Friday, December 28, 2007

Rasa....

Semalam... sebenarnya, dah dua tiga hari ni, jiwa asyiklah berkelana. Fikiran menerawang entah ke mana-mana. Menyusur sungai, membelah langit dan sesat dalam belukar. Mulalah saya jadi tidak keruan. Saya cuba kemaskini fail 'rasa', saya cuba simpankan dalam arkib, biar jadi rujukan... jangan sampai kesalahan yang sama diulang lagi tapi... kotak rasa tetap juga penuh walau puas cuba dikosongkan. Hingga ada masanya, terasa sukar mahu menghela nafas!
Malam tadi, saya hantar sms berbunyi begini, " rasa nak tebang hutan sebelukar..."

Jawapan seorang kawan yang dong2, " Jangan... nanti rosak ekosistem!" Jawapannya buat saya tersenyum. Saya hantarkan pula, " Rasa nak memandu tanpa brek.." Jawapannya pula, " Eh, jangan... minyak sekarang mahal!"

Aduh... saya ketawa lagi. Seorang kawan lagi, selamba saja berkata, " Tampar nak?" Haha... seorang lagi pulak kata, " Kau terus buang aje brek kau..."

MORALnya?: Kawan2 ada. Waktu berduka, ada ruang untuk bergembira. Namun, tepat pukul 10 malam tadi, saya matikan lampu. Dalam gelap, saya bersendirian memujuk hati.... Hati sendiri, sendirilah bertanggungjawab untuk memujuk,kan? Emmmm.....

12 comments:

Lily Haslina Nasir said...

sabar sabar... kat luar tu byk lagi yg sengsara, derita merana... aku pernah tak lalu makan minum tidur segala dan mood hancur lepas balik interview tema derita melarat.. nenek tua tidur sebelah datuk tua.. bila bocor, melimpah hujan.. najis bersepah.. anak tinggalkan! baby hisap puting kosong, hisap botol susu airnya basi.. dijaga akak abang umur 4-5 tahun.. sebelahnya atuk yg hidap kanser jaga cucu.. emak apak entah ke mana...

Lily Haslina Nasir said...

upss.. lupa nak sebut.. nenek tua atuk tua tu lumpuh... aku singgah kat pondok dia ala-ala reban aku lagi cantik.. dlm keadaan dia tak tahu luar tu siang ke malam.. dan sendiri tak makan dah 3 hari.. ni semua area Cheras dan ampang

Lynn Dayana said...

ya... aku insaf! aku tahu. Aku sedar... cuma kdg2 sengaja menyiksa diri. Mslh aku nampak kecik sgt bila dibandingkan dgn org lain. Tapi kata kuncinya masalah AKU. hahaha. Jgn risaulah, aku ok je. Tp kalau kau dgr berita, ada seorang perempuan ditangkap kerana menebang pokok secara haram, kau pergi jaminlah ya. Rose jauh kat Perlis. Heheh

sueaiilee said...

hahhahah...tapi btollah bila org bermasalah pandai aku nasihat tapi bila kena tang lobang idong aku masyaallah rasa mcm...eeiii...tapi kena kuat semangat pastu ada kekawan support rasa lega...tol tuh k lily kata kita rasa kita susah tapi ramaiiiiiii lagi org kat luar sana lagiiiiiii susah idop melarat

dhiya zafira said...

oit lynn...
Insyaallah...ALLAH sentiasa bersama-sama dengan orang yang SABAR.
dr ko nak p tebang pokok ntah kt mana2 baik ko mai umah aku tbang segala macam lalang yg tinggi menjulang kt area umah aku..hahahhaa

Lynn Dayana said...

tq, tq... beginilah hidup. Lalang tinggi kau biarkan dhiya? Karang... ada ular kang.

sueaiilee said...

pucuk pangkalnyer pokok paku pakis pokok yg nak ko tebang..hehehe..kena sentiasa bersyukur dan sabar dgn dugaan...AMIN!!...ALLAH tahu kita kuat that's why DIA bagi byk cabaran kat kita dgn cara tuh kita makin dekatkan diri dengan DIA yg satu

Lynn Dayana said...

Bila positif, datanglah apa pun... Aku kuat. Saat negatif, datang masalah sebesar hama pun... rebah jadinya!

Mersik said...

Uii.. apa punya pesen dah rasa2 yg sebegitu? Musykil sungguh ni.. hik hik.

Walau apa pun rasa yg mendatang.. layannnnnzzzz...yihaa

( Suka mkn ikan siakap masak 3 rasa hu huu )

dhiya zafira said...

hahhahha...mimpi kena patuk ular mananya nak kahwin...realiti kena patuk ular...ahhaha...goodbye jawabnya...

Abang Long said...

Banyakkan bersabar ...

Bilakah kita akan dapat bertemu kembali ...????

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008. Apa azam tahun 2008 ?

Lynn Dayana said...

Salam Mersik, Salam Abg Long... Hahaha... sekadar catatan rasa....Jumpa? insyaALLAH... pesta buku tu pasti ada.