Wednesday, March 25, 2009

Kenangan Terindah di Sabah

Pesta Buku Sabah sudah berakhir. Yg masih tidak berakhir adalah demam saya. Doktor bagi mc 2 hari.... Ini rasanya sakit paling lama yang saya alami. Ada beberapa kisah yang saya nak saya ceritakan selama 5 hari berkampung di Promenade dan Centerpoint KK. Antaranya adalah:

1. Kami dapat gelaran unik masa di sana. Ada sorang tu kami gelar Ratu Pasar Filipina. Mana taknya, pagi2 dia ajak kami ke sana, waktu malam ke sana jugak. Hehe, salah sy ke yang jadi tukang bargain tidak rasmi bagi dia yang matanya berkelip2 bila melihat brooch & gelang yang berkilau2. Tapikan... saya dapati masa tengok ikan kering, udang kering dan ikan bilis... matanya bersinar2 jugak. Macam lampu di dada ultraman! Haha

2. Ada sorang ni pulak... saya panggil Ratu Sinsuran. Kami baru di gerai yg pertama...dia dah bergerak ke 3, 4 gerai yg lain. Laju aje langkahnya. Penuh semangat. Saya suka soalan aleya... kena pergi pasar tu lagi ke? Hahaha...

3. Yang sorang ni lagi best. Dia dari KL dh awal2 kata, tak akan beli apa2! Ikan bilis, ikan kering nak buat apa! Huh! Sudahnya bila sya berjaya menawar harga dia pulak yang akan kata, " saya nak jugak!" Dan waktu nak balik, naik rebeh bahu dia menjinjing beg yg tentunya berisi ikan kering, sotong kering, kuih cincin! Hehe...

4. Air kelapa: minuman rasmi kami kat sana. 4 hari, 6 biji air kelapa saya minum. Mengorek degan ( isi kelapa) sampai bengkok sudu! Haha... seronok betul minum air kelapa kat Sabah. Airnya manis...nyaman!

5. Fresh seafood! Hari pertama...sy bawa kwn2 ke pasar. Besar mata mereka melihat murahnya seafood di sini. Sekilo sotong yang besar gila n fresh gila yang tentunya sedap giler, hanyalah rm7. Kami syok tengok seafood sampai suruh Ramlee Awang Murshid tanya emak dia, ada extra rice cooker tak? Haha! Bila jawapannya tak ada, kami masih tak berputus asa. Hehe... hasilnya, saya membeli rice cooker khas utk masak tomyam! Gilakan? Haha. Petang tu, sementara duduk tunggu peminat meminta autograf, Aleya diarahkan Cikgu Anis... buat list ingredients nak masak tomyam! Haha.... Sekilo udang, sekilo sotong, sawi jepun, daun limau purut, bawang, cendawan, serai, cili padi.... Kak Anis tanya, nak ketuk serai mcm mana? Saya kata, himpitkan aje kat celah pintu bilik. Aleya bagi cadangan, ketuk dgn kerusi! haha.... kerana tomyam, sepanjang petang kami tersengih2 menunggu jam 7 sampai! Malam tu kamu berpesta...Yum! Yum! Sedap hasil tangan kami...

6. Proses tawar menawar. Aleya siap boleh rakam ekspresi muka saya. Senang aje. Saya akan tanya, berapa ringgit? Bila penjual tu kata, rm20. Sy hanya geleng kepala. Penjual serta merta akan turunkan, rm18. Sy geleng lagi... Hehe... sampailah ke harga yang saya inginkan! Hehe, kat sabah beranilah sya main twr menawar macam tu. Kat Petaling Street, mati sy tak akan berani!

7. Makan tengahri di rumah RAM jugak antara kenangan yang tak dapat dilupakan.
Pergh....penuh meja dgn hidangan yang sungguh sedap. Udang, ketam, sotong, ikan tuna bakar, kerabu pegaga, pecal.... uwa, kami makan dengan penuh bersemangat! hehe...wlu demam n kurang deria rasa...makan jugak! terima kasih ya RAM! Jangan malu2 untuk ajak kami lagi. Hehe

Rasanya banyak yg berlaku sepanjang 5 hari di sana. Walau kurang sihat....saya seronok. Bercerita ntah apa2 dgn Aleya, melayan Kak Anis yang AUM.... hehe sambil mendengar nasihat dan lawak RAM....saya hargai kenangan itu. Terima kasih pada Ziana dan Encik Nordin... yanga sudi menjemput saya untuk mempromosi TLC. Pssst....sedapkan maggie hitam Ziana! Haha!
Tidak lupa juga salam kasih untuk yang sudi mendapatkan buku disneyland saya!

6 comments:

reen said...

kak lynn,x de gmbr ms kt sabah ke wt tatapan pminat smua??

Hezzy Azra... said...

Lynn,
Waahh... kedengarannya sungguh meriah sekali aktiviti di Sabah! :) Tapi tak de gambar ke? Nak tengok hang punya rice cooker tu! Hehe

~marwati wahab @ aleya aneesa~ said...

kak lynn... hahaha... n3 kak lynn kelakar giler. dlm mata kte masih terbayang-bayang tomyam seperiuk tuh... nyum... nyum... tp klu kte ada kedai, nampak kak lynn jer... kte akan lari sebatu...

Lynn Dayana said...

Haha... Yalah kan Aleya... akak punya skil tawar menawar pergh! Haha...tp aleya gak untung kan!

Lynn Dayana said...

Hezzy, Reen.... saya sibuk memasak so yg sibuk amik gambar aleya n kak anis! Huhu!

Mersik said...

Uii.. takda peraduan ka utk buku ni.. Mana tau hadiahnya melancong ke Disneyland.. asyikk gitu, hik hik..

Err..err.. ataupun gi majlis lonching2 ka.. paling2 tidak pun.. hik hik