Thursday, March 11, 2010

Fragmen CINTA EDISI TERHAD 1

Malam itu mereka semua berkumpul kembali selepas solat Maghrib di Dewan Utama. Saat video klip menunjukkan aktiviti di rumah kebajikan pagi tadi ditunjukkan, semua yang ada di situ hanyut dalam perasaan masing-masing. Mereka menjadi sayu. Malah Zira tidak menyangka babak ketika dia menitiskan mata telah dirakam dan menyebabkan jantungnya berhenti berdetak buat sesaat dua. Babak di mana dia merenung jauh memerhatikan para pekerjanya mengerah tenaga juga membuatkan dewan itu bergema dengan tepukan.
“You look so sweet.” Pujian itu hinggap ditelinganya.
Zira menoleh ke arah wajah lelaki muda yang merupakan salah satu dari pihak syarikat yang bekerjasama memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan stok makanan untuk rumah kebajikan.
“I m not sugar,okay!” Zira membalas.
Lelaki itu ketawa polos. Dia sudah lama tahu wanita yang bernama Zira Maya ini memang dikenali dengan hati batu dan wanita berkuku besi. Namun, pada malam ini dia merasakan wanita ini sebenarnya menyembunyikan kelembutannya kerana tidak mahu dianggap lemah.
“I know you are not a sugar, dear! But what I saw just now, is your soft side and I like it.” Lelaki itu selamba memberitahu dan mengangkat gelas minumannya tinggi ke arah Zira dengan senyuman yang manis.
Untuk mengelakkan dari terus berbicara, Zira mendiamkan diri. Dia mencapai telefonnya dan memberikan sms kepada Ami.
Who the hell is the guy who sit beside me?
Dia menunggu jawapan Ami dengan sabar. Seminit. Dua minit namun tetap tidak berbalas. Dia memanjangkan leher cuba mencari di manakah pembantunya itu namun dalam keadaan dewan yang penuh dengan manusia itu, sukar pula matanya menjangkau mencari Ami.
“May be we can have lunch together?” Lelaki itu bertanya.
“I need to check my planner. I’m quite busy during this festive season.” Zira memberikan alasan.
“Coward!” Lelaki itu berbisik.
Darah Zira terasa menderu menyimbah ke muka. Berani lelaki ini memanggilnya pengecut!
“You are a walking disaster, don’t you? Strong at the outside but vulnerable inside!” Lelaki itu tertawa kecil.
“Mhmm…I think you are a frozen ice cream. It takes a guy like me to make you melt and yummy!”
Bisikan lelaki itu membuatkan Zira terasa seperti mahu muntah. Migrain kepalanya semakin menjadi-jadi. Dia mula memicit dahinya. Mahu berlari meninggalkan majlis pastilah tidak wajar. Dan yang paling penting dia tidak mahu lelaki itu gembira kerana menyangkakan dakwaannya benar-benar belaka!
“Cik Zira pening kepala?” Ami datang menghampiri.
“Mana awak pergi? Saya mesej awak tak balas pun!” Zira bertanya.
“Kan tadi saya dah beritahu, bateri saya dah kong!” Ami mengingatkan.
Zira menghulurkan tangan dan tidak sampai dua saat, sebiji ponstan sudah ada di tangannya. Mujur Ami menyimpan ubat untuknya. Dia meneguk air suam yang dihulurkan Ami.
“Manja!” Lelaki itu menegur dan menyebabkan air yang diteguk Zira terasa bagaikan batu kerikil yang kasar. Zira pula terus menundukkan wajah.

2 comments:

cik archyhis said...

mcm best jerk...... da de jual da ke kak kat p0pular???????

Lynn Dayana said...

Salam Kynn...
Lum lagi, pesta buku nanti insyaAllah. Lagi few days... Sementara tu saya hidangkan fragmen2 dulu. Hehe