Tuesday, March 29, 2011

Kenangan

Kenangan itu adakalanya menjadi beban yg sangat sengsara. Namun ada juga kenangan yang akan membuat kita sentiasa tersenyum. 

Kenangan 1:

Dia pernah menelefon atau sms saya siang , mlm, pagi, petang. Sukahati dia saja. Telefon saya kalau tidak dicaj, mmg susah. Kini? Sunyi sepi, telefon kdg2, 2 atau 3 hari baru caj. X mgapa. Dia dan saya kini di zon yang terpisah. 
Dia pernah menjadi tmpt saya mengadu. Skt pening, demam, jln jem, gaduh dgn kwn, tiada idea mahu menulis dan 1001 perkara yg lainnya. Kini? Tiada bicara. Saya mlht dia. Dia memandang saya. Namun kami tidak berkongsi cerita lagi.

Dia pernah saya letakkan di tempat teratas di dalam hati sy. Sy sangat2 menghormati dia dan menganggap pandangannya sebagai sesuatu yg berharga. Kini? Saya merasakan dia melupakan saya di saat saya memerlukan dia. Dia hilang dan segala kepayahan ini saya lalui sendirian. Saya selalu ada untuk dia tetapi dia tidak mampu ada untuk saya. 

Dia pernah wujud di dalam hati saya walau seberapa jauh saya pergi. Ke utara, selatan, timur dan barat, saya tidak pernah melupakan dia. Kini? Dia sudah jauh meninggalkan saya. Yang tertinggal dan tersekat di wilayah duka hanyalah saya. 

Maka adakah saya harus terus mengingati dia yang jelas sudah menganggap saya mati? Saya memilih untuk menganggap dia tidak wujud di dalam dunia saya kerana kerakyatan saya di dalam kerajaan hatinya sudah dia luputkan. 

4 comments:

Maryam Kamal said...

adeh. abeh tu, kerakyatan dia di hati kak lynn, dah dilupuskira ke? atau nama dia dah disenaraihitam? :D

Azza Love Journey said...

kite suke entry nih!!sgt2!!

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Let it go. Pada saat awak mengingati dia, mungkin dia sedang bergembira dengan hidupnya tanpa memikirkan awak. Pintu lain akan terbuka apabila kita menutup satu pintu dalam hidup kita.

Lynn Dayana said...

Ya Aizam,

Kalau ingatan itu seperti air di dalam baldi, sudah lama saya tuangkan dan baldi juga sudah lama saya pecah hancurkan. Hehe....