Sunday, May 25, 2008

Alam Khayalan

Salam,
Saya seakan-akan berada di alam khayalan... alam dimana saya memungkinkan segala yang tidak pasti, tidak wajar, tidak logik dan tidak realistik kpd sesuatu yang ada kemungkinan untuk berlaku.
Kenapa? Emmm.... saya sendiri keliru.
Adakah saya dipengaruhi cerita Indiana Jones yang nyawa pelakonnya lebih dari nyawa seekor kucing? Buat apa pun...selamat saja! Haha...
Manuskrip saya di mukasurat 297....lama tak berganjak, lama tak bergerak. Emm... TLC ni betul2 tender loving care jadinya! Huhu... Rasa iri ada bila mendengar ramai rakan yang sudah menghantar manuskrip tetapi saya kena terima hakikat...kerja saya melambak nak disiapkan. Kelas demi kelas kena saya selia dan bulan ni asyiklah out station... Dan seperti yg saya katakan... saya hidup di alam khayalan. Melompat dari awan ke awan, bersembunyi di balik pelangi...dan bermukim di wilayah seribu mimpi!

12 comments:

sueaiilee said...

jadi bunian ke ahaksss

Lynn Dayana said...

huhu...bunian apanya... haha. Ini kes masalah sekeping hati...

lilysuriani said...

best apa...pakai baju gaun kembang, lompat2 dgn hujung jari kaki.sembunyi blkg pelangi dengan wajah yg comel2 alah...bestnya ko!

Rinn said...

teringat muka 'terpempan' indy dgn mamat russian tu.. haha.. pasni kalau terbaca perkataan 'terpempan' mesti nak compare ngan expresi muka indy.
sue, aku kagum la ko leh tido tengok wayang.

masalah sekeping hati tu ada kaitan lagi ke dgn hak sekeping hati?

*waves to lily S*

sueaiilee said...

nih pakai gaun2 kembang nih lagi tinggi daya imaginasi...bersembunyi dibalik pelangi lagi..

dlm panggung wayang lah aku senang nak terlelap Rinn...aircond..sejukk arghh mmg mudah terlena..

Rinn said...

tak seronok lah lompat2 dgn ujung jari kaki.. sakit wo, aku dah penah try.. baik skipping *la la la*

Lynn Dayana said...

Haha... tinggi sungguh imaginasi korang! Lbh teruk dr aku yg bermukim di alam khayalan!
haha.... Ya Rinn, hak sekeping hati menjadi masalah sekeping hati tapi biarlah.... haha... Life is for Living kan? Huhu....

sueaiilee said...

diturut kata hati...mati
diturut rasa...binasa

Rinn said...

masalah pun elemen juga dalam kehidupan.

kalau kedua-dua hati dan rasa membawa padah, apa nak buat? keraskan hati? matikan rasa? Akal pun kena buat timbang tara.

Lynn Dayana said...

Emmm... mahu berhenti tapi tunggu masa yg sesuai? Hehe... Semalam aku menaip. Page 301 dah. Haha tp sok dh ke jb pulak. Emmm... haus mlht kerja yg melambak!

Amadudin said...

Assaalaamualaikom,, maaf jikalau Pak Cik terganggu skit kat blog anak ini. Cuma nak berceloteh skit, memandangkan mirc pun ada masalah server. :) sebenarnya acik sedang google lagu alam khayalan... tapi blogspot anda tersenarai di tempat teratas, jadi jengok2 lah. tahniah, teruskan usaha. kalau suka sila2 lah lawat blog acik plak, www.glassmansays.blogspot.com sekian, terima kasih. wassalam

Amadudin said...

Assaalaamualaikom,, maaf jikalau Pak Cik terganggu skit kat blog anak ini. Cuma nak berceloteh skit, memandangkan mirc pun ada masalah server. :) sebenarnya acik sedang google lagu alam khayalan... tapi blogspot anda tersenarai di tempat teratas, jadi jengok2 lah. tahniah, teruskan usaha. kalau suka sila2 lah lawat blog acik plak, www.glassmansays.blogspot.com sekian, terima kasih. wassalam