Wednesday, January 28, 2009

Antara Personal & Tuntutan Global

TLC ~ Debarnya memang menyesakkan dada. Hasil karya yang ke3 ini saya tunggu dengan hati yang berdetak kencang. Penerimaan pembaca di waktu zaman gawat ini bagaimana agaknya ya? Pagi tadi di dalam HotFM, Fafau mengatakan semenjak 1 Januari, lebih 10 ribu pekerja yang kehilangan kerja. Besar jumlah tu. Keadaan ekonomi jelas sesuatu yang merungsingkan! Sana sini tempiasnya turut terasa. Novel-novel akan menjadi barang mewah yang menyebabkan pembaca menjadi sangat selektif.
Bahang Palestin juga menyebabkan kempen anti-Amerika kian hangat diperkatakan. Beberapa jenama Amerika kini menerima kesannya. KFC, Pizza Hut, McDonald adalah antara jenama yang berpengaruh di dalam kehidupan seharian kita. Yang perlu diingatkan mereka ini adalah pemegang francais sahaja yang terdiri dari anak-anak tempatan sama ada berbangsa Melayu, Cina ataupun India. Yang berperang di sana, namun kita di sini turut rasa terbabit sama. Hairan ya…dalam zaman siber dan teknologi begini, perasaan hasad dan dengki masih berleluasa hingga ketamakan itu membutakan mata dan telinga lalu mengheret kepada peperangan yang mengorbankan nyawa.
Apakah peranan kita? Doa. Ya DOA adalah senjata bagi orang mukmin. Semoga kekejaman ini dihentikan. Semoga dunia menjadi tenang dan kita sama-sama dipayungi rahmat-Nya.

Wednesday, January 21, 2009

Jawapanku...

Saya jawablah.... tagged yg diberi Ika ~ si ikan sepat yg comel. hahaha...

1. Do you think you are hot?
Kena check temperature la…
2. Upload your favourite picture of you.
Gmbr pki baju merah kat atas tu
3. Why do you like that picture?
I m smiling…without worries….
4. When was the last time you ate pizza?
New product training aritu. Hehe…org kejer pizza jgnla tnya soalan mcm ni!
5. The last song you listened to?Fall For You, Secondhand Serenade. Syahdu…
6. What are you doing right now besides this?
Listening to Hot FM, lagu Sampai Syurga!
7. What name would you prefer besides this?
Nama? Lynn Dayana kerana Dayana maksudnya yang gagah perkasa! Huhu!

Kena tag tiga orang, ek?
Kejap ya…
1. Rinn
2. Hezzy Azra
3. Dhiya Zafira

8. Who is no. 1?
My dong dong fren
9. No. 3 is having relationship with?
Mexican Spanish actor! hahaha
10. Who is no. 2?
A mom with speeding addiction!

Tuesday, January 20, 2009

Selepas 21 Hari....

Januari sudah 21 hari berlalu. Ya...lajunya masa berlari meninggalkan saya. Apa yang saya capai sepanjang 21 hari ini agaknya?
1. Appreciate people that appreciate you ~ orang yang lain tu...tak perlulah. Yang hanya menambah luka, yang banyak membuat saya menangis...abaikan saja. Letakkan saja di bawah SUPER AUTO REJECT! I m deleting their numbers....tapi yang terhafal di hati dan minda ni bagaimana ya? Kenapa fon tak dicipta dengan fungsi untuk reject sms? Haha...banyak songeh saya ni.
2. Be thankfull ~ Dalam keadaan ekonomi yang suam2 kuku ni, kereta saya masuk workshop. Mungkin merajuk kerana setelah 7 tahun berbakti pada saya tapi saya pula ada cita2 mahu bertukar citarasa. Walaupun demamnya sudah saya kebahkan, tetapi saya masih pening berkira2...mahu tukar ke tidak? Another 5 years in debt? Malas! Sungguh2 malas!
3. New officers ~ Ada 7 new officers yang berada di bawah jagaan saya. Kering air liur memberitahu itu dan ini. Bila waktu terima laporan mingguan, alahai pening! Awal bulan Februari bila mereka menghantar claim....aduh memang akan macam2 yg berlaku. Darah saya akan menyirap! Hehe...ntah apa2 mereka nak claim!
4. Last weekend saya sempat ke Singapura. Saja. Saja mahu melarikan diri, berubah angin dan mencuci mata. Kadar tukaran wang pergh...sungguh tinggi! RM1000 dapat S$414 aje. Ciput sungguh. Saya beli kasut aje. 2 pasang...semoga kasut tu boleh bawa saya jauhhhhhhhh.....bergerak ke hadapan? Haha.
5. My 3rd novel are in final stage. Tajuk dah confirmed, cover khabarnya dah siap...mhmmm cuma tak sure sudah beratur di kilang ke belum! Yang pasti...ianya untuk Februari atau March kot. TLC ~ relevan sungguh dgn apa yang saya lalui sekarang!

21 hari sudah berlalu. Cuti hari raya cina sudah semakin hampir. Tik, tok, tik, tok....sedar2 Januari dah habis. Hilang dan tahun ini tinggal 11 bulan saja. Semakin hampirkah anda dengan destinasi yang anda mahukan? Masa lalu makin jauhkah saya tinggalkan? Berapa lama agaknya saya mampu menipu diri sendiri? Mhmmm...

Wednesday, January 14, 2009

Dilema....

Selembut mana hati seorang perempuan sebenarnya? Betul ke hati perempuan ni memang macam kerak nasi? Sekeras mana pun…akan lembut juga akhirnya? Sebagai perempuan, kita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Mungkin kerana itulah, kita ni lebih mudah memberikan peluang demi peluang dan satu lagi peluang walaupun hati ini sebenarnya sudah hancur berderai. Terpelanting entah ke mana-mana tapi dengan airmata, dengan sedu sedan… kita kutip balik hati kita dan mencuba untuk kelihatan gah di mata dunia.
Sekuat mana kudrat seorang perempuan menempuh cabaran demi cabaran, memikul tanggungjawab dan membawa nama keluarga? Kadang-kadang saya terasa terhukum. Menjadi seorang perempuan bermakna gelaran Andalusia yang dilemparkan kepada saya membuatkan diri saya jadi hilang keyakinan. 8 Februari, seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan perkahwinan. Saya terasa mahu menghilangkan diri. Seorang teman mencadangkan agar saya senyum semanis gula saja jika ada yang bertanyakan soalan sensasi. Sah orang akan kata, patutlah tak kahwin2…gila rupanya! Haha…Bayangkan orang bertanya, apa khabar? Saya senyum. Dah makan? Saya senyum. Hehe.
Kakak ipar saya meminta saya tentukan warna tema untuk keluarga belah kami. Saya jawab saya pakai warna hitam. Dia menjerit marah dan bertanya kenapa? Saya kata saya berkabung! Hehe, panjang bebelan dia memarahi saya. Dia awal-awal berpesan, 6hb majlis nikah. 7hb, majlis rumah pihak perempuan dan 8hb barulah di pihak kami. Saya selamba bertanya, datang 8hb aje boleh? Kali ini abang long saya pula yang menjerit! Mhmm….khabarnya, 2 ekor lembu, 100 ekor ayam, seekor kambing akan dijadikan hidangan. Saya tanya, jemputan berapa orang? Kakak ipar saya kata, 700 orang. Huhu…maksudnya 1400 jemputan. Berpinar saya yang mendengar! Anak lelaki sulung. Cucu sulung emak tetapi ini merupakan anak saudara ketiga yang melangsungkan perkahwinan. Dan mahu menambahkan lagi kegembiraan ini, bulan jun nanti, seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan majlis perkahwinan.
Hujung tahun lepas saya sempat berlawak, “ Korang kahwin bila?” Mereka bertanya, “Kenapa, mak usu?” Saya selamba menjawab, “ Nak tengok sempat tak potong korang!” hahaha….. mhmm….nampaknya angan-angan itu tidak kesampaian!

Friday, January 9, 2009

Syyhhhh......berdiam saja....

Saya kalut semenjak tahun baru yang lalu. Kalut dengan kerja. Kalut dengan isu semasa, isu masa lampau dan yang sewaktu dengannya. Azam? Haha... bila orang bertanya, saya selamba menjawab, " Renewed azam lama?" hehe.... Ya... saya memang begitu. Ntah apa-apa jawapan yang saya berikan untuk menggembirakan diri sendiri.
Jan 1 juga menyaksikan yang saya berusaha menahan diri... berdiam mungkin jawapan yang terbaik. Hari ini hari ke 9 dan saya masih memilih untuk berdiam diri! Best friend saya kata, " You will be miserable!" Haha... ya, tapi saya sudah penat.
Petang tadi bila melihat nombor editor terpapar di skrin, saya sudah berdebar-debar. Alhamdulillah, tajuk novel ke 3 sudah dipersetujui. Debar menunggu baby yang ke3 terasa semakin kuat degupannya. TLC ~ ya... kalau sudah tersurat, yang tersirat tidak akan memberi makna.
Baru 9 Jan, tapi saya melihat hidup saya sudah sampai ke 2010. Banyak sungguh agenda yang perlu dilalui yang tentunya penuh dengan halangan dan cabaran. Redha dan redah! Ya... hidup ini lalui saja sebaik yang boleh.