Salam,
Ya, saya tahu. Blog saya berhabuk. Saya tahu, saya struggle siapkan novel dan mengharung banyak komplikasi dalam kesihatan saya. Sekarang sudah November. Sudah 6 bulan semenjak saya menjalani pembedahan transplan buah pinggang. 2012 memang tahun yang sangat hebat ujian dan cabaran untuk saya.
Berapa banyak airmata yang tumpah ya semasa saya terbaring di atas katil hospital? Merenung siling dan terasa mahu berlari tetapi tidak dapat bergerak.
Berapa banyak harapan yang hancur bila melihat dunia bergerak laju meninggalkan saya sedangkan saya terkial2 cuba menenangkan diri dengan banyaknya komplikasi yang terpaksa dilalui semasa selepas pembedahan.
Syukur, alhamdulillah. Kini, saya semakin sihat. Banyak yg saya pelajari sepanjang melalui pelbagai ujian ini. 2012 ini ada banyak kisah pahit dan manisnya. Tahun ini juga di dalam dunia penulisan, saya berjaya melihat 5 karya saya diterbitkan.
Bermula dengan Cinta Perisa Dia pada bulan Januari. Antologi Jiwa Kacau mengekori dan kemudiannya Demam Aishiteru, novel remaja saya yang pertama. Bulan September dan Disember akan datang nanti adalah buku kanak2 saya : 1 hari 1 cerita (Kawan baru FB dan Power Puff Girl Mama). Huhu... PPGM akan menutup 2012 saya dengan jumlah karya Lynn Dayana menjadi 12 buah. Alhamdulillah. Tak terjangka saya, ini semua boleh berlaku. Saya bukan popular gila...haha, saya bukan penulis yang boom...tapi syukur, ada rezeki untuk berkarya di sini. Terima kasih pada Grup Buku Karangkraf yang terus memberikan peluang.
Bagaimana mahu melalui 2013 pula ya?
2013, saya akan kembali bekerja. InsyaAllah, CUD (tajuk sementara Cinta Untuk DIsewa) akan diterbitkan awal tahun 2013. InsyaAllah, ada lagi naskhah Merah Cinta Kita saya akan diterbitkan. InsyaAllah juga, jika ada rezeki...ada Antologi Jiwa Kacau ke 2.
Saya akan mula menulis CPM mula Januari nanti. Cinta P****** M****. Sekarang saya ada hutang pada editor Prima. Haihh...saya kena segera selesaikan hutang. Jika tidak, hati rasa tak sedap.
Semoga Allah terus memberkati saya. November datang... hari lahir akan tiba. Umur akan meningkat. Ya Allah...tuanya saya. Haha... moga diberi kesihatan yang baik. Diberikan Allah idea yang cukup cantik untuk dilakarkan di atas kertas. Tentang hati dan perasaan, semoga diberi ketenangan. Moga terus percaya, Allah saja yang tahu apa rencana yang terbaik untuk saya. InsyaAllah.
JANGAN MUDAH MENGALAH. LIVESTRONG... InsyaAllah.
3 comments:
hai lynn :)
semoga segalanya baik2 saja..
x sabar tunggu cinta untuk disewa..
gud luck :)
kuatkan diri, semoga sihat selalu, tak sabar nak tunggu karya baru :)
Post a Comment