Salam,
Cuti hari raya cina sudah berlalu. 4 hari saya bermukim di B.Pahat. Banyak perkara yg berlaku yg membuatkan sy teruja mendefinisikan makna KASIH. Bagi saya:
1. Kasih itu bila burung merpati putih yg emak saya bela, meromok... sakit. Emak saya pujuk burung tu spya makan dan minum. Selang dua hari, burung tu mula sihat semula dan seronok makan biskut yg emak sy hancurkn. Emak pun menunaikan janji: Emak buat bubur putih bubur merah kerana itu nazarnya jika burung itu sihat!
2. Shampoo emak habis. Kakak saya belikan shampoo SAFI jenis yang arang aring! Kata kakak saya, emak pakai banyak kali nanti uban emak akan jadi hitam semula. Hehe...
3. Pagi Jumaat, selepas subuh, 3 abang ipar dan dua org abang pergi memancing. Kakak sy bekalkan nasi lemak dan sambal tumis udang. Pukul 12, mereka pulang dgn hasil tangkapan... beberapa ikan buntal. Hehe... kerana kasih, kami ketawakan mereka!
4. Sy ke rumah kakak ipar dgn emak, dia hidangkan kek cokelat yang masih panas lagi, baru dibakar. Rasanya? Ah... penuh dgn kasih sayang!
5. Tengahari Jumaat itu, macam2 yg kami masak. Bila dah ramai, selera masing2 berbeza. Yg ini tak makan ikan keli, so kena goreng ikan gelama, yg ini tak nak ikan gelama, so dimasak ikan merah... Ragam berkeluarga... untuk keamanan dunia, seboleh mungkin kami cuba tunaikan semua permintaan yang dibuat!
Moralnya?
Mudah sebenarnya kasih sayang dikongsi, diberi dan diterima. Lakukan dengan hati yang ikhlas dan kemanisannya lebih manis dari selori gula. Dijamin tidak berpenyakit!
4 comments:
kasih perlu dipamerkan, utk menunjukkan sayang, utk menunjukkan caring, kalau dipendam, adakah tu dipanggil kasih juga?
Rinn...kalau macam tu ia dipanggil kasiiiiiiihan!
Emm....syahdu pulak ko di Pulau Tioman ya!
Err.. err.. kalau ajak kawan ngeteh-ngeteh tu kira kasih gak ek? kekekeke
(yg penuh dgn kasih.. hu huuu )
Kasih antara sahabat, takde salahnya mersik. Yg slh bila, yg dh beristeri... tapi memasang niat! Huhu... er...er....jgn marah ya!
Post a Comment