Wednesday, January 26, 2011

Juara Carta Cinta (Akan datang Februari)



Akhirnya, Juara Carta Cinta tiba. (Ops, akan datang sebenarnya ) InsyaAllah Februari nanti, novel ke lima saya ini akan mula dipasarkan. JCC ditulis ketika saya cuti sakit. Novel ini saya taip kebanyakkannya dengan menggunakan sebelah tangan saja sebab tangan kiri saya waktu itu baru buat pembedahan fistular. Rajinnya saya waktu itu, hehe….Tuhan saja yang tahu. JCC adalah inspirasi. JCC adalah jalur harapan yang saya garapkan di dalam watak-watak Maya Hanum, Adnan, Haqiem dan Haiqal. Saya hanyutkan diri saya di dalam dunia novel supaya saya mampu untuk menguatkan semangat mahu terus hidup.

Semoga JCC mampu membuat anda tersenyum. Inilah synopsis JCC!

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwich yang dihimpit rapat oleh roti panas.
Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka remuklah organ dalaman Maya bila kerap diasak.
Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening kepala. Besarnya tanahair Malaysia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia?
Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori.
Lelaki :“Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya.”
Maya: “Owh macam tu! Kalau I beli pisau setengah dozen? Tukul besi dua. Parang enam dan gergaji tiga. Apa maksudnya?”
Lelaki: “Somebody hurt you very bad, I guess.”
Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

10 comments:

nadya said...

x sabaunyer nak tunggu...bila nak kuar citer ni.....

Lynn Dayana said...

InsyaAllah Februari. Sabar ya! :)

Eera Shera said...

mcm bes jek..tertarik la..huuu.

I-sya said...

congrats lin. dah 5 anak ko kan.

kagum tengok semangat penulis yg mengalir dalam diri ko.

moga terus tabah. :)

sofia said...

da beli..
da bce..
syok gyler..
sweet je cyter :)
troz rembat mse kt karangkraf..
haha..

Lynn Dayana said...

Eera Shera, nak tau best ke tak kena bacalah ya!
I-sya : berkat doa kawan2 jugak.
Sofia : lajunya! Ahh...Sofia buat saya tersenyum. :)

sofia said...

2 larr..
mase sye dtng kt karnival 2..
sume org amek buku 2..
dyeorg ckp novel baru..
cover dye pon comell sgt..
jln cerite dye mmg mnarik..
suke larr sume teori2 tuh !
SAYA TUNGGU NOVEL AKN DTNG :)
THUMBS UP !

mizz eya said...

saya dah baca novel ni..
bezt sgt!
satu ari dar abez bce..

n()r maznah said...

i dah baca.. best sangat.. suka2..
selalunya i xsuka kalau heroin tu ramai lelaki yang tergila-gilakan dia, tapi. novel JCC ni memang best, best dan best.. keep it up, ada novel baru gtau ea.. =p

c.tie said...

sori, ntah macam mana xperasan yang blog ni accnt mmber sy n()r.. 2 la, over xcited sgt.. apa2 pon, suka novel JCC tu