Wednesday, January 14, 2009

Dilema....

Selembut mana hati seorang perempuan sebenarnya? Betul ke hati perempuan ni memang macam kerak nasi? Sekeras mana pun…akan lembut juga akhirnya? Sebagai perempuan, kita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Mungkin kerana itulah, kita ni lebih mudah memberikan peluang demi peluang dan satu lagi peluang walaupun hati ini sebenarnya sudah hancur berderai. Terpelanting entah ke mana-mana tapi dengan airmata, dengan sedu sedan… kita kutip balik hati kita dan mencuba untuk kelihatan gah di mata dunia.
Sekuat mana kudrat seorang perempuan menempuh cabaran demi cabaran, memikul tanggungjawab dan membawa nama keluarga? Kadang-kadang saya terasa terhukum. Menjadi seorang perempuan bermakna gelaran Andalusia yang dilemparkan kepada saya membuatkan diri saya jadi hilang keyakinan. 8 Februari, seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan perkahwinan. Saya terasa mahu menghilangkan diri. Seorang teman mencadangkan agar saya senyum semanis gula saja jika ada yang bertanyakan soalan sensasi. Sah orang akan kata, patutlah tak kahwin2…gila rupanya! Haha…Bayangkan orang bertanya, apa khabar? Saya senyum. Dah makan? Saya senyum. Hehe.
Kakak ipar saya meminta saya tentukan warna tema untuk keluarga belah kami. Saya jawab saya pakai warna hitam. Dia menjerit marah dan bertanya kenapa? Saya kata saya berkabung! Hehe, panjang bebelan dia memarahi saya. Dia awal-awal berpesan, 6hb majlis nikah. 7hb, majlis rumah pihak perempuan dan 8hb barulah di pihak kami. Saya selamba bertanya, datang 8hb aje boleh? Kali ini abang long saya pula yang menjerit! Mhmm….khabarnya, 2 ekor lembu, 100 ekor ayam, seekor kambing akan dijadikan hidangan. Saya tanya, jemputan berapa orang? Kakak ipar saya kata, 700 orang. Huhu…maksudnya 1400 jemputan. Berpinar saya yang mendengar! Anak lelaki sulung. Cucu sulung emak tetapi ini merupakan anak saudara ketiga yang melangsungkan perkahwinan. Dan mahu menambahkan lagi kegembiraan ini, bulan jun nanti, seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan majlis perkahwinan.
Hujung tahun lepas saya sempat berlawak, “ Korang kahwin bila?” Mereka bertanya, “Kenapa, mak usu?” Saya selamba menjawab, “ Nak tengok sempat tak potong korang!” hahaha….. mhmm….nampaknya angan-angan itu tidak kesampaian!

10 comments:

~marwati wahab @ aleya aneesa~ said...

anehnya rasa... bila dalam tepon, kak lynn boleh buat kte ketawa x ingat dunia... tp di sini pula... kak lynn... kak lynn selalu buat kte rasa sedey dgn apa yg kak lynn tulis. apa pun, idup ttp kena teruskan juga. jom... teruskan perjalanan sampai titik akhir!

Lynn Dayana said...

Haha... ya anehnya rasa! Ntahlah...akhir2 ni jiwa melankolik tapi i'm still smiling! U wont missed the sound of my laughter. Hehe...bila bersendiri aje kot yg sume ni datang!

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam Lynn,

Lama tak menjengah ke sini.

Saya boleh faham walaupun saya muda sedikit daripada Cik Lynn. Hehehe.

Ada masa, terutamanya apabila keletihan, kita harap dapat bersandar poada seseorang.

Tapi kan... sebagai perempuan yang hebat (hehehe), kita pilih untuk teruskan hidup dan capai impian2 lain kan? :)

Pujuk saya apabila hati tiba-tiba rasa kosong, jodoh bukan kawalan saya, jadi saya berusaha pada benda-benda yang saya mampu usahakan iaitu kerjaya. :)

Saya rasa Lynn pun macam tu kan? :)

Hidup baik-baik!

Damya Hanna~ said...

sabar jelah kak lynn...sy nk bg nasihat, diri sy pun terkontang-kanting. ahakss... ne way, biar la apa org nk ckp, nak pandg, nak komen nak ape2 ke. yg penting, kite punya matlamat hidup kite sendiri iaitu nak berjaya mencapai kecemerlangan. kalo kawen, tak bahagia pun satu masalah gak. skang ni, kalo dah rasa bahagia ngan apa yg kita dah capai, baik stick dulu pd yg tu. if ada jodoh, adalah. mcm sy la ni... malas nak pk. nnti nak bercinta, kene start from A balik... ermm...

Lynn Dayana said...

Pergh... nasihat2 dari adik2 sy terima dgn hati yang tersentuh! Hehe... saya okay. Saya menerima, memberontak...then menerima...then memberontak semula! Haha...fitrah manusia!

Damya Hanna~ said...

memberontak tu perkara biasa. tp jgn memberontak smpai memboikot diri plak. tak baik ikut kesihatan...

Mersik said...

Err.. err.. jangan lupa jemput sy makan2 kenduri tu nanti. Lama tul tak makan nasi mintak.. hik hik..

Lynn Dayana said...

Kita makan western la mersik! hehe. Alahai Damya...

Damya Hanna~ said...

sy tau sy adik yg baik dan bersopan-santun. rindu nak bergelak sakan mcm di brunei aritu. isk...

Lynn Dayana said...

Huh! Damya...bersopan santun? in ur dreams! hehe....eleh mentang2 lah kentang tak semestinya potato. Mentang2 dia dpt g brunei n akak tak dapat pergi! Nantilah pesta buku kan dh nak sampai. Lepas lenguh sign autograf, malam tu kita lepak somewhere lh! or...one of the days, malam tu kita lepak ramai2 kat rumah akak! Huhu... best tu. Ladies night!