Salam,
Semalam saya asyik memikirkan sebaris ayat ini.
Things will be better, things will be better, things will be better
ya, saya asyik mengulang ayat yang sama. Semoga kekal dalam ingatan. Semoga terukir kemas di dalam hati! Siapa yang mahu sedih2? Siapa yang mahu asyik menangis? Saya pun mahu ketawa dan gembira tetapi adakalanya tersenyum juga sukar dilakukan. Seikhlasnya, bila orang berpesan jaga diri baik2...maka jawapan saya adalah, "Saya tak terasa mahu menjaga diri lagi...biarkan saja." Namun, saya masih waras. Tidak sampai kepada tahap mahu menamatkan riwayat hidup. Saya masih ingat ALLAH. Masih bersyukur dengan nyawa yang diihsankan kepada saya. Tidak tahu untuk berapa lama. Mungkin ini jumaat yang terakhir. Mungkin jumaat depan...mungkin jumaat satu lagi!
Hari Isnin lepas saya ke HUKM bersama anak saudara yang ikhlas mahu menderma buah pinggangnya kepada saya. Penat dah dia buat test macam2. Travel ke sini lagi... then dapat tahu yang HUKM tak buat transplant antara anak saudara dengan emak saudara. Kenapa tak bagitahu awal2? Aduhai. Saya disuruh mencari dari saudara yang rapat! Sama ada emak (mhmm....of course x boleh, mak x sihat), dari suami (opps....manalah saya ada) atau dari adik beradik (saya anak bongsu so most of them ada penyakit)
Jadi apa pilihan saya yang ada? Jawapan yang jujur ialah apabila mendengar saya hilang segala rasa. Ada anak saudara yang boleh, tetapi tidak diterima! Mahu buat di hospital swasta? Huhu...ratusan ribuan kosnya. Saya hanya diam saja.
Lewat malam, bila sudah balik dan sendirian di sofa.....saya menangis!
So...bukan saya tidak mahu ketawa, tetapi saya ada banyak perkara yang difikirkan. Jika bicara saya berbunyi mendatar...saya sedang bergelut dengan seribu rasa! Soalan2 yang diajukan kadang2 saya tak mampu menjawabnya. Jadi maafkan saya jika saya menjadi seseorang yang berbeza!
Thursday, January 28, 2010
Sunday, January 17, 2010
Tentang dunia pada 17 Januari,2010
Salam,
Apa bezanya di antara kasih, sayang dan cinta selain dari perbezaan ejaannya yang ketara? Adakah kedalaman rasa. Satu hanya 2 kaki? Satu lagi sedalam seribu kaki? Atau mungkin jumlah beratnya? Jika kasih setakat 200 gram, jika sayang beratnya bertambah 500 gram dan saat cinta yang dirasa, bebannya seberat gajah menimpa di kepala? Entahlah...mungkin juga ketiga-tiganya hanya rasa....
Rasa yang unik untuk insan yang berbeza kedudukannya di dalam hati kita. Makna dan pengertian yang hanya mampu dirasa mereka yang mengalaminya.
Perempuan: "Awak sayang saya?" Lelaki :"Sayang..." Tapi berkurun lama masih di ruang yang sama. Hanya di ruang berkasih sayang saja dan tidak mahu terikat dengan janji dan komitmen. Mhmm....ceteknya pengisian kasih sayang yang sebegitu.
Perempuan :"Awak cintakan saya?" Lelaki :"Kenapa tanya lagi? Tak payahlah diucapkan. Saya tau, awak tau...cukuplah." Masalahnya dia tidak pernah serius menoktahkan cinta itu pada ikatan perkahwinan.
Hehe...entahlah. Mungkin kerana wang hantaran yang makin tinggi. Mungkin juga belanja perkahwinan yang makin meningkat. Mungkin juga masih belum bersedia. Atau...mungkin juga, segala-galanya kerana suka-suka. Orang lain ada girlfriend, aku nak jugak ada girlfriend. Yang perempuan pula, aku tak nak bersendirian. Aku takut dengan masa depan maka kekasih yang hampeh tetap dilayan dengan baik walaupun hati sudah hancur menjadi debu.
Yang paling kasihan adalah mereka yang menjadi bank untuk lelaki. Makan, dia yang bayar. Duit minyak, tolong bayar. Duit kereta, kongsi bayar. Hujung-hujung bulan, bagi duit kocek! Huh!... jumpa lelaki begini, saya rasa pecutan larian saya lebih laju dari pemenang Olimpik. Lebih baik sunyi dari sakit hati? haha...entahlah.
2010 tahun yang penuh cabaran. Dah 17 hari Januari dilalui. Apa yang berbeza dengan tahun lepas? Hehe...Kini berat saya 10kg turun dari Jan,2009 yang lalu.

Tuesday, January 12, 2010
Tentang saya...pada 12 January, 2010
Salam...
Saya sudah kembali ke Kuala Lumpur. Sudah kembali menetap di Avilla. Pagi tadi memandu ke pejabat, saya dah mula menjerit dan merapu marahkan pemandu yang berhati perut tetapi tidak menggunakan minda apabila memandu di dalam keadaan yang jem. Sudahlah pemandangan mata saya terhad. hehe...siapa yang permah melawat saya akan tahu! Sabar ajelah.
Saya melihat semua ini sebagai cabaran. Hari pertama di pejabat dan begitu banyak kerja yang terbeban...hehe saya pening seketika! Sebulan setengah tidak bekerja, biul jugak bila balik kerja dan bertukar skop kerja pula. Sekali lagi...sabar.
Semenjak balik KL, saya belum menulis. Banyak benda yang mahu diuruskan. Banyak perkara yang mahu difikirkan. Setiap malam emak menelefon dan bertanya khabar. Emak kata, "Tengok bilik kosong aje, kau dah tak ada." Aduhai, menangis saya tapi diam-diam aje sebab tak mahu emak tahu. Hehe...
Kawan2 bertanya kenapa saya senyap saja tidak melaporkan jumlah mukasurat yg sudah saya menaip hari ni. Kawan2, anda dibenarkan potong saya...haha, sementara saya sesuaikan diri! Hehe

Monday, January 4, 2010
Tentang saya....pada 4 Januari,2010.
Saya masih di Batu Pahat lagi. Menghabiskan cuti tahunan tahun lepas yang masih berbaki 5 hari lagi. Sabtu depan baru saya akan pulang kepada hiruk pikuk Kuala Lumpur. Dan kekalutan hidup akan bermula semula kerana saya perlu mencari tempat dialisis yang baru dan kena memandu sendiri. Sebulan di kampung, saya ke sana sini di bawa oleh abang, kakak, abang ipar, anak saudara dan juga teman-teman. Mak tak izinkan saya memandu. Satria saya ada tidak bergerak. Selama sebulan baru dua kali saya memandu sendiri. Itupun ke kedai runcit yang tidak sampai sekilometer dari rumah. Itupun kerana terdesak perlu membeli barang. Kalau tidak, emak memang tidak membenarkan.
Sepanjang sebulan di Batu Pahat juga, masa yang ada saya gunakan untuk menulis. Novel ke 4 sudah siap dan sehari selepas novel ke4 siap saya memulakan novel yang ke 5. JCC. Ya dan tepat pukul 12 malam tadi, JCC saya sudah mencecah 127 mukasurat. Saya pulun menulis mengikut gerak hati. Saya mahu kalau tiada aral, menjelang hujung minggu ini saya mesti mencecah 200 mukasurat. Biar tinggal separuh lagi yang perlu saya siapkan.
Ada yang bertanya CET dan JCC akronim untuk apa. Sabar ya. Selagi tidak tercetak covernya, saya tidak boleh memberitahu apa tajuknya kerana novel saya masih lagi di dalam penilaian. C tentunya adalah Cinta. Haha….sesuatu yang sinonim di dalam tajuk karya saya.
Doakan saya supaya mampu terus menulis. Melalui tulisan, saya berkongsi kekuatan. Kata Hezzy, saya cemerlang kerana menulis dengan laju. Haha…Hezzy, aku dikejar masa yang tidak tahu berapa lama yang masih ada. Kata Kak Eka, she wish that she could be like me….Haha, jangan kak. Nanti hidup akak berendam airmata. Untuk Dhiya, the challenge is on! Jum….lawan! Laila…..seperti yang aku katakan hari itu, jika kau tak mampu membayangkannya….percayalah, aku sendiri tidak mampu membayangkannya. Takdir Allah….