Wednesday, February 20, 2008

Andainya ini yang berlaku....

Salam,
Cuba bayangkan jika anda berada di dalam situasi ini:
1. Anda menyukainya tetapi dia pula tidak pernah pedulikan diri anda. Anda hanya OPTION dalam diri dia bukannya PRIORITY. Anda diperlukan saat dia tiada siapa, tetapi saat dia mempunyai yang lain, anda tidak dipedulikan.
2. Anda sayang sangat pada dia. Kerana terlalu sayang, anda membenarkan dia membuat apa saja tanpa memikirkan perasaan anda. Anda takut jika anda bersuara, anda akan kehilangan.
3. Anda berdoa siang dan malam untuk dia tidak berubah hati, agar dia terus menyayangi anda. Anda merasakan tanpa dia, anda akan kehilangan punca, anda akan terlupa untuk menarik nafas!
4. Dia yang anda suka, tidaklah segah mana namun buat masa ini, dia saja yang anda ada maka anda tetap bergantung harap kepadanya kerana He's the only one you can put all your hopes!

Moralnya?
Mencintai seseorang biarlah ada batasnya. Jangan sampai terjual harga diri. Jangan sampai membiarkan diri anda dilukai. Jangan takut untuk bersendiri kerana adakalanya bersendirian lebih mematangkan kita. Membuat kita jadi lebih kuat. Janganlah hidup kerana orang lain. Hidup ini jalani sebaik mungkin, kalau dia bukan untuk kita, bersyukur saja kerana mungkin dia tiada dalam rancangan Tuhan untuk kita!
Cinta sepatutnya membuatkan anda gembira bukannya sakit jiwa, berendam airmata dan hidup menderita!

3 comments:

dhiya zafira said...

fuh..harap2 aku taklah tergolong dalam golongan perempuan begini

RinnTis said...

melihat pasangan bahagia pun kadang-kadang buat kita rasa happy jugak.
tapi memang kesian la kalau ada perempuan yg mcm ni. setianya macam sia2.

Lynn Dayana said...

Cinta tak mengenal engkar....ITU KATA ANUAR ZAIN... actually kata penulis liriknya! Haha... Realiti? emm......