Monday, December 31, 2007

Corat Coret Penghujung 2007


cc1 :
Semalam sy terima panggilan. 3 x dia missed called krn waktu itu sy berbual dgn teman lama. Bila sy telefon semula, dia dengan bangga memberitahu, " Miss, saya dah merdeka!" Saya yg celaru jiwa, bertanya semula," Apa dia?"
Dia menjawab sambil ketawa, " Tunang sy dah balik." Dengan selamba saya menyindir, " So, sekarang nak umum 1 dunia?" Dia menjawab, " Astaghfirullahalazim." Sy menambah lagi, " Nak sewa kapalterbang, tulis kat awan yg awak dah merdeka?" Dia ketawa dan membalas, " Lailahaillallah!" Haha, beginilah biasanya contoh perbualan kami, sering benar diselang selikan dgn istighfar!
Selepas talian dimatikan, sy menghantar mesej... " Tahu makna MERDEKA? Bila walau terikat, kita tetap bebas. Bila walau terseksa, kita masih mampu bergembira."
Dia membalas, " ..ish..ish..ish..."
Moral: Mangga muda memang banyak asid dan menyakitkan perut!
cc2:
Semalam juga sy menemani teman berjalan. Balik saja dia, sy sekali lagi merasa sunyi. Emm, 1 cara nak menghilangkan kesunyian adalah menyibukkan diri. Tapi bagi saya, sibuk mcm mana pun, ada masa ruang sesaat, saya tak buat apa-apa, berdentum rasa sunyi tu datang! Violet bersms, lalu saya hantarkan mesej ini. "kalau ada yg bertanya, berapa harga SEPI? Laju sj aku akan menjawab, " Harga sepi = dgn berpasang2 kasut, berjenis2 aksesori handphone, berhelai2 baju yg aku beli untuk membunuh kesepian itu." Hehe....
MORAL: Kesepian boleh membantu industri kecil dan sederhana negara kita!
cc3:
Semalam, menunggu Sue pergi menunaikan solat Zohor di Masjid Bdr Baru Nilai, sy dgn Ta yg bercuti, menghadiahkan diri kami dgn aiskrim. Lama sungguh tak makan aiskrim. Kami duduk dlm kereta yg panas, makan aiskrim dan bercerita. Lalu datanglah idea untuk analogi gila sy yg berbunyi begini: Cinta kami macam aiskrim. Sedap... mmg sedap! Tapi sampai 1 masa, ianya cair juga. Buatlah mcm mana pun, rasanya tak akan sama. Hilang segala kemanisan, yg tinggal hanyalah rasa lekit yg membuat kita semakin tidak selesa.
MORAL: Aiskrim ada mcm2 jenis... ada yg sedap, ada yg tak.. tapi 1 perkara yg ttp sama tntg aiskrim adalah, sebut saja perkataan tu... kita dah bayangkan... sedapnya! yum,yum!
cc4:
Hari ini 31 dec. Tahun lepas, pd 31 dec kita sambut Hari Raya Korban. Kenapa sy boleh ingat? Sbb 31 dec, birthday arwah abah. Last year, lepas siap menyediakan juadah, sy menghilangkan diri. Abah tanya kakak sy, " Linda, nak ke mana tu?" Kakak jwb, " Jumpa kawan!" Abah sy pun membebel, " Jumpa kwn apa, pagi2 raya ni!"
Sebenarnya saya ke Secret Recipe. Beli Choc Indulgence utk abah. Kami menyambutnya beramai2. Pagi ini, waktu memandu ke tempat kerja, mesej dari kakak sampai, " Salam, hari ni birthday abah, jgn lupa sedekahkan AlFathihah." Sudahnya, sambil memandu sy menangis....
MORAL: Abah tetap ada dalam ingatan. Semoga abah sentiasa berada di bawah lindunganNYA.
KESIMPULANNYA? 2007 ~ penuh dgn kenangan. Ada yg gembira. Ada yg tidak...
2007, sy berpeluang ke Pesta Buku dan berkenalan dgn ramai teman penulis, jumpa dgn peminat.. alahai, malu nak menyebut perkataan tu..., 2007 juga sy bawa kejayaan team Pizza Hut di Pertandingan Peringkat Asia Pasifik, di Hong Kong.
Adakah 2007 sy tinggalkan dgn hati yg tenang? Rasa bersemangat menyambut 2008? Sejujurnya, saya tak tahu... Namun, SELAMAT DATANG 2008! It doesn't matter how u feel... life still goes on... dan masa tak pernah menunggu kita...

Friday, December 28, 2007

Rasa....

Semalam... sebenarnya, dah dua tiga hari ni, jiwa asyiklah berkelana. Fikiran menerawang entah ke mana-mana. Menyusur sungai, membelah langit dan sesat dalam belukar. Mulalah saya jadi tidak keruan. Saya cuba kemaskini fail 'rasa', saya cuba simpankan dalam arkib, biar jadi rujukan... jangan sampai kesalahan yang sama diulang lagi tapi... kotak rasa tetap juga penuh walau puas cuba dikosongkan. Hingga ada masanya, terasa sukar mahu menghela nafas!
Malam tadi, saya hantar sms berbunyi begini, " rasa nak tebang hutan sebelukar..."

Jawapan seorang kawan yang dong2, " Jangan... nanti rosak ekosistem!" Jawapannya buat saya tersenyum. Saya hantarkan pula, " Rasa nak memandu tanpa brek.." Jawapannya pula, " Eh, jangan... minyak sekarang mahal!"

Aduh... saya ketawa lagi. Seorang kawan lagi, selamba saja berkata, " Tampar nak?" Haha... seorang lagi pulak kata, " Kau terus buang aje brek kau..."

MORALnya?: Kawan2 ada. Waktu berduka, ada ruang untuk bergembira. Namun, tepat pukul 10 malam tadi, saya matikan lampu. Dalam gelap, saya bersendirian memujuk hati.... Hati sendiri, sendirilah bertanggungjawab untuk memujuk,kan? Emmmm.....

Tuesday, December 25, 2007

Wayang Kita

Isnin yg lepas, pukul 10 saya keluar dari B.Pahat. Sepanjang perjalanan saya mencerna idea untuk novel ke 4. Smbil memandu, mcm2 konflik yg saya rangka. Laju saja kerana cerita ini nampak mudah saja... hehe... setakat inilah. Novel ke3 pun baru mahu mencecah 200 page. Nampaknya akan saya selangselikan menulis.
Sampai KL pkl 1 ptg, sy berkejaran mengangkut barangan naik ke rumah. Rambutan, ikan kering, laptop, beg baju... aduh naik rebeh bahu mengangkat barang. Naik atas, saya bersihkan diri, solat dan plk 1.30 sy turun semula ke bawah. Rose sudah menunggu! Yeah, kami mahu tengok ANAK HALAL di IOI Mall, Puchong. Seminggu cuti, lama x berjumpa dengan Rose.
Dan sepanjang melihat AH, fikiran sy berperang sendiri antara akal dan logik. Hati sy jadi tidak sedap. Saya tertanya, mana agamanya? Anak2 Melayu ini digambarkan begitu bebas. Arak, disko, dadah, pergaulan bebas... jadi perkara biasa. Bgn tidur, matahari sudah meninggi terus sarapan. Inikah yang benar2 berlaku di kalangan anak muda kita? Tidak saya nafikan, ceritanya menarik. Sayang, cuma kurang pengisian... seolah-olah ada yang kosong! Dan yg paling sy geramkan tentulah kerana filem ini diklasifikasikan U. Maka di kanan sy, ada budak2 berumur dalam 11 tahun. Di barisan depan, ramai kanak2 yg berumur dlm 5 hingga 9 tahun. Dan dadah dihidu Fasha Sandha dgn selambanya. Adegan mahu dirogol ditayang sesuka hati. Aduh, apa warna fikiran anak2 kecil ini ya jika disogok sedemikian rupa? Kebebasan berkarya itu ada tetapi susah jika disalahguna.. Ah... mungkin sy saja yg berfikiran begitu.

Tuesday, December 18, 2007

When You're Gone/ Saat Kau Pergi

When you walk away...
I count the steps that you take
Do u see how much I need u right now
When you're gone
The pieces of my heart are missing u
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day
and make it ok... I miss YOU!


Bila kau berlalu
Aku mengira setiap langkahmu
Tidakkah kau melihat betapa aku memerlukanmu
Saat kau pergi
Kepingan hatiku merindukanmu
Saat kau pergi
Wajah yang kukenali juga telah hilang
Saat kau pergi
Kata-kata yang perlu ke dengari untuk melalui hidup ini dan membuat segalanya ok
Ah, aku merinduimu....

Haha.... Sedih lagu Avril ni. Saya sukakan suaranya dan yg plg saya suka tentunya lirik lagu yang menyentuh hati! Saya akan bercuti seminggu dari 19 Dec hinggalah Krismas. Selamat Menyambut Aidil Adha. Sempena hari korban, jika ada yg kehilangan lembu, kerbau atau unta... kerana ibadah korban... jgn bersedih... nyanyilah lagu ini. Ahaks

Friday, December 14, 2007

Sticker Kereta

Salam,
Pagi tadi sewaktu berhenti di lampu isyarat, saya membaca sticker yg di tampal di kereta di hadapan saya. Stickernya buat saya tersenyum. Saya memang suka waktu memandu membaca signboard, nama jalan, plet nombor kereta dan iklan atau apa sajalah yang boleh dibaca. Semuanya untuk menghilangkan rasa bosan. Nak tahu apa yang membuat saya senyum?
Sticker dari DOME : Delicious Driver! Haha... best,kan?
Semalam ada kawan tumpang kereta saya. Dia ketawa besar melihat sticker di kereta saya.
The Pink Mafia! Maklumlah dalam kereta saya, banyak berwarna pink. Dari head rest, tali pinggang, gear box cover... semua pink! Haha.
Di bahagian belakang pula, ada sticker: You KISS, you PAY! Pernah sekali waktu kereta saya disondol, Sue dengan selamba tunjukkan sticker tu pada budak lelaki yg melanggar kereta saya, " Baca ni bang! U kiss, u pay!" Haha. Tapi lepas cakap n tunjuk, dia lari jauh2 sebab takut gak maklumlah yang melanggar kami waktu tu 4 org lelaki!
Sebenarnya banyak sticker yg menarik, yg boleh membuat kita senyum! Antaranya:
Princess on board.
You think my car cute? See the driver!
Dont follow me, I'm lost too.
Dont get so close, I dont know you.
Saya pernah meletakkan sign berbunyi begini dan menyebabkan ramai yg tersenyum memandang saya. Nak tahu? SINGLE but AVAILABLE! hahaha... dah saya buangkan bila ada sekali tu, orang di pam minyak tanya, " Awak ni betul mencari ke? Nak saya kenalkan?" Ops, terus saya buang! Takut pula jadinya!

Thursday, December 13, 2007

Sahabat

Sy terima mesej dari kwn masa sy Form Six dulu. Lama dah berkawan wp ada masanya timbul, ada masanya tenggelam. Maklumlah, masing2 sibuk dengan dunia sendiri. Ini mesejnya:
SAHABAT, Apa ertinya bagi kamu? Mungkin macam iklan Ali Cafe, " Shbt sejati sentiasa di hati". Atau ... Iklan Fair & Lovely, " Tiap hari sayang!"
Tapi ada org2 tua cakap, sahabat itu bahaya. Mcm iklan... Astro, " Macam2 ada!"
Apa pun sy tak kisah, bagi saya: sahabat macam iklan LOREAL, " Kerana dirimu begitu berharga!"

Emm, so sweet! Buat sy berfikir, kerana baru-baru ini saya mengalami masalah dgn seseorang yang saya anggap sahabat. Sayang, mungkin sy saja yg berfikir begitu. Dia sebaliknya. Sy menerima dia dgn pakejnya : baik atau buruk sikapnya , sy sudah arif dan sy terima. Namun, hakikat bhw kita x boleh memuaskan hati semua orang menyebabkan hubungan kami jadi renggang. Dan sy memilih untuk berdiam saja. Bila berkata-kata akan hanya menambah luka, biarlah saya mendiamkan diri. Let it be...
Terkilan juga apabila isu yg sudah berzaman pun, diungkit dan dibangkit tapi... biarlah. Sy manusia biasa yg ada salah silapnya. Tak pernah sy anggap diri ini sempurna.
Syukur, sy ada ramai kwn2 lain yg memahami diri sy. Yg menerima sikap dong2 sy. Yg blh memberi nasihat, leteran dan semangat! Dlm hidup sy ni, bukan ada sesiapa. Hanya keluarga dan kawan2. Semoga hari esok lebih sempurna.
Hari ini, kami penulis alaf21 berkumpul sama2 melihat cabaran 2008 yg mendatang. Satu yg sy ingat dari perjumpaan pagi tadi adalah : Bersaing dengan diri sendiri. Cabar keupayaan kita menggarap supaya jadi lebih baik dari novel sebelumnya. InsyaALLAH, sy akan terus mengorak langkah lebih padu bersama geng bunga tabur untuk memeriahkan 2008 dengan karya yang lebih mantap. Amin!

Sunday, December 9, 2007

Cameron Highland




Sayup di pergunungan... hijau, luas pemandangan.
Subhanallah,
indahnya ciptaan ALLAH yang Maha Berkuasa.















Di Mardi, cantik pemandangannya... buat hati yang tak tenteram jadi tenang seketika.

Saturday, December 8, 2007

Sekitar Sambutan Hari Lahir Rose Harissa



Rose Harissa, the Birthday Girl! hehe... sambutan di Rimbun Klasik, Bangi! Makanan ok tapi proses menunggu... huh... nak pengsan!

Menu kami: tomyam daging, siakap bakar, kangkung belacan, telur dadar, butter prawn, senda gurau dan usik mengusik... sambil meng...uhhhh, meng....ahhhh melihat 'sesuatu'.


Seakan berjanji, kami memakai kombinasi pink dan merah. Rose aje yg warna oren tapi lipstick merah, so kami terimalah walaupun ada ura-ura nak mengkaji keahlian geng bunga taburnya. Haha!
Dan kami memang beramah mesra malam 7 Dec ni. Nasib baik wp kami ni sesama laser, hati tidak terusik, usus perut pun masih belum hancur! Tegur menegur dah jadi perkara biasa.
Awal lagi, waktu sampai sy dah minta tempat duduk yg jauh dari orang ramai. Maklumlah, antara kami berlima, saya seorang sahaja yg pendiam. Yg lain tu, berbual mcm di pasar borong! Haha...
Apa pun, Happy Birthday Rose! Next year, dicadangkan kita bertiga ( Lily H, Lynn Dayana & Rose H) sambut sekali di tarikh yg tengah2. Lagi meriah. Kita akan berparti lagi utk Laila dan Lily S tahun depan.

Friday, December 7, 2007

Bila Tertinggal Handphone...!

Kelakar ya. Suatu masa dulu, telefon tergolong dalam barangan mewah. Tak semua memilikinya maka kewujudannya tidaklah kita pedulikan. Ada atau tidak, bukan satu kemestian! Sekarang, bila tertinggal handphone pun saya seperti cacing kepanasan! Haha. Kenapa?
Kerana sebab2 ini:
1. Rasa seperti ada yg tidak lengkap. Tangan asyik nak mencari...
2. Nombor telefon bukannya saya hafal jadi bila tertinggal... alamatnya memang sunyilah jawabnya. Yg sy hafal tak sampai 5 pun! ( No emak, no Sue, no Nellie... yg lain... uwa tak ingat)
3. Malam ni kononnya nak memeriahkan birthday Rose yg disambut lewat sedikit dan bila tertinggal hp... Yong dgn selambanya menuduh saya sengaja tdk mahu menumpangkannya. Huh! Kalaulah dia dpt melihat hati emas jenama Habib Jewels yg saya miliki!
4. Dan saya tidak dapat menerima apa-apa sms dari sesiapa! Saya membayangkan entah berapa missed call yang sy dapat hari ni! Mesti banyak!
5. Sy tak dpt menulis notes utk nvl ke3. Emmm... biasanya jika ada idea, dgn hp lah sy menyimpan dialog yg sy rasa menarik.
Macam mana blh tertinggal hp? Hehe... Ini sebabnya:
1. Saya berbaju kebaya hari ini. Maka beg sandang saya , hari ni sy tukar dgn handbag. So, tak perasan hp tertinggal atas katil waktu tukar beg. Berbaju kebaya, jarang sy lakukan, smpi ada yg kata, patutlah hujan dan banjir! Sy hanya tersenyum saja!
2. Tangan saya menjinjing beg hadiah untuk Rose dan Kak Lily. So... emmm terlepas pandang tangan tak memegang hp rupanya.
Moralnya:
SEMUA ni salah Rose dan Kak Lily. Hahahahaha...... Memang salah korang berdua! Dengan senang hatinya mereka berdua saya salahkan tanpa rasa bersalah walaupun sekelumit hatta sebesar semut halus di celah hutan rimba! Huh!

Thursday, December 6, 2007

Kisah CINTA dan KEKASIH...

Semalam saya terima mesej ini dari seorang rakan. Mesejnya buat saya berfikir. Mari saya kongsikan mesejnya!
Satu hari CINTA dan KEKASIH berjalan-jalan di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam perigi.
Kenapa? Kerana CINTA itu BUTA... lalu KEKASIH pun terjun ke dalam perigi.
Kenapa? Kerana KEKASIH akan buat apa saja demi CINTA.
Di dalam perigi tersebut CINTA hilang.
Kenapa? Kerana CINTA itu halus.... mudah hilang jika tidak dijaga malah sukar dicari di dalam perigi yang gelap itu. Sedangkan si KEKASIH masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu.
Kenapa? Kerana KEKASIH itu SEJATI dan akan kekal sebagai KEKASIH yang SETIA...