Kelakar ya. Suatu masa dulu, telefon tergolong dalam barangan mewah. Tak semua memilikinya maka kewujudannya tidaklah kita pedulikan. Ada atau tidak, bukan satu kemestian! Sekarang, bila tertinggal handphone pun saya seperti cacing kepanasan! Haha. Kenapa?
Kerana sebab2 ini:
1. Rasa seperti ada yg tidak lengkap. Tangan asyik nak mencari...
2. Nombor telefon bukannya saya hafal jadi bila tertinggal... alamatnya memang sunyilah jawabnya. Yg sy hafal tak sampai 5 pun! ( No emak, no Sue, no Nellie... yg lain... uwa tak ingat)
3. Malam ni kononnya nak memeriahkan birthday Rose yg disambut lewat sedikit dan bila tertinggal hp... Yong dgn selambanya menuduh saya sengaja tdk mahu menumpangkannya. Huh! Kalaulah dia dpt melihat hati emas jenama Habib Jewels yg saya miliki!
4. Dan saya tidak dapat menerima apa-apa sms dari sesiapa! Saya membayangkan entah berapa missed call yang sy dapat hari ni! Mesti banyak!
5. Sy tak dpt menulis notes utk nvl ke3. Emmm... biasanya jika ada idea, dgn hp lah sy menyimpan dialog yg sy rasa menarik.
Macam mana blh tertinggal hp? Hehe... Ini sebabnya:
1. Saya berbaju kebaya hari ini. Maka beg sandang saya , hari ni sy tukar dgn handbag. So, tak perasan hp tertinggal atas katil waktu tukar beg. Berbaju kebaya, jarang sy lakukan, smpi ada yg kata, patutlah hujan dan banjir! Sy hanya tersenyum saja!
2. Tangan saya menjinjing beg hadiah untuk Rose dan Kak Lily. So... emmm terlepas pandang tangan tak memegang hp rupanya.
Moralnya:
SEMUA ni salah Rose dan Kak Lily. Hahahahaha...... Memang salah korang berdua! Dengan senang hatinya mereka berdua saya salahkan tanpa rasa bersalah walaupun sekelumit hatta sebesar semut halus di celah hutan rimba! Huh!
3 comments:
hamboiii... meriahnya ko salahkan aku dgn kak Lily eh? sape yang suh ko berbaju kebaya? ko patut salahkan baju kebaya tu tau tak? hahahha
ehh, beg hadiah lah pulak yang kau fitenahh... yg benarnya kau dah silau mata, tak nampak segala bila fikiran melayang memandang seluar matelik kau yg berkilau tu..
haha... memang salah korang berdua!
Jgn salahkan bj kebayaku, jgn salahkan seluar metalik ku!
Post a Comment