Tuesday, March 29, 2011

Kenangan

Kenangan itu adakalanya menjadi beban yg sangat sengsara. Namun ada juga kenangan yang akan membuat kita sentiasa tersenyum. 

Kenangan 1:

Dia pernah menelefon atau sms saya siang , mlm, pagi, petang. Sukahati dia saja. Telefon saya kalau tidak dicaj, mmg susah. Kini? Sunyi sepi, telefon kdg2, 2 atau 3 hari baru caj. X mgapa. Dia dan saya kini di zon yang terpisah. 
Dia pernah menjadi tmpt saya mengadu. Skt pening, demam, jln jem, gaduh dgn kwn, tiada idea mahu menulis dan 1001 perkara yg lainnya. Kini? Tiada bicara. Saya mlht dia. Dia memandang saya. Namun kami tidak berkongsi cerita lagi.

Dia pernah saya letakkan di tempat teratas di dalam hati sy. Sy sangat2 menghormati dia dan menganggap pandangannya sebagai sesuatu yg berharga. Kini? Saya merasakan dia melupakan saya di saat saya memerlukan dia. Dia hilang dan segala kepayahan ini saya lalui sendirian. Saya selalu ada untuk dia tetapi dia tidak mampu ada untuk saya. 

Dia pernah wujud di dalam hati saya walau seberapa jauh saya pergi. Ke utara, selatan, timur dan barat, saya tidak pernah melupakan dia. Kini? Dia sudah jauh meninggalkan saya. Yang tertinggal dan tersekat di wilayah duka hanyalah saya. 

Maka adakah saya harus terus mengingati dia yang jelas sudah menganggap saya mati? Saya memilih untuk menganggap dia tidak wujud di dalam dunia saya kerana kerakyatan saya di dalam kerajaan hatinya sudah dia luputkan. 

Thursday, March 24, 2011

Mood mengoceh yang santai....

Salam,
Blog saya akhir-akhir ini memang jarang dikemaskini. Hehe. Tiada idea. Atau malas? Tepuk dada, aduhai terasa sakitnya. Mungkin juga kerana saya merasakan, siapalah yang mahu membaca blog saya ini. Namun jejak yang ditinggalkan mengenai JCC membuatkan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada ALLAH kerana JCC mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Jadi, apakah yang mahu saya ocehkan hari ini ya. Musim hujan begini, muramnya membuatkan kita memang merasa sangat selesa untuk lena atau menghirup air panas di dalam selimut. Hehe...(gambaran yang sopan untuk orang yang malas sebenarnya)

Antara teguran yang saya dapat mengenai JCC adalah terdapat beberapa pembaca yang tidak menyukai thrillernya. Bagi mereka, konsep komedi romantik lebih digemari. Aduhai, bagaimana ya mahu saya melakarkan kisah yang seterusnya? Sejujurnya, apabila menulis saya mengamalkan konsep, tulis apa yang saya tahu, tulis cara yang saya suka!

Saya bukan penulis novel pure romance! Itu hakikatnya. Tidak pandai saya menulis kisah romantik yang jiwang-jiwang karat gila. Membuat pembaca boleh tersenyum adalah sesuatu yang saya suka. Namun saya juga suka menggarapkan sedikit unsur misteri dan thriller di dalam novel-novel saya. Dari 5 novel yang terhasil, yang betul-betul tiada thriller adalah yang pertama, Jika Benar Cinta. Itu pun watak utama lelakinya, saya matikan! Hingga ke hari ini, ada lagi email atau pembaca yang bertanya, Hazriq betul-betul mati ke? Haha...

Diulang sekali lagi, saya bukan penulis pure romance! Jadi maafkan saya jika scene thriller saya tidak digemari. Namun ada juga yang suka dengan garapan yang sebegitu. Life is not a bed of roses. People die...people kill...people hurt people that they love...people full of deceitfull moments. Hidup ini satu perjuangan. Ya, saya faham dengan pembaca yang merasakan hidup sudah terlalu mencabar maka mereka mahukan novel yang happy! Hehe...bagi saya, novel mesti ada pengajarannya. Ada watak hitam, ada watak putih! Kompilasi pahit dan manis. Barulah seimbangkan.

Novel ke6 saya bagaimana ya? Cinta Perisa Dia. Setakat ini, gaya penulisannya umpama JCC. Namun yang pasti saya ingin menyelitkan isu dadah, mafia, samseng....entahlah pada peringkat ini, saya masih tidak pasti. Yang pasti, bukan pure romance. Hehe. Tak pandai saya. I love u, u love me...then fight, then baik....back to i love u, u love me? Hahahaha....because in the real world, romance was never like that. It fulls with hatefull things.... Ianya bagaikan musim bunga yang ceria namun akhirnya kelopak bunga itu gugur jugakan?

Sunday, March 20, 2011

Kisah bangunan putih biru

Balai polis. Ya, ianya lokasi yang sangat tidak digemari saya. Bangunan putih biru itu kalau boleh, tidak mahu saya kunjungi. Ke sana maksudnya masalah, bukan? 
Bila diingatkan kembali insiden yang memaksa saya ke sana juga antaranya: 
1. Saya langgar gen2 waktu nak keluar dr kawasan apartment. Kereta gen2 tu melalui jalan yg salah. Tapi dlm kawasan parkir perumahan, org memang selalu x mahu ikut jln halal. Mahu x mahu, buat report! 

2. Kereta satria sy hilang di curi.  Waktu nak ke tempat kerja, pusing parkir 2,3 kali sambil fikir, tak mungkin saya bengong hingga lupa parkir di mana! Haha. Kereta hilang rupanya. Sedih sayu masa tu! 

3. Kereta yg hilang muncul semula! Kereta dijumpai tnpa tayar n dah eksiden! Aduhai, saya  tengok satria saya dan tak tahu nak rasa apa! Berurusan dgn bli polis nun atas bukit tu, mujur inspektor yg baik hati mempercepatkan urusan kerana kasihan dgn saya. Masa tu dah tempah kereta baru! Cancel! 

4. Bila rumah di pecah masuk. Balik dari outstation, pintu rumah sudah di pecah. Laptop company hilang... Leceh sungguh. Terpaksa ke balai buat laporan. 

5. Cuti di melaka. Syok bercuti, kereta kawan eksiden. Langgar motor. Mamat yg d langgar ni baik sungguh. X marah2 tapi utk formaliti, kami ke bli polis juga. Setengah hari dibazirkn duduk menunggu mahu membuat report. Cuti yg jadi tension! Hehe. 

6. Mhmm....bila purse saya hilang dicopet si penyeluk beg yg mencari rezeki dgn menyusahkan hidup org! Geram memikirkan semua perkara yg perlu di buat bila purse hilang. 

Kunjungan ke bgnn putih biru itu memang tidak termasuk di dalam destinasi yg saya gemari. Saya tidak suka di soal siasat polis walaupun hanya kerana mahu membuat laporan. 

Saya ada satu lagi destinasi yang sebelum ini jarang saya lewati. Hospital! Sekarang ni masuk kpj selangor tu macam masuk rumah ke 2 saja. Saya parkir kereta di kwsan kecemasan kerana selepas dialisis, jika parkir jauh maka saya akan kepenatan di dalam kepeningan. Hehe. Nampaknya, hospital ke2 yang bakal saya kerap kunjungi adalah hukm.
Dulu2, destinasi hspital x pernah ada dlm agenda kecuali ketika arwah abah sakit tenat. 
2011 baru bulan mac. Dugaan dan rahmatNya sudah pelbagai yang berlaku. Sudah lalikah saya dgn segala yg berlaku? Hanya Allah yang tahu...

Wednesday, March 16, 2011

Episod : Luka

Mata kami berlaga. Tidak lama. Hanya beberapa saat dan aku kemudiannya terus membuang pandang. Tidak sanggup! Tidak mahu! Kalaulah boleh aku jeritkan di telinganya sekuat-kuatnya yang aku tidak mahu menatap wajahnya lagi. Sungguh-sungguh tidak mahu.

"Sampai bila nak jauhkan diri?"

Suaranya singgah di telinga.
Aku mahu terus berdiam. Bersuara itu hak aku bukan? Dan dia mungkin sudah lupa, bahawa dia tidak ada sezarah hak pun mahu bertanya apa-apa kepada aku.

"Tak boleh ke awak belajar memaafkan saya?"

Aku terasa seperti ada airmata yang mahu menitis. Ya, di akhir cerita ini nampaknya aku juga yang seakan berdosa. Aku juga yang bersalah. Ya, dia sajalah yang kekal sebagai lelaki yang baik. Aduhai hati. Aku terasa hati aku hancur menjadi hablur yang berserakan. Aku benci dia.

"Saya buat silap. Saya minta maaf."

Ah, suara itu seakan buluh runcing yang menusuk ke dalam hati. Mudahnya meminta maaf. Hati ini yang disakiti, bagaimana? Harus dibiarkan saja? Tetaplah dipijak di tapak kaki dia? Aku terus diam membekukan diri.

"Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki."

Namun aku tetap juga diam.

"Saya minta halalkan makan dan minum sepanjang kita bersama."

Aku tetap menahan diri.

Dia akhirnya berlalu. Dan aku tetap terpaku disitu. Keras benarkah hati ini? Sesungguhnya aku hanya mahu menjaga hati sendiri. Aku sudah puas dilukakan. Maka kali ini aku memilih untuk membiarkan saja segala-galanya berlalu. Dunia ini cukup luas untuk aku dan dia sama-sama menghirup udara tanpa perlu bersemuka. Aku tidak wujud di dalam dunianya dan dia tidak wujud di dalam dunia aku. Itu yang sebaiknya. Maka jangan diharap panggilan telefon dari aku. Nombornya sudah ku padamkan. Walaupun di dalam fikiran aku yang benak ini, sampai mati pun nombor itu tetap kekal dalam arkib ingatan. Jangan diharap sms, emel, fb atau apa-apa saja dari aku. Hari lahir dia, sengaja ku biarkan berlalu. Walaupun nombor kad pengenalannya sampai kini masih aku hafal.

Cukup-cukuplah menyiksa diri. Antara kami memang tertulis, tidak akan ada apa-apa. Laluan hidup yang jauh terpisah. Biar jauh. Biar. Dahulu, aku merasakan tanpa dia, aku tidak bisa hidup. Rupa-rupanya aku lupa...Allah lebih berkuasa. Allah lebih mengetahui. Maka kebenaran yang diselindungkan dia, akhirnya terbongkar juga. Lalu kelukaan ini menjadikan aku manusia yang lebih tabah. Mengharungi kesengsaraan ini aku belajar menyayangi diri sendiri. Dia sebenarnya tidak layak untuk disayangi. Dia sebenarnya tidak layak untuk dihormati.