Sunday, March 7, 2010


Sukacita diumumkan, CINTA EDISI TERHAD akan menemui anda semua semasa Pesta Buku Antarabangsa KL nanti. Hehe…Alhamdulillah! Syukur saya ke hadrat ALLAH kerana mengizinkan saya untuk terus berkarya. CET sudah siap separuh ketika saya dimasukkan ke hospital. Cuti sakit selama sebulan saya gunakan peluang itu untuk menyiapkannya. Menaip dengan sebelah tangan gitu! Sambil menangis, saya teruskan menjalin cerita.

Ini sinopsisnya:

Di bawah timbunan batu bata mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang namun mereka sedar, kaki mereka terantai di bumi.
Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah hidup. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekal untuk masa hadapan yang sempurna.
Sebaliknya bagi Julia Hana, terperangkap di bawah timbunan batu bata menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri dari terus terbelenggu!
Rasa kasih, sayang malah setitis cinta… sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada hanya kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri malaikat Maut, dia merasa kerdil dan terpinggir.
Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha. Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

8 comments:

Fatin Nabila / Nur Hazma said...

yeah, sonok jd org pertama komen di sini...hehehe...tahniah kak lynn..tahniah...dlm kepayahan, siap jugak CET... tajuk yang unik. sedap menyebutnya. mcm jugak TLC... jalan cerita yang tampaknya menarik...selamat maju jaya kak...teruskan melahirkan karya2 seterusnya....

Lynn Dayana said...

Thanx Fatin! hehe....harap2 kita dapat jumpa masa PBAKL nanti ya...

RinnTis said...

Lynn, tahniah :)
nanti ada ker kat meja penulis kat bookfair?
All the best
Good luck in your future undertakings

[rania firdaus] said...

salam, kak lynn..
tahniah.. tahniah..
sy suka covernya.. sy suka tajuknya..
tahniah, kak..

Rose Harissa said...

Tahniah... buku baru... tercapai hasrat ke pesta buku... mudah2an sold out... :)
time pesta buku laa nak naikkan sales buku kita... hehe...

Maryam Kamal said...

ehhem!
baby baru.
:)

tahniah! smuga terus happy mcm ni, sokmo2.

:D

Lynn Dayana said...

Salam Rinn,
InsyaAllah...ada both weekend.

Thanx Rania!...hehe, akak suka jugak sbb dpt tjk sendiri.

Hie Rose,
Ya, tercapai juga niat nak kuar di pesta buku. Hehe....

Thanx Maryam!

erin zehana said...

salam kak lyn
saya mmg tunggu nvel terbaru akak :)