Sunday, January 27, 2008

Antara sms, mengayat dan memikat...

Sms, ramai yang gila benar menggunakan perkhidmatan ini. Dan sejujurnya, saya juga tidak berkecuali. Dalam sehari, beratus atau paling koman, berpuluh2 sms yang saya hantar atau terima. Ada sms yang akan buat saya tersenyum. Kemaruk sungguh. Namun ada juga sms yang buat saya merasakan mahu saja fon itu dibaling ke dinding! Ekstreme? Haha… bila manusia dikuasai emosi, biasanya kita akan menjadi insan yang INSANE! Huhu…
Pelik kan manusia. Dalam kelas yang saya kendalikan minggu lepas… kami berbincang tentang budaya RECOGNITION dalam organisasi. Saya katakan, tidak susah mahu membeli hati staf. Kemahiran mengayat perlu ada. Ketawa 24 orang manager yang ada dalam kelas tu. Mengayat pada mereka lebih kepada memikat. Saya katakan, konsepnya sama. Nak dapat staf yang baik, pikat hati mereka sama ada dengan sekeping coklat yang diiringi ucapan terima kasih atau kad kecil mengucapkan selamat hari lahir kepadanya atau cukup sekadar dengan kata-kata. Sebelum mereka pulang selepas penat bekerja seharian, ucapkanlah terima kasih. Saya suka mengakhiri perbualan dengan kata-kata, ‘ take care. Jumpa lagi!’
Hati manusia mesti dibeli. Jika tidak mampu menggunakan wang ringgit, cukuplah dengan senyuman yang manis dan kata-kata yang ikhlas… Percayalah…

11 comments:

Miss Zero said...

hi lynn.
saya setuju. sebenarnya tak susah untuk 'ambil hati' orang lain. if only orang besar di ofis saya memahami konsep itu. orang kebanyakan seperti saya ini ada 'harganya'. bukannya nak diagung-agungkan. Cukuplah sekadar sesekali menunjukkan rasa menghargai. saya mudah tersentuh apabila orang mengatakan 'take care' sebagai tanda kita dihargai. tapi... bergantung jugaklah pada siapa yang cakap macam tu kan... kalau saya tak suka orang tu... saya akan meluat tak kisah macam mana pun dia cakap... hahahaha... :p

Lynn Dayana said...

Salam miss zero...
Teori tak seindah praktikal!....Itu sebabnya pelbagai program diperkenalkan tetapi sayangnya, org atasan sendiri tidak mahu mempraktikkannya....susahkan! Sabar ajelah... selagi bekerja dgn orang!

Rinn said...

Lynn ko caya tak kalau aku kata aku jarang ber sms atau berbual di handphone. kat opis memang la telefon merupakan antara alat yg paling kerap aku guna utk tugas2 rasmi. kdg2 tu bila balik kg, angkat telefon terus tercakap, helo selamat pagi boleh saya bantu? Sabo jer.

berbalik pasal sms, guna sms ada la.. tapi tak der kerap sangat. rasanya kalau sampai tarikh tamat tempoh kredit aku bulan ni, kan terpaksa reload, my baki dlm handphone tu rasanya dlm RM100. Reload selalunya bukan sebab kredit abis, tapi sebab tempoh dah nak abis.

mengayat? hah, tak reti! tapi heran gak naper ada yg senang dgn saya (perasan!). Saya tak byk ckp tapi byk senyum dan mendengar.

[Fadilah Diyana] said...

btul la gak...tak perasan sgt but bila baca alasan sokongan kak lynn baru fad terfikir semula,bila org yg berjawatan ske2 jer bagi arahan plak tu bila org xmau ikut mereka marah2+ tinggi suara last2 semua org xske + xjd pun benda tu...(if jadi pun bukan nye ikhlas tp terpaksa)

Lynn Dayana said...

Hai Rinn,
Hehe... aku ni duk sorang je. Stu apartment yg luas, duk sorang. Dan percayalah, dinding, kerusi meja tu tak bisa menjawab hanya blh mendengar aje aku bercakap..so jadinya, fon ajelah tempat aku melepaskan kebosanan. Banyak lak tu bil every month. Tapi tak apalah sbb itu je utiliti yg aku kena bayar! huhu...
Agaknya kau pandai bersms bila aku yg sms ya?

Lynn Dayana said...

Salam Fad,
Apa2 pun yg kita buat... semuanya adalah kitaran. Klu kita buat kat org, org akan buat kat kita. Hr ni kita ngamuk kat org, esok lusa adalah org yg ngamuk kat kita.
Bekerja ni kadang2 macam sandwich. Yg diatas menghempap, yg di bawah menghimpit... yg ditengah2? Aduh... saaaaaakit jadinya!
Lagi satu, waktu study... mcm2 kita belajar! Bila dah kerja... emmm... kematangan menangani masalah dan cabaran ada masanya langsung tak ada dalam sukatan pelajaran! Huhu...

Rinn said...

tu la kdg2 terkial2 gak balas sms yg panjang lebar.. haha.. selalunya aku reply guna 'template' jer.. 'ok' 'baiklah' 'thanks' :) apa2pun thanks kerana sudi bersms.. senaman jugak la jejari jemari aku ni.

Lynn Dayana said...

Patutlah Rinn terkedu bila di tanya soalan maut ya!

Rinn said...

ko memang suka bagi soklan sentap.. tapi baguih gak.. senaman otak jugak.. haha.

Lynn Dayana said...

hehe... Rinn... aku lagi tersentap hari ini...hampir terputus jantung! tapi aku bersabar ajelah...

Mersik said...

lynn.. cam mana ek, nak mengayat2. kalau cam nk novel free gitu? hik hik..