Monday, June 16, 2008

Kisah Sepanjang May...

May sudah berlalu namun ada kisah yg sy mahu ceritakan:
Dalam masa 4 hari ini, saya sudah membeli 3 pasang kasut. Kenapa ya? Mungkin kerana saya ada anggapan dengan berpasang-pasang kasut yang saya ada, maka saya akan lebih tabah melangkah menuju masa depan yang penuh ketidakpastian? Emmm…
Bulan May juga saya membeli baju tidur 3 pasang. 1 pink, 2 biru laut…nyaman. Saya suka kata-kata yang ada di baju tersebut. Yg pink tu bertulis: LOVE, LIVE, LAUGH: maka bersesuaian dengan diri saya yang tidak tenang pada waktu itu. Kata-kata motivasi yang hanya boleh saya baca jika saya tengok cermin! Macam tak logik ya! Haha. Yang biru pun sama: LIFE IS GOOD. Emmm…cubaan untuk memujuk hati yang kacau.
Bulan May juga saya outstation ke Penang, Kuching dan J.Bahru. Melihat game yang dianjurkan, saya kadang-kadang amazed dengan jumlah rakyat Pizza Hut yang saya kenal. Hehe… bila ada yang menyebut perkataan dong dong, sah mereka pernah menghadiri kelas saya. Mahu mengingati semua yang pernah ‘ eat, laugh and share’ di bawah bumbung Pizza Hut memang susah juga kerana over the years… there are so many of Pizza Hut-ian! Haha.
Sepanjang May juga, saya duduk di 5 buah hotel. Dari yang semewah Hilton di Kuching yang RM 300 lebih semalam, saya juga sempat bermalam di Hotel Sun Inn yang RM 90 semalam apabila rumah saya dipecah masuk dan kerana jurugambar polis datang lewat maka pintu rumah tak boleh dibaiki sehingga jam 12 malam. Hotel Nashmir di Juru ( mcm kat Kashmir!) Haha… beberapa kali dengan bunyi orang jatuh katil! Entah apa aktiviti riadah yang dilakukan! Di Penang, saya tinggal di Vistana manakala di Kulai, Johor saya tinggal di RJ Hotel. Hotel yang ni kalau nak tahu berapa bintang, kena buka tingkap dan kira di langit!
Apa lagi yang berlaku sepanjang May ya? Rumah kena pecah dan laptop hilang. Developer kata apartment saya akan siap hujung June nanti dan mulai bulan ini saya sudah mula membayar sewa rumah! Lagi satu… anak saudara saya bertunang. Saya tak pergi pun, saya pergi seminggu sebelum majlis. Saya tolong pilih renda dan gubah hantaran tapi saya tak sanggup nak datang ke majlisnya. Saya kepenatan… penat travelling. Penat jiwa kacau…
Bulan May juga bermula musim bunga dalam hidup saya…yang bersulam kaktus kerana ada dalam tiada memang bukan sesuatu yang senang dihadapi.

5 comments:

dhiya zafira said...

huhuuu...bukak jugak wpun tgh cuti....

semoga segala apa yang dihajati mendapat perkenanNYA. AMIN

Rinn said...

bagi aku, Mei yang lalu bulan yang santai dan menggembirakan.. masuk Jun ni keja aku jadi tertekan dan merimaskan. Baru separuh bulan jun nih. adus. Anyway, welcome back :)

Lynn Dayana said...

Dhiya... ya, selagi Rindu Belum Berhenti... Hak Cinta masih Terpelihara...itu pun Jika Benar Cinta. Selagi TLC belum tiba!Hahaha
Rinn,
mana x gembira ko kerjanya tgk wyg ya! Haha... akukah yg menjerumuskan engkau ke lembah itu? Uhuks. Aku x sbr nak tgk SEPI!

Rinn said...

woit, sepanjang tahun ni baru 3 kali la tengok wayang. lepas ni ntah bila.. Sepi? tadi baru tengok kat tv ada interview dgn pelakon dan penulis script nya. lawa2 jer pelakon ngan penulis script.

Lynn Dayana said...

Rinn... penulis skrip bini Khabir Bathia. Pengarahnya!
Tagline SEPI... cinta datang lebih dari sekali? Something like that. Mcm selalu hang kata, loves at 2nd chance! emmmm