Sunday, September 13, 2009

Menjelang Syawal...di akhir2 Ramadhan!

Salam,

Sedar-sedar dah Ramadhan yang ke23. Sedar-sedar lagu raya sudah asyik berkumandang dan menyakitkan jiwa. Trafik semakin teruk dan pusat membeli belah sesak dengan manusia!
Tahun ini saya tidak membeli walau sehelai baju raya pun. Entah kenapa, tiada rasa. Tiada keinginan... mungkin kerana kehidupan saya bukannya ada perubahan yang memerlukan saya untuk membuat perubahan!
Biasanya awal Ramadhan saya sudah sediakan duit raya. Sudah dimasukkan ke dalam sampulnya dan sudah siap-siap diletakkan nama. Namun...kali ini saya selamba tidak membuat apa-apa. Mengapa? saya merasakan sambutan perayaan hanya selalu membuat saya merasa sayu. Ada sedikit rasa terpinggir! Haha! mungkin perasaan saya saja.
Yang saya buat persediaan adalah kuih raya untuk mak. Itu saya tempah awal2. Yang saya awal2 sudah belikan juga adalah kelengkapan rumah yang emak mahu tukarkan. Rumah saya sendiri tidak perlu kerana bila balik semula ke KL pun, yang ada hanya dinding bisu!. Jadi, apakah misi saya pada hari raya ini? Perancangan saya adalah menulis dan menulis dan menulis. Manuskrip saya baru separuh siap. Dan dengan game saya yang semakin dekat tarikhnya, saya kekurangan masa untuk menyusun ayat walau idea sudah lama tercerna di dalam kepala.
Awal Ramadhan juga menyaksikan saya berjanji pada diri sendiri, " I dont want to be alone!" Hakikatnya, awal Ramadhan juga memberi berita yang membuatkan saya merasakan...hidup ini lalui saja sebaiknya. Allah lebih mengetahui dan moga saya akan dirahmatiNya, moga saya tabah menyusur hidup dan moga hati ini lebih tenang dengan kekuatan semangat bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Amin...
October nanti, majlis ketiga dalam tahun ni untuk perkahwinan anak saudara. 3 in a row.... huhu, rasa macam row row ur boat aje! Haha... Namun, saya akui...ujian DIA, saya terima.
Yang penting pada waktu ini adalah tentunya manuskrip yang mesti dihabiskan! Yang amat penting juga adalah pertandingan RCC akhir October ini biarlah berakhir dengan seribu kemanisan. Saya berdoa, 2009 ditutup dengan senyuman kerana terlalu banyak sudah airmata yang menghiasi tahun ini. Semoga Allah memperkenankan doa saya. Amin.

4 comments:

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

salam lynn.

hmm... perkara yang awak fikir itu berlegar dalam banyak hati lain. dan hati-hati itu juga berkata perkara yang sama... tentu ada hikmah-Nya. Bukankah itu ubat bagi memujuk hati? Tuhan lebih tahu apa yang terbaik kan? kan? kan?

Novelis Aleya Aneesa said...

ye... setuju sekali dengan apa yg leeya katakan. mungkin... thn ni agak getir juga bg kte, kak lyn dan dah puas berlakon...tapi di hujungnya kte sedar, ALLAH tak datangkan ujian pada yg tak mampu. kak lynn... kte... dan semua org di luar sana, pasti mampu menghadapi semua yang didatangkan. semoga ALLAH merahmati kte semua...

Lynn Dayana said...

Salam Leeya Myra,
Haha..ya saya tau. Ada hikmahNYA.
Aleya,
Berlakon? Anugerah Grammy menunggu kita? Akak ok, wahai adik2! Tq for ur concern...

erin zehana said...

bila nak keluar novel baru? harap lagi kelakar dar tarikh luput cinta :)