Sy terima mesej dari kwn masa sy Form Six dulu. Lama dah berkawan wp ada masanya timbul, ada masanya tenggelam. Maklumlah, masing2 sibuk dengan dunia sendiri. Ini mesejnya:
SAHABAT, Apa ertinya bagi kamu? Mungkin macam iklan Ali Cafe, " Shbt sejati sentiasa di hati". Atau ... Iklan Fair & Lovely, " Tiap hari sayang!"
Tapi ada org2 tua cakap, sahabat itu bahaya. Mcm iklan... Astro, " Macam2 ada!"
Apa pun sy tak kisah, bagi saya: sahabat macam iklan LOREAL, " Kerana dirimu begitu berharga!"
Emm, so sweet! Buat sy berfikir, kerana baru-baru ini saya mengalami masalah dgn seseorang yang saya anggap sahabat. Sayang, mungkin sy saja yg berfikir begitu. Dia sebaliknya. Sy menerima dia dgn pakejnya : baik atau buruk sikapnya , sy sudah arif dan sy terima. Namun, hakikat bhw kita x boleh memuaskan hati semua orang menyebabkan hubungan kami jadi renggang. Dan sy memilih untuk berdiam saja. Bila berkata-kata akan hanya menambah luka, biarlah saya mendiamkan diri. Let it be...
Terkilan juga apabila isu yg sudah berzaman pun, diungkit dan dibangkit tapi... biarlah. Sy manusia biasa yg ada salah silapnya. Tak pernah sy anggap diri ini sempurna.
Syukur, sy ada ramai kwn2 lain yg memahami diri sy. Yg menerima sikap dong2 sy. Yg blh memberi nasihat, leteran dan semangat! Dlm hidup sy ni, bukan ada sesiapa. Hanya keluarga dan kawan2. Semoga hari esok lebih sempurna.
Hari ini, kami penulis alaf21 berkumpul sama2 melihat cabaran 2008 yg mendatang. Satu yg sy ingat dari perjumpaan pagi tadi adalah : Bersaing dengan diri sendiri. Cabar keupayaan kita menggarap supaya jadi lebih baik dari novel sebelumnya. InsyaALLAH, sy akan terus mengorak langkah lebih padu bersama geng bunga tabur untuk memeriahkan 2008 dengan karya yang lebih mantap. Amin!
2 comments:
gitulah manusia ungkit..ungkit...ungkit...suka sgt dengan kisah2 silam kot yer kalau bleh patah balik umo 17th takper gak...ini nasi dah jadi bubur..time demam sedap ler makan bubur..kalau ari2 makan mau naik lemau badan...ehh apa aku merepekk darr hehehe
haha... terimalah kawan2 seadanya!
Post a Comment