Monday, February 4, 2008

Rindu / Tidak?

Bila RINDU, apa yang anda boleh lakukan:
1. Tanam pokok. setidak-tidaknya anda menyumbang kepada ekosistem yang lebih baik. Anda juga memberi peluang oksigen berlegar2 di ruang hati anda yang semakin sempit.
2. Cuci baju. Haha... bersihlah semua kotoran yang degil!
3. Tukar langsir. Mata anda yang tadinya layu boleh jadi segar melihat warna2 bunga di langsir yang baru ditukar.
4. Sapu dan mop rumah. Dari anda menyiksa diri, baiklah anda lakukan tugas ini. Rumah bersih, suasana riang... hati pun senang! Ini senaman jugak untuk orang yg malas bersenam!

Yang jangan anda lakukan:
1. Mendengar lagu2 tangkap leleh, rock kapak dan mendayu-dayu.... anda akan terheret sama untuk bermukim di wilayah sengsara.
2. Merenung gambar dia berulangkali. Ini bahaya ya. Takut nanti ada biji mata yang rosak dan perlu ditukar. Kan, susah!
3. Memegang handphone, meletakkannya semula, memegang kembali ~ percayalah senaman ini tidak membantu utk menenangkan hati tetapi hanya menambah resah.
4. Membaca semula sms2 lama darinya yg anda simpan sejak zaman tok kaduk. Haha... ada sebabnya mengapa muzium dicipta. Certain things in life are meant to be kept there.

Diingatkan:
Ini adalah saranan dari orang yang suka benar menggabungkan apa yg perlu dilakukan dengan yang jangan dilakukan. Haha... SELAMAT BERCUTI....

14 comments:

sueaiilee said...

no 2 hingga 4 tuh selalu aku buat hahhaha..tapi bukan sbb rindu tapi bila kebosanan melanda...raser CNY nih nak gi beli langsir baru plak lahh...hahahha...aku & langsir mmg tak dpt dipisahkan....

lilysuriani said...

lynn, kalau baju kat rumah ko dah habis, datanglah rumah aku pulak. baju aku banyak tau!

sue...belilah langsir untuk rmh aku sekali hehehe

lilysuriani said...

yiiehaa! aku berjaya!!!

Abang Long said...

bila rindu ku sebut namamu .... hahahahaha .... musti Pokcik Mersik geram !

Lynn Dayana said...

Abg long, lamanya tak bersua ya! Harap dah sembuh!
Sue, memang teringat kat engkau bila cerita tntg langsir.
Lily Yong, huahuahua.... akhirnya!

Lily Haslina Nasir said...

eee... kau macam sindir aku jer kan... utk orang yg malas bersenam!! tapi utk hari ni aku dah nngecat belakang rumah... biarpun hingus tak kering lagi.. aku gagahkan jugak... lega sikit badan bila kena matahari terik tengah hari rembang tadi...

Lynn Dayana said...

La Kak Lily, mana kau pergi... aku banyak kisah yg nak diceritakan. Hehe... kisah limau mandarin! haha...

Rinn said...

haha.. menarik-menarik.. yg sy selalu buat yg basuh kain tu..

Mersik said...

Lynn.. kalau tak merindu. Tapi hendak merindu cam mana aa? kekekek..

Bila rindu.. ku renung bintang dilangit. yihaaa

Lynn Dayana said...

Alamak Pokcik ni! Gitulah pulak!
Kalau tak merindu tapi nak merindui, maka tepuk dada tanyalah selera! Mungkin salahnya di pihak kita. Perasaan ni kena disemai... huhu... memandai aje ek! Haha...

Miss Zero said...

hmm... rindu... penyakit yg susah nak sembuh... kadang2 macam sengaja tak nak sembuh2...

laila kamilia said...

kalau lynn rindu laila dan laila rindu lynn:
1-terjah rumah laila
2- tepon sampai tak ingat bil. celcom jugak yang kaya
3- jumpa kat equine park, shopping entah apa2
4-ambik gambar kereta JBC 7702 dan konon2 send via SMS tapi yg dapat dong dong....

syok kan rindu2...

Abang Long said...

Salam hormat.

Emel jemputan telah dikirimkan, program lawatan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21.

Harap dapat meluangkan masa.

TERIMA KASIH

Lynn Dayana said...

Hai miss zero... memang susah kalau sudah merindu dan tak sembuh2. Laila, amboi 1 dunia kau ceritakan apa skandal kita. Hehehe.
Hai Abang long, Kerjalah waktu tu. Tak berani nak berjanji.