Saturday, December 8, 2007

Sekitar Sambutan Hari Lahir Rose Harissa



Rose Harissa, the Birthday Girl! hehe... sambutan di Rimbun Klasik, Bangi! Makanan ok tapi proses menunggu... huh... nak pengsan!

Menu kami: tomyam daging, siakap bakar, kangkung belacan, telur dadar, butter prawn, senda gurau dan usik mengusik... sambil meng...uhhhh, meng....ahhhh melihat 'sesuatu'.


Seakan berjanji, kami memakai kombinasi pink dan merah. Rose aje yg warna oren tapi lipstick merah, so kami terimalah walaupun ada ura-ura nak mengkaji keahlian geng bunga taburnya. Haha!
Dan kami memang beramah mesra malam 7 Dec ni. Nasib baik wp kami ni sesama laser, hati tidak terusik, usus perut pun masih belum hancur! Tegur menegur dah jadi perkara biasa.
Awal lagi, waktu sampai sy dah minta tempat duduk yg jauh dari orang ramai. Maklumlah, antara kami berlima, saya seorang sahaja yg pendiam. Yg lain tu, berbual mcm di pasar borong! Haha...
Apa pun, Happy Birthday Rose! Next year, dicadangkan kita bertiga ( Lily H, Lynn Dayana & Rose H) sambut sekali di tarikh yg tengah2. Lagi meriah. Kita akan berparti lagi utk Laila dan Lily S tahun depan.

6 comments:

dhiya zafira said...

oit...jangan lupa besday aku...
beginilah nasib diri ku yang malang...oh tuhan....isk..isk..

Lynn Dayana said...

kau jauh... nak buat mcm mana. Jgn risau... ole2 dari HK ada aku simpankan, hadiah harijadi pun ada aku belikan. Tunggu kau turun 13 hb ni, klu aku x dtg, aku kirim pada Rose ya!
Jgnlah merajuk! Duk jauh nak buat mcm mana!

dhiya zafira said...

hihihi...bukan merajuk..tapi hati tu rasa kadang2 seronoknya dapat jumpa kawan2. aku kat sini sorang2..hmmmmm...kalau ko duduk tpt aku myb ko rasa yg sama...
btw...aku pun ada hadiah utk ko...datanglah..kalau tak aku krm pada rose jela...hihihi...

Lynn Dayana said...

haha... kdg2 dlm keriuhan sunyi jugak. Semalam pg, telefon kak Lili, sibuk di Tesco dgn anak2, Yong kt Alamanda dgn anak2, Rose bersenang lenang mkn cendol tapai dgn Ije, laila pun busy dgn abang... Aku? alahai kena kerja lagi semalam! Rezeki org... dan seperti biasa... rumput org nmpk hijau. Langit nmpk biru. huhu...

Lily Haslina Nasir said...

lynn.. jangan sunyi-sunyikan hati tu... kalau rasa nak meroyan... cari kengkawan macam kami cepat-cepat.. mcm kau kata.. aku pun selalu tengok laman rumah orang penuh bunga warna-warni berbau wangi pulak tu... emm, macam tulah kan manusia...

LK said...

lynn : kalau tak de kerja rumput laman aku tu panjang...hijau jugak...hehehe

dhiya: cepat2 pindah sini. rindu kat kau. 13 ni tak jumpa pulak