Sunday, November 21, 2010
21 November datang lagi.
Salam,
Terima kasih pada semua yang mengucapkan selamat hari lahir pada saya. Ya, Ahad semalam saya menyambut hari lahir yang ke **. Hahaha....Apa yang saya rasa?
Mhmm....saya bersyukur. Setahun yang lalu, selepas sambutan Aidil Adha saya masuk wad. Selamba saja saya ke hospital dan daftar masuk. Tak tau pun sakit apa cuma doktor di klinik panel kata, " u need to be warded n go through some detailed check up."
Dengan tabah saya pergi sendiri bawak beg. Tak bagitau mak pun sebab x mau dia risau. Bila dah admitted, bila dah run through segala pemeriksaan...saya terdiam. Saya menangis. Barulah masa tu saya bagitau famili n kawan terdekat. Semua terkejut. Dan sebenarnya...sayalah yang paling terkejut dengan diagnosis yang diterima. I am sick...
Kini, sudah setahun saya melalui semua itu. Setahun yang mengajar saya banyak perkara. All the pain, pills, medicine....needles...huhu...Entah berapa gelen airmata yang tumpah! Sedu dan hiba membanjiri hati namun akhirnya saya sedar....ini ujian dari Allah.
So...I had survived a year of sickness. Don't know how many more years that I have...but I'd survived another year. Syukur alhamdulillah.
Di sini saya mahu mengambil kesempatan...mengucapkan rasa terima kasih pada semua yang menyokong saya, yang tidak jemu memberikan nasihat dan kata2 semangat. Saya juga mahu memohon maaf, jika sepanjang saya sakit ini saya menjadi orang yang berbeza. Something happen to me and I am not ashamed to admit that I am struggling to be in acceptance level.
Maka, ada masanya saya tidak mampu untuk menjadi Lynn Dayana yang dulu. Ada ketikanya saya mesti mementingkan kesihatan diri saya dari perkara yang lainnya. I am living my life as best as I could. As best as I know how.
So, bila ada jemputan yg terpaksa saya tolak...maafkan saya. Ada keraian yang tidak dapat saya kunjungi, maafkan saya. Ada yang tidak boleh menerima saya seadanya....maafkan saya.
Bagi yang masih setia mahu berkawan dengan saya dan mendoakan kesejahteraan saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Saya hanya makhlukNya yang penuh khilaf dan berusaha menjadi yang lebih baik.
3 comments:
kak lynn.
smg panjang umur dan diberikan tubuh badan yang sihat, dalaman dan luaran!
sakit itu ujian, tanda Allah masih ingatkan kita sbg hamba.
lebih baik sakit begini kak lynn, membuatkan kita lebih mengingatiNYA,
daripada sihat wal'afiat, seterusnya lalai dan lupa kepada NYA,
alpa dan leka kepada siapa yang mencipta..
smg kak lynn terus tabah dan diberikan kekuatan utk menulis kepada ummah!
take good care of yrself.
regards with love,
Maryam Kamal.
Calon SPM 2010.
:D
salam..
hapy belated nesday kak lynn..
semoga tabah menghadapi ujian darinya..
Salam Maryam & Nurkass,
Terima kasih kerana doa2nya. Amin.
Post a Comment