Hari ini dlm kesesakan lalu lintas, saya terpandang sticker kereta di depan saya,
1. BEWARE ~ I am a driver without a license! ( Hampeh,kan! Kalau dia langgar kita, kira ok la?)
2. If you are not satisfied with my driving: call 1-800-I Don't Care! ( Ini lagi jahat!)
Minggu lepas pula semasa memandu juga, saya ketawa terkekeh melihat signboard bertulis begini.
1. HONTA Specialist - haha, ini kedai bengkel kereta untuk HONDA! Mcm mana boleh tersilap eja? Buat malu company besar aje!
2. CAR WASH, besar tulisannya - dan dibahagian bawah untuk BMnya adalah CUCI KERETA DAN LORI. hehe... apa punya translation da!
3. Wanted : Driver lorry. Mesti suka ikut lori. Haha.... bagus betul job descriptionnya.
Di apartment pula, ada banyak iklan kecil yang buat saya ketawa lagi:
1. Masterbed ROOM ~ only RM 200. Alamak, kenapalah ayatnya dipisahkan begitu ya? Hingga lain pulak bunyi dan maknanya!
2. Baby SISTER wanted ~ haha, ini satu lagi! Jawatan apa yg ditawarkan agaknya? Mesti tak ada org yg apply kan? Yalah, nak Babysitter tapi iklankan Baby Sister!
Moralnya?
Bila medium yg digunakan adalah salah, maklumat pun tak dapat diterima! Dan kesalahan ejaan yang begini selalu buat saya naik angin. Macam tak ada kamus yg boleh dirujuk. Atau ini tergolong dalam bahasa santai? hehehe.... bahasa rojak?
6 comments:
atau bahasa basah??????
haha.. teringat plak ada satu kedai ni nak tutup, dia buat sale and kain rentang dia besaq-besaq tulih "JUALAN KEHABISAN STOK". dah abis macam mana nak jual! keh keh.
macam2 kan! Buat kita gelak tapi sedih dgn penggunaan bahasa yg digunakan!
haha... aku paling gelak iklan masterbed ROOM tu! murah jugak ye... hehe
oh...gatal ko hezzy!
Biasalah.. masyarakat pun majmuk.. macam2 bahasa dan ejaan ada..
( Tunggu sticker Hak Cinta Terpelihara plak hik hik )
Post a Comment