Friday, March 5, 2010

Cintamu Membawaku Ke Langit Biru...



Salam Hujung Minggu@ Salam Jumaat...

Saya tidak sabar menunggu Pesta Buku Kuala Lumpur. Hati saya berdebar-debar dan teruja sebaik sahaja memasuki bulan March. Namun dalam debar saya cemas juga. Tidak pasti karya ke 4 saya akan keluar semasa PBKL nanti. Ketidakpastian itu bagus jugakan! Hehe....di samping membuatkan proses pengepaman darah anda menjadi lebih lancar ianya juga membuatkan anda di dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga. Haha, betulkah teori saya....

Di luar sana...hujan renyai-renyai. Hujan di petang jumaat mhmmm....maksudnya kesesakan lalu lintas yang menyakitkan jiwa. Melihat website beberapa syarikat penerbit buku yang terkenal, saya jadi gementar pula. Banyaknya lambakan novel di dalam pasaran. Ramai sungguh teman novelis yang sama-sama mencari rezeki di dalam bidang penulisan ini. Membuatkan saya tertanya-tanya, novel ke4 saya ini adakah yang sudi membelinya? Saya sendiri tidak pasti adakah sesiapa yang berminat menunggu untuk mendapatkan CINTA EDISI TERHAD saya?

JBC saya tulis ketika masih bertatih di dalam dunia penulisan. Ramai yang suka kerana kelakar dong-dongnya. Encik Perdana dan Cik Satria masih membuat orang ketawa walaupun ramai yang marah kerana saya suka membunuh watak saya! Hehe...Dalam alam nyata, saya tertakhluk di bawah undang2 negara 1 Malaysia. Huhu! Di dalam alam maya, sayalah pemerintah yang berkuasa!

HCT ditulis dengan niat mahu bercerita tentang keindahan dan kesengsaraan dunia persahabatan. Konflik yang saya tulis sungguh banyak. Sama banyak dengan teka-teki gila saya yang bersepahan di dalam setiap helaian HCT. Indahkan, kalau benar cinta kita benar-benar terpelihara?

TLC. Saya menulis TLC mengikut gerak hati. Gaya seperti syot di dalam filem menjadikan cerita itu sangat laju hingga ramai yang menyatakan sukar untuk mahu meletakkannya kerana desakan rasa ingin tahu yang mendalam. TLC juga penuh sinikal dan serba serbi sinis! Saya suka komen Ustaz Cahaya : TLC tidak sesuai dibaca di tempat awam seperti di dalam bas, lrt, erl, pondok bas... Hehe, ampun! Saya suka buat orang ketawa atau paling tidak pun saya mengharapkan pembaca saya boleh tersenyum sengih membaca karya saya. TLC juga menggembirakan saya apabila mendapati ramai pembaca lelaki yang menyukai gaya thriller + selamba yang sinis.

CET bagaimana pula ya? Nantikan saja kemunculannya. Antara Zira Maya, Haida Fatma dan Julia Hana ada lelaki2 yang menyebabkan mereka menangis dan ada pula yang membuat mereka tersenyum. Runtuhan bangunan menemukan mereka. Di sana mereka berkongsi cerita tanpa mengetahui masa depan mereka terlakar pada titik itu! Ada darah merah yang akan mengalir, ada tusukan demi tusukan pisau yang tajam kerana dipengaruhi dendam....dan ada suara yang terus menyanyi di dalam dunianya yang sendiri dan terasing. Cinta yang membawa kita ke langit biru... juga boleh membuatkan kita hancur terhempas berserakan di dasar bumi!

2 comments:

UstazCahaya said...

Salam Lynn.

Tahniah. Sudah ada empat novel di pasaran. Iya benar, TLC antara novel yang susah untuk diletakkan setelah mula membacanya. Semoga terus melahirkan karya-karya yang baik dan menghiburkan;-)

Teringat saya kata-kata Elyana kepada Azzam dalam KCB:

"Menghiburkan orang itu juga dikira ibadah kan?"

erin zehana said...

salam kak lyn,
saya pun minat novel kak lyn
hope dpt autograf kak lyn 28 Mac ni :)