Wednesday, January 5, 2011

2011...here I come!

Salam,

Januari sudah 6 hari? Huhu! Laju gila tu. 2011 tahun untuk happy2...tak mahu nangis2 dah. Stok airmata dah tamat! Haha....(baru 6 hari bolehlah ya!)

1 Januari : Tunggu Dhiya datang saya masak mee goreng delicious. Hehe. Risau juga kalau dia sesat sebab Dhiya ni rabun arah jalan sikit. (haha, mau kena sekeh ni) Tapi pengalaman dia datang ke rumah saya tahun yang lalu, saya terpaksa ambil dia di lebuhraya dan dia mengikut dari belakang. Yang bestnya, saya ke kiri dia terus! Jadi kali ini, bila saya berikan arah laluan peta...saya sedikit cuak. Hehe. Alhamdulillah, dia tiba2 sampai di depan pintu rumah tanpa sesat! hoorey!

Kami bergerak ke PD. Berhenti dulu di Seremban 2. Cita-cita mahu tengok Hantu Kak Limah tapi habis pulak tiket. Nak lewat sangat, rasa malas jadinya kami menonton Gullivers. Hehe, bolehlah. Walaupun niat sebenar nak tengok The Tourist tapi x adalah lagi kat Seremban.

Habis menonton, kami gerak ke PD. Menuju ke hotel. Dinner BBQ di hotel. Di tepi kolam renang....ramai jugak pelanggan yang ada. Malamnya, kami tidur awal walaupun Dhiya bersemangat menonton twillight. Saya tak pasti dia habis menonton ataupun tidak kerana saya masuk alam mimpi terlebih dahulu. Hehe...

Ya, 1 januari dapat dilalui dengan terus menghela nafas. Sejujurnya, saya sambil memandu, beberapa kali mata melihat jam di dashboard dan fikiran saya pun melalut memikirkan perkara yang tidak patut difikirkan. Saya tidur dengan satu azam....lupakan kenangan silam. It's over. It was meant to be forgotten even if I don't know how to forgive yet.

2 Januari : sarapan. Saya ambil 2 keping roti, telur dadar dan sedikit bubur. Hehe, simpan ruang untuk makan tengahari. Yuhuu...seronoknya. Saya sanggup memandu ke Melaka. Semata-mata nak makan di restoran selera kampung di sebelah Mahkota Parade. Bila sampai ke restoran selepas meronda di MP, alamak ramainya manusia. Ahad, pelanggan berduyun tapi saya sanggup berdiri tunggu meja. Rela! Tak mahu berganjak, tak mahu balik kalau tak dapat makan kat situ! Hehe...

Lepas makan, kami balik semula PD. Mak aiii, mujur tak balik KL. Kereta bersusun tak bergerak! Kami balik bilik, rehat kejap. Lepas solat, saya diri di balkoni dan terasa ombak dan pantai memanggil. Sudahnya Dhiya bukan main berendam. Hehe, saya pula jadi jurugambar tak rasmi. Dhiya buat macam2 kuak. Jenis yang tak ada dalam sukan olimpik pun ada. Hahaha... Saya berendam sikit aje. Tak tahan sejuk. Kejap aje dah menggigil. Bila menggigil mula nak muntah. So, saya temankan Dhiya sambil ambil posing maut Dhiya!

Malam tu kami bercita-cita nak makan di restoran Nasreen. Rezeki tak ada. Kecewa! Nak sangat makan ikan siakap stim limau nipis....sudahnya kami ke kedai sebelahnya. Alhamdulillah, dapat juga yang diidamkan tapi tidak sesedap yg di nasreen. Malam itu kami lepak di bilik. Dhiya petang tu beli 2 novel English....saya pula membaca beberapa helai dan kemudiannya good bye! Penat memandu pergi balik Melaka. Tidaklah jauh sangat tapi hari Ahad kan, jem jadinya bandar Melaka tu.

Esoknya kami berangkat pulang...Sepanjang 3h2m tu dapatlah kami berdua mencerna idea untuk novel yang seterusnya. Genre kami tidak sama dan dari dulu memang kami selalu berkongsi jalan cerita. Mencerna minda bersama. Garapan kami tetap tersendiri. Kami ketawa sendiri kerana banyak jalan cerita kami ni suka-suka plotnya. Namun, insyaAllah akan menjadi kenyataan.

Pulang dari cuti, kami berdua sama-sama mendapat berita gembira dari editor. Rasa dua-dua nak terjun junam kat laut kerana happy! Hehe....2011, seperti yang saya katakan, harap-harap janganlah saya menangis lagi. Novel ke5 insyaAllah keluar Februari jika diizinkanNya. Semoga dapat mengubat kerinduan jika ada yang rindulah dengan karya saya si penulis ikan bilis ini!

3 comments:

Maryam Kamal said...

ikan bilis lah sangat ~

:)

regards,
si cicit ikan bilis.
:D

Lynn Dayana said...

hehe...maryam, hnya bilis yg kenal biliskan?

Unknown said...

memang rindu pun. cepat2 la februari tu datang.