Thursday, February 26, 2009
Tarikh Luput CINTA
Salam,
Akhirnya tiba juga karya saya yang ketiga ~ TARIKH LUPUT CINTA!
Semoga dapat menjawab segala persoalan mereka yang rindukan hasil garapan saya selepas JBC dan HCT.
Sila dapatkan dan kalau sudi, berilah komen dan tunjukajar.
Airel, Imanina dan Rezzal mesti bersaing demi harta bernilai RM 22.5 juta. Saat harta menjadi taruhan, nyawa manusia mula kehilangan nilainya. Pertarungan pun bermula untuk menjadi pemenang namun apabila hati mula berantakan kerana cinta, emosi dan logik pun mula bersengketa mencari ruang untuk berkuasa. Mana satu arah mahu mereka tuju?
Bagi Imanina, pendirian dia dan Airel jauh berbeza. Airel di utara, dia di selatan. DI KL sentral, Rezzal mendoakan mereka bertemu. Namun hatinya tidak mahu. Tidak sanggup menerima Airel si kacang hantu! Airel mesti ditumpaskan.
Manakala warna pelamin imanina dan Airel, Rezzal yang mengangankan. Ada masanya, Rezzal berdoa biarlah Imanina pekak manakala Airel pula bisu, agar dunianya jadi lebih tenang walaupun hanya untuk sesaat! Mereka berdua memang menyusahkan!
Kata Rezzal, skala cinta Airel pada Imanina, bagaikan 7 gunung, 7 lautan dan 7 langit. Sedangkan bagi Airel, sebagai kekasih gelap dia tidak mahu, kekasih separuh masa dia tidak rela! Sayang pada Imanina yang hanya seinci, tidak mungkin menjadi seela!
Maka perang pun bermula tanpa menyedari, ada insan keempat yang mahukan bahagiannya. Lalu bingkisan demi bingkisan dari dia yang mengaku sebagai Pencinta mengundang keraguan dan sejuta persoalan? Antara nilai persahabatan, peluang percintaan dan harta dunia yang berjuta, mana satukah yang mahu dijadikan pilihan?
Sinopsis:
Airel, seorang eksekutif muda dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta. Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina.
Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.
Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... Dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.
Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?
Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberkan? Tarikh Luput Cinta... Debarnya menyesakkan dada!
30 comments:
Tahniah, Lynn.
Semoga kelahiran TARIKH LUPUT CINTA akan menjadikan cermin yang pecah berderai itu tercantum dan melantunkan cahaya kembali ;)
Tahniah Lynn...dah lahir yang ke 3 ek.... sinopsis penuh suspen nnt balik smjung kena cari ni.... huhuhu saya jauh di bintulu skang ni... :d apapun semoga lynn terus maju dan berjaya.
Lyyn, cinta pun ada expiry date ke ? eheheh
Wah.... storyline macam menarik. Saya suka apabila ia berkait tentang duit. Best wishes Lynn.
Salam Encik Eyman...
Ya..moga cermin bercantum semula tapikan...klu dh ada RM22.5 juta, beli aje cermin yg baru! hehe
Salam Sufi...
Wah jauh kat sana ya! Hehe...manusia pun ada masa expirednya!Terima kasih kerana mendoakan saya. Amin!
Salam Leeya...
Suka duit ya! Haha... ya...saya suka bau duit yg fresh keluar dr bank... the crisp feelings of it! yum! yum! mhmmm...macam materialistik lak kita ni! Anyway, tq!
Tahniah!! Semoga terus sukses!
Tq Lily Suriani my love! hehehe
Tahniah...
Aku tumpang gembira. lepas ni sakit jantung pulak nak memikirkan respon ya...heheheh
TAHNIAHH!!
aku promote kat facebook...ramai kwn2 usm dulu kat sana..kalau dia org cari ko mintak free jgn marah aku hehehe...
"sy bukan along tp sy nak tolong.."
Thanks dhiya, thanks sue! hehe
Salam hormat wahai Lynn Dayana.
TAHNIAH atas 'kelahiran' hasil karya ke tiga ini.
Harap maklum, nama Lynn Dayana telah tertera di dalam Blog Abang Long.
Sila jawab sejujurnya.
TERIMA KASIH
salam akak? blh x andai nak beli terus dari akak?
Lynn, tahniah atas kelahiran TLC!
Thanx Abg Long....Arigato..kak Anis! Grrr....
Salam Mieyla...
Mieyla duduk dekat mana?
Oh my God! Serius, akhirnya saya jumpa orang yang faham perasaan apabila mencuim duit baru keluar daripada bank!!!! Hahahaha... so, orang dah tak blh cakap saya sewel suka cium duit baru. Hehehe...
Itu rutin hidup saya tu. Rasa segar buagar bila dapat cium duit baru. Rasanya awak faham perasaan itu hoh...
hai kak lyn... sy dah bacer novel TLC banyak best!! hehehe kudos!! ske 3 watak utama tuh... banyak gila,gila n gila... hehehhehe
salam kak lynn..
Tahniah kak novel ke3..
Tak sabar nak baca..
Ain dah beli tapi kakak ain dh rembat dulu..sedih ni..
xpe2..nnti ain komen balik story tu k..apa2 pun semoga kak lynn lebih success lagi. chayok3..
Salam Dell & Ain,
Thanx krn sudi dptkn tlc. Jgn gila n smpi perang saudara sudah!
salam Lyn... mungkin awak tak kenal sya, tp kta pernah jumpa pesta buku Brunei tahun 2008....
By the way, saya sah baca buku awak..TLC..mula-mula, masa saya bca sinopsisnya...hemm..komen saya:
apa le seronoknya nak berebut kan harta...tp..tanpa sedar saya buka first page...teruslah saya baca....smpai ke penghujung cerita.. saya habis bca pada jam 1.30 mlm ,dlm masa saya membaca tu saya juga ketawa tak tertahan...[ klau suami tahu mesti dia heran], juga bahasa-bahasa yang digunakan lucu...simbolik...menarik.. tp saya suka semua kata-kata yg digunakan... Tahniah ye...
salam Lyn... mungkin awak tak kenal sya, tp kta pernah jumpa pesta buku Brunei tahun 2008....
By the way, saya sah baca buku awak..TLC..mula-mula, masa saya bca sinopsisnya...hemm..komen saya:
apa le seronoknya nak berebut kan harta...tp..tanpa sedar saya buka first page...teruslah saya baca....smpai ke penghujung cerita.. saya habis bca pada jam 1.30 mlm ,dlm masa saya membaca tu saya juga ketawa tak tertahan...[ klau suami tahu mesti dia heran], juga bahasa-bahasa yang digunakan lucu...simbolik...menarik.. tp saya suka semua kata-kata yg digunakan... Tahniah ye...
Salam Mummy Hanan,
Terima kasih kerana sudi dptkan TLC. Hehe...sy happy krn dpt buat awak ketawa! Haha...sy rindu pulak pd Airel n Iman! Sungguh2 rindu dgn gaduh2 mereka.
Terima kasih sekali lagi kerana sokongan yg diberikan. Pernah jumpa di Pesta Buku Brunei ya... InsyaALLAH ada rezeki kita jumpa lagi
saya da bli novel ni masa pwtc bookfair baru ni... baru baca separuh dah rasa masuk sangat dah dalam citer tu tapi sayang tak sempat nk mintak akak sign kat buku aritu. ape pun..teruskan berkarya...saya jatuh cinta giler lah dengan ayat pembukaan tiap2 chapter tu. kalau hati ini......isk.
Gd luck.Novel "tarikh luput cinta" memang best. Boleh gelak sorang- sorang masa baca. Please buat lagi novel yang fun and happening but still trill nak baca sampai ke perkataan akhir :D
Just want to say well done, Lynn!
- A Freak's Review -
http://a-freaks-review.blogspot.com/
Assalamualaikum,
Bermula saya baca buku ni langsung tak lepas hingga ke subuh pagi - walau perut berdendang kelaparan tak di hiraukan, esuk kerja jadi macam zombie biarkan lah... Suka sangat dengan ayat2 tersusun di sana, tersengih sorang2 baca Ariel dan Imanina perang mulut. fall in love with Rezzal.
yg saya tak paham dengan ceta ni ialah apakah planning Tuan Kamarul, saya tahu objektif nya nak balas dendam, jika tiada faizal dan sarina yg menspoilkan keadaan, apakah kesudahan yang di hajati nya??? takkan dia nak balas dendam tapi hadiahkan 22.5 juta kot????
oh yes, remember the part sebelum mesyuarat memaklumkan Ariel menang suku kedua? Imanina akhir datang sebab keta dia rosak, dia trpaksa pakai teksi...then minuman dia tumpah, nasib baik ada spare kemeja kat kereta. bukankah dia pakai teksi????
nevertheless, saya akan cari pelusuk kedai buku novel2 anda yg lain ^_^
best cite nih...bwu abis bce...kelaka pun de, sdih pun de n hepy ending...huhuhu...mmg mnarik...
mcm mana nak beli online buku nie?
mcm mana nak beli online buku nie?
Post a Comment