Wednesday, December 30, 2009

CET, novel ke4 dah siap!

Salam,
Alhamdulillah, novel saya yang ke4 sudah siap. CET saya sudah dihantar ke editor. Harap-harap ada rezeki untuk diterbitkan. Apabila CET siap, saya menjadi rindu pada watak-wataknya. Maka saya mula menulis JCC. Itu tajuk novel ke5 saya yang saya fikirkan masa saya sedang membuat dialisis. Mahu lena, tak pejam mata. Maka saya berangan memikirkan tajuk novel yang baru. Mahu yang catchy, yang buat orang melihat dan tertarik.Ya, saya memang selalu fikir tajuk dulu dan barulah menulis dengan senang hati. JCC ini gaya JBC. Maka banyak loyarnya, banyak juga buruknya! Haha. Doakan semoga saya terus mampu menulis kerana pada ketika ini, anugerah inilah yang membuatkan saya mampu terus mengorak langkah.

2 comments:

fzzh said...

Hope karya anda yang terbaru ni as interesting as tarikh luput cinta.
Harap anda jangan berkerja terlalu kuat, jaga kesihatan & semoga anda cepat sembuh.

Lynn Dayana said...

Salam.
Insyaallah...
Saya tidak berani menjanjikan apa-apa kerana kesempurnaan itu milik Allah.
Terima kasih krn mendoakan saya. JCC saya kini sudah 25% siap. Sementara cuti...sy teruskan usaha menulis.