Thursday, March 24, 2011

Mood mengoceh yang santai....

Salam,
Blog saya akhir-akhir ini memang jarang dikemaskini. Hehe. Tiada idea. Atau malas? Tepuk dada, aduhai terasa sakitnya. Mungkin juga kerana saya merasakan, siapalah yang mahu membaca blog saya ini. Namun jejak yang ditinggalkan mengenai JCC membuatkan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada ALLAH kerana JCC mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Jadi, apakah yang mahu saya ocehkan hari ini ya. Musim hujan begini, muramnya membuatkan kita memang merasa sangat selesa untuk lena atau menghirup air panas di dalam selimut. Hehe...(gambaran yang sopan untuk orang yang malas sebenarnya)

Antara teguran yang saya dapat mengenai JCC adalah terdapat beberapa pembaca yang tidak menyukai thrillernya. Bagi mereka, konsep komedi romantik lebih digemari. Aduhai, bagaimana ya mahu saya melakarkan kisah yang seterusnya? Sejujurnya, apabila menulis saya mengamalkan konsep, tulis apa yang saya tahu, tulis cara yang saya suka!

Saya bukan penulis novel pure romance! Itu hakikatnya. Tidak pandai saya menulis kisah romantik yang jiwang-jiwang karat gila. Membuat pembaca boleh tersenyum adalah sesuatu yang saya suka. Namun saya juga suka menggarapkan sedikit unsur misteri dan thriller di dalam novel-novel saya. Dari 5 novel yang terhasil, yang betul-betul tiada thriller adalah yang pertama, Jika Benar Cinta. Itu pun watak utama lelakinya, saya matikan! Hingga ke hari ini, ada lagi email atau pembaca yang bertanya, Hazriq betul-betul mati ke? Haha...

Diulang sekali lagi, saya bukan penulis pure romance! Jadi maafkan saya jika scene thriller saya tidak digemari. Namun ada juga yang suka dengan garapan yang sebegitu. Life is not a bed of roses. People die...people kill...people hurt people that they love...people full of deceitfull moments. Hidup ini satu perjuangan. Ya, saya faham dengan pembaca yang merasakan hidup sudah terlalu mencabar maka mereka mahukan novel yang happy! Hehe...bagi saya, novel mesti ada pengajarannya. Ada watak hitam, ada watak putih! Kompilasi pahit dan manis. Barulah seimbangkan.

Novel ke6 saya bagaimana ya? Cinta Perisa Dia. Setakat ini, gaya penulisannya umpama JCC. Namun yang pasti saya ingin menyelitkan isu dadah, mafia, samseng....entahlah pada peringkat ini, saya masih tidak pasti. Yang pasti, bukan pure romance. Hehe. Tak pandai saya. I love u, u love me...then fight, then baik....back to i love u, u love me? Hahahaha....because in the real world, romance was never like that. It fulls with hatefull things.... Ianya bagaikan musim bunga yang ceria namun akhirnya kelopak bunga itu gugur jugakan?

3 comments:

nadya said...
This comment has been removed by the author.
nadya said...

kak lynn i think u patut truskn dgn apa yg u rasa n amik skit komen2 dari peminat...i suker sumer novel u coz ur novel lain dari yg lain n jadikan ianya identiti u...:)

Lynn Dayana said...

Tq Nadia. Ya, sy akan mencuba sedaya upaya....menjadi lain dr yg lain. Baru unikkan?