Salam,
Ya...Disember yang datang, cepat-cepat pergi! Hehe...kalau saya ada kuasa sakti, pasti dunia berpusing lebih cepat di paksinya lebih dari biasa. Bayangkan, kerana terlalu laju....ada pulak orang yang tercampak dari bumi kerana dosa kuasa sakti saya itu. hehe...terbayang wajah-wajah manusia yang saya harapkan tercampak keluar dari bumi. Astaghfirullah al azim.....
Begitu sekali niat jahat saya?
Seperti juga ketika saya tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Saya teringin mahu menekan butang dan berdusyum kereta saya terbang di awan biru dan saya pun sampai ke destinasi saya! Huhu....angan-angan! Realitinya, sejak akhir-akhir ini saya memandu tanpa perasaan. Kaki tekan pedal minyak dan saya memandu sampai ke arah tujuan dengan sejuta perkara sarat di kepala. Mujur laluan destinasi tidak berubah maka saya memandu secara automatik saja. Hidupkan enjin, pakai tali pinggang, bubuh R, turunkan brek tangan, baca doa dan jalan. Kerana caca marba dalam kepala, saya mengharapkan doa menaiki kenderaan itu melindungi saya dari segala bahaya. Amin. Semoga saya terus dilindungi.
Semalam saya makan Maggie. (Kerana sehari sebelum itu Aleya Aneesa kata dia makan maggie, saya pun jadi teringin) Maggie Tomyam + sawi jepun + tauhu + bawang + cili + telur sebiji. Siap masak, saya termenung tengok maggie dalam mangkuk. Makan dua tiga garpu....saya termenung. Kenapa tak sedap ya? Kawan saya kata, "Ur mouth yang taste or heart yang taste the maggie?" Haha.... Saya balas sms dia dengan jujur, "Hehe, x tau. Tapi nowadays..bila makan maggie, perasaan pertama is berdosa. Haha, x boleh makan kan! Tapi makan! Then after few forks, d lust subside." Ya, memang begitu. Tekak saya sekarang sukar mahu menerima makanan segera. Terbayang muka doktor. Terasa berdosa! Subhanallah....semoga Allah jangan menghukum saya kerana tidak mendengar kata doktor supaya jangan makan maggie!
Selepas habis termenung, kawan lama saya telefon. Dia jiran saya di kampung. Lama kami tak jumpa. Bila dia dah berkeluarga, saya pula jauh di KL ni....(hehe, jauhlah sangat) maka lama kami tak berhubung. Dia baru tahu saya sakit. Dia marah kenapa tidak diberitahu. Saya menjawab dengan ketawa sambil diselang seli dengan airmata. Dulu kami rapat masa sama-sama sekolah walaupun bukan di sekolah yang sama. Masa menjarakkan tapi hubungan yang tersimpul tetap ada tidak terlerai. Alhamdulillah, saya masih diingati.
Kesimpulannya, saya memang lalok melalui Disember ini. Hobi saya adalah menyeksa diri sendiri. Melihat orang lain bergembira, saya rasa tertekan! Haha....petanda depresi ni! Namun saya masih waras. Sangat-sangat waras. Maka jadual untuk Disember ini akan dipenuhi dengan pelbagai perkara. Esok ada yearly gathering....tak tahu saya selarat mana. Ahad kena shopping barang-barang dapur sebab mak n family nak datang rumah Isnin ni. Huhu......semoga Disember cepar berlalu! (Saya tahu Laila Kamilia marah dengan doa saya ni...hehe, kerana dia masih mahu cuti sekolah lagi!)
4 comments:
as salam..
amboi kak lyn..baru pertengahan disember dah lalok..emm..musykil..
kak lynn.... tolong... tolong jgn jadikan kte salah seorang drpd si pendosa. yg berdosa tu maggi kt umah kte yg dah lama x luak-luak tu, yg berdosa kemalasan kte ni, hehehe... sori buat kak lynn teringin tp kte dh x kasi kak lynn makan kan masa tu? hehehe...
Wahai Cik Lynn, Janganlah terlalu menyeksa diri.. walau dalam bukan apa sekalipun, kerana sepatah kata Laksamana Sunan (Dlm Trilogi Nvl RAM - Bagaikan Puteri ) , " Sebagai manusia, aku sayang padamu.." hik hik.
Jom ngeteh2.. Yippa
Nurkass,
Salam...ya disember ni memang lalok. I hate this december. Haha
Aleya,
Huh...maaf x diterima! haha...akak dosa sendiri ni.
Mersik,
Itu laksamana sunan...saktinya tentulah berbeza. Tapi dia minum teh jugak kan? Haha
Post a Comment