Wednesday, January 30, 2008

Some days...








I got lost... even when I'm walking on a broad daylight.
I'm screaming, loud... but nobody listen.
I'm laughing hard but my heart are crying out!

Sunday, January 27, 2008

Antara sms, mengayat dan memikat...

Sms, ramai yang gila benar menggunakan perkhidmatan ini. Dan sejujurnya, saya juga tidak berkecuali. Dalam sehari, beratus atau paling koman, berpuluh2 sms yang saya hantar atau terima. Ada sms yang akan buat saya tersenyum. Kemaruk sungguh. Namun ada juga sms yang buat saya merasakan mahu saja fon itu dibaling ke dinding! Ekstreme? Haha… bila manusia dikuasai emosi, biasanya kita akan menjadi insan yang INSANE! Huhu…
Pelik kan manusia. Dalam kelas yang saya kendalikan minggu lepas… kami berbincang tentang budaya RECOGNITION dalam organisasi. Saya katakan, tidak susah mahu membeli hati staf. Kemahiran mengayat perlu ada. Ketawa 24 orang manager yang ada dalam kelas tu. Mengayat pada mereka lebih kepada memikat. Saya katakan, konsepnya sama. Nak dapat staf yang baik, pikat hati mereka sama ada dengan sekeping coklat yang diiringi ucapan terima kasih atau kad kecil mengucapkan selamat hari lahir kepadanya atau cukup sekadar dengan kata-kata. Sebelum mereka pulang selepas penat bekerja seharian, ucapkanlah terima kasih. Saya suka mengakhiri perbualan dengan kata-kata, ‘ take care. Jumpa lagi!’
Hati manusia mesti dibeli. Jika tidak mampu menggunakan wang ringgit, cukuplah dengan senyuman yang manis dan kata-kata yang ikhlas… Percayalah…

Thursday, January 24, 2008

Kerana Saya Seorang Perempuan, maka...

Huhu,
Kerana saya seorang perempuan maka
Sebulan sekali perasaan saya akan berkecamuk. Hati saya akan berdetak kencang dan tanpa penunu bunsen... darah saya cepat benar menggelegak walau ketika itu hujan turun lebat menggila.

Kerana saya anak bongsu perempuan maka
Kata-kata saya kadang2 sayup aja kedengaran. Abang akan tanya juga, ' ok Linda, ada apa2 nak tambah?" Hehe... dah tujuh orang sebelum saya yang dah bercakap... maka kata-kata saya tak ada maknanya!

Kerana saya anak bongsu perempuan yg belum berkahwin maka
Haha... kewangan emak saya yang jaga. Huhu... akaun emak saya yang pegang! Jangan haraplah yang lain nak pinjam kat emak tanpa kuasa saya.

Kerana saya anak bongsu perempuan yg belum berkahwin dan abah pula sudah tiada maka
Sesenang hati saya, saya beriya-iya mengatakan pada Abg Long, " Kau kena bertanggungjawab pada aku. Kaulah wali aku. Dosa aku, kau yg tanggung!" Dan cepat saja mata kakak ipar saya menjeling dan mulutnya laju melenting! Haha! Tak peduli.... Long sayang saya!

Kerana saya anak bongsu perempuan yg belum berkahwin dan abah pula sudah tiada manakala masa depan pula masih tidak pasti maka
Saya ada masanya menyusahkan kawan2 dengan kisah hati saya yang tidak tenteram, warna hati saya yang kelabu dan jiwa saya yang beku. Haha... dalam karya saya melampiaskan perasaan, dan saya bersyukur ALLAH memberikan saya kreativiti untuk berkongsi rasa dengan pembaca novel yang sudi menerima kehadiran saya dalam dunia penulisan.

Sunday, January 20, 2008

Life is for living...

Salam,
Saya selalu cuba berfikiran positif walaupun hati saya berwarna kelabu bila dipukul sendu! Saya bekerja dalam bidang 'training' - maka salah satu tugas saya adalah memberi motivasi supaya ahli pasukan ada inisiatif untuk memajukan diri. Selalu saya katakan, relax! Ambil nafas, kalau hujan pun paling teruk.... banjir. Banjir pun lama kelamaan surut. Dan pada yg sudah berjaya tetapi kemudiannya mengeluh kerana banyak menerima dugaan, saya katakan... siapa yang menjanjikan selepas awak berjaya, jalan yang awak lalui seterusnya ditar dengan emas?
Haha... sesungguhnya, memberi nasihat memang mudah! Bila kita yang mengalaminya? Aduh, berpinar juga mata. Dunia jadi kelam kalibut!
Selasa dan Rabu lepas saya ada teambuilding di Seremban. Aduh, memanjat pokok lagi. Panjat bangunan lagi. Repelling, flying fox... dan alhamdulillah kerana sudah membuat beberapa kali... saya yg sebenarnya takut hehehe... dapat juga melakukannya. Sempat lagi memujuk kawan yg menggeletar kaki. Saya ni senang saja. Dah ada nun tinggi kat atas pokok... nak tak nak kena turun jugak! So, layan ajelah. Naik 5 tingkat bangunan sebelum boleh buat flying fox... alah terbang je, sbb gila apa nak turun memanjat berpuluh2 anak tangga yang melekat rapat di dinding! Huh, tak payah! Terjun saja. haha...
Hak CINTA Terpelihara... saya mencuba menggarap dgn sebaik mungkin, ada yg kata berat... tetapi saya mahu mencari kelainan dan hasrat saya... setiap karya saya ada peningkatan. Lawak jenaka, tidak saya tinggalkan because that is me! Hehe.... Dalam hidup kita jangan jadi penakut,kan? Dalam hidup, kalau tak ada dugaan... mesti tidak menarik,kan? Ya, pesanan untuk semua..... Jadilah insan yang memelihara cinta, hati dan perasaan. Dunia ini sunyi tanpa cinta, maka riuhkanlah dunia dengan memilikinya!

Tuesday, January 15, 2008

Baby Yg Kedua - Hak Cinta Terpelihara

Salam,
Semalam sy terima panggilan dari Awien, editor alaf21. Yahoo, alhamdulillah novel kedua saya siap dicetak. Sy memandu dgn 'perlahan' menuju ke S. Alam kerana sy perlu ke Seremban.
Aduhai, hati saya jadi gembira melihat hasil karya sy yg kedua sudah ada tercetak di tangan.
HAK CINTA TERPELIHARA. Di harap ianya akan dapat memikat hati peminat dunia novel. Segala komen sy akan terima dengan hati yg terbuka...supaya sy akan dpt mengorak langkah untuk menjadi lebih berjaya!
Skrg ni betweens meeting. Nanti bila lega sy akan letakkan 'blurb'nya.
Untuk semua, terimalah Hak Cinta Terpelihara!

Monday, January 14, 2008

Sehingga saat itu...


Salam,

Saya akan ke Alson Klana Resort petang ini dan akan bermukim di sana hinggalah ke hari Rabu. Hari Khamis dan Jumaat pula, ada 2 meeting yang perlu dihadiri. Emm... kesibukan ini membuatkan saya akan menyepikan diri buat seketika... kecuali saya ada berita gembira yg dapat dikongsi bersama peminat.

Sehingga bertemu lagi, buat semua pengunjung blog, jagalah diri baik2, LIFE is for living jadi laluilah hidup dengan sebaiknya. Jika ada yang rindu... berkunjung saja ke Pizza Hut. Haha....

Friday, January 11, 2008

Bila Hati Terusik

Salam,
Kisah 1
Saya semalam tanpa sengaja telah membuat hati seorang teman terusik. Tanpa niat sebenarnya. Namun bila dia memberi sms mengatakan dia kecil hati, aduh saya pula ditimpa perasaan bersalah. Saya balas sms meminta maaf tapi hati saya tetap tidak senang.
Sudahnya, saya telefon juga dia. Risau juga kalau2 dia tidak mahu menerima panggilan. Alhamdulillah, panggilan saya diterima. Dan saya menjadi tersentuh apabila mendapat tahu, kerana kata2 saya, dia mengalirkan airmata. Saya tanya, " la... kenapa nangis?" Dia menjawab sambil ketawa, " entah, tak tahu. Sensitif pulak jadinya." Kami kemudiannya sama2 ketawa.
Moral:
Kadang2 kita rasa, dia kawan kita maka kata2 selamba saja dilafazkan hingga terlupa yang manusia bertindak berbeza-beza mengikut situasi yang menimpanya. Maaf ya kawan! Maaf! Terima kasih kerana sudi memberitahu kesilapan yang tanpa sengaja terjadi!
Kisah 2
Saya tidak sihat beberapa hari ni. Hari Rabu lepas pergi ke klinik. Sementara menunggu giliran diperiksa doktor, saya memberitahu seorang kawan yang saya sakit. Dan saya jadi tersentuh hati, kerana hari tu, 3 kali dia menelefon. Sekadar mengingatkan saya, jangan lupa makan ubat, makan nasi dulu before makan ubat, makan ubat sampai habis dan entah apa2 lagi yang dibebelnya. Saya jawab bebelannya dengan gelak. Terharu kerana keprihatinan dia.
Moral:
Kalau kita buat baik dgn orang, insyaALLAH... dia juga akan buat baik dgn kita. Emm...

Tuesday, January 8, 2008

Kisah SMS dan penyu....

Salam,
Kerana marah sms saya tidak dibalas...saya menghantar sms ini:
"Kalau hati ini awan... hujan yang turun pasti akan menjadi banjir"

dan laju pula dia membalas sedangkan sebelum itu sunyi sepi:
" huiyo...dashyatnya! Kalau hati ini petir, jadi apa pulak ya?"

Saya pun laju juga menekan kekunci dan menulis begini,
" Kalau hati ini petir, cahayanya pasti akan menerangi hatimu sepanjang malam."

Lepas tu saya ketawa sendiri. Saya memang suka jika diajak berlawan cakap. Dan jika lawan itu pandai pula membalas, lagilah saya suka. Hahaha....


Lagi satu sikap buruk saya selain suka bersms adalah.... tidak suka menunggu! Aduh... saya memang tidak suka menunggu. Kalau berjanji pukul 3, tolonglah muncul pukul 3. Jika ada halangan, tolong beritahu. Asalkan diberitahu, saya akan masih boleh bersabar. Manager yang mengikuti kelas latihan saya memang arif dengan perangai saya. Selalu saya ingatkan, jangan uji kesabaran saya. Jangan cuba menderhaka! Haha... ini untuk mereka yang kononnya mahu mencuba melawan cakap. Awal2 sy ingatkan, tak payah. Lawan cakap dgn saya, jarang boleh menang!

Ada yg kata sy garang tapi yang hairannya, sy yg garang ini jugalah yg mereka suka ikuti kelasnya. Maklumlah kelas saya, ilmu dgn lawak sama banyaknya. Tak pandai saya nak buat kelas yg serius. Seboleh mungkin, saya akan mencuba utk membuat orang ketawa.
Kenapa ya? Kerana LAUGHTER is the best medicine? Kerana bila org ketawa, sy yg berduka akan jadi gembira. Kerana penyu menangis siapalah yang tahu? Ya... emmmmmm......



Thursday, January 3, 2008

Fikir...barulah bertindak!


Ada masanya, saya membiarkan diri saya membuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. kemudiannya saya akan menyesal! Terlepas cakap... terlaser... terlebih mahukan perhatian...tersalah letak harapan... Banyaknya ter...! Haha. Jadi bila ada sahabat yang menghantar kata2 ini... saya tersenyum dan termenung. Emm... ada benarnya!


1. Don't make promise when you are in joy. Don't reply when you are sad. Don't take decision when you are angry... Think twice, Act wisely!

2. Don't let someone become a priority in your life, when you are just an option in their life... Relationships work best when they are balanced.


Namun, sebagai manusia.. selalunya kita tak lepas dari membuat kesilapan... Tahu, tetapi tetaplah juga mahu berdegil. Dan kalau sudah begitu, dia...tentunya tidak berdosa menzalimi kita yang menerima segala seksa dengan rela? Hahaha...

Tuesday, January 1, 2008

Analogi Cinta


Adakalanya... mencintaimu, bagaikan menaiki bas mini. Terlalu banyak perhentian, terlalu banyak kejutan. Akhir perjalanan, aku juga yang kesesatan!

Selamat datang 2008 dan... untuk pengunjung blog : WELCOME to MY LIFE!