Saturday, December 5, 2009

Saya sesat dalam Greys Anatomy!

Salam...
Ini bukan scene dlm Greys Anatomy. Tiada McDreamy yang redup matanya mampu membuatkan saya lupa ujian yg menimpa. Tetapi saya adalah Meredith yg keliru apabila doktor memberikan diagnosisnya! Kedua2 belah buah pinggang saya sudah mengecut. saiz normal adalah 12cm ttp saya punya hanya 8 cm!Namun dlm berduka, saya sempat terfikir...klu makan kidney bean banyak2, akan pulihkah kidney saya? Haha. Ya, saya masih mampu ketawa walaupun ada masa2nya banjir datang juga menimpa.

Hakikatnya, Allah lebih mengetahui! UjianNya, aduhai...amat berat dilihat, berat lagi beban yg saya terpaksa terima. Sokongan dari rakan2 saya amat hargai. Doa kalian saya hargai.

Kini saya berada di Batu Pahat... mc sehingga hujung tahun. Saya ada masanya sangat2 positif namun ada ketikanya soalan yg diajukan membuatkan saya patah hati. Terlantar selama 5 hari di wad hospital dan apabila ada yg bertanya, " sakit tak?" Haha.... saya rasa mau ketawa.

Allah memberi saya peluang menaip dengan satu tangan utk menyiapkan novel? Hehe... tangan kiri yg dibelah tak boleh digunakan. UjianNya...saya redha.

11 comments:

Azie Amien said...

salam lynn...

akak ada mndengar sdikit dr aleya. klu akak kata, sabar...itu sgt klise kn? tp, apalg yg mampu dihulurkan selain sokongan dan doa. semoga akan sntiasa ada Rahmat dan kasih sayang Allah terlimpah buat lynn dan keluarga... JAngan berhenti berharap ye..

Abang Long said...

Maaf, kerana tidak sempat untuk melawat tempohari.

Cuma satu yang Abang long fikir.


Abang Long YAKIN dan PERCAYA, Lynn mempunyai kekuatan untuk menghadapi apa sahaja !

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam Lynn,
Saya sedang meroyan. Hidup kala ini huru-hara. Tetapi apabila membaca entri ini, saya terfikir sendiri, siapa saya untuk mengeluh pada saat insan lain ujiannya lebih besar?

Saya doakan semoga yang baik-baik sahaja berlaku dalam hidup awak.
Berusaha! :)

[rania firdaus] said...

salam kak lynn..
erm.. tak tahu nak cakap macam mana.. tp macam semua org cakap, sabar..
saya tahu akak pasti boleh hadapinya sbb saya yakin DIA tak pernah dan tak akan menduga sesuatu di luar kemampuan hamba-NYA..
apa pun, saya doakan hidup akak lepas ni sentiasa dipermudahkan, insya-ALLAH..

p/s: mungkin mc sehingga hujung tahun tu boleh dimanfaatkan utk siapkan sebuah novel..? - sekadar cuba utk bersenda..
bertahan, kak..

*** saya tak reti sangat memujuk, tp harap-harap saya tak tersalah kata..

Novelis Aleya Aneesa said...

kak lynn...

ummi said...

salam kak..
saya minat smue hsil karya akak..dengar akak sakit,jujur saya nangis ,wlupun sya bukan sapa2 bg akak..
kuatkan semangat..lawan sakit tu.slagi belum alah.jangan mengaku kalah!!!
kami disini sentiasa doakan akak.smoga cepat sembuh..

Lynn Dayana said...

Salam buat Azie, Abg Long, Aleya, Leeya Myra, Rania dan Ummi Hurairah...
Terima kasih di atas sokongan dan doa.

ummi said...

kasih diterima kak..lepas ni kami nak "terima berita" kakak dah sembuh pula.ok...
nanti bila dh sembuh boleh buat novel bnyak2 lagi..

hybrid said...

kak lynn
ujian kadangkala diturunkan oleh Allah utk menguji hambaNya.itu tandanya Dia masih sayangkan hambaNya.its ok,maybe ada hikmah disbalik dugaan ini.hikmah yg membawa rahmat.ermm...kak lynn,sy kan tunggu kak lynn.BERJUANGLAH atas nama Allah,Insya-Allah ada berkat pd hasil kerja kita.utk yg terakhir.....
YA ALLAH... TABAHKANLAH HATI KAK LYNN.slm ukhwah dr sy wlau kak lynn x kenal sy.bersabarlah bersabarlah dan bersabarlah.ALWAYS ZIKRULLAH

erin zehana said...

salam kak lyn...
saya doakan akak tabah hadapi ujian Allah ni.. saya yakin akak kuat untuk hadapi semua ni...

I-sya said...

Salam Lin,

xtahu kenapa aku buta dari melawat rumah maya mu ini. akhirnya aku rasa mahu menangis!!!! menyesal meminggirkan khabar baru dari kamu.

Lin,

sejujurnya aku menangis bila tahu ujian yg kau tempuh. aku x mampu untuk berada di tempat kau lin. Dalam diri kau... penuh dengan kekuatan. Aku percaya!

Lin... apa lagi yg boleh orang seperti aku katakan melainkan bingkisan doa yg x seberapa. Moga kau lekas sembuh, tabah dan kuat.

* aku x mampu menyatakan "andai mampu aku ambil tempat mu", aku tak ada kekuatan yang kau ada Lin.