengatakan raya tahun ini akan jadi meriah dan ceria..

Dan setiap kali itulah kita akan kecewa lagi. Sebab itu raya seeloknya bersederhana dan menghargai insan2 yg masih ada lagi disisi..

alahaii...