Monday, December 22, 2008

Teman Baru Emak

Emak bercerita tentang Pai yang akhir-akhir ini rajin datang ke rumah. Mula-mula, emak marah juga dengan Pai yang datang tidak berjemput tu tapi lama kelamaan emak jadi tertunggu-tunggu juga dengan kedatangan Pai.
“ Kawan baru mak, ya?” saya selamba mengusik.
“ Aah. Bila mak panggil dia, dia datang,” jawab emak sambil ketawa.
Saya menjengah ke rumah yang sedang dibina Pai. Nampak kukuh dan kemas hasil buatan tangannya.
“ Mak tak kisah ke kalau Pai duduk situ?”
“ Sekarang mak bagi Pai makanan. Mak bagi pisang.” Emak ketawa lagi. Jelas memberi restu.
“ Pisang? Pai makan ke?” Emak mengangguk dan memuji kepandaian Pai. Ya, emak memang ada teman baru. Bukan Paiman tapi Tupai! Haha… Saya pun teruja melihat Si Tupai yang melompat dari tembok rumah ke dahan rambutan yang ada di sebelah rumah kami. Tupai pun boleh jadi kawankan? Saya lebih teruja memikirkan apabila rambutan itu tiba musimnya. Agak-agaknya lakukah pisang yang disuakan emak? Atau akan berkongsikah emak kemanisan rambutan dengan Pai?

3 comments:

alaf21fc said...

Jom lihat novel yang rosak.

liya71 said...

pai = tupai... cuba panggil sandy.. mcm dlm cerita spongebob

Lynn Dayana said...

haha... mak saya x tgk spongebob liya71!