Tuesday, December 25, 2007

Wayang Kita

Isnin yg lepas, pukul 10 saya keluar dari B.Pahat. Sepanjang perjalanan saya mencerna idea untuk novel ke 4. Smbil memandu, mcm2 konflik yg saya rangka. Laju saja kerana cerita ini nampak mudah saja... hehe... setakat inilah. Novel ke3 pun baru mahu mencecah 200 page. Nampaknya akan saya selangselikan menulis.
Sampai KL pkl 1 ptg, sy berkejaran mengangkut barangan naik ke rumah. Rambutan, ikan kering, laptop, beg baju... aduh naik rebeh bahu mengangkat barang. Naik atas, saya bersihkan diri, solat dan plk 1.30 sy turun semula ke bawah. Rose sudah menunggu! Yeah, kami mahu tengok ANAK HALAL di IOI Mall, Puchong. Seminggu cuti, lama x berjumpa dengan Rose.
Dan sepanjang melihat AH, fikiran sy berperang sendiri antara akal dan logik. Hati sy jadi tidak sedap. Saya tertanya, mana agamanya? Anak2 Melayu ini digambarkan begitu bebas. Arak, disko, dadah, pergaulan bebas... jadi perkara biasa. Bgn tidur, matahari sudah meninggi terus sarapan. Inikah yang benar2 berlaku di kalangan anak muda kita? Tidak saya nafikan, ceritanya menarik. Sayang, cuma kurang pengisian... seolah-olah ada yang kosong! Dan yg paling sy geramkan tentulah kerana filem ini diklasifikasikan U. Maka di kanan sy, ada budak2 berumur dalam 11 tahun. Di barisan depan, ramai kanak2 yg berumur dlm 5 hingga 9 tahun. Dan dadah dihidu Fasha Sandha dgn selambanya. Adegan mahu dirogol ditayang sesuka hati. Aduh, apa warna fikiran anak2 kecil ini ya jika disogok sedemikian rupa? Kebebasan berkarya itu ada tetapi susah jika disalahguna.. Ah... mungkin sy saja yg berfikiran begitu.

4 comments:

LK said...

jadi ek projek wayang kita...

Lynn Dayana said...

jadi... tunggu rose blk dr perlis... tunggu kau siapkan menulis... n harap2 waktu tu x busy InsyaALLAH...

sueaiilee said...

pagi tadi aku dengar ceramah motivasi Dato Fadzilah kamsah...dia kata nak jadi cemerlang kena berubah...1) ubah sikap 2)berkawan ramai2 3) dekatkan diri dengan Allah...insyaallah jadi cemerlang,terbilang, gemilang & berkilauan...hehehe...yeahh!

Lynn Dayana said...

Amin!