Tuesday, February 1, 2011

Salam Juara Carta Cinta



Salam,

Juara Carta Cinta sudah ada di pasaran lewat Jumaat lepas. Terima kasih pada yang sudi datang meredah hujan dan bersesak2 membeli novel keluaran Grup Buku Karangkraf. Hendaknya, cuti raya cina ini dimanfaatkan dengan membaca novel sambil mengunyah kacang atau menikmati limau mandarin. hehe....

Harap-harap jcc memeriahkan cuti anda. Saya sendiri membekalkan diri dengan 2 buah buku. Konon nak baca weekend ni tapi malam tadi dah habis baca satu! Hehe! Dan minggu ni saya dah baca 5 buah novel melayu....alamatnya, saya perlu mencari novel English pulak. Nak cari Jodi Picoult : House Rules. Nak cari Danielle Steel yg baru.. Nak cari jugak buku bunuh2, mati2 hahahaha. Sempat ke tidak, jumpa uncle di Central Market.

Cuti raya cina ni insyaAllah ke rumah abang long di negeri 9. Mak di sana. Long dah tanya, nak makan apa? Daging salai? Burung puyuh? Saya kata, sukun ada? haha. Saya memang perempuan kampung bila pasal makan-makan ni. Bukanlah tak makan western food tapi bila balik macam ni, saya cuba dapatkan apa yang saya teringin makan. Yang kat KL ni susah saya nak dapatkannya.

Cadangnya juga, saya mesti mula menulis semula. Novel ke 6 ini saya namakan sebagai CINTA PERISA DIA. Ya, dia si lelaki itu yang mahu menentukan perisanya. Cokelat ke, vanilla ke atau strawberi!Dia sudah dewasa maka hak untuk mencari cinta mestilah dia juga yang menentukannya, bukan? Tapi bondanya lebih berkuasa. Bonda mahu cinta berperisa iman untuk anaknya! Bonda mahu cinta berperisa integriti. Bersalutkan takwa dan berlandaskan kerukunan. Dan bonda bukan main-main dalam merealisasikan mimpinya.

Selamat bercuti. Yang banjir, berhati-hati. Jaga diri baik-baik. Yang membaca, janganlah larut hingga tidak makan dan minum!

8 comments:

mommy.aisy.hana said...

ok, tak sabar mau tunggu anak ke enam... wow. sudah anak enam??!!! tahniah kak.

wada :) said...

ooooooo ~
mana nak cari novel JCC.?
saya dah jelajah MPH dan Popular..
tapi xjumpa pun..
T.T
kat area KL..
kat mana lagi saya nak cari novel JCC.?

Anonymous said...

kakak lynn, novel ni memang best, sangat best, saya bagi 10 bintang(full).. tak puas membacanya .. tahniah akak

tqa_tqi said...

salam kak lynn.. saya ada buat review.. =)
http://tiqaku24.blogspot.com/2011/05/juara-carta-cinta-by-lynn-dayana-review.html

Sya Ecah said...

best+lwak+sempoi=terbaekkk
best la, lynn novel ni.. huhu
sy da bce.. best sangad... huhu

saya yang suka travel said...

dah baca... mmg best la... terbaik

nurfatin idayu azlan said...

citer nie memang best tapi saya kurang menyukai endingnya.apapun citer nie memang best.saya selalunya membaca melalui majalah remaja tapi saya jadi penasaran untuk mengetahui cerita selepasnya lalu saya mencarinya dikedai buku mph ,semalam buku tu telah menjadi milik saya.dalam satu malam saya habiskan.saya juga berminat untuk menjadi penulis novel suatu hari nanti tapi saya tidak tahu apa yang hendak dituliskan dan macam mana nak jadikan hasil tulisan tu mejadi lebih dramatik dan apabila orang lain baca mereka akan merasakan seperti mereka watak didalam cerita ??boleh lynn dayana bagi tips sikit??

Anonymous said...

bku JCC da xde lg ek dkt psaran?? sy cri kt smua kdai bku xde..