Friendship... terjemahannya: Kawan atas kapal, maka tentunya hubungan yang dijalinkan di atas laut yang bergelora akan ada masanya bergolak, membuat kita jadi mabuk dan terasa terumbang ambing.
Bolehkah kita let go? Bagi saya, tidak walaupun mungkin ada masanya mahu saja melepaskan hubungan yang berantakan tetapi saya percaya, air yang dicincang tak akan putus. Sudah lama berkawan, belajarlah mengenali antara satu sama lain. Bagi yang baru berkawan, inilah masa kita mengenali hati budi masing2.
Wajarkah berkecil hati? Boleh tetapi janganlah disimpan terlalu lama. Kita manusia yang tidak pernah sempurna. Memaafkan, kita akan lebih tenang. Tapi kalau tak boleh, nak buat macam mana.
Mahukah terus berharap? Ya, kerana saya yang selalu mahu pesimis dalam hidup... hehe tapi selalunya akan optimis juga. Ikut situasi.
Semalam saya menghantar sms yg berbunyi begini pd kawan saya :
" I'm sick of my life! I'm sick in my heart. I'm sick in my mind!"
Dia membalas:
" Apa yg u fikirkan? Hati tak sedap?"
Saya membalas:
" Macam2. Yg logik, yg x logik. Yg pandai, yg bodoh. Yg waras, yg gila. Huhu. Cukuplah utk buat hati x tenang"
Dia membalas:
" Jgn la fikir yg x logik, yg x waras, yg x baik, yg x elok! Think blue is the sky, red is d sun, pink is my heart, green is d sea, orange is sour and gold is gleaming! Think beyond the norm."
Saya membalas:
" If think out of the norm, then I can have everything that I want."
Dia membalas:
" Bersyukur!"
Haha... terpukul saya kerana saya yg selalu mengingatkan dia supaya bersyukur, jangan banyak sgt mengeluh! Saya pula dikenakan balik.
Monday, February 25, 2008
Sunday, February 24, 2008
Puisi 3
Kalau hati ini keju...
Maka akan cairlah aku
Setiap kali mendengar lara hatimu.
Kalau hati ini sayuran organik...
Percayalah zatnya
Akan membuat kau nyaman dan selesa.
Kalau hati ini mee kungfu...
Maka berperanglah aku untuk menyelamatkanmu!

Puisi 2
Kau tahu makna sepi?
Bila yang kedengaran
Hanya deru desah nafasmu sendiri.
Kau tahu makna rindu?
Bila yang kau mahu
Hanya ada pada dia
Dan tiada yang lain mampu mengambil tempatnya
Kau tahu makna mimpi?
Bila segala yang kau inginkan
Hanya hadir didalamnya
Dan bukan di alam nyata.

Puisi 1
Kalau menunggu itu membawa makna
Kau akan datang juga kepadaku
Maka seribu tahunlah
aku kekal di situ.
Kalau membisu itu membuat engkau merasa
Aku memahamimu
Maka akan kuhilangkan
semua perbendaharaan kata-kataku.
Namun kalau itu semua
Masih tidak mencukupi
Maka tahulah aku
Kau bukan untukku
Antara kita… tak mungkin akan bersatu.
Kau akan datang juga kepadaku
Maka seribu tahunlah
aku kekal di situ.
Kalau membisu itu membuat engkau merasa
Aku memahamimu
Maka akan kuhilangkan
semua perbendaharaan kata-kataku.
Namun kalau itu semua
Masih tidak mencukupi
Maka tahulah aku
Kau bukan untukku
Antara kita… tak mungkin akan bersatu.
Friday, February 22, 2008
Senyum, ketawa dan tergelak lagi....
Hari ini dlm kesesakan lalu lintas, saya terpandang sticker kereta di depan saya,
1. BEWARE ~ I am a driver without a license! ( Hampeh,kan! Kalau dia langgar kita, kira ok la?)
2. If you are not satisfied with my driving: call 1-800-I Don't Care! ( Ini lagi jahat!)
Minggu lepas pula semasa memandu juga, saya ketawa terkekeh melihat signboard bertulis begini.
1. HONTA Specialist - haha, ini kedai bengkel kereta untuk HONDA! Mcm mana boleh tersilap eja? Buat malu company besar aje!
2. CAR WASH, besar tulisannya - dan dibahagian bawah untuk BMnya adalah CUCI KERETA DAN LORI. hehe... apa punya translation da!
3. Wanted : Driver lorry. Mesti suka ikut lori. Haha.... bagus betul job descriptionnya.
Di apartment pula, ada banyak iklan kecil yang buat saya ketawa lagi:
1. Masterbed ROOM ~ only RM 200. Alamak, kenapalah ayatnya dipisahkan begitu ya? Hingga lain pulak bunyi dan maknanya!
2. Baby SISTER wanted ~ haha, ini satu lagi! Jawatan apa yg ditawarkan agaknya? Mesti tak ada org yg apply kan? Yalah, nak Babysitter tapi iklankan Baby Sister!
Moralnya?
Bila medium yg digunakan adalah salah, maklumat pun tak dapat diterima! Dan kesalahan ejaan yang begini selalu buat saya naik angin. Macam tak ada kamus yg boleh dirujuk. Atau ini tergolong dalam bahasa santai? hehehe.... bahasa rojak?

Wednesday, February 20, 2008
Andainya ini yang berlaku....
Salam,
Cuba bayangkan jika anda berada di dalam situasi ini:
1. Anda menyukainya tetapi dia pula tidak pernah pedulikan diri anda. Anda hanya OPTION dalam diri dia bukannya PRIORITY. Anda diperlukan saat dia tiada siapa, tetapi saat dia mempunyai yang lain, anda tidak dipedulikan.
2. Anda sayang sangat pada dia. Kerana terlalu sayang, anda membenarkan dia membuat apa saja tanpa memikirkan perasaan anda. Anda takut jika anda bersuara, anda akan kehilangan.
3. Anda berdoa siang dan malam untuk dia tidak berubah hati, agar dia terus menyayangi anda. Anda merasakan tanpa dia, anda akan kehilangan punca, anda akan terlupa untuk menarik nafas!
4. Dia yang anda suka, tidaklah segah mana namun buat masa ini, dia saja yang anda ada maka anda tetap bergantung harap kepadanya kerana He's the only one you can put all your hopes!
Moralnya?
Mencintai seseorang biarlah ada batasnya. Jangan sampai terjual harga diri. Jangan sampai membiarkan diri anda dilukai. Jangan takut untuk bersendiri kerana adakalanya bersendirian lebih mematangkan kita. Membuat kita jadi lebih kuat. Janganlah hidup kerana orang lain. Hidup ini jalani sebaik mungkin, kalau dia bukan untuk kita, bersyukur saja kerana mungkin dia tiada dalam rancangan Tuhan untuk kita!
Cinta sepatutnya membuatkan anda gembira bukannya sakit jiwa, berendam airmata dan hidup menderita!

Sunday, February 17, 2008
Pesta Buku Brunei
Temui Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Rose Harissa, Lynn Dayana, Damya Hanna dan Lily Haslina di Pesta Buku Brunei yang akan berada di sana dari 29 Feb ~ 3 March.
Jum, berkampung di sana!
Thursday, February 14, 2008
Berapa Nilai Sebuah KOMITMEN?
Berapa agaknya nilai sebuah komitmen?
1. Ada seorang pendengar radio yg menelefon dan memberitahu, " Every day, I won't take a breath without taking one for you!" Bertuahlah si isteri yg dianggap kekasih seumur hidup.
2. Semalam dlm Bersamamu ~ sy menangis melihat keluarga Pak Agus di Trengganu yg berusaha mengubah nasib hidup dgn bercucuk tanam sayur2an. Saya bangga kerana dia tidak duduk menunggu bantuan. Semua dilakukan kerana komitmen untuk membesarkan anak2.
3. Komitmen pada diri sendiri penting juga. If it's time to let go, you must hold very dear to your choice and never turn back! Whatever not meant to us, will never be ours. Maka, teguhkanlah pendirian hati, kuatkanlah emosi dan komitmen untuk mengubah hidup mesti dipegang!
4. Saya dua tiga hari lepas juga memberanikan diri untuk mula memegang komitmen. Pening kepala juga tetapi utk masa depan, saya mesti berusaha. Walau kelak nanti, mungkin sy perlu makan pizza, kfc atau ayamas hari2! Hehe... best bagi org lain, siksa bagi saya!
Monday, February 11, 2008
Apa makna kasih?
Salam,
Cuti hari raya cina sudah berlalu. 4 hari saya bermukim di B.Pahat. Banyak perkara yg berlaku yg membuatkan sy teruja mendefinisikan makna KASIH. Bagi saya:
1. Kasih itu bila burung merpati putih yg emak saya bela, meromok... sakit. Emak saya pujuk burung tu spya makan dan minum. Selang dua hari, burung tu mula sihat semula dan seronok makan biskut yg emak sy hancurkn. Emak pun menunaikan janji: Emak buat bubur putih bubur merah kerana itu nazarnya jika burung itu sihat!
2. Shampoo emak habis. Kakak saya belikan shampoo SAFI jenis yang arang aring! Kata kakak saya, emak pakai banyak kali nanti uban emak akan jadi hitam semula. Hehe...
3. Pagi Jumaat, selepas subuh, 3 abang ipar dan dua org abang pergi memancing. Kakak sy bekalkan nasi lemak dan sambal tumis udang. Pukul 12, mereka pulang dgn hasil tangkapan... beberapa ikan buntal. Hehe... kerana kasih, kami ketawakan mereka!
4. Sy ke rumah kakak ipar dgn emak, dia hidangkan kek cokelat yang masih panas lagi, baru dibakar. Rasanya? Ah... penuh dgn kasih sayang!
5. Tengahari Jumaat itu, macam2 yg kami masak. Bila dah ramai, selera masing2 berbeza. Yg ini tak makan ikan keli, so kena goreng ikan gelama, yg ini tak nak ikan gelama, so dimasak ikan merah... Ragam berkeluarga... untuk keamanan dunia, seboleh mungkin kami cuba tunaikan semua permintaan yang dibuat!
Moralnya?
Mudah sebenarnya kasih sayang dikongsi, diberi dan diterima. Lakukan dengan hati yang ikhlas dan kemanisannya lebih manis dari selori gula. Dijamin tidak berpenyakit!
Monday, February 4, 2008
Rindu / Tidak?
Bila RINDU, apa yang anda boleh lakukan:
1. Tanam pokok. setidak-tidaknya anda menyumbang kepada ekosistem yang lebih baik. Anda juga memberi peluang oksigen berlegar2 di ruang hati anda yang semakin sempit.
2. Cuci baju. Haha... bersihlah semua kotoran yang degil!
3. Tukar langsir. Mata anda yang tadinya layu boleh jadi segar melihat warna2 bunga di langsir yang baru ditukar.
4. Sapu dan mop rumah. Dari anda menyiksa diri, baiklah anda lakukan tugas ini. Rumah bersih, suasana riang... hati pun senang! Ini senaman jugak untuk orang yg malas bersenam!
Yang jangan anda lakukan:
1. Mendengar lagu2 tangkap leleh, rock kapak dan mendayu-dayu.... anda akan terheret sama untuk bermukim di wilayah sengsara.
2. Merenung gambar dia berulangkali. Ini bahaya ya. Takut nanti ada biji mata yang rosak dan perlu ditukar. Kan, susah!
3. Memegang handphone, meletakkannya semula, memegang kembali ~ percayalah senaman ini tidak membantu utk menenangkan hati tetapi hanya menambah resah.
4. Membaca semula sms2 lama darinya yg anda simpan sejak zaman tok kaduk. Haha... ada sebabnya mengapa muzium dicipta. Certain things in life are meant to be kept there.
Diingatkan:
Ini adalah saranan dari orang yang suka benar menggabungkan apa yg perlu dilakukan dengan yang jangan dilakukan. Haha... SELAMAT BERCUTI....

Sunday, February 3, 2008
Port Dickson ~ Marina Bay Condo
Salam,
Weekend lepas, dari jumaat malam sampai tengahri Ahad, saya dan Dhiya Zafira bermukim sekejap di Port Dickson. Saya suka sangat mendengar ombak, iramanya membuatkan hati yang renyai, bertukar menjadi taufan dan ada masanya derasnya menghempas... membawa sekali angin ketenangan. Seronok bangun pagi Ahad lepas, kuat ombak... laju pula jari saya menaip novel yang ketiga. Malam sebelumnya, Dhiya sudah pengsan tidur... saya sendirian hingga ke jam 2.30 pagi bersms dan menghayati keindahan hujan yang turun. Nyaman... Jiwa saya menjadi tenang!
Kondo yang kami duduk ni, tingkat 1 aje tapi keluar dari ruang tamu, bukannya balkoni tetapi teracce yang membolehkan kami melihat pemandangan yang sayup memandang!