Tuesday, July 3, 2012

Secebis rasa hati : selepas transplan

Salam,

Lama blog ini bersawang... Saya hilang. saya kabur di dalam terang. Hari ini adalah hari yg ke 62 selepas pembedahan dan saya di sini di HUKM. Lama bukan? Apabila orang bertanya. " Bila nak keluar?" sesungguhnya saya merasa sangat kecewa dan sedih... Kalau boleh keluar, tentulah saya akan berlari laju meinggalkan tempat ini. Namun saya kena akur, selagi tidak sihat....mana mungkin saya keluar dari sini dengan sewenangnya.

Soalan kedua yang kerap ditanya, "Kenapa tak stabil lagi?"
Ya Allah, segala yang berlaku, itukan rencana DIA. Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan sebegitu. Bila saya terangkan dengan all the medical terms, orang yang bertanya tidak faham pula. Jadi harus bagaimana?

sudahnya...saya tidak terasa mahu menjawab soalan. saya tahu niat orang yang bertanya kerana prihatin namun jika dihujani dengan soalan yg sama sedangkan jiwa ini sudah terlalu berkecamuk....saya jadi total breakdown juga.

Segala yang berlaku ini...HIS plan. HIS great plan. Saya hanya mampu berdoa. Memohon rahmatNYA, memohon belas kasihanNYA...

Dalam keadaan sakit ini, alhamdulillah juga... 1 novel antologi berjaya diterbitkan. Satu novel remaja sedang berada di bahagian grafik. Begitu juga sebuah antologi cerita kanak-kanak sedang urusan cover. Cuma novel saya CUD saja yang stuck. Baru mahu menulis, dengar data dari doktor...jiwa saya jadi ketidaktentuan. Alasan? Mungkin juga tetapi beban yang ditanggung ini, ALLAH saja yang Maha Mengetahui.

Saya berdoa, janganlah mereka yg saya kenal...mengalami apa yang saya hadapi. Ujian ALLAh ini hebat dan jika kita tidak tabah...terasa mahu jatuh terduduk dan tidak bangun semula. Alhamdulillah, saya cuba menjadi kuat dengan sokongan keluarga, kawan2 dan juga doa peminat dunia novel. Saya menghargai segala doa...

InsyaALLAH, saya akan sihat dan berpeluang menulis lagi. Melakar rasa di helaian kertas putih...

0 comments: