Salam,
Apa yang seronok di PBAKL 2010? Hujung minggu lepas saya bertugas dengan rakan penulis alaf21 yang lainnya. Sesak namun mujur kerana di dalam dewan, penghawa dinginnya masih lagi berfungsi namun nak berjalan tu memang boleh pengsan. So, apa yang saya lihat sepanjang 2 hari di sana?
1. Mak aii...orang bershopping membeli buku, sehingga ada yang membawa beg troli. Ini belum gaji ya! Hujung minggu depan mesti lagi havoc.
2. Tempat makan yang sesak. Tak ada meja dan kerusi yang cukup. Sandwich telur rm5. Nasi goreng rm6. Hari Ahad hari tu, kami makan Nasi Ayam BEBUNGA KASIH hasil sentuhan Hani Fazuha. Sesuka hati kami piknik! Hehe. Kak Lina bawa pudding. Yummy! Saya bawa sambal tumis EDISI TERHAD. Haha... dan Ayu Emelda pula bawa KOCI KEPALA BATU. Mujur tak ada kes gigi patah.
3. Peluang ini juga untuk berkenalan dengan penulis2 baru dan juga para bloggers. Kenal nama, jumpa di alam maya dan kali ini berpeluang jumpa di alam nyata. Terima kasih pada sudi yang datang dan minta tandatangan saya. Saya tahu semangat juang anda tinggi! Dengan keadaan dewan yang sesak dan barisan membayar yang panjang....
4. Parking jangan cerita. Saya selalu sampai awal kerana malas mahu mencari parking yang jauh. Biarlah tinggi di Hentian Putra.
5. Saya suka melihat kerenah para pembeli. Pakaian mereka, gelak tawa mereka dan juga tingkah laku para pengunjung! Hehe...dan banyaknya pengumuman tentang barang hilang! Anak pun ada yang hilang!
6. Dan yang paling saya suka bila yang lama tak jumpa saya pasti menegur kerana badan saya sudah susut sedikit. Hehe....kes perasan la ni.
Jumpa lagi hujung minggu yang akan datang!
2 comments:
beg troli? amboi naper aku terasa? haha.
Macam lagu man bai? Masih Aku Terasa...
Post a Comment