Salam,
Ya...tajuk entry...amboi! Mhmm...lama benar saya tak menulis sesuatu yang menarik. Kenapa ya? Mungkin kerana hidup saya sangat mendatar, tak ada apa-apa yang menerujakan berlaku. Namun kemampuan boleh bernafas dan menyaksikan satu hari lagi dilalui juga satu rahmat Allah yang menerujakan bukan?
Esok, Jumaat. Mulalah Pesta Buku Antarabangsa di Pwtc. Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Tahun lepas.. 27/4 saya dimasukkan ke dalam hospital HUKM. Bersedia untuk dibedah. Transplan buah pinggang dijalankan selama 10 jam pada 2/5/2012. Satu pengalaman hidup yang amat menakutkan. Dan 70 hari selepas tarikh itu saya menghuni HUKM. Subhanallah waktu itu...entah berapa banyak airmata yang mengalir. Waktu tidak boleh bergerak dan semua urusan dibantujururawat, saya rasa dan belajar makna hidup yg tidak berdaya.
Belajar betapa besarnya nikmat boleh bergerak, boleh berjalan...ataupun boleh duduk dengan mudah. Semua nikmat Allah yang tidak saya hiraukan sebelum ini kerana saya manusia biasa yang banyak khilafnya. Saya masih ingat, apabila tidak boleh bergerak...terlantar di atas katil dan saya merasakan mahu berhenti berharap. Hati mengatakan cukuplah... Minda berkata, bertabahlah. Allah ada. Allah Maha Mengasihani. Itu yang saya tanamkan di dalam ingatan.
70 hari di HUKM juga kebanyakan masanya saya sendirian kerana dikuarantin. Saya belajar makna sunyi. Dikuarantin di dalam bilik empat segi tanpa tingkap..tanpa apa-apa pemandangan...bila dapat keluar...subhanallah, besarnya nikmat dunia alam ciptaanNya yang luas dan serba indah ini.
Setahun akan berlalu. Bagaimana kesihatan saya? Saya masih lagi trauma. Follow up di hukm selalu buat saya jadi takut. Ke hospital itu menjadi sesuatu yg biasa tetapi trauma tetap ada. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat kepada saya hmba-Nya yg selalu leka. Peliharalah aku ya Allah. Ampuni segala dosaku. Kau ampunkanlah hati aku yg selalu engkar dan lupa kepada-Mu yang Berkuasa. Kasihanilah aku.
Thursday, April 25, 2013
Tuesday, April 16, 2013
life as it is...
Salam,
Bila kesibukan melanda dan anda jadi kehilangan punca. Jadi tak tahu mahu bermula di bahagian mana. Mana pangkal mana hujung? Idea untuk menulis ada tapi fizikal ini terasa terlalu penat sangat. Tak bermaya. Bila balik saja dah flat. Bateri kosong. Yg mampu dibuat perkara wajib saja.
Kesannya?
Huhu, projek menulis sangat lembab. Sangat2 lembab sebenarnya. Dah tahap lebih dari lembab. Macam beku pun ada juga. Terukkan? Erk... adakah ini rekaan alasan untuk memberitahu yang next novel punya cita2 mahu keluar tahun ini juga akan terbengkalai? ahaks.... hihi.
Kalau jadi baby senangkan... just smiles n let the worries away haha

Wednesday, April 3, 2013
HILANG
Mood mahu jadi ahli magik dan menghilangkan diri.
Jangan menyesal ya... Tapi rasa tu datang juga. Mhmmm
Jangan menyesal ya... Tapi rasa tu datang juga. Mhmmm