Sunday, January 17, 2010

Tentang dunia pada 17 Januari,2010

Salam,
Apa bezanya di antara kasih, sayang dan cinta selain dari perbezaan ejaannya yang ketara? Adakah kedalaman rasa. Satu hanya 2 kaki? Satu lagi sedalam seribu kaki? Atau mungkin jumlah beratnya? Jika kasih setakat 200 gram, jika sayang beratnya bertambah 500 gram dan saat cinta yang dirasa, bebannya seberat gajah menimpa di kepala? Entahlah...mungkin juga ketiga-tiganya hanya rasa....
Rasa yang unik untuk insan yang berbeza kedudukannya di dalam hati kita. Makna dan pengertian yang hanya mampu dirasa mereka yang mengalaminya.
Perempuan: "Awak sayang saya?" Lelaki :"Sayang..." Tapi berkurun lama masih di ruang yang sama. Hanya di ruang berkasih sayang saja dan tidak mahu terikat dengan janji dan komitmen. Mhmm....ceteknya pengisian kasih sayang yang sebegitu.
Perempuan :"Awak cintakan saya?" Lelaki :"Kenapa tanya lagi? Tak payahlah diucapkan. Saya tau, awak tau...cukuplah." Masalahnya dia tidak pernah serius menoktahkan cinta itu pada ikatan perkahwinan.
Hehe...entahlah. Mungkin kerana wang hantaran yang makin tinggi. Mungkin juga belanja perkahwinan yang makin meningkat. Mungkin juga masih belum bersedia. Atau...mungkin juga, segala-galanya kerana suka-suka. Orang lain ada girlfriend, aku nak jugak ada girlfriend. Yang perempuan pula, aku tak nak bersendirian. Aku takut dengan masa depan maka kekasih yang hampeh tetap dilayan dengan baik walaupun hati sudah hancur menjadi debu.
Yang paling kasihan adalah mereka yang menjadi bank untuk lelaki. Makan, dia yang bayar. Duit minyak, tolong bayar. Duit kereta, kongsi bayar. Hujung-hujung bulan, bagi duit kocek! Huh!... jumpa lelaki begini, saya rasa pecutan larian saya lebih laju dari pemenang Olimpik. Lebih baik sunyi dari sakit hati? haha...entahlah.
2010 tahun yang penuh cabaran. Dah 17 hari Januari dilalui. Apa yang berbeza dengan tahun lepas? Hehe...Kini berat saya 10kg turun dari Jan,2009 yang lalu.

3 comments:

Maryam Kamal said...

That's better Kak Lynn..
Asal bahagia, sudah...

;)

erin zehana said...

saya tak sbr tunggu novel terbaru kak lyn dayana :)

rentan said...

apa maksud kasih sayang?